BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: FRASA ADJEKTIF
PENSYARAH : ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI
KUMPULAN KULIAH: D
NAMA AHLI NO. MATRIKS
FARRAH AIDA BINTI GHAZALI D20191087764
FARAH NABILAH BINTI GHAZALI D20191087848
NUR ATIKAH BINTI ZAKARIA D20191087847
NAZURA ILYANA BINTI NASRAN D20191087884
NUR NAZATUL ASYIQIN BINTI D20191087741
MUHAMD RADI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2
SESI 2020/2021
ISI KANDUNGAN Halaman
Perkara 1
2
1.0 Pengenalan 2-3
2.0 Analisis perbincangan
2.1 Konsep 3-15
2.2 Contoh 15-17
2.3 Aktiviti (berdasarkan pedagogi frasa
adjektif) 18-22
2.4 Latihan pengukuhan 22
3.0 Penutup
Bibliografi
i
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa yang difahami oleh mereka. Ia
boleh disampaikan secara lisan, tulisan, isyarat mahupun simbol yang difahami.
Tambahan pula, bahasa juga dapat menggambarkan sesebuah bangsa yang menuturnya
dan latar belakang bangsa tersebut. Di dunia, terdapat pelbagai jenis bahasa yang
dipertuturkan terutamanya Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
mudah dipertuturkan, mudah dipelajari dan difahami bagi mereka yang minat dengan
Bahasa Melayu.
Bidang kajian bahasa yang dikaji meliputi beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik. Ia juga kajian tentang psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik
sejarah dan lain-lain lagi. Setiap kajian tersebut adalah berkait rapat dengan sesebuah
masyarakat. Sintaksis merupakan salah satu aspek penting dalam bidang tatabahasa. Hal
ini kerana ayat, klausa dan frasa dalam sesebuah bahasa perlu dibina dan disusun atur
berdasarkan hukum atau peraturan tertentu dan ia adalah fokus bagi kajian dalam bidang
sintaksis.
2.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Pada bahagian ini akan membincangkan konsep frasa adjektif, contoh frasa adjektif
berdasarkan bahan berkonteks, aktiviti PdP berdasarkan pedagogi kata ganda dan latihan
pengukuhan.
1
2.1 KONSEP
2.1.1 Konsep Tatabahasa
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (1996), tatabahasa merupakan peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Erti kata lain,
tatabahasa merupakan rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-
unsur ucapan menurut fungsinya.
2.1.2 Konsep Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Tambahan pula, di dalamnya termasuk juga kajian tentang struktur frasa
dan klausa. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksia merupakan bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, strukturr dan binaan atatu konstruksi ayat. Sintaksis juga dapat
dikenali sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataab atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Tambahan pula, ia merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji
proses pembinaan ayat.
2.1.3 Konsep Frasa
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu kata yang berpotensi
untuk diperluas menjadi frasa. Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpotensi untuk
berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daipada
satu perkataan. Tetapi, frasa dapat diperkembangkan menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih. Manakala menurut Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan
sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu
2
perkataan atau sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa
Melayu bagi membawa makna. Selain itu, frasa ini terdiri daripada Frasa Nama, Frasa
Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
2.1.4 Konsep Frasa Adjektif
Frasa adjektif merupakan binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang
mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Menurut Nik Safiah Karim et al.,(1993)
menyatakan bahawa frasa adjektif adalah susunan perkataan yang terdiri daripada satu
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai intinya. Oleh
itu, inti frasa adjektif boleh terdiri daripada sepatah kata adjektif atau dua patah kata
adjektif yang menduduki fungsi predikat ayat.
2.2 BINAAN FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif adalah susunan kata yang terdiri daripada satu atau beberapa patah kata yang
mempunyai kata adjektif sebagai intinya. Binaan frasa adjektif terbahagi kepada dua
bentuk iaitu:
(a) Binaan satu kata
(b) Binaan dua kata
2.2.1 Binaan Satu Perkataan
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif. Contohnya:
tinggi rendah baik rajin
bulat cepat cantik marah
FN KA
3
Contoh:
Kuala Lumpur: Tiada perasan yang dapat digambarkan oleh pemain beregu campuran
profesional negara, Goh Liu Ying selain berpuas hati dan lega selepas menerima suntikan
vaksin Covid-19, semalam.
