1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA 32040 MANJUNG RAYA PERAK MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1 / 2024 -2025 Tarikh : 11 Mac 2024 Hari : Rabu Masa : 12.00 Tengah hari Tempat : Restoran Mak Cik Delicafe Pengerusi : Puan Sarina binti Safari Kehadiran : 38 Orang Guru 1. Encik Shahril bin Othman (Guru Besar) 2. Puan Zalina binti Zakaria (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Puan Sarina binti Safari (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Puan Jamalina binti Samsudin (Penolong Kanan Kokurikulum) 5. Puan Hanizah binti Harun (Setiausaha Hal Ehwal Murid) 6. Puan Adilla binti M. Mokhtaruddin 7. Puan Hjh. Fatimah binti Abustan 8. Puan Raja Nurul Emileen binti R Zainal 9. Puan Norlie Ashikin binti Bakar 10.Puan Zaharah binti Mat Jusoh 11.Encik Ahmad Shah Mimi bin Mohd Rosli 12.Puan Rozaina binti Idris 13.Puan Norhasliza binti Hasan Basri 14.Encik Mohd Nabil Fikri bin Ismail 15.Puan Zuriadah binti Isa 16.Puan Haslina binti Sanusi 17.Puan Noor Farahhana binti Mohd Saidi 18.Puan Masniza binti Miskam 19.Puan Narimah Abyad binti Arshad 20.Puan Suria binti Mustapha 21.Encik Ahmad Faizal bin Ahmad Teridi 22.Puan Ainin Sofea binti Mohamad Bulian 23.Puan Nor Aishah binti Yahaya 24.Puan Siti Suzzanna binti Ramlee 25.Puan Norazlin binti Salleh 26.Puan Norhaida binti Abdul Rahman
2 27.Puan Nurul Wahida binti Ahmad Sobri 28.Puan Siti Fauziah binti Mohd Noh 29.Puan Hazirah binti Chik 30.Encik Ahmad Nor Khairi bin Jamali 31.Encik Muhammad Hafezuddin bin Shaharudin 32.Puan Aimi Amirah binti Abdul Rahman 33.Cik Nursyafiqah Liyana binti Mohd Syafiq Ong 34.Puan Zahariah binti Mohammed Zain 35.Puan Rosnah binti Abdul Manap 36.Puan Roejalina binti Ahmad Jawawi 37.Puan Nor Hasinah binti Husin 38.Puan Nurmelda binti Patric 39.Encik Hairul bin Abd Karim 40.Puan Norain binti Mohd Yusof 41.Nurul Amrinazatul Nadhirah binti Awang AGENDA 1: Ucapan Penasihat (Guru Besar) 1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. 1.2 Harapan Guru Besar semoga unit-unit di bawah HEM sentiasa memastikan segala yang dirancang selari dengan visi dan misi yang telah ditetapkan. Tindakan : makluman semua guru AGENDA 2 : Ucapan Pengerusi (PK HEM) 2.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat HEM kali pertama bagi sesi 2024 pada tahun ini. 2.2 Terima kasih sekali lagi kepada semua guru kerana telah menjalankan amanah dalam setiap unit HEM dengan dedikasi dan komited dalam memberi komitmen masing-masing pada tahun lepas. 2.3 Harapan Pengerusi agar semua Ahli Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan program-program yang akan dijalankan dan terus cemerlang untuk tahun ini. 2.4 Setiap unit diminta mengadakan mesyuarat pertama bersama AJK masing- masing untuk membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun Tindakan : makluman semua guru
3 AGENDA 3 : Pengurusan HEM 2024 3.1 Pengerusi memaklumkan penyelarasan tugas bagi ahli jawatankuasa HEM yang baru pada tahun ini. (Rujuk Buku Penyelarasan Tugas 2024/2025) 3.2 Setiap aktiviti yang dijalankan mengikut SOW yang telah ditetapkan. Tindakan : Makluman Semua Guru AGENDA 4 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa 4.1 Jawatankuasa Baru 4.1.1 Pengerusi memaklumkan terdapat jawatankuasa baru yang diadakan bagi penyelarasan HEM dalam tahun ini. Antaranya Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah atau JBPS yang terdiri daripada Guru Besar (Pengerusi), Guru HEM (Timbalan pengerusi), Guru Pentadbiran (Naib Pengerusi 1), Guru Kokurikulum (Naib pengerusi 2), seorang Penghulu Taman, 2 orang ahli PIBG dan beberapa orang guru yang telah diwartakan sebagai penyelaras serta SU Kebajikan Murid, Kwamp, RMT, PSS dan BAP. Tindakan : Makluman Guru 4.2 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 4.2.1 Peminjaman dan pemulangan Buku Teks akan diadakan pada 20 Januari 2024 mengikut SOP. 4.2.