AL FIQH I S S U E 5 | M A Y 2 0 2 3 PENGAJIAN ISLAM MPU23032 PERKAHWINAN BAWAH UMUR DARI PERSPEKTIF MAQASID AL SYARIAH
PENGENALAN 1 2 3 4 5 6 KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH MAKSUD MAQASID SYARIAH BATAS UMUR DALAM ISLAM Pertimbangan dalam per spek tif maqas id s yariah Real iti Per kahwinan Bawah Umur di Malay s ia Kedudukan Per kahwinan Bawah Umur dari Per spek tif Maqāṣ id Syariah Impl i kas i j i ka tidak memahami Maqas id Syariah 7 Keburukan keti ka seorang meni kah pada us ia di bawah 20 tahun 8 - 9 Pembahagian Maqas id Syariah 1 0 KESIMPULAN 1 1 RUJUKAN
1 SELAMAT DATANG M A Y 2 0 2 3 PENGENALAN Maqasid al-shari’ah dapat dimaknai dengan makna-makna (pemahaman) yang dikehendaki oleh shari’ (Allah dan Rasul-Nya) .Sasaran utama dari maqasid adalah menciptakan kemaslahatan kepada umat manusia secara umum, sebab yang menjadi target shari’ah adalah manusia itu sendiri. Secara singkat, walaupun tidak ada teks al-Qur’an dan sunnah mengenai batas usia menikah, akan tetapi teori Maqasid shari’ah mampu menjangkau maksud dan tujuan hukum Islam sehingga bisa merumuskan batas usia ideal melangsungkan pernikahan. Batasan usia ideal perspektif maqasid shari’ah ini tentunya mempertimbangkan banyak aspek, seperti kajian terhadap teks al-Qur’an dan Sunnah mengenai tujuan pernikahan, serta pandangan ilmu kontemporer seperti medis, psikologi, antropologi, sosiaologi, dan lainnya agar pemahaman yang dihasilkan bersifat komprehensif dan integral. Ada beberapa penelitian dan tulisan yang membahas tentang maqasid shari’ah, baik berupa buku khusus yang fokus membahas secara mendetail tentang maqasid shari’ah, atau buku ushul fiqh yang di dalamnya juga ada pembahasan maqasid shari’ah, atau berupa penelitian dan tulisan lepas yang mengkaji pemikiran maqasid shari’ah menurut tokoh tertentu. eDITOR 1 . MUHAMMAD ZAFRAN BIN MOHD ASID (19DDT22F1102) 2 . MUHAMMAD AIZAT HAKIMI BIN MOHD ALI JINAH (19DDT22F1027) 3 . NUR IRFAN IZANIEY BIN IDRIS (19DDT22F1102) 4 . MUHAMMAD HAZIM FAHIM BIN ARIFFIN (19DDT22F1017) 1
MAKSUD MAQASID SYARIAH KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH Mengukur dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas bagi memastikan ianya berada di dalam kerangka syariat. BATAS UMUR DALAM PERKAHWINAN Usia ideal perkawinan perspektif maqasid shari’ah adalah 25 tahun bagi laki-laki dan 20 tahun bagi perempuan. Batas usia minimal ini menjadi usia ideal perkawinan kerana mampu merealisasikan tujuan-tujuan pernikahan seperti menjaga keturunan, menciptakan keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah, menjaga garis keturunan, menjaga pola hubungan keluarga, menjaga keberagamaan dalam keluarga, dan mepersiapkan aspek ekonomi. Juga dianggap telah siap dan matang dari aspek medis, psikologis, sosial, dan tentunya agama. sehingga bisa menciptakan keluarga sesuai dengan maqasid shari’ah pensyariatan pernikahan. Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad yang diambil dari kata kerja ( قصد ( yang membawa maksud; pegangan, punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. Dengan lain perkataan, istilah ini merujuk kepada maksud ‘objektif’ yang membawa erti berasaskan kenyataan atau fakta sebenar. Manakala Syariah berasal daripada perkataan syara’a ( شرع ( yang bermaksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai sesuatu pekerjaan dan menjelaskan, menerangkan serta menunjukkan jalan. Dari segi istilah, ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW. Secara umum maqasid syariah seperti yang diterangkan oleh ulama usul fiqh ianya merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia. 2
Pertimbangan dalam perspektif maqasid syariah Memelihara Akal (Preservation of Intellect) Perkahwinan pada usia yang masih terlalu muda dapat mempengaruhi perkembangan mental, emosional, dan intelektual individu. Anak-anak yang menikah di usia yang terlalu muda mungkin tidak memiliki kematangan fisik dan mental yang diperlukan untuk menghadapi tanggung jawab perkawinan. Melindungi Keturunan (Preservation of Lineage) Perkahwinan pada usia yang terlalu muda juga dapat berdampak negatif pada keturunan. Anakanak yang menikah di usia yang terlalu muda mungkin tidak memiliki pengetahuan dan pemahaman yang cukup mengenai perananan dan tanggungjawab sebagai orang tua. Hal ini dapat beri kesan pada kesihatan dan perkembangan