Malah, dia yang memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama pasangannya, Chan
Peng Soon, kini boleh dikatakan berasa lebih selamat dan yakin untuk menyertai kejohanan
di luar negara termasuk Terbuka India di New Delhi yang bermula 11 hingga 16 Mei
depan.
"Ia sesuatu yang baik untuk atlet semua kerana kami masih perlu ke luar negara bagi
menyertai kejohanan. Apabila sudah ada vaksin ini, ia membuatkan kami tidak perlu terlalu
bimbang lagi.
“Kami boleh fokus sepenuhnya terhadap persiapan dan kejohanan yang kami sertai,"
katanya.
(Harian Metro, 14 April 2021)
4
2.2.2 Binaan Dua Perkataan
Frasa adjektif binaan dua kata terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
Kata Adjektif + Kata Adjektif
Kata Adjektif + Kata Nama
2.2.2.1 Kata Adjektif + Kata Adjektif KA
KA
Frasa adjektif dalam bentuk kata adjektif + kata adjektif terdiri daripada beberapa jenis.
Keserasian makna
Berlawanan makna
Keindahan bunyi rima
Contoh dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna:
Selepas beberapa jam berhempas pulas, akhirnya sekitar jam 7.30 pagi Zainal Abidin dan
rakannya berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
"Betapa indahnya panorama alam semula jadi ciptaan Allah. Tiupan angin bayu udara
segar melenyapkan terus segala penat lelah kami. Kehadiran awan karpet yang beralun
juga mempersonakan mata memandang.
(Harian Metro, 1 April 2021)
Contoh dua kata adjektif yang berlawanan makna:
Ismail Sabri berkata, ketika ini perkembangan terkini COVID-19 di beberapa negara yang
masih dalam keadaan tidak menentu dengan berlakunya turun naik dalam kes harian.
(Berita Harian, 12 April 2021)
5
Contoh dua kata adjektif yang mempunyai keindahan bunyi rima:
Yang pasti, ketika musim perayaan, terutama Aidilfitri dan Aidiladha, kota metropolitan di
sekitar Lembah Klang akan sunyi sepi. Ia tiba-tiba bertukar wajah menjadi tempat warga
asing beraya.
(Berita Harian, 25 Mac 2021)
2.2.2.2 Kata Adjektif + Kata Nama KN
KA
Frasa adjektif dalam bentuk kata adjektif + kata nama terdiri daripada dua jenis.
Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan
Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan
Contoh frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan:
KUALA LUMPUR: Pokok tecoma berbunga putih serta merah jambu dan dikenali sebagai
'sakura Malaysia' bakal diketengahkan sebagai produk pelancongan baharu negara pada
masa hadapan.
(Berita Harian, 29 Mac 2021)
Contoh frasa adjektif yang membawa maksud kiasan:
Angin petang yang bertiup perlahan di wakaf kayu pinggir jalan yang menjadi tempat kami
berkumpul pada petang senggang amat mengasyikkan. Mad Deris - sahabat paling berusia
di antara kami berdiri mengangkat kedua-dua tangan cuba meniru watak adiwira yang
terlukis pada helaian buku cerita yang masih digenggamannya. Kami tergelak seketika
memandang aksi lucu sahabat lurus bendul itu.
(Berita Harian, 12 April 2021)
6
2.2.3 UNSUR PENGUAT DALAM FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata penguat. Kata penguat
boleh hadir di hadapan kata adjektif, di belakang kata adjektif, atau hadir bebas.
2.2.3.1 Penguat Hadapan KA
PENG
Contoh kata penguat di hadapan kata adjektif:
"Bencana yang menimpa penduduk sangat teruk malah kita difahamkan ini kejadian paling
buruk dihadapi mereka.
(Harian Metro, 15 April 2021)
Maharashtra, antara negeri paling teruk terjejas, mengumumkan perintah berkurung dari 8
malam hingga 7 pagi selama dua minggu bermula Rabu.
(Harian Metro, 15 April 2021)
2.2.3.2 Penguat Belakang
KA PENG
Contoh kata penguat di belakang kata adjektif:
Johor Bahru: Hari pertama puasa menyaksikan warga bandar raya ini menyerbu bazar
Ramadan menyebabkan keadaan sesak sekali menyukarkan penjarakan sosial dilakukan.
