2 1.0 PENGENALAN Panitia Sains SMA Hidayah Islamiah berhasrat meningkatkan Gred Purata mata pelajaran Sains di sekolah ini. Hal ini kerana mata pelajaran Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang dapat menyumbang kepada peningkatan Gred Purata sekolah. Untuk tujuan itu, murid perlu mendapat skor yang tinggi dalam kertas 1 iaitu sekurang – kurangnya 32 /40. Murid perlu menguasai dan mengingat semua tajuk bagi tingkatan 4 dan 5. Bagi mencapai hasrat tersebut, bengkel ini diadakan bertujuan memudahkan murid mengingat fakta – fakta dalam sains dengan lebih mudah menggunakan teknik AL3 Sains. Dengan berlangsungnya program ini adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi penguasaan mata pelajaran Sains di kalangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Ia merupakan program tahunan panitia sebagai pendedahan ke arah perkembangan dan peningkatan prestasi mata pelajaran Sains. 2.0 MATLAMAT Ke arah meningkatkan prestasi cemerlang tertinggi ( A+ ) mata pelajaran Sains SPM. 3.0 RASIONAL 1. Memberi teknik mengingat yang mudah kepada pelajar menggunakan Teknik Al3 Sains 2. Mengukuhkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains. 3. Memberi pendedahan bentuk soalan SPM kepada pelajar. 4.0 OBJEKTIF 1. Meningkatkan kemahiran mengingat pelajar dalam subjek sains. 2. Meningkatkan peratus kelulusan pelajar dan peningkatan cemerlang tertinggi ( A+ ) dalam mata pelajaran Sains untuk SPM. 3. Mengasah pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan pelajar. 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar Tingkatan 5. 6.0 TARIKH DAN MASA 19 Julai 2023 (Rabu) Jam 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari 7.0 TEMPAT Dewan SMA Hidayah Islamiah
3 8.0 ANGGARAN BELANJAWAN BIL PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1 Peruntukan Perkapita Matapelajaran 250.00 Bayaran penceramah 250.00 JUMLAH 250.00 JUMLAH 250.00 9.0 PENCERAMAH NURUL HIZAN BT ZAKARIA (800401-08-5136), SMK TANJUNG PAUH. 10.0 JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI Pengetua, SMA Hidayah Islamiah NAIB PENGERUSI Pn. Noor Azha Binti Abdul Rahim SETIAUSAHA Pn. Khalilah Binti Abdul Hamid BENDAHARI Pn. Zarina Binti Mustaffa AHLI JAWATANKUASA Guru Sains JAWATANKUASA PELAKSANA KETUA PROGRAM Pn. Khalilah Binti Abdul Hamid AJK UNIT PENDAFTARAN BIL NAMA TINGKATAN 1 SITI AISYAH BINTI MOHD NAAIM 5 IK 2 NURUL IMAN FITRI BINTI ISHAK 5 IS PENGACARA MAJLIS MUHAMMAD SYAZANI AZWAR BIN MD SUKRI
4 10.0 PENUTUP Program Bengkel Menjawab Soalan Sains SPM diharapkan dapat membantu calon SPM untuk menjawab soalan dengan menggunakan kaedah yang betul. Pendedahan ini juga seharusnya memberi kesan terhadap peningkatan peratus kelulusan mata pelajaran Sains SPM untuk tahun ini supaya melebihi paras yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Disediakan oleh: ....................................................................... (PN. KHALILAH BINTI ABDUL HAMID) Guru Mata Pelajaran Sains Tingkatan 5, SMA Hidayah Islamiah Disemak oleh: ....................................................................... (PN. NOOR AZHA BINTI ABD RAHIM) Penolong Kanan Pentadbiran, SMA Hidayah Islamiah Disahkan oleh: ....................................................................... (TN. HJ MOHD HELMI BIN IBRAHIM) Pengetua, SMA Hidayah Islamiah