anak-anak mereka. Menjaga Keselamatan dan Kesejahteraan (Preservation of Life and Well-being) Perkahwinan bawah umur juga dapat membahayakan kesihatan dan kesejahteraan fisik serta emosional pasangan yang terlibat. Mereka mungkin belum siap secara fisik dan emosional untuk menjalani hubungan perkahwinan yang sihat dan memenuhi tuntutan perananan sebagai suami atau istri. Menjaga Agama (Preservation of Religion) Perkawinan adalah institusi yang penting dalam Islam, dan tujuan utamanya adalah untuk menjaga kesucian agama, memelihara keharmonisan rumah tangga, dan mendukung perkembangan moral dan spiritual pasangan suami istri. Perkahwinan yang terjadi pada usia yang terlalu muda mungkin tidak dapat memenuhi tujuan-tujuan ini. 3
Realiti Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia Di Malaysia, kanak-kanak yang beragama Islam yang ingin melangsungkan perkahwinan haruslah meminta kebenaran daripada Hakim Mahkamah Syariah. Berdasarkan data daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), jumlah permohonan perkahwinan bagi pemohon beragama Islam yang berumur di bawah 18 tahun bagi lelaki dan bawah 16 tahun bagi perempuan bagi tempoh tahun 2013 hingga tahun 2017 mencatatkan sebanyak 5,362 kes permohonan. Ini menunjukkan bahawa perkahwinan bawah umur secara tidak langsung mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, terdapat beberapa kajian yang mengkaji faktor perkahwinan bawah umur, antaranya, Nor Jana Saim et al (2018) dalam kajian mereka menyatakan antara faktor yang menyumbang kepada perkahwinan bawah umur adalah, masalah ekonomi dan kewangan. Uswatun Hasanah (2018) pula dalam kajiannya menyatakan antara faktor perkahwinan bawah umur adalah disebabkan pasangan tersebut telah terlanjur berzina dan hamil anak tidak sah taraf, selain sebagai jalan keluar bagi mengelakkan seks bebas dikalangan remaja. Hal ini turut diakui oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji bersama beliau yang menyatakan bahawa kebanyakan remaja yang membuat permohonan perkahwinan bawah umur adalah disebabkan telah berzina dengan pasangannya dan ada yang telah hamil disebabkan perzinaan tersebut. - 0 2 - M A Q A S I D S Y A R I A H D A L A M P E R K A H W I N A N 4
Kedudukan Perkahwinan Bawah Umur dari Perspektif Maqāṣid Syariah Isu mengenai hukum perkahwinan bawah umur ini adalah merupakan antara isu-isu yang menjadi perselisihan pandangan fuqaha. Perbezaan pandangan fuqaha mengenai mengenai hukum perkahwinan bawah umur boleh disimpulkan kepada 3 pandangan seperti berikut: (1) majoriti fuqaha berpandangan bahawa perkahwinan kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh adalah sah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, (2) sebahagian fuqaha berpandangan bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak sah, dan (3) sebahagian fuqaha yang lain pula membezakan antara hukum perkahwinan kanakkanak lelaki dan hukum perkahwinan kanakkanak perempuan. Perbezaan pandangan fuqaha ini juga adalah disebabkan kerana ketiada nas yang jelas secara pasti menetapkan suatu tahap umur minimum kepada seseorang untuk melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana ini, pengambil kiraan aspek maslahah dan mafsadah adalah sangat penting bagi memastikan sesuatu pandangan fiqh itu selari dengan kehendak dan maqasid syarak. Berdasarkan kepada perbincangan dalam bahagian yang lepas, dapat disimpulkan di sini bahawa maqāṣid Syariah dalam pensyariatan perkahwinan, sama ada maqasid umum ataupun maqasid khusus, dapat diringkaskan seperti berikut; (1) untuk meneruskan keturunan dan generasi manusia, (2) untuk memberikan ketenangan kepada manusia, (3) untuk mengelakkan manusia daripada terjebak melakukan perkara yang hina, (4) Jika dilihat kepada maqāṣid umum syarak di dalam perkahwinan iaitu untuk mengekalkan zuriat dan keturunan manusia, penulis berpendapat bahawa perkahwinan bawah umur boleh dianggap selari dengan kehendak syarak sekiranya perkahwinan tersebut diadakan sempurna dengan menepati syaratsyarat yang telah digariskan oleh fuqaha. Sama seperti manamana perkahwinan yang lain, perkahwinan adalah untuk meneruskan zuriat dan generasi manusia. Walaupun kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh masih belum sesuai untuk mengandung dan melahirkan anak, namun maqāṣid ini tetap tercapai juga selepas umur kanak-kanak tersebut meningkat dewasa.Perkara ini hakikatnya tidak jauh beza dengan peruntukan Akta dan Enakmen Undang-undang keluarga Islam di Malaysia yang memperuntukkan bahawa mana-mana kanakkanak yang berumur kurang daripada 16 tahun (perempuan) ataupun 18 tahun (lelaki) perlulah mendapatkan kebenaran daripada mahkamah syariah terlebih dahulu untuk berkahwin, tanpa menetapkan tahap umur minimum yang melarang mana-mana kanak-kanak yang berumur kurang daripada umur tersebut untuk berkahwin. 5