(Berita Harian, 13 April 2021)
7
2.2.4 Penguat Bebas KA PENG
PENG
Contoh kata penguat hadir secara bebas:
“Dia amat positif dalam pelbagai perkara. Cara dia berinteraksi dengan orang, cara dia
berkomunikasi dengan rakan sepasukan serta kepimpinannya dalam dan luar padang.
(Sinar Harian, 12 April 2021)
"Walaupun masih kecil, dia seolah faham apa yang berlaku. Wajahnya penuh riak risau dan
bertanya bila ayahnya akan pulang. Itu yang buat saya sedih sangat," katanya.
Nur Ashikin berkata, sejak Ahad dia sebenarnya sudah tidak berasa sedap hati.
(Sinar Harian, 5 April 2021)
2.2.4 KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif boleh disertai dengan kata bantu dalam binaannya. Selain itu, terdapat kata
bantu tertentu yang hadir sebelum atau selepas kata penguat. Contohnya:
sudah cerah sudah sangat cerah
masih gelap masih sangat gelap
PEN (KB @ PENG) + KA
Contoh kata bantu dalam frasa adjektif
"Walaupun kuantiti pengeluaran masih kecil tetapi kemampuannya meletakkan industri
vanila sebagai `produk emas` terbaharu untuk diusahakan secara komersial sangat
mengagumkan," katanya pada Rabu.
(Sinar Harian, 15 April 2021)
8
2.2.5 SUSUNAN FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT
Dalam binaan ayat, frasa adjektif boleh berfungis sebagai:
Sebagai predikat
Sebagai keterangan selepas frasa kerja
Sebagai penerang kata nama
2.2.5.1 Frasa Adjektif sebagai Predikat
Dalam susunan ayat, frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek.
Contoh: Kucing itu sangat manja.
Subjek Predikat
Kucing itu sudah tua
Susunan ayat di atas boleh disongsangkan. Frasa adjektif yang menjadi predikat mendahului
subjek akan menjadi seperti berikut:
Predikat Subjek
Sudah tua kucing itu
(SUB) FN + FA (PRE)
(PRE) FA + FN (SUB)
"Dua kereta akan dilepaskan serentak bagi menentukan kenderaan yang paling laju untuk
diumumkan sebagai pemenang. Semua kenderaan terlibat didapati telah melakukan
pengubahsuaian pada enjin dan bahagian dalaman bagi membolehkan pemandunya
mencapai kelajuan maksimum,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Trafik Kuantan di
sini malam tadi.
(Sinar Harian, 12 April 2021)
9
2.2.5.2 Frasa Adjektif sebagai Keterangan
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan.
Contoh: Adik berlari sangat laju.
Sungai itu sangat deras.
Subjek Predikat
Adik Frasa Kerja Keterangan
Sungai itu
berlari sangat laju.
mengalir sangat deras.
S + FK + KET (FA)
Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, harga minyak mentah yang
kukuh telah mendorong peningkatan ringgit.
“Dengan hasil bon Amerika Syarikat (AS) menghampiri paras terendah julat semasa dan
minyak mentah meningkat amat baik semalaman selepas laporan inventori Agensi Tenaga
Antarabangsa yang optimis memacu mata wang komoditi G-10 menjadi lebih tinggi,
seseorang boleh menjangkakan ringgit akan mengiringi momentum harga minyak dengan
(pelaburan) mengalir ke sektor minyak dan gas yang berhasrat mencatatkan kenaikan,”
katanya kepada Bernama.
(Sinar Harian, 16 April 2021)
10
2.2.5.3 Frasa Adjektif sebagai Penerang Kata Nama
Frasa adjektif boleh hadir selepas frasa nama iaitu sebagai penerang kata nama.
Contoh:
Frasa Nama
Kata Nama Penerang (Kata Adjektif)
kelapa muda
madu asli
kopi segera
barang kemas
FN = KN + PEN (KA)
Realme mengaplikasikan proses saduran elektrik pada batang earbuds supaya elemen
warna biru dalam hitam itu tampak kesan lebih menyilau.
