The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by behpehkang, 2023-03-08 06:43:08

T1_FOLIO BMKT_BEH PEH KANG

FOLIO BMKT (2)

Sejarah pembentukan BMKT danprinsipnahudalam KTBM BEH PEH KANG 2021172310530 FOLIO


1952 & 1954 Nasib kanak-kanak cacat pendengaran di Malaysia mula berubah pada tahun 1952 atas kemunculan seorang pakar kesihatan kanakkanak, Dr. C. Elaine Field. Dr. Field berasa bahawa sekolah pendidikan khas untuk kanakkanak pekak patut ditubuhkan kerana mendapati tiada program pemulihan untuk mereka di Malaysia. Lantaran itu, beliau mencadangkan kepada Toh Puan Lady Edith Margery Templer, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaya yang mengadakan lawatan rasmi ke Pulau Pinang ketika itu. Pada tahun 1954, Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang (Federation School for the Deaf atau FSD, Penang) dibuka secara rasmi untuk memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak pekak. Dr. C. Elaine Field mencadangkan penubuhan sekolah untuk kanakkanak pekak. Toh Puan Lady Templer mengadakan suatu mesyuarat khas di Residensi, Pulau Pinang pada 9 Disember 1952. Hasilnya, jawatankuasa rayuan telah ditubuhkan untuk menerima sumbangan wang bagi tujuan pembinaan sebuah sekolah khas. Eleanor Culas merupakan penuntut FSD yang pertama yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Gallaudet iaitu sebuah universiti khas untuk pelajar-pelajar pekak di Washington D. C., Amerika Syarikat. Beliau kagum dengan kaedah “Manual Signs’ yang digunakan oleh masyarakat orang pekak di Amerika Syarikat dan yakin bahawa kaedah berkomunikasi ini akan menguntungkan masyarakat orang pekak di Malaysia juga. Apabila Profesor Frances M. Parson dari Universiti Gallaudet melancong mengelilingi dunia, Eleanor telah meminta Profesor Parson singgah di Malaysia dan berkongsi kepakarannya dan kaedah `Manual Signs’ dengan guru-guru di FSD. Eleanor Culas bertemu dengan suami isteri Jeneral Gerald templer, bekas Pesuruhjaya Tinggi TanahMelayusemasa lawatanke sekolah Profesor Parson mengunjungi FSD pada tahun 1976. Beliau tinggal di sekolah dan berusaha menyakinkan Puan Saleena dan guru-gurunya bahawa kaedah komunikasi seluruh dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasa kanak-kanak cacat pendengaran. Seterusnya, Profesor Parson telah mengadakan Kelas Komunikasi Seluruh dan mendemonstrasikan kaedah `Manual Signs’ kepada guru-guru FSD pada waktu 1976 petang selama sebulan. Profesor Parson berkunjung ke FSD memperkenalkan kaedah komunikasi seluruh. Sejarah & Asal Usul Pembentukan BMKT


Beliau juga sempat bertemu dengan Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu dan membincangkan kelebihan kaedah Komunikasi Seluruh untuk kanak-kanak cacat pendengaran. Hasil daripada pertemuan tersebut Kementerian Pelajaran membenarkan ‘Pilot Class’ yang menggunakan Kaedah Komunikasi Seluruh dimulakan di FSD. Kelas ini diberikan masa 5 tahun untuk menguji keberkesanannya. Namun selepas percubaan 3 tahun, prestasi pencapaian murid-murid dari kelas tersebut jauh lebih baik daripada muridmurid dari kelas lisan. Akhirnya pada tahun 1978, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan agar Kaedah Lisan diganti dengan Kaedah Komunikasi Seluruh yang merangkumi `Manual Signs’ , ejaan jari, membaca bibir, air muka dan pergerakan badan. Dengan implementasi kaedah tersebut, guru-guru FSD telah mengadakan kelas memperkenalkan `Manual Signs’ untuk guru-guru khas cacat pendengaran dari seluruh pelosok Malaysia di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang. Dua kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah berlainan. Sebelah kanan ialah kumpulan komunikasi seluruh diajar oleh Cik Khoo Seok Mei dan sebelah kiri ialah kumpulan oral diajar oleh Cikgu Chan. 1978 Jawatankuasa Kerja Komunikasi Keseluruhan dibentuk sebagai jawatankuasa kecil kepada Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian Pelajaran. Jawatankuasa ini bertugas membantu Jawatankuasa Kebangsaan membentuk satu Bahasa isyarat yang dapat diterima sebagai Bahasa yang standard untuk negera ini. Setelah konsep komunikasi seluruh diperkenalkan, bahasa isyarat untuk kanak pekak pada peringkat sekolah rendah dihasilkan. Bahan itu dibukukan dalam bentuk mimeograph dalam 3 jilid, dengan tajuk Komunikasi Seluruh: Bahasa Isyarat. Jawatankuasa Kerja Komunikasi Keseluruhan Buku kod tangan Bahasa Melayu (KTBM) edisi 1979 1979 Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur, Persatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka serta guru-guru telah mengambil satu langkah positif menerbitkan buku kod tangan Bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini.