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Guru SPBT, Puan Nur Syafiqah Liyana dan guru-guru kelas dalam melancarkan proses pemulangan dan peminjaman buku teks 2024/2025. Tindakan : AJK SPBT dan Guru Kelas
4 4.3 Kedai Buku 4.3.1 Proses pembelian buku tulis telah dilaksanakan pada 14, 15 dan 16 Disember lalu. 4.3.1 Pengerusi kedai buku, Puan Wahida telah menyelaraskan proses pembelian buku tulis di mana hebahan, senarai buku, proses pembungkusan buku tulis dan lain-lain yang berkaitan dijalankan lebih awal bagi memudahkan pengurusan penjualan buku. Program penjualan buku tulis diteruskan oleh Setiausaha Kedai Buku, Raja Nurul Emileen dan dibantu oleh AJK serta semua guru. 4.3.2 Tugasan dan jadual pembelian buku tulis seterusnya akan diminit dan disusun oleh AJK kedai buku supaya semua murid dapat meneruskan pembelajaran dengan selesa memandangkan ada juga ibu bapa yang tidak dapat hadir pada tarikh pembelian kerana sesuatu kekangan. 4.3.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Wahida selaku penyelaras dan Raja Nurul Emileen selaku setiausaha kedai buku, AJK serta semua guru yang sudi membantu melicinkan program pembelian buku tulis 2024/2025. Tindakan : AJK Kedai Buku dan Guru Kelas 4.4 Lembaga Pengawas/ Disiplin dan Kelab Penjegahan Jenayah 4.4.1 Pihak sekolah meletakkan kepercayaan kepada Ustaz Hafezuddin bagi menerajui Lembaga Pengawas, Disiplin dan Kelab Pencegahan jenayah SK Seri samudera. 4.4.2 Pengerusi juga berharap agar Unit Disiplin dapat menjalankan program dan aktiviti bagi mempertingkatkan sahsiah dan kemenjadian murid-murid di sekolah ini. 4.4.3 Laporan-laporan aktiviti dan sebagainya perlu dilapor dan disimpan di dalam fail bagi memudahkan rujukan sekiranya perlu.
5 4.4.4 Program motivasi bagi ahli pengawas sekolah diadakan sebagai model dan teladan bagi murid-murid lain terutama dalam komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid. 4.4.5 Kelab Pencegahan Jenayah ialah Kelab yang yang ditubuhkan di semua sekolah rendah yang merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelab pencegahan Jenayah atau KPJ dapat melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. Tindakan : AJK LP/Disiplin/KPJ 4.5 Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 4.5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Cik Ainin Sofea pada tahun lepas dan berharap pada tahun ini meneruskan perancangan, program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan kaunseling sekolah dengan jayanya. 4.5.2 Pembimbing Rakan Sebaya juga perlu merancang program yang sesuai yang dapat menguasai kemahiran membantu agar dapat membantu rakan- rakan yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional di samping melatih mereka membantu diri mereka sendiri. Tindakan : AJK Kaunseling dan PRS 4.6 Jawatankuasa Student Voice Group (SVG) 4.6.1 Student Voice Group akan diseliakan oleh Cikgu Ahmad Norkhairi dan dibantu oleh beberapa orang guru. 4.6.2 SVG ditubuhkan sebagai medium kepada murid untuk mengembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang. Murid boleh menyuarakan kesungguhan pendapat dan minat mereka dengan bimbingan guru. Tindakan : AJK SVG