Rekaan Closer White pula berbeza dengan Closer Black. Rekaan warna terang menyerlah
untuk tampilkan kejernihan dengan batang earbud berwarna perak yang juga menggunakan
teknik saduran elektrik. Dua rekaaan ini memang cukup berbeza namun dalam gaya
tersendiri. Memang ngam dengan jiwa muda.
(Sinar Harian, 29 Mac 2021)
11
2.2.6 UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF
Binaan frasa adjektif juga boleh disertai oleh unsur keterangan. Unsur keterangan yang
hadir selepas kata adjektif terdiri daripada pelbagai jenis.
Keterangan cara
FN + FA (KA + KET CARA)
Contoh:
(a) Badannya lesu dengan tiba-tiba.
(b) Luka itu sembuh dengan cepat.
Keterangan bandingan
FN + FA (KA + KET BANDINGAN)
Contoh:
(a) Hatinya pilu bagai dihiris pisau.
(b) Wajahnya masam macam cuka.
Keterangan hal atau keadaan
FN + FA (KA + KET HAL)
Contoh:
(a) Pelajar itu cemerlang dalam pelajaran dan sukan.
(b) Ibu akan sentiasa sibuk dengan kerjanya.
Keterangan tujuan
FN + FA (KA + KET TUJUAN)
Contoh:
(a) Kita perlulah rajin untuk kejayaan kita.
12
(b) Sungai haruslah bersih demi kepentingan sejagat.
Keterangan kekerapan
FN + FA (KA + KET KEKERAPAN)
Contoh:
(a) Dia risau selalu.
(b) Nenek itu sering bertanya keadaaan anaknya.
Keterangan terhadap
FN + FA (KA + KET TERHADAP)
Contoh:
(a) Pelajar suka akan aktiviti permainan itu.
(b) Kakak sayang akan kucingnya.
Keterangan musabab
FN + FA (KA + KET MUSABAB)
Contoh:
(a) Kain itu basah kerana tempias hujan.
(b) Siti sakit oleh sebab tidak cukup rehat.
Keterangan waktu
FN + FA (KA + KET WAKTU)
Contoh:
(a) Kolam itu kering dalam masa setahun.
(b) Demam Siti surut sejak semalam..
13
Keterangan tempat
FN + FA (KA + KET TEMPAT)
Contoh:
(a) Buku itu disusun kemas di bahagian atas rak.
(b) Air sungai itu deras di bahagian hulunya.
MASALAH pengangguran adalah isu yang sentiasa diperkatakan saban tahun, apatah lagi
melibatkan graduan baru tamat pengajian. Isu pengangguran sebelum ini sering dikaitkan
dengan tiada peluang pekerjaan, graduan baharu terlalu memilih kerja dan ada juga
masyarakat mengaitkan graduan terlalu memilih lokasi pekerjaan. Tinjauan penulis sendiri
mendapati karnival selama dua hari yang berlangsung pada 3 dan 4 April itu mendapat
sambutan sangat menggalakkan. Pada hari pertama sahaja, seawal jam 7 pagi, sekitar tapak
karnival berkenaan dibanjiri oleh anak-anak muda. Penampilan masing-masing kelihatan
kemas dan bergaya sambil membawa fail di tangan, resume dan sijil-sijil yang berkaitan.
Suasana di sekitar karnival ibarat seperti pesta. Penulis membuat tinjauan di bawah
khemah-khemah yang disediakan di tapak karnival. Golongan pencari kerja begitu sibuk
mengisi pelbagai borang permohonan kerja disediakan majikan-majikan yang menyertai
karnival berkenaan. Jika sebelum ini, penulis tertanya-tanya, betulkah masih ada jawatan
kosong sehingga lebih lima angka dalam satu masa pada hari pertama? Bagaimanapun,
selepas mendengar rungutan daripada sahabat-sahabat penulis yang memiliki perusahaan
sendiri, mereka mengakui sememangnya sukar untuk mencari pekerja sehingga terpaksa
melupakan atau menangguhkan hasrat membuka cawangan baharu kerana tidak ada
pekerja, barulah penulis percaya dengan angka tersebut.