1986 Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama diadakan untuk guru-guru Pendidikan khas Pulau Pinang di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Puan Saleena Yahaya Isa bertanggungjawab memperbaiki dan melengkapkan kod-kod tangan dengan bantuan guru Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang. Empat jilid sebanyak 5,000 tanda-tanda yang disyorkan telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan dan diedarkan kepada semua sekolah Pekak dan kelas pekak yang disertakan dengan sekolah pendengaran. 1982 Bahasa Melayu yang dikodkan secara manual diketahui sebagai KTBM dan kemudiannya dinamakan semula pada tahun 1994 sebagai BMKT kerana kesalahan tatabahasa. Pengenalan Komunikasi Menyeluruh menamatkan ciptaan semula jadi perkataan isyarat oleh pelajar pekak. Beberapa perkataan tanda yang dicipta di FSD digantikan dengan kod dalam KTBM 1994 KTBM>BMKT Sejarah Perkembangan Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan Info Lanjutan: KTBM Berstatus Bahasa? Apa itu KTBM? Perkembangan bahasa isyarat di Malaysia Draf KTBM


Encik Tan Chin Guan Persatuan Orang-orang Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan Puan Saadiah bte Ahmad Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur Encik Md. Hashim bin Omar Encik Abdul Latif Idris Cik Maris Jean Law Puan Wan Kalthom bte Wan Chik Bakar Jawatankuasa Komunikasi Seluruh Pengerusi: Prof. Dr. Hajah Asmah Haji Omar Pusat Bahasa, Universiti Malaya Naib Pengerusi: Setiausaha: Wakil Kementerian Pelajaran: Ahli-ahli: Puan Saleena Yahaya Isa Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang Puan Liew Yoon Loy Sekolah Kebangsaan Perempuan Kampung Bharu, Kuala Lumpur Turut Hadir: Encik Tan Yap Sekolah Kanak-kanak Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Cik Marie Greenstone Sukarelawan Keamanan Amerika Syarikat Semua Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran


Prinsip Nahu Bahasa Melayu Kod Tangan Kata Majmuk Kata Ringkas Perkataan Pergandaan Perkataan Seerti Pengecualian


Kata Majmuk Hanyasatukodsahajadigunakanuntukkata majumukyangmembawasuatumaknaatauobjek. Dua kod digunakan untuk kata majmuk Kapal Terbang Papan Hitam Bola Sepak Guru Besar = Guru + Besar Jam Tangan = Jam + Tangan Pejabat Pos = Pejabat + Pos


tadika= taman didikan kanak-kanak MARA= Majlis Amanah Rakyat Kata Ringkas Tiada= tidak ada = Ada perkataan ringkas tidak diberi kod dan hendaklah dieja satu per satu Ada perkataan dalam Bahasa Melayu yang diringkas dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti: Perkataan yang lazim digunakan mempunyai kod sendiri Jenama = jenis nama cerpen = cerita pendek panggung wayang gambar Pawagam Kedua-dua belah tangan "T" buat seperti "tidak" C E R P E N T A D I K A M A R A


tulis-menulis= kod tulis + kod imbuhan 'me' + kod tulis Semua perkataan berganda tidak sama ini menggunakan kod pertama mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya Semua perkataan berganda separuh hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya Perkataan Pergandaan a)Berganda Sama b)Berganda tidak sama c)Berganda Separuh d)Perkataan Berganda dan Berpenambah Meja-meja Kanak-kanak gunung-ganang = kod gunung + huruf g Sayur-mayur= kod sayur + huruf m Lelaki = Huruf l + kod laki Jejari = Huruf j + kod jari Buah-buahan= Kod buah(2 kali) + kod imbuhan an Menari-nari = kod imbuhan me + Kod tari (2kali) Perkataan berganda sama ini diulang sekali Kod Perkataan yang mula-mula Kekuda = Huruf K + kod kuda Kod dasar diulangi dengan diberi awalan dan akhiran pada mana - mana perkataan yang berkenaan


