KENEGARAAN
MALAYSIA
SENI &
KEBUDAYAAN
WARISAN
SEMANGAT
PADI
DisediakanDarwin Bin Mohd Samir
oleh: 289028
Mohd Hasnal Shafee Bin Amir
289099
Saiful Bin Sapi
289206
Jelores Joe Jobit
289310
Muhammad Muizzuddin
Bin Ayop Khan
289054
Isi
Kandungan
2.3 Pengiktirafan 8
kaamatan perkaya
warisan tradisi /
2.4 Perayaan berunsur 5.0
budaya etnik / 9 PENTINGNYA
MEMELIHARA SENI &
2.5 Sejarah 11 KEBUDAYAAN
kadazandusun / WARISAN
1.0 5.1 Seni budaya dan jati
Pengenalan / 1 diri masyarakat / 21
5.2 Melestarikan seni
tradisi daalam
masyarakat moden / 22
5.3 Seni persembahan
3.0 sebagai komoditi yang
berpotensi / 24
Keistimewaan Seni & 5.4 Cabaran bukan
Kebudayaan Warisan halangan / 26
Kaamatan / 13
5.5 Menjana
pertumbuhan industri
4.0 seni / 27
2.0 Seni Warisan Pesta
Kaamatan Menjana
Pesta Kaamatan Ekonomi, Politik &
Sosial
2.1 Asal usul tadau
kaamatan / 4 6.0
2.2 Sejarah permulaan 4.1 Ekonomi / 16 Penutup / 29
4.2 Politik & Sosial / 18 30
sambutan pesta Rujukan /
Kaamatan / 6
1.0 Sirih junjung buat pinangan,
PENGENALAN Dihias indah cantik ditatang;
Tradisi kita dilupa jangan,
Adat dikendong budaya dijulang.
Suatu kesenian ataupun warisan
budaya mestilah dikekalkan
disebabkan ianya melambangkan
dan mennggambarkan identiti
sesebuah negara dan bangsa.
Dijelaskan juga Tamadun sesuatu
bangsa itu kebiasaannya boleh dinilai
pada warisan seni budayanya, yang
merangkumi amalan dan cara hidup
pelbagai kaum di negara, seperti
pakaian, makanan, adat resam, seni,
dan sebagainya.
Warisan budaya seharusnya
dapat dikekalkan demi
kesinambungan tamadun. Melaluinya
kita akan mengenali asal usul kita.
Maju atau mundur susur galur kita Mempraktikkan suatu warisan
budaya menggambarkan sikap
yang terdahulu dapat dijadikan iktibar majmuk pelbagai masyarakatnya,
sebagai contoh, pakaian yang sering
untuk masyarakat pada masa akan dipakai iaitu busana tradisional
pelbagai kaum yang unik dan
datang. Sebagai contoh, berwarna-warni. Si pemakai juga
bukan sahaja merujuk kepada sesuatu
kebudayaan portugis melalui tarian bangsa. Terdapat tiga kaum utama,
iaitu Melayu, Cina dan India, bebas
Portugis yang dipertontonkan di memakai pakaian tradisional bangsa
lain. Hal ini menunjukkan bahawa
tempat-tempat pelancongan, masyarakat di Malaysia bersatu hati
dan sangat menghormati cara,
membuat kita ingat bahawa negara pemikiran, budaya, dan agama
sesama mereka. Berdasarkan seni
kita pernah dijajah oleh Portugis. warisan budaya juga, sudah pasti
akan memupuk keharmonian dan
Selain itu, persembahan teater perpaduan antara rakyat marhaen.
tradisional yang sering memainkan 1
cerita-cerita bangsawan yang
berlatarkan tentang Kesultanan
Melayu Melaka dan kejatuhannya,
memberikan banyak pengajaran
kepada masyarakat.
Kepelbagaian kaum dan
kemajmukan di Malaysia jelas
kaya dengan nilai-nilai murni,
contohnya, mereka saling
hormat-menghormati,
bersopan santun, saling
kunjung-mengunjungi dan
sebagainya.
Ini sangat jelas apabila
hari perayaan, ttanpa mengira
keturunan, agama dan amalan
adat resam, masyarakat
majmuk Malaysia pasti akan
bersama-sama berkumpul
untuk meraikannya. Mereka
saling kunjung-mengunjungi,
bertukar juadah, juga saling
menerima dan memberi.