IMPLIKASI JIKA TIDAK MEMAHAMI MAQASID SYARIAH Pelanggaran Hak Individu: Salah satu tujuan utama maqasid syariah adalah melindungi hak-hak individu. Jika tidak memahami maqasid syariah, dapat terjadi pelanggaran terhadap hak-hak individu, termasuk hak anak-anak untuk pendidikan, hak atas kebebasan dan keadilan, serta hak-hak perempuan . Penyalahgunaan Agama: Tanpa pemahaman yang benar tentang maqasid syariah, ada risiko penyalahgunaan agama atau interpretasi yang keliru terhadap ajaran Islam. Hal ini dapat mengarah pada praktik-praktik yang merugikan individu atau masyarakat, termasuk dalam konteks perkahwinan bawah umur. Impak Negatif pada Masyarakat: Memahami maqasid syariah membantu dalam mempromosikan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Jika maqasid syariah diabaikan, dapat timbul impak negatif pada masyarakat, seperti peningkatan angka perceraian, kesejahteraan anak yang terancam, atau perpecahan sosial. Ketidaksesuaian dengan Prinsip-prinsip Islam: Maqasid syariah memberikan panduan yang sesuai dengan ajaran Islam yang mendasari. Jika seseorang tidak memahami maqasid syariah, dapat terjadi ketidaksesuaian dengan prinsip-prinsip Islam dalam pengambilan keputusan atau tindakan yang berkaitan dengan perkawinan atau isu sosial lainnya. 6
KEB U R U KA N KETIKA SEOR A NG M E N IKA H PA D A U SIA D I BAWA H 2 0 TA H U N 1.Berat Bayi Lahir Rendah (BBLR) bahwasanya remaja perempuan yang hamil berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah. Hal tersebut karena bayi memiliki waktu yang kurang dalam rahim untuk tumbuh. 2.Pre-eklampsia dan Eklampsia (keracunan kehamilan) yakni Kombinasi keadaan alat reproduksi yang belum siap hamil dan anemia makin meningkatkan terjadinya keracunan hamil dalam bentuk pre-eklampsia atau eklampsia. Pre-eklampsia dan eklampsia memerlukan perhatian serius kerana dapat menyebabkan kematian. 3.Abortus atau Keguguran, pada saat hamil seorang ibu muda, sangat memungkinkan terjadi keguguran. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor alamiah dan juga abortus yang disengaja, baik dengan obat-obatan maupun memakai alat. 4.Kesulitan Persalinan adalah Persalinan yang disertai komplikasi ibu maupun janin. Penyebab dari persalinan lama sendiri dipengaruhi oleh kelainan letak janin, kelainan panggul, kelainan kekuatan his, mengejan serta pimpinan persalinan yang salah. Kematian ibu dan karena perempuan yang berusia di bawah 20 tahun, mereka biasanya tidak tahan dengan rasa sakit sehingga dilakukannya operasi lebih besar daripada melahirkan secara normal. 7
PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH Al-daruriyat merupakan objektif yang mana kehidupan agama dan keduniaan manusia tertegak dengannya, Jika sekiranya ia tidak ada nescaya hidup manusia di dunia ini akan menghadapi kesukaran baik di dunia mahupun akhirat. Al-daruriyat yang asasi ini ada lima iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda. Setiap urusan agama dibina atas perkara-perkara ini dan hanya memeliharanya sahajalah maka segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik. Para ulama’ Islam telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis keutamaan tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan lebih utama dari kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan dari kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan dari kepentingan keturunan dan kepentingan keturunan pula diutamakan dari kepentingan harta. Sebagai contoh, Allah telah mewajibkan pelaksanaan rukun Islam yang lima. Untuk menjaga agama, Islam telah mewajibkan jihad dan mengenakan siksa ke atas mereka yang murtad. Oleh yang demikian, terpeliharalah konsep beragama dan umat Islam dari kerosakan. Bagi memelihara kesinambungan generasi dan kewujudan keturunan yang baik maka Islam mensyariatkan perkahwinan. Bagi memelihara nyawa manusia pula, maka Allah mewajibkan untuk memakan atau meminum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan yang memudharatkan nyawa, bagi menjamin keselamatan nyawa tersebut. Demikian pula halnya dalam situasi pembunuhan, Allah telah mewajibkan hukuman qisas atau diat atau kaffarat terhadap pembunuh. AL-DARURIYAT 8