(Sinar Harian, 7 April 2021)
14
2.2.7 FRASA ADJEKTIF DENGAN AYAT KOMPLEMEN
Binaan frasa adjektif juga boleh menerima ayat komplemen. Frasa adjektif sebagai predikat
dapat diikuti oleh ayat komplemen yang menjadikannya ayat majmuk.
FA + AYAT KOMPLEMEN = AYAT MAJMUK
Contoh: Orang tua itu sedar bahawa penyakitnya tidak dapat diubati.
Ibu yakin bahawa kakak akan berubah.
Namun, kita tidak sedar bahawa memperbaharui atau tajdid azam sebelum memasuki bulan
mulia Ramadan al-Mubarak adalah antara elemen terpenting dalam sebuah perjalanan
menjadi hamba ALLAH yang bertakwa.
(Sinar Harian, 10 April 2021)
"SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid,
surau dan sebagainya. Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk
mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa ALLAH SWT pasti
membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua," katanya.
(Sinar Harian, 15 April 2021)
2.3 AKTIVITI
2.3.1 Aktiviti 1.1.1
Guru menjalankan aktiviti ‘Team Stand-N-Share’ di dalam kelas. Pelajar dibahagikan dalam
kumpulan dan guru akan memberikan soalan kepada pelajar berkaitan dengan frasa adjektif
binaan satu perkataan. Setiap ahli pasukan akan berdiri dan pasukan yang boleh menjawab
soalan dapat duduk manakala pasukan yang terakhir duduk akan berdiri di depan kelas dan
menjawab soalan yang selebihnya dengan bantuan ahli pasukan yang lain.
15
2.3.2 Aktiviti 1.1.2
Guru menggunakan komputer dengan membuka aktiviti interaktif kuiz secara online di dalam
pautan yang telah disediakan https://wordwall.net/ms/resource/14962971/frasa-adjektif-
binaan-dua-perkataan Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan akan
menghantar seorang wakil untuk memilih jawapan yang betul. Kumpulan yang memperoleh
markah tertinggi akan mendapat ganjaran daripada guru.
2.3.3 Aktiviti 1.2
Aktiviti ‘Trade-A-Problem’. Pelajar dipecahkan dalam kumpulan dan perlu membina 5
soalan berkaitan dengan unsur penguat dalam frasa adjektif dan setiap pasukan akan bertukar
soalan. Semua pasukan perlu menyelesaikan soalan tersebut dan pasukan yang menjawab
dengan betul akan memaparkan jawapan mereka di hadapan kelas untuk menjadi contoh
kepada pelajar yang lain.
2.3.4 Aktiviti 1.3
Aktiviti ‘ Line Ups’ iaitu pelajar berada satu pasukan berempat, murid membuat barisan dan
pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti contoh – contoh kata bantu dalam frasa adjektif
berdasarkan contoh kata bantu dalam frasa adjektif yang diberikan oleh guru. Paasukan
diminta memberikan jawapan kepada masalah yang diberi dan membuat garisan lurus kalau
setuju dan garisan terpisah – pisah jika tidak bersetuju.
2.3.5 Aktiviti 1.4.1 Predikat
Guru melakukan aktiviti ‘Simultaneous Round Table’. Pelajar dikehendaki membuat satu
kumpulan yang terdiri lima orang orang. Kemudian, berdasarkan contoh di atas bina contoh –
contoh lain yang menunjukkan frasa adjektif sebagai predikat dalam kertas masing – masing
dan perlu mengedarkan catatan mengikut pusingan jam supaya ahli yang lain dapat
menambah dan membetulkan apa yang telah ditulis.
16
2.3.6 Aktiviti 1.4.2 Keterangan Frasa Kerja
Guru melakukan aktiviti ‘Rally Table’. Pelajar dikehendaki membuat satu kumpulan secara
berpasangan dan perlu menyelesaikan soalan bagi menentukan keterangan frasa kerja dengan
menulis di atas kertas yang sama dengan menggunakan pen yang sama dan membentangkan
topik frasa adjektif sebagai keterangan frasa kerja mengikut pemahaman mereka.
