Bahasa Kiasan
perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam makna yang berlainan daripada makna sebenar atau makna biasa perkataan itu (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi
Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan bandingannya atau tidak. Definisi
TUJUAN Menambahkan kejelasan perkara yang diperkatakan Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada disebut secara terus terang Menguatkan maksud yang diperkatakan agar dapat menarik perhatian khalayak 1 2 3
Kiasan Asal Menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan sesuatu yang lain sebagai perbandingan "Pahit bagai hempedu, Matanya merah seperti biji saga" Menggunakan kata bandingan: Bagai, macam. seperti, umpama, laksana
Kiasan Berpindah Kata yang hendak dibandingkan dengan perkara atau benda yang hendak dibuat perbandingan "Terdapat 7 jenis kiasan berpindah" Tidak menggunakan kata-kata perbandingan
7 jenis Kiasan Berpindah Kiasan Sandar Kiasan Terus Kiasan Berangkap Kiasan Berbunga Kiasan Pemanis Kiasan Melompat Kiasan Melarat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Kiasan Melompat susunan kata yang menyatakan sesuatu dengan melangkah (meninggalkan) satu tingkat daripada perkara yang sebenar menjahit baju (menjahit kain untuk dijadikan baju) memasak nasi (memasak beras untuk dijadikan nasi) mencucuk atap (mencucuk daun untuk dijadikan atap) contoh :
Kiasan Melarat susunan kata yang menyimpang jauh daripada maksud asal sesuatu perkataan itu ringan kepala tubuhnya melidi badannya membadak
Kiasan Sandar susunan kata yang mengaitkan sesuatu perkara misalnya perlakuan individu dengan benda lain yang mempunyai persamaan dengan perkara yang dikiaskan. Cth ; orang tua itu tidur-tidur ayam. (mengaitkan cara orang tua itu tidur seperti ayam, iaitu tidur yang tidak nyenyak)
Kiasan Terus susunan kata yang menyatakan sesuatu perkara dan dikaitkan terus kepada benda lain tetapi mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal perkataan tersebut. cth : Ramli merupakan ayam tambatan pasukan bola sepak sekolahnya. (Ramli dikiaskan terus sebagai ayam tambatan kerana dia merupakan orang harapan pasukan bola sepak sekolahnya.)
Kiasan Berangkap SUSUNAN KATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENUNJUKKAN PERBANDINGAN SECARA BERIRAMA @ mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan cth : lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya. ( SETIAP ORANG MEMPUNYAI KESUKAAN @ MINAT YANG BERBEZA).
susunan kata yang menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan perkataan yang berbungabunga atau indah, seolah-olah seseorang yang sedang melihat lukisan yang cantik. Kiasan Berbunga cth : canai fikiran, lautan air mata
susunan kata yang digunakan untuk memperkatakan sesuatu yang kurang elok jika disebut secara terus terang. Kiasan Pemanis cth : datang bulan, berbadan dua
memberi sifat manusia yang ada pada manusia kepada objek yang tidak bernyawa Kiasan Permanusiaan kiasan ini mengorangkan sesuatu benda ombak memukul pantai angin senja membelai rambutku burung-burung menyanyi dengan riang contoh:
Kiasan Berkacau susunan kata yang menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta yang bertentangan antara satu sama lain diam seribu bahasa (tidak bercakap) jika diikutkan hati budak itu kutelan hidup-hidup (marah) ketika terserempak dengan lembaga itu, aku seperti mahu masuk ke perut ibuku (takut) contoh:
Sekian