AL-HAJIYAT Al-hajiyat ialah kepentingan yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan kepada mereka dan menghilangkan kesempitan yang membawa kepada kesulitan dan kesukaran dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula tidaklah sehingga membawa kepincangan dalam hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyat, tetapi ia akan membawa kepada kesukaran dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, disyariatkan beberapa kemudahan (rukhsah) seperti solat qasar dan jama’ bagi orang yang musafir, diharuskan tidak berpuasa Ramadan bagi orang yang sakit atau musafir, menunaikan solat dalam keadaan duduk bagi orang yang tidak mampu berdiri, menyapu khuf sebagai ganti basuh kaki ketika berwudhu’, bermusafir dan lain-lain lagi. AL-TAHSINIYAT Al-tahsiniyat merupakan kepentingan yang menghendaki seseorang berpegang dengan akhlak-akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia. Ketiadaan alTahsiniyat tidaklah membawa kepada kesukaran hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyat dan al-hajiyat, tetapi ia membawa kepada kehidupan yang tidak elok pada pandangan orang-orang yang berakal. Contohnya, Islam mensyariatkan bersuci dan menutup aurat di dalam solat, memakai bau-bauan semasa berada di dalam masjid dan di tempat perhimpunan orang ramai dan sebagainya. Dalam urusan muamalat, Islam mengharamkan sebarang urusan jual beli yang mendatangkan mudharat seperti dadah, najis, bangkai dan sebagainya yang berkaitan. Demikian juga halnya, Islam megharamkan jual-beli atas jual-beli orang lain dan juga pinangan atas pinangan orang lain. Dalam adat pula, Islam mengajar adab-adab makan dan minum, mengharamkan memakan makanan yang keji dan memudharatkan, sebagaimana Islam melarang melampaui batas dalam makan minum dan berpakaian dan sebagainya. 9
KESIMPULAN Prinsip maqasid syariah sangat berpengaruh besar dalam memberi jaminan kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh alam. Para ulama' dan fuqaha' telah menjelaskan prinsip maqasid syariah ini, yang pada hakikatnya menyatakan bahawa tujuan pensyariatan dari Allah mempunyai rahsia yang tersirat dan hikmah yang tersurat bagi setiap hidupan yang menjalani proses kehidupan di dunia ini. Setiap hamba mukallaf mempunyai kewajipan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjalani kehidupan berlandaskan maqasid syariah agar kehidupannya lebih terjamin dan dalam keadaan aman sejahtera. Manakala bagi orang bukan Islam mempunyai tugasan penting sebagai masyarakat yang mempunyai tujuan yang sama seperti yang disyariatkan oleh Allah kerana fitrah setiap insan sukakan keamanan dan cara hidup yang mempunyai matlamat hidup. Cara hidup berdasarkan perbezaan pegangan agama masing-masing dan cara pandang pemikiran yang berbeza terhadap kelompok yang berbeza. Namun, agama Islam telah membuktikan hak orang bukan Islam tidak pernah dinafikan dan tidak berlaku diskriminasi kepada sesiapapun walaupun berbeza pegangan agama dan suku kaum. Islam datang sebagai rahmat yang memberi cahaya kepada seluruh umat manusia dalam menentukan matlamat hidup yang berpandukan kebenaran dan keadilan. Oleh itu, pengapikasian maqasid syariah wajib diterapkan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama dan latarbelakang. 10
RUJUKAN NURUL AIN HAZRAM, [email protected] JABATAN FIQH DAN USUL, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA MALAYSIA ,PERKAHWINAN BAWAH UMUR DARI PERSPEKTIF MAQĀṢID AL-SHARĪ‘AH,HTTPS://WWW.UKM.MY/JCIL/WPCONTENT/UPLOADS/2021/12/JCIL-2021-62-ARTICLE-4.PDF MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 9 & 10, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR,MAQASID SYARIAH,HTTPS://WWW.MAIS.GOV.MY/MAQASID-SYARIAH/ HOLILUR ROHMAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL SURABAYA,BATAS USIA IDEAL PERNIKAHAN PERSPEKTIF MAQASID SHARIAH ,FILE:///C:/USERS/ZAFRAN/ONEDRIVE/DOCUMENTS/BATAS_USIA _IDEAL_PERNIKAHAN_PERSPEKTIF_M.PDF 11
Hike Vol.1 MAY 2023 KUMPULAN 1 CONTACT 010-8213699 [email protected] POLITEKNIK MUADZAMSHAH LEBUHRAYA TUN RAZAK, 26700 MUADZAM SHAH, PAHANG