2.3.7 Aktiviti 1.4.3 Penerang Kata Nama
Aktiviti ‘Spin-N-Think’ dilakukan di dalam kelas dengan menggunakan model kadbod yang
telah dibina oleh guru yang berbetuk roda dan mempunyai anak panah yang boleh
dipusingkan. Nama pelajar yang terkena anak panah tersebut akan disoalan oleh guru
berkaitan soalan frasa adjektif penerangan kata nama dan pelajar perlu menjawab soalan
tersebut.
2.3.8 Aktiviti 1.5
Pelajar perlu membina ‘Peta I-Think’ untuk menerangkan tentang unsur keterangan dalam
frasa adjektif. Pelajar juga akan menggunakan peta I-think ini untuk membuat pembentangan
di hadapan kelas dalam bentuk grafik mudah dan mengikut kreativiti masing-masing.
2.3.9 Aktiviti 1.6
Aktiviti ‘Showdown’ Setiap pelajar perlu menulis membentuk satu ayat yang betul dengan
menggunakan frasa adjektif dan ayat komplemen dalam masa yang telah ditetapkan dan
pelajar akan membacakan jawapan tersebut untuk membetulkan dan mengukuhkan lagi
jawapan tersebut.
17
2.4 LATIHAN PENGUKUHAN
LATIHAN 1
1) Berikan pengertian bagi frasa adjektif berserta contoh ayat.
2) Gariskan frasa adjektif dalam ayat-ayat berikut dan nyatakan setiap binaannya
Contoh :
Buah manggis itu belum masak
Binaan FA : Kata penguat + kata adjektif
i. Dia belum pandai lagi.
ii. Budak itu sudah besar.
iii. Baju kurung Amira sudah kecil.
iv. Semua petugas harus berani.
v. Kami terasa sungguh masih letih walaupun telah lama berehat.
3) Berikut adalah ayat yang tidak sempurna. Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul dengan menggunakan bantu yang bersesuaian.
i. Anak Ali __________ besar.
ii. Kucing Aliya __________ kecil.
iii. Pengetua sekolah itu __________ muda.
iv. Buah rambutan di belakang rumah awak __________ masak.
v. Ibu __________ letih.
4) Jelaskan fungsi frasa adjektif dalam binaan ayat.
18
5) Hasilkan lima perbandingan penggunaan kata bantu dan kata penguat dalam frasa
adjektif dalam membina ayat yang sempurna.
LATIHAN 2
1) Kenal pasti susunan frasa adjektif di bawah dan berikan jawapan yang betul.
i. Sungai itu mengalir tenang. ( )
ii. Razman memakai baju merah. ( )
iii. Mereka sungguh berani ( )
iv. Malam ini gelap benar ( )
v. Adik tidur sungguh nyenyak. ( )
2) Dengan menggunakan contoh frasa adjektif sebagai predikat, bina tiga ayat yang
sesuai dari segi sususnan biasa dan susunan songsang.
3) Berikan perbezaan antara frasa adjektif sebagai keterangan dan kata adjektif sebagai
kata nama dan berikan contoh-contoh bersesuaian.
LATIHAN 3
Isi tempat kosong dengan jenis unsur keterangan frasa adjektif yang sesuai.
1) Kita harus cinta akan tanah air. _______________________
2) Kamalia selalu sakit. _______________________
3) Wajahnya sungguh manis umpama gula _______________________
4) Luka dikakinya baik dengan sendiri. _______________________
5) Kualiti produk itu sungguh bagus demi kepuasan para pelanggannya
_______________________
19
6) Farah berjaya dalam pelajarannya. _______________________
7) Tenaga pekerja semakin cekap pada masa kini _______________________
8) Amir sakit kerana kepenatan. _______________________
9) Budak itu sakit di bahagian belakangnya. _______________________
10) Nabilah belajar dengan tekun.________________________
LATIHAN 4
Tandakan (/) pada frasa adjektif dengan ayat komplemen yang betul.
1) Abu selalu sakit ()
2) Dia curiga bahawa emas itu tulen. ( )
3) Pelajar itu sangat yakin bahawa dia akan lulus ( )
4) Anak itu sangat rindu akan ayahnya. ( )
5) Ali selalu sakit ketika kecil dahulu. ( )
6) Mereka agak ragu bahawa berita itu benar ( )
LATIHAN 5
1) Nyatakan tiga fungsi frasa adjektif dalam ayat berserta dengan contoh.
