BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH Dalam kehidupan yang kompleks ini, kita seringkali dihadapkandenganpilihan dan cabaran yang mempengaruhi sesuatu keputusan yang kitalakukan. Peribahasa lama yang terkenal, "bersatu teguh, bercerai roboh," mencerminkankebenaran abadi tentang kuasa kebersamaan dan kelemahan perpecahan. Iajugabermaksud persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkankejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan. Ketika kitabersatu, kekuatan kita berlipat ganda. Sebagaimana sebatang kayu yang lemahdapat dipatahkan dengan mudah, begitu juga kita akan menjadi rapuh danmudahdihancurkan jika kita berpecah belah. Namun, untuk benar-benar memahami keindahan kebersamaan, kita perlu melihat melampaui peribahasa itu sendiri. Dalamkarangan ini, kita akan menjelajahi kepentingan utama dari bersatu teguhdanmengapa mempertahankannya adalah kunci untuk mencapai kedamaiandankemajuan. Bersatu teguh merujuk kepada kekuatan yang timbul apabila kitabersatusebagai satu entiti yang kuat dan saling menyokong. Amalan bersatu teguhperludipupuk oleh masyarakat negara kita untuk mewujudkan keharmonian, kesejahteraan dan perpaduan dalam masyarakat. Apabila kita bersamadalamperjuangan, kebahagiaan, dan kesulitan, kita mampu mengatasi cabaranataudugaan hidup dengan lebih mudah. Sebagai contoh, dalam menghadapi masalahsosial, ekonomi atau politik, perpaduan membolehkan kita untuk bergerakmajudengan lebih efektif. Hal ini mewujudkan sinergi yang menghasilkan hasil yangjauhlebih besar daripada yang boleh dicapai oleh individu-individu tersebut secaraterpisah. Oleh itu, jelaslah bahawa apabila kita bersatu sebagai satu entiti yangkuat, kita dapat mengatasi cabaran dengan lebih mudah, memupuk semangat persaudaraan dan kerjasama antara ahli masyarakat, mewujudkan persekitaranyang positif serta mencetus pertumbuhan sosial dan ekonomi yang mampanseperti peribahasa Melayu yang mengatakan sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Selain itu, masyarakat perlu berpegang pada amalan bersatu teguhkeranaiapenting dalam mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Negaraberpadu dan bersatu mempunyai kuasa yang lebih besar untuk mengatasi cabarandalaman dan luaran. Misalnya, apabila rakyat merasakan mereka mempunyai identiti
nasional yang kuat, mereka cenderung mempunyai rasa tanggungjawabdankesetiaan kepada negara. Hal ini membolehkan pembentukan semangat patriotisme, kesetiaan kepada perlembagaan, dan kepatuhan kepada undang-undang negara. Ini juga mengurangkan risiko konflik, ketegangan atau pemberontakan dalamkomuniti. Dalam sebuah negara bersepadu, perbezaan politik dan ideologi boleh diselesaikanmelalui muafakat dan kompromi, tanpa mengorbankan kestabilan dan keutuhannegara. Bak kata cendekiawan, serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Akhirnya, dalam situasi konflik atau krisis, integrasi membolehkan negara bersatudanmencapai kestabilan dengan lebih cepat. Selanjutnya, amalan bersatu teguh bercerai roboh penting bagi memupuksikap toleransi sesama anggota masyarakat. Toleransi ialah sikap menghormati danmenerima pendapat, kepercayaan, dan amalan yang berbeza daripada individuataukumpulan lain. Dalam masyarakat bersepadu, toleransi memainkan perananpentingdalam mengekalkan kepelbagaian dan mengelakkan konflik yang mungkintimbul kerana ketika kita bersatu, tidak ada yang boleh menghentikan kita. Contohnya, melalui perpaduan, masyarakat boleh membangunkan kesedaran tentang hakasasi manusia seperti hak kebebasan untuk menyatakan pendapat, menghormati kebebasan beragama, dan membina budaya inklusif yang mengalu-alukansemuaindividu tanpa diskriminasi. Oleh itu, perpaduan dalam kaummembolehkankitabersikap toleransi dan tidak mewujudkan pertengkaran fahamantara kaumseperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Akhir sekali, perpaduan dalam kaum mewujudkan kesejahteraanbersamadalam masyarakat. Apabila individu dan kumpulan menyokong dan bekerjasamabagai aur dengan tebing, potensi sumber manusia dan keupayaan sedia adadapat dimanfaatkan secara optimum. Tamsilnya, kerjasama dalambidang ekonomi, pendidikan dan sosial mengukuhkan keupayaan rakyat untuk mencapai perubahanyang mampan dan meningkatkan kualiti hidup. Masyarakat bersepadujugamembolehkan pengagihan sumber dan peluang yang adil, mengurangkanjurangsosiol-ekonomi, dan mewujudkan kesejahteraan yang sama rata untuk semuaanggota masyarakat. Natijahnya, Apabila kita berganding bahu dan bekerjasama, kita boleh menghadapi cabaran dengan lebih berkesan, menyesuaikan diri denganperubahan, dan mencapai kesejahteraan bersama.
Sebagai penghias bicara akhir, ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ ungkapanini mengajarkan kita akan peri pentingnya menjaga perpaduan dalamsetiapaspekkehidupan kita. Perpaduan membawa kekuatan, keamanan, pertumbuhan, danhubungan sosial yang kukuh. Oleh itu, marilah kita sentiasa mengutamakanperpaduan yakni, membina komunikasi yang baik, mengekalkan perpaduan, danmencari kesepakatan yang menguntungkan bersama kerana bersekutu bertambahmutu. Hanya dengan bersatu padu kita boleh mencapai impian kita dan mengatasi cabaran yang mungkin mendatangi kita. Bak kata Walt Disney "kita lebihkuat bersama daripada sendirian, perpaduan adalah kekuatan kita." Oleh itu, bersatuteguh bercerai roboh perlulah disemai dalam setiap jiwa masyararakat Malaysiasupaya negara kita akan terus kekal harmoni dan menjamin masa depan yanglebihbaik untuk kesejahteraan bersama. (707 patah perkataan)