MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SEKOLAH
2022
"KELUARGA MALAYSIA
TARIKH: TEGUH BERSAMA"
8 OGOS 2022
(ISNIN)
TEMPAT:
DATARAN PERHIMPUNAN
SK HULU BERNAM
MASA:
7.30 PAGI – 8.15 PAGI
DIRASMIKAN OLEH:
ENCIK MOHD IDZHAM BIN HAMDAN
(YDP PIBG)
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM, KURIKULUM,
PPKI & PSS
PENGENALAN
Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan aktiviti
wajib yang dilaksanakan saban tahun di setiap
sekolah. Kali ini dengan adanya gabungan antara
Unit Kokurikulum, Unit Kurikulum dan Unit PSS
SK Hulu Bernam diharapkan akan memantapkan lagi
pengisian bagi pelaksanaan program berkenaan.
Meskipun ia dilaksanakan dalam keadaan norma
baharu, diharapkan boleh menjana ilmu
pengetahuan yang mendalam tentang erti
kemerdekaan kepada murid. Semoga semua aktiviti
dirancang akan menjadi pemangkin untuk memupuk
semangat cintakan negara kepada semua warga
SKHB ini walau apa jua keadaan. Sepanjang Bulan
Kebangsaan juga sekolah akan diserikan dengan
kibaran Jalur Gemilang.
OBJEKTIF
1. Melahirkan rasa kecintaan murid-murid
terhadap negara.
2. Memberi kesedaran tentang erti kemerdekaan
dan kemakmuran negara yang dikecapi.
3. Menanamkan nilai kesyukuran kepada murid di
atas kesan kemerdekaan yang
diperolehi.
SASARAN
1. Semua murid SK Hulu Bernam
2. Semua guru SK Hulu Bernam
UCAPAN PERASMIAN OLEH YDP PIBG
ENCIK MOHD IDZHAM BIN HAMDAN
SELAMAT PAGI DAN SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA WARGA SK HULU BERNAM.
Terima kasih kepada pengacara majlis,
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam SKHB Jantung Hatiku,
Yang Berusaha,
Pn. Hajah Lafisah Binti Haji Mohd Nor, Guru Besar SK Hulu Bernam,
Pn. Haslina Binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Hapsah Binti Munjiat, PK Hal Ehwal Murid,
Pn. Azizah Binti Yahya, PK Kokurikulum,
En. Mohd Fais Bin Jamil, PJK., PJT., PPL., PK Pendidikan Khas,
Pn. Hajah Rosliza Binti Shaari, Guru Bimbingan & Kaunseling,
Guru-guru, staff dan kakitangan dan para murid yang saya kasihi sekalian.
Pada pagi yang ceria ini dan ditambah pula dengan cuaca yang sangat baik, saya gembira, kita dapat
menzahirkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan kali ke 65 yang bertemakan ”KELUARGA MALAYSIA TEGUH
BERSAMA”.
Walaupun majlis ini dibuat serba ringkas, harapan saya murid dapat menghayati inti pati tema
sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama-sama kita berganding bahu merealisasikan bulan kebangsaan ini
dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Kita semua sedia maklum bahawa Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan acara tahunan bagi
kalendar sekolah selaras dengan aspirasi negara bagi membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai nilai
kemerdekaan bagi sesebuah negara. Ia merupakan sambutan rasmi negara dalam usaha kerajaan untuk
mempertingkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di bumi yang bertuah ini. Selain
sebahagian besar daripada murid mungkin hanya menilai sambutan tersebut sebagai cuti umum, hakikatnya jauh
daripada itu, perayaan yang pada tahun ini diraikan bagi menanam semangat patriotik yang menebal dalam kalangan
rakyat khususnya generasi muda.
Kita bertuah kerana warga SK Hulu Bernam ini, baik guru-guru mahupun murid-muridnya terdiri daripada pelbagai
kaum. “Sudah terang lagi bersuluh” elemen perpaduan telah lama terpahat kukuh di bumi SK Hulu Bernam ini. Cuma
kita patut tingkatkan lagi usaha bagaimana untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan kita kerana tanpa
perpaduan tidak mungkin kemerdekaan ini dapat diisi dengan sebaiknya. Sekarang, “tepuk dada tanya selera”
segalanya telah tersedia, terpulang kepada kita bagaimana untuk menjalankannya.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pelbagai program akan diatur sepanjang Bulan Kebangsaan, saya berharap semua murid dapat
menyertai aktiviti tersebut sebagai sokongan kepada pihak sekolah. Kepada guru-guru, harapan saya seluruh warga
SK Hulu Bernam mengorak langkah sederap bersama-sama membangunkan modal insan berlandaskan kejayaan
generasi terdahulu dalam memperjuangkan serta memperkukuh nilai kemerdekaan tanah air kita ini. Atas jerih payah
generasi dahululah maka kemerdekaan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini mampu seiring dengan negara-
negara lain dan semakin gah di persada dunia.
Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim sukacitanya saya MERASMIKAN MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM BAGI TAHUN 2022.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Mohd Idzham Bin Hamdan,
YDP PIBG SK Hulu Bernam
2022
MASA ATURCARA:
MAJLIS PELANCARAN BULAN
7.25 pagi
7.30 pagi KEBANGSAAN 2022
7.35 pagi
ATURCARA
7.40 pagi
7.45 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Dataran
7.50 pagi Perhimpunan
8.00 pagi : Kata alu-aluan pengerusi majlis -
Pn. Maslailawaty bt Yamegun
8.15 pagi : Perhimpunan rasmi bermula
: Bacaan doa
Ustaz Mohd Zaki bin Kassim
: Ucapan oleh Guru Besar SK Hulu Bernam
Puan Hajah Lafisah bt Hj. Mohd Nor
: Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SK Hulu Bernam
Encik Mohd Idzham bin Hamdan
: Gimik pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan oleh
YDP PIBG dan Guru Besar SKHB
: Nyanyian Lagu :
1) Lagu Tema Kemerdekaan ke 65 :
“Keluarga Malaysia Teguh Bersama”
2) Lagu Patriotik : Jalur Gemilang
3) Lagu Sekolahku Sejahtera
: Penutup
: Bersurai
AKTIVITIBULAN KEBANGSAAN
UNIT AKTIVITI CADANGAN
TARIKH
Panitia Sejarah & Pelancaran Bulan 8 Ogos 2022
Pend. Muzik Kebangsaan
Panitia Sejarah Projek Buku Skrap 15 – 30 Ogos
“Kesan Kemerdekaan” 2022
Panitia PJK Senamrobik Merdeka 16 Ogos 2022
Unit Kokurikulum Melukis Poster 17 Ogos 2022
“Keluarga Malaysia
Panitia Pend. Seni Teguh Bersama”
Visual
Panitia RBT Mewarna (Tahap 1 & 19 Ogos 2022
2)
Pusat Sumber
Sekolah Pertandingan 30 Ogos 2022
Panitia Pend. Muzik Rekacipta Bahtera
Merdeka
Panitia RBT
Pusat Sumber Pakaian Beragam 15 September
Sekolah Merdeka 2022
Pertandingan 15 September
Nyanyian Lagu 2022
Patriotik Berkumpulan
(Tahap 2)
Basikal Berhias 15 September
(Terbuka) 2022
Majlis Penutup Bulan 15 September
Kebangsaan 2022
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn Hjh Lafisah Bt Hj Mohd Nor (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn Azizah Bt Yahya @ Rasid (PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi : Pn Haslina Bt Abdullah (PK Kurikulum)
Naib Pengerusi : Pn Hapsah Bt Munjiat (PK HEM)
Naib Pengerusi : En Mohd Faiz Bin Jamil, PJK., PJT., PPL., (PK Pend Khas)
Setiausaha : Pn. Siti Salwah Bt Hanafiah
Bendahari : Pn Rohaida Bt Aziz
Penyelaras : Pn Mahani Bt Abdullah
AHLI JAWATANKUASA :
Buku Program : Pn Ummu Barirah Bt Abd Razak
: Pn Atikah Bt Ramli
Juruacara Majlis ` : Pn Maslailawaty Bt Yamegun (Perasmian Pembukaan)
: Pn Sharipah Bt Ghazali (Perasmian Penutupan)
: Pn Shatirah Bt Mohd Kassim
Juruacara Pakaian Beragam : Pn Siti Salwah Bt Hanafiah
Hakim Pakaian Beragam : Pn Naziratul Asyikin Bt Mohd Yunus
: Pn Saliza Bt Shaari
: Pn Rohani Bt Basran
Juruacara Nyanyian Patriotik : Cik Nor Amira Bt Ahmad
Hakim Nyanyian Patriotik : En Mohd Fauzi Bin Ameen
: Pn Siti Almunawwarah Bt Shahudin
: Pn Nurharizah Bt Arianto
Hakim Basikal Berhias : Pn Irni Widahyu Bt Ahmad
: En Mohd Talha B Hj Sangit
Laporan & Dokumentasi : Pn Vimala a/p Arjunan
: Pn Aswani Bt Kamaruddin
Jurufoto : Cik Hjh Siti Anum Bt Abd Ramal
: Pn Shatirah Fathin Bt Abdullah
Hadiah : Pn Norfadzilah Bt Mokhtar( Ketua)
: Pn Azlina Bt Abu Bakar
: Cik Maswati Bt Mat Raih
: Pn Umadevi a/p Ranganathan
: Pn Masrulzaimah Bt Abd Samad
Pameran (Mewarna dan buku skrap) : Pn Irni Widahyu Bt Ahmad
: Pn Norliyah Bt Ab Hasan
: Cik Wan Norhamdaniah Bt Yasin
Bacaan Doa : En Mohd Zaki B Kasim ( Perasmian Pembukaan)
: En Ahmad Miqdad Bin Shamsudin ( Perasmian Penutup)
Persiapan Pentas : En Mohd Safuan Bin Zakaria
: En Auza’i Bin Mahamad
: Pn Norizan Bt Ibrahim
: Pn Noor Asyikin Bt Sabri
: Pn Rohana Bt Ibrahim
: Pn Masitah Bt Talib
: Pn Zurina Bt Mohd Zainuri
Banner : En Badrulisham B Ibrahim
Disiplin dan Kawalan Murid : En Surenthiran a/l Verappan
: En Ahmad Miqdad Bin Shamsudin
: En Khairulsani B Arshad
: Cik Nurain Bt Juraime
: Pn Wan Hamida’aini Bt Yasin
: Pn Nadia Bt Mohd Tasrib
: Pn Hjh Rosliza Bt Shaari
Lagu Tema Sambutan Bulan
Kebangsaan kali ke 65
“Keluarga Malaysia Teguh Bersama”
Lirik Lagu