berbeza berbeza 2. Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Siti berbeza Pengecualian a)Nama gelaran pangkat yang membezakan dengan perkataan biasa Ada perkataan-perkaaan yang dikecualikan dari Kod Kata Dasar yang telah disediakan dan perkataan ini mempunyai Kodnya sendiri iaitu: b) Sesetangah perkataan mempunyai kod dasarnya sendiri dan tidaklah diberi imbuhan pada kod dasar Melainkan Perangkap belajar Pelajar *Perkataan 'belajar' dan "pelajar' mempunyai kod dasar sendiri. Jadi, tidaklah diberi imbuhan 'bel' atau 'pel' pada kod dasar "ajar' *Perkataan 'melainkan' mempunyai kod dasar sendiri dan tidaklah diberi imbuhan 'me' dan 'kan' pada kod dasar 'lain' *Perkataan 'perangkap' mempunyai kod dasar sendiri dan tidaklah diberi imbuhan 'pe' pada kod dasar 'rangkap' 1.DYMM Yang di-Pertuan Agong Mesyuarat agung tahunan Agong Agung Datuk Datuk 3. Undang Rembau di Negeri Sembilan Saya mengundang tuan-tuani Undang undang *Gelaran *Gelaran *Nama khas *kata kerja *Perkataan biasa *Perkataan biasa


Pedas (kod dasar), Gulai, Kari, Sambal =Tangan kanan "G" buat seperti pedas =Tangan kanan "k" buat seperti pedas =Tangan kanan "s" buat seperti pedas Gulai Kari Sambal Gali (kod dasar), Korek, Tebuk Laung= Tangan kanan "L" buat seperti 'pekik' Lolong=Tangan kanan 'G' buat seperti 'pekik' Senyap=Kedua-dua belah tangan "S" buat seperti "diam" Sunyi=Kedua-dua belah tangan "I" buat seperti "diam" Perkataan Seerti a) Ada perkataan seerti dibezakan dengan huruf awal Perkataan-perkataan yang seerti atau sama konsepnya adalah dikumpulkan dalam satu kumpulan yang menggunakan Kod Kata Dasar. b) Huruf pertama dalam suku kata kedua digunakan, sekiranya terdapat dua perkataan yang sama huruf awalnya c) Huruf akhir digunakan, sekiranya kedua-dua huruf pertama dalam suku kata kedua-dua sama d) Sekiranya huruf akhir sama, maka mana-mana huruf yang berlainan dalam perkataan dgunakan angkat=kod dasar angkut=Kedua-dua belah tangan "U" tapak ke atas paras perut lalu angkat sedikit angkit=Kedua-dua belah tangan "I" tapak ke atas paras perut lalu diangkat sedikit. Pedas Tangan kanan "5" bengkok tapak menghadap dalam di depan mulut lalu dipusingkan tangan ke depan ikut kiri Gali Tangan kiri "C" seperti memegang gelas, tangan "G" hujung jari di atas "C" lalu tangan kanan menjongketkan hujung jari "G". Korek Tebuk =Tangan kanan "K" buat seperti "gali" =Tangan kanan "T" buat seperti "gali" * Perkataan 'laung' dan 'lolong' mempunyai sama huruf pertama 'l' dalam suku kata kedua . Jadi, huruf akhir 'g' digunakan *Kod 'g','k','s' digunakan kerana mengikut huruf awal perkataan *Kod 'k', 't','g' digunakan mengikut huruf awal perkataan Rebus=Kedua-dua belah tangan "R" buat seperti "masak" Rendang=Kedua-dua belah tangan "D" buat seperti "masak" *Huruf pertama "d' digunakan untuk 'rendang' kerana huruf pertama dalam suku kata pertama 'r" sama untuk kedua-dua perkataan Sana= Tangan kanan "N" tapak menghadap bawah lalu gerakkan Siti= Tangan kanan "T" buat seperti 'sana' ke bawah arah depan *Huruf pertama "S" dalam suku kata pertama sama, jadi huruf pertama 'n', 't' dalam suku kata kedua digunakan Segala= Tangan kanan "G" buat seperti semua Sekalian= Tangan kanan "K" buat seperti semua *Huruf pertama "S" dalam suku kata pertama sama, jadi huruf pertama 'g', 'k' dalam suku kata kedua digunakan * Perkataan 'senyap' dan 'sunyi' mempunyai sama huruf pertama 's' dalam suku kata pertama . Jadi, huruf akhir "I" digunakan *Huruf akhir sama, jadi huruf berlainan "a' , "u" , "i" digunakan


SUMBER RUJUKAN: Abdullah, S. (2009). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid pekak. (Doctoral dissertation, Universiti Malaya). Chong, V. Y. (2018). Development of Malaysian Sign Language in Malaysia. Journal of Special Needs Education, 8, 15-24. 123dok. (2016). Bahasa Isyarat Malaysia. https://123dok.com/document/q5pek4jy-bahasa-isyarat-malaysia.html Saadiah, A. (2009). Pengenalan Kepada Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Selangor: Open Universiti Malaysia (OUM). Hurlbut, H. M. (2000). A preliminary survey of the signed languages of Malaysia. na. Penerbitan Kerajaan Malaysia. (2003). Komunikasi seluruh: Bahasa Malaysia kod tangan jilid 1


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version