Kesimpulannya, kesenian dan kebudayaan yang
menjadi warisan memang patut dikekalkan agar
mengelakkan warisan budaya sesebuah bangsa itu pupus
ditelan zaman. Keadaan sedemikian adalah berpaksikan
budaya yang merupakan warisan daripada nenek moyang
kita yang harus dijaga sebaik-baiknya agar dapat diwarisi
oleh generasi akan datang. Semua pihak haruslah
memainkan peranan penting dalam menjaga dan
menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti kaum,
negara dan maruah bangsa. Oleh itu, laporan bertulis ini
akan melihat suatu kesenian dan kebudayaan yang telah
dilakukan saban tahun di negeri Sabah iaitu PESTA
KAAMATAN yang sememangnya tak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas.
2
2.0 PESTA KAAMATAN
Perayaan Pesta Kaamatan sudah tidak asing lagi bagi
negeri Sabah. Pesta Kaamatan mempunyai nilai etnik yang
cukup kuat sebagai seni budaya dan warisan dari zaman ke
zaman dan sekarang semakin dikomersialkan dengan pengisian
pelbagai acara yang berlangsung pada akhir bulan mei setiap
tahun.
Perayaan Tadau Kaamatan ini adalah amalan dan
kewajipan secara tradisi oleh kaum Kadazan Dusun sejak zaman
berzaman yang kebiasaannya akan disambut atau diadakan
selepas sahaja selesai menuai padi. Pesta Kaamatan
merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
“Bambarayon” iaitu semangat padi. Pesta ini disambut dan
dirayakan dan telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan
Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Allahyaraham
Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah
individu yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar
Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum.
3
2.1 Mengimbau sejarah ataupun
Asal Usul menurut cerita lisan, gelaran
Tadau Kinorohingan (Tuhan) dan isterinya
Kaamatan Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang diberi nama
Huminodun.
Dalam keluarga kecil ini
adanya suatu pengorbanan yang
harus dilakukan bagi
menyelamatkan masyarakat
Kadazan Dusun ketika itu daripada
kelaparan kerana tidak mempunyai
kecukupan makanan, maka
Kinorohingan yang dianggap Tuhan
oleh mereka terpaksa
mengorbankan anak kesayangan
mereka Huminodun demi situasi
yang sedang melanda masyarakat.
Huminodun dikorbankan dan
mayatnya dikubur mengikut adat
istiadat selengkapnya. Daripada
pengorbanan ini, dipercayai
Huminodun telah mengeluarkan
berjenis-jenis benih tumbuhan yang
menjadi makanan utama kepada
masyarakat Kadazan Dusun
sekarang. Diyakini oleh mereka
salah satu benih tumbuhan itu ialah
padi.
Gambar: Aktiviti menuai padi
4
Maka dari peristiwa
pengorbanan itulah sebahagian
dari mayat Huminodun itu telah
menghasilkan benih padi, dan
daripada mitos tersebut maka
wujudlah kepercayaan bahawa
padi itu mempunyai semangat
yang diberi nama “Bambarayon”.
Inilah titik permulaan yang
menjadi tercetusnya upacara
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
seperti yang dirayakan hari ini.
Sehubungan itu, perayaan
ini atau Pesta Kaamatan sudah
pasti mengingatkan juga akan
rasa penghargaan dan
penghormatan masyarakat Kaum
Kadazan Dusun kepada
Penciptanya (Kinorohingan) yang
sanggup mengorbankan anak
kesayangannya, Huminodun
untuk menyelamatkan orang-
orangnya supaya tidak mati
kebuluran atau kelaparan.
5
2. 2 Sejarah
Permulaan
Sambutan Pesta
Kaamatan
Bermula Pada Jun 30 tahun 1960, julung-
julung kalinya keseniaan dan warisan di
negeri Sabah ini iaitu Pesta Menuai
diadakan secara rasmi. Pada ketika itu
Majlis sambutan diadakan di Sekolah St
Michael Penampang.
Acara sambutan
dimulakan dengan memohon
keberkatan iaitu
bersembahyang tanda
memanjat kesyukuran,
perarakan berjalan kaki
mengelilingi kampung
dengan berpakaian tradisi
kebudayaan Kadazan.
Selepas itu, barulah
acara sambutan dimulakan.
Pengisian sambutan
termasuklah pertandingan
memukul gong yang disertai
12 buah kampung. Beberapa
das tembakan senapang
patah dilepaskan sebagai
tanda sambutan perayaan.
