The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kenyataan Akhbar Tentang Kolej Vokasional Kerian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Atikah Fikriyah, 2023-09-17 23:57:10

PRESS RELEASE ATIKAH

Kenyataan Akhbar Tentang Kolej Vokasional Kerian

Keywords: kvk

SUMBANGAN KASIH RAMADAN LAMBAIAN SYAWAL: NIKMAT KONGSI REZEKI Pelajar-pelajar 1 Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran telah menganjurkan majlis Sumbangan Kasih Ramadan Lambaian Syawal : Nikmat Kongsi Rezeki pada 14 April 2023 (Jumaat) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Unit Pendidikan Islam untuk menyumbang bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, anak- anak yatim dan pekerja pembersihan. Seramai 24 orang pelajar mendapat bantuan. Bantuan yang diberikan ialah telekung bagi pelajar perempuan dan kain pelikat bagi pelajar lelaki. Manakala bagi pekerja pembersihan pula mereka menerima barang keperluan harian seperti minyak, beras, tepung dan gula. Kolej Vokasional merupakan institusi yang menawarkan 4 kursus vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Tarikh Siar : 17 April 2023


Pelajar 1 Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran Kolej Vokasional telah membuat kerja amal kebajikan dibawah kursus MPU 2412 Khidmat Komuniti pada 18 Februari 2023 (Sabtu) di Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai untuk menyiapkan amali kursus ini. Terdapat 18 orang anak-anak yatim yang terlibat dalam program ini. Kami menyediakan pelbagai aktiviti sukaneka untuk anak-anak yatim tersebut seperti senamrobik, tiup belon sampai pecah, pakaian beragam dan banyak lagi. Sementara itu, 1 DKP yang lain membuat gotong-royong di sekeliling kediaman tersebut dan mengecat pasu yang sudah lama dan buruk. Kolej Vokasional memberi laluan kepada pelajar yang sederhana dalam akademik untuk memilih bidang kemahiran yang diminati mengikut minat pelajar tersebut. Pelajar akan didedahkan dengan teori dan praktikal seawal usia 16 tahun seiring kehendak majikan yang memerlukan kemahiran serta pengalaman bekerja. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) membolehkan pelajar kolej menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. KHIDMAT KOMUNITI : KERJA AMAL Tarikh Siar: 20 Februari 2023


KARNIVAL SUKAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KALI KEDUA 2023 Pelajar 2 Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran telah mengadakan Karnival Sukan Kolej Vokasional Kerian Kali Kedua pada tahun 2023 bersama Unit Sukan dan Kokurikulum dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tarikh perlaksanaan karnival ini 17 Julai sehingga 15 September 2023 bertempat di Padang Kolej Vokasional. Terdapat banyak sukan yang diadakan seperti bola jaring, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Guru pembimbing untuk karnival sukan ini adalah Encik Zairos Bin Mat Jenoldin. Sepanjang karnival ini beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada 2 Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran dan pelajar MPP yang lain. Karnival sukan ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama MPP. Kolej Vokasional Kerian terletak kira-kira 5km dari pekan Bagan Serai menghala ke Kuala Kurau. Dahulunya kolej ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kerian. Mula dibina pada bulan Mac 1990 di atas tapak seluas 21 hektar dan siap sepenuhnya pada Januari 1991. Tarikh Siar : 20 September 2023


Click to View FlipBook Version