6 4.7 Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PPS) 4.7.1 Puan Nurul Nadhirah selaku Guru Pusat Sumber memimpin Pengawas Pusat Sumber dalam mengendalikan dan menguruskan segala sumber dan perkhidmatan pusat sumber sekolah dengan baik. Tindakan : AJK LPPS 4.8 Duta Penggerak Digital 4.8.1 Puan Masniza binti Miskam selaku Penyelaras Duta Penggerak Digital memimpin Pengawas Duta Penggerak Digital dalam mengendalikan dan menguruskan peralatan ICT dan membantu guru-guru dalam pengurusan peralatan ICT sekolah. Tindakan : AJK Duta Penggerak Digital 4.9 . Ketua dan Penolong Ketua 4.9.1 Puan Hanizah dan AJK menyelaras Ketua dan penolong Ketua yang telah dilantik oleh guru-guru kelas. 4.9.2 Mengadakan program yang dapat meningkatkan kepimpinan serta menerapkan nilai murni dalam diri bagi menjadikan model kepada murid- murid lainnya. Tindakan : AJK Ketua dan P.Ketua 4.10 . Jawatankuasa Kantin 4.10.1 Bagi sesi 2024, penyelaras kantin akan dipegang oleh Puan Hazirah, pengerusi berharap pada tahun ini, dapat membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin. Di samping itu, pihak AJK Kantin juga perlu memantau dan memastikan tiada makanan ‘fast food’ yang dijual serta mengikut saranan Akta Makanan 1983 dan Peraturan -Peraturan Makanan 1985.
7 4.10.2 Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti Pendidikan dan kempen dengan kantin. Tindakan : AJK Kantin 4.11 Jawatankuasa Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPdA) 4.11.1 Pengerusi melantik Puan Zaharah sebagai penyelaras Program Pendidikan Pencegahan Dadah dibantu oleh beberapa orang guru. 4.11.2 Pengerusi berharap AJK PPdA dapat mengadakan pelbagai program yang melibatkan murid dalam memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat sekolah. 4.11.3 Laporan program perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam fail. 4.11.4 Papan Kenyataan PPdA juga perlu dipaparkan maklumat dan isu terkini Berkaitan PPdA. Tindakan : PPdA 4.12 Jawatankuasa Program Keselamatan Murid & Sekolah Selamat 4.12.1 Encik Ahmad Shah Mimi selaku penyelaras Program Keselamatan Murid Sekolah Selamat dibantu oleh beberapa orang guru. 4.12.2 Pengerusi berharap AJK Sekolah Selamat dapat mengenalpasti segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi. Peincian tugas boleh dirujuk dalam Buku Penyelarasan Tugas Sekolah. 4.12.3 Laporan program dan aktiviti perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam fail. Tindakan : Sekolah Selamat 4.13 Jawatankuasa 2K (Kebersihan dan Keceriaan) 4.13.1 Pengerusi mengalu-alukan Puan Roejalina bagi menyelaraskan Program 2 K iaitu kebersihan daan keceriaan. 4.13.2 Pengerusi meminta Penyelaras Program 2 K dan AJK berharap AJK Sekolah dapat menjadikan sekolah sebagai penanda aras mutu Pendidikan dalam mewujudkan persekitaran yang selesa, harmonis, kondusif dan ceria. 4.13.3 Laporan program dan aktiviti perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam fail. Tindakan : AJK 2K
8 4.14 Jawatankuasa Perhimpunan 4.14.1 Encik Ahmad Nor Khairi mengetuai Jawatankuasa perhimpunan dan dibantu oleh beberapa orang guru. 4.14.2 Pengerusi berharap AJK Perhimpunan Sekolah memastikan perhimpunan rasmi sekolah berjalan lancar dan teratur. Tindakan : AJK Perhimpunan 4.15 Jawatankuasa SMK/SBP/KAWALAN & Penempatan/Pertukaran Murid 4.15.1 Jawatankuasa SMK/SBP/ Kawalan dan Penempatan/Pertukaran Murid diketuai oleh Puan Norhaida. 4.15.2 Menguruskan fail-fail murid yang bertukar masuk dan keluar. 4.15.3 Memastikan fail-fail murid dikemaskini oleh guru-guru kelas. Tindakan : AJK Profail Murid 4.16 Jawatankuasa Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 4.16.1 Puan Norlie menyelaras APDM dibantu oleh beberapa orang guru yang lain. 4.16.2 Pengurusan dan mentadbir data dengan cekap dan efisyen dengan data yang sahih dan sentiasa dikemaskini bagi memudahkan pentadbir mendapatkan data yang lengkap bagi urusan rasmi. 4.16.3 Mengemaskini senarai nama murid terkini dari semasa ke semasa. Tindakan : AJK APDM