6
Sambutan yang sama juga diadakan di tempat lain di Sabah seperti
Inanam, Telipok, Tamparuli, Ranau, Papar, Tenom, Keningau, Tambunan,
Sandakan, dan Labuan sebagai tanda kegembiraan mereka. Di daerah
Menggatal, perayaan diadakan pada 1 Julai 1960 di Pekan Menggatal.
Manakala, di daerah Sandakan sambutan perayaan diadakan di Rumah
Persatuan Kadazan Sandakan dengan mengorbankan seekor kerbau dan
menyediakan sebanyak 30 buah tajau berisi tapai sebagai hidangan.
Perayaan yang
sama turut diadakan di Perayaan di Penampang berlangsung
dengan jayanya atas usaha gigih ahli
Labuan dan Keningau. jawatankuasa penganjur yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan kaum di
Di Keningau perayaan Sabah serta dihadiri oleh bangsa selain
Kadazan dan Dusun.
diadakan selama dua
hari. Perayaan pesta
Menuai atau dalam
dialek Kadazan disebut
sebagai Kinasaakazan Hal ini menunjukkan sejak dahulu
Do Bambaazon yang lagi pesta menuai telah memainkan
julung-julung kali peranan sebagai pemangkin
diadakan secara rasmi perpaduan intraetnik dan interetnik di
dan secara besar- Sabah. Bagaimanapun, tarikh
besaran itu disambut sambutan Pesta Menuai kemudian
oleh masyarakat diubah kepada 30 dan 31 Mei setiap
Kadazan dan Dusun tahun mulai tahun 1985 ketika Tan Sri
serta Sino-Kadazan Joseph Pairin Kitingan menjadi Ketua
dengan penuh gilang Menteri Sabah.
gemilang.
7
2.3 Pengiktirafan Sambutan Pesta
Kaamatan
Perkaya Warisan Kaamatan ini juga turut
Tradisi
mendapat sokongan serta
Malaysia terkenal dengan keharmonian
dan perpaduan diseluruh negara telah penglibatan daripada
mengiktiraf pesta kaamatan sebagai
perayaan warisan. Hal ini merupakan pelbagai pihak termasuklah
suatu penghargaan dan pengiktirafan
kerajaan persekutuan terhadap Pesta orang kenamaan serta
Kaamatan sebagai perayaan yang
dirayakan oleh masyarakat Kadazandusun masyarakat dari
Murut. Peniktirafan ini juga menyumbang
kepada pengekalan budaya serta Semenanjung Malaysia dan
warisan tradisi yang menguatkatn identity
bangsa Malaysia. negeri Sarawak. Usaha ini ini
Pesta Kaamatan akan pasti lebih menjadikan perayaan ini
bermakna apabila dirayakan bersama
dengan masyarakat lain bagi akan lebih meriah dan
mengekspresi kegembiraan setelah
berjaya menyempurnakan pelbagai kerja kegembiraannya dapat
dan mendapat hasil yang baik.
dikongsi sebagai simbolik
kepada memperingati
lagenda pengorbanan
Huminodun.
8
2.4 Perayaan
Berunsur Budaya
Etnik
Pesta kaamatan merupakan perayaan yang
bunsurkan budaya etnik dan disambut secara
besar-besaran bermula dengan pelancaran
peringkat negeri pada 1 Mei, disusuli
sambutan di peringkat kampung dan daerah.
Kemuncak perayaan ini dijalankan pada 30
dan 31 Mei di Hongkod Koisaan, KDCA
Penampang.
Perayaan Kaamatan yang disambut
lebih terfokus kepada pesta kebudayaan
yang pastinya memaparkan kesenian dan
tradisi masyarakat KDM serta etnik lain di
Sabah. Selain itu, sambutan perayaan ini
adalah aktiviti keramaian bersifat hiburan dan
komersial. Pelbagai persembahan budaya
dan kesenian tradisi yang dipilih daripada kira-
kira 40 subetnik KDM diketengahkan kepada
pengunjung Hongkod Koisaan termasuk
persembahan yang jarang atau tidak pernah
ditonjolkan dalam mana-mana sambutan
keramaian.
Sambutan Kaamatan tidak lengkap
tanpa simbolik 'mengetam' padi dan
Magavau atau tarian Bobolian sebagai tanda
pembukaan sambutan yang dibuat mengikut
tradisi masyarakat Kadazandusun dan diubah
suai mengikut kesesuaian semasa.
