The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahnadhrah98, 2022-07-28 10:25:16

PENTAKSIRAN AKHIR (D20192091124)

PENTAKSIRAN AKHIR (D20192091124)

HELANG DAN
SANG BUAYA

Atiqah Bahrun

PENGENALAN

Jujur adalah sikap atau kata-kata yang
benar serta tiada unsur penipuan. Ia tidak
semestinya melalui kata-kata, seseorang itu
juga perlu melakukan perbuatan dengan jujur.
Jujur adalah antara salah satu sikap moral
dan terpuji yang perlu diterapkan di dalam diri
anak-anak.

Melalui sifat jujur, kita akan memperoleh
kepercayaan daripada orang lain dan ia juga
tidak akan memberi kesan yang buruk kepada
kita. Justeru itu, adalah sangat penting bagi
guru dan ibu bapa untuk menerapkan sikap
jujur dalam diri kanak-kanak sejak dari kecil
lagi.

Pada suatu hari, sang
buaya sedang berehat di
muara sungai bersama

kawannya.
Sang buaya merupakan
buaya jantan yang suka

menipu dan bercakap
besar.

1

Wahai sang buaya, saya
ada mendengar berita dari
penghuni hutan bahawa ada

seekor helang sedang
berterbangan di kawasan

ini.

2

Huh. Seekor helang yang
lemah tidak akan dapat
menandingi ku yang gagah
ini. Helang hanya seekor
burung yang lemah dan

sangat kecil.

3

ktHakeamarhumsaepcu.beuJkmurkeitueckgp.anaaBayhgkanaeaagrbmhtkuaaeautsnnpm,atmchyeaueuranbl.aagaasnklaagahn
4

Helang sering berterbangan
di kawasan sungai untuk
mencari ikan. Helang tidak

mempunyai kawan dan sering
bersendirian. Helang tidak
sedar ada sang buaya yang
berniat jahat sedang
memerhati.

5

Hai helang.
Adakah kamu
bersendirian

sahaja?

6

Ya. Saya sedang
berehat kerana
keletihan mencari

ikan.

Oh. Saya boleh
bantu kamu mencari
ikan. Ayuhlah duduk

di atas bahu ku.

7

Sang buaya mempunyai hasrat
yang jahat dan bertindak
menipu helang dengan
mengatakan ingin
membantunya mencari ikan.
Walhal sang buaya ingin
membaham helang apabila
helang berada di bahunya.

8

Wah, sungguh baik
hati kamu wahai sang
buaya! Baiklah saya
akan terbang ke bahu

mu.

9

Sang buaya sudah tidak
sabar ingin membaham
helang yang berada di atas
bahunya itu dan ingin
membawa bangkai helang ini

kepada kawannya.

10

Tiba-tiba sang buaya
menerkam helang dan cuba

untuk membahamnya.

11

Tetapi percubaan sang
1 buaya gagal kerana

helang menggunakan
kuku kaki serta

paruhnya yang tajam
untuk menyelamatkan

diri.

12

Sungguh kejam kamu wahai
sang buaya! Saya ingat
kamu betul-betul ingin
membantu! Tidak sangka
kamu menipu dan cuba
membaham saya!

13

Maafkan saya helang.
Saya menipu kerana ingin
menunjukkan kehebatan

saya kepada kawan-
kawan. Akhirnya saya
menerima padah. Sakit

huhuhu.

14

nilai moral

PM 10.1.4 Bercakap benar dalam
pertuturan dengan orang lain

Kita harus bersikap jujur dalam
melakukan perkara.
Jangan jadi seperti sang buaya yang
menipu helang dengan memberitahu
ingin membantu helang mencari ikan
walhal sang buaya ingin memakannya.
Bersikap jujur itu akan memberi
kebaikan kepada kita dan ia juga
dapat memberi kepercayaan kepada
orang lain.

soalan kbat

Aplikasi
1. Apakah yang menjadi sebab

kepada ketidakjujuran sang buaya?

Analisis
2. Bagaimanakah seharusnya sang buaya
bersikap kepada rakannya dan helang?

Penilaian
3. Adakah sikap tidak jujur itu wajar
kerana dia tidak ingin kelihatan lemah
di mata rakannya?

aktiviti kraf

Puppet buaya

123

Bahan-bahan Lipat ke tengah kertas Lipat sekali lagi

4 56

Lipat sehingga jadi begini Lipat dua Lipat menjadi zig zag

78 9

Lukis corak sisik Gunting kertas merah Gunting kertas hijau
buaya berbentuk untuk kelopak mata

lidah dan tampal
ke dalam mulut

aktiviti kraf

10 11

Gunting kertas putih untuk Gunting kertas hijau untuk
bahagian mata dan lukis hidung buaya dan tampal
mata hitam buaya
13
12

Gunting kertas putih untuk Tampalkan gigi buaya
gigi buaya yang tajam

14

Hasil puppet buaya

rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017) Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan


Click to View FlipBook Version