2) Jelaskan tentang peluasan frasa adjektif dengan kata penguat.
3) Bina 5 ayat yang mengandungi kata adjektif binaan satu ayat.
4) Isikan tempat kosong dibawah.
20
Apakah X ?
_______________________________
LATIHAN 6
Kenalpasti perkataan di bawah sama ada terdiri daripada peluasan kata adjektif dengan kata
penguat, kata bantu atau keterangan.
1) Seluar Ravi paling putih. ( )
2) Negara kita kaya dengan minyak. ( )
3) Jalannya lambat benar. ( )
4) Bapa saya sudah tua. ( )
5) Datuk kerap sakit pada kakinya. ( )
6) Berita itu belum tentu benar. ( )
7) Badan budak itu kurus bagai lidi. ( )
8) Kejadian itu sungguh ajaib. ( )
9) Saya sering rindu akan ibu. ( )
10) Bunga itu masih segar. ( )
LATIHAN 7
Kenalpasti setiap ayat kata penguat di bawah sama ada penguat hadapan, penguat belakang
atau penguat bebas
a) Mohd Noor terlalu baik. _____________________
b) Kejadian itu sungguh ajaib. _____________________
c) Seluar Ravi paling putih. _____________________
21
d) Jalannya lambat benar. ______________________
e) Lukisan itu sungguh cantik. ______________________
f) Pokok itu tinggi sekali. ______________________
g) Sikapnya itu agak memalukan. ______________________
h) Kereta baharu kakak sangat cantik. _______________________
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, frasa adjektif merupakan binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau
lebih yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif sebagai predikat
ialah satu binaan yang boleh terdiri daripada beberapa unsur yang dapat digambarkan seperti
dalam jadual di bawah:
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur
Keterangan + Ayat Komplemen
Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata
penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan, dan ayat komplemen. Kata adjektif yang
pertama merupakan unsur inti yang wajib bagi seluruh binaan itu, sementara unsur-unsur
yang lain ialah unsur tambahan yang bersifat pilihan yang menerangkan unsur inti.
Frasa adjektif boleh didapati di mana sahaja seperti di dalam akhbar dan jurnal. Selain itu,
dengan menggunakan alat bantu mengajar yang betul, proses pembelajaran akan menjadi
mudah dan lebih menarik lebih-lebih lagi ketika mempelajari topik frasa adjektif ini.
Terdapat begitu banyak aktiviti yang boleh dilakukan agar proses pembelajaran mengenai
frasa adjektif menjadi lebih menyeronokkan.
Akhir sekali, proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila semua pelajar dapat
mempraktikkan apa yang telah dipelajari mengenai topik frasa adjektif ini. Dengan membuat
latihan pengukuhan yang secukupnya, kefahaman dan kemahiran akan dapat diasah dengan
baik dan memberikan ingatan yang berpanjangan terhadap apa yang sudah dipelajari.
22
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi : untuk sekolah menengah. Kuala Lumpur.
PTS Profesional.
Abdul Rahman Amran. (2014). Minggu 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu. Diperoleh daripada,
http://abdulrahmanamran.blogspot.com/2014/02/minggu-7-frasa-adjektif-bahasa-
melayu.html?m=1
Anis Farhana. (2014). Frasa Adjektif Bahasa Melayu. Diperoleh daripada,
http://ceriteracikgufarhana.blogspot.com/2014/03/tajuk-7-frasa-adjektif-bahasa-
melayu.html?m=1
Jessyca Ungat. (2013). Frasa Adjektif. Diperoleh daripada,
https://www.slideshare.net/mobile/jessycaungat/frasa-adjektif-25874983
Mazeny (2014). Halaman Sintaksis BMM3110. Diperoleh daripada
http://halamansintaksis.blogspot.com/2014/02/topik-7-frasa-adjektif-bahasa-
melayu.html?m=1
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmod,.et.al (2008).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paan Zainuddin (2014). Ekspress BM: Frasa. Diperoleh daripada,
http://ekspresbm.blogspot.com/2014/01/frasa.html?m=1
Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (perkataan). Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Zulkeflee Yaacob dan Che Ibrahim Salleh (2019). Pengantar Bahasa dan Linguistik. Tanjong
Malim. Bunga Melayu Solutions.