9 4.17 Jawatankuasa Rawatan dan Perubatan/ Pencegahan Penyakit 4.17.1 Jawatankuasa Rawatan dan Perubatan serta Pencegahan Penyakit akan diuruskan oleh Puan Zahariah dan dibantu oleh beberapa orang guru. 4.17.2 Fungsi jawatankuasa Rawatan dan perubatan seperti memastikan bilik rawatan sentiasa bersih dan berkeadaan baik, memastikan murid yang cedera ringan mendapatkan rawatan awal. Tindakan : Rawatan & Perubatan / SIM 4.18 Jawatankuasa Bantuan Kebajikan Murid/ Bantuan Awal Persekolahan / KWAMP 4.18.1 Jawatankuasa Bantuan Kebajikan Murid dan Bantuan Awal Persekolahan serta KWAMP dibawah seliaan Encik Hairul dan dibantu oleh beberapa orang guru. 4.18.2 Tugasan lainnya memastikan murid-murid yang layak menerima bantuan disenaraikan supaya tidak tercicir. 4.18.3 Memastikan murid-murid yang terlibat mendapat bantuan Khas Awal persekolahan. 4.18.4 Laporan program dan aktiviti perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam fail. Tindakan : AJK Bantuan Kebajian Murid/BAP/KWAMP
10 4.19 Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 4.19.1 Puan Raja Nurul Emileen sebagai penyelaras Rancangan Makanan Tambahan dibantu oleh beberapa orang guru yang lain. 4.19.2 Mengurus dan mengenal pasti murid- murid yang berlayakan menikmati program RMT melalui Kerjasama guru-guru kelas. 4.19.3 Menyelia dan meneliti kualiti serta kebersihan makanan. 4.19.4 Mengadakan taklimat dengan guru bertugas dan murid terlibat. 4.19.5 Menyediakan laporan dan dimasukkan ke dalam fail. Tindakan : AJK RMT 4.20 Jawatankuasa Program Susu Sekolah (PSS) 4.20.1 Puan Zuriadah sebagai penyelaras Program Susu Sekolah dibantu oleh beberapa orang guru yang lain. \ 4.20.2 Memastikan murid-murid layak menerima Program Susu Sekolahmenerima susu mengikut jadual yang telah ditetapkan. 4.20.3 Laporan program dan aktiviti perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam fail. Tindakan : AJK PSS 4.21 Jawatankuasa PIBKS 4.21.1 Penyelaras PIBKS dibawah seliaan Puan Norhasinah dan dibantu oleh beberapa orang guru yang lain. 4.21.2 AJK PIBKS dapat membina rangkaian komunikasi antara ibu bapa, komuniti dan sekolah bagi berkongsi idea dan pandangan berkaitan pembelajaran anak. 4.21.3 Merancang dan melaksana program untuk ibu bapa saling mengenali dan bermuafakat dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan. 4.21.4 Laporan program dan aktiviti perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam fail. Tindakan : AJK PIBKS
11 AGENDA 5 : Ucapan Penangguhan AGENDA 5 : Ucapan Penangguhan 5.1 Pengerusi berharap segala perbincangan dalam mesyuarat ini mestilah diambil tindakan dan dipatuhi. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan pada tahun 2024/2025 unit HEM dapat menjalankan tugas dengan cemerlang . 5.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir pada hari ini dan memohon agar kerjasama yang baik dapat diteruskan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.50 petang dengan bacaan tasbih Kiffarah dan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, _____________________ ______________________ (HANIZAH BINTI HARUN) (SARINA BINTI SAFARI) Setiausaha Hal Ehwal Murid Pen. Kanan Hal Ehwal Murid