9
Kaamatan berasal daripada kata dasar
'omot' atau 'mongomot' dalam bahasa
Kadazandusun yang bermaksud menuai
padi dengan alat tertentu seperti
'linggaman' atau 'katam'. Selain
Kaamatan, satu lagi istilah digunakan bagi
merujuk perkara sama iaitu Kokotuan
berasal daripada kata dasar 'kotu' dalam
bahasa Kadazandusun yang bermaksud
memetik menggunakan tangan.
Sebelum istilah Kaamatan wujud,
sambutan keramaian selepas menuai padi
dikenali sebagai 'moginakan' yang
bermaksud kenduri dan ia biasanya
disambut ahli keluarga atau penduduk
kampung selepas ritual semangat padi
dikendalikan oleh Bobolian atau bomoh
Kadazandusun. Memandangkan
moginakan adalah istilah biasa, maka
usaha diambil untuk mencari istilah lebih
tepat bagi merujuk kepada pesta selepas
menuai padi dan akhirnya lahirlah istilah
Kaamatan yang digunakan sejak lebih
setengah abad lalu.
10
2.5 Sejarah
Kadazandusun
Dalam Pesta Kaamatan, ungkapan
'Kopisunduan Do Kaamatan' merujuk
kepada tanda hormat dan penghargaan
kepada legenda Kadazandusun yang
mengaitkan pengorbanan seorang gadis
dipanggil Huminodun dan semangat padi.
Sebelum kewujudan istilah Kaamatan atau
Kokotuan, keramaian yang dikaitkan
dengan kenduri selepas menuai padi itu
turut dikenali dengan beberapa ungkapan
seperti 'Posoitan Do Linggaman' dan
'Kapampanan Do Mongomot' yang
menandakan selesainya kerja menuai
padi.
Tahun 2022 menjadikan genap 55
tahun sambutan Kaamatan secara rasmi
pada peringkat negeri sejak diraikan
bermula tahun 1960. Pada Ketika itu, pihak
kolonial British telah mengiktiraf Kaamatan
sebagai satu perayaan rasmi sebelum
diteruskan kerajaan yang mengambil alih
pemerintahan Sabah selepas merdeka
pada tahun 1963.
11
Kini Kaamatan bukan saja
perayaan khusus untuk
masyarakat KDM, malah
dianggap sambutan
penting yang dimeriahkan
bersama masyarakat
pelbagai kaum di Sabah
hingga menjadikannya
perayaan perpaduan
yang berjaya menyatukan
rakyat.
Dari segi ekonomi, Kaamatan dilihat sebagai sambutan yang berjaya
menarik kedatangan pelancong dan dianggap produk penting
pelancongan, sejajar usaha kerajaan menjadikan sektor pelancongan
sebagai antara penyumbang utama kepada pendapatan negeri.
Bagaimanapun ada juga masyarakat Kadazandusun menyebut 'Kokotuan'
untuk merujuk perkara sama, tetapi KDCA hanya menggunakan istilah
Kaamatan dan penggunaannya turut diiktiraf oleh kerajaan negeri sejak
tahun 1985. Sejajar pengiktirafan itu, ungkapan Kotobian Tadau Tagayo
atau Tagazo Do Kaamatan yang bermaksud Selamat Hari Besar Kaamatan
dijadikan sebutan lazim bagi menzahirkan ucapan selamat kepada
masyarakat KDM setiap kali menjelang Kaamatan.
12
3.0
KEISTIMEWAAN
SENI DAN
KEBUDAYAAN
WARISAN
KAAMATAN
Pelbagai acara berunsur kebudayaan menjadi
keistimewaan kemeriahan sambutan pesta
kaamatan. Kemuncak bagi sambutan ini adalah
pemilihan Unduk Ngadau atau Ratu Kaamatan
yang menjadi simbolik kisah pengorbanan seorang
gadis bernama Huminodun dari masyarakat
Kadazandusun.
Kaamatan dirayakan sebagai tanda
kesyukuran masyarakat Kadazandusun dan Murut
atas hasil padi yang dituai. Hongkod Koisaan yang
menjadi lokasi kemuncak sambutan Kaamatan
setiap tahun, turut diserikan dengan hiasan berunsur
padi serta budaya berkaitan warisan tradisi
masyarakat Kadazandusun dan Murut sejajar
makna perayaan itu bagi masyarakat berkenaan.
13
Selain program rasmi di dalam dewan dan
dewan terbuka, pengunjung berpeluang
menyaksikan persembahan kesenian, pameran
kebudayaan serta jualan kraftangan di 11
rumah tradisi etnik Kadazandusun dan Murut di
sekitar Hongkod Koisaan. Antara rumah tradisi
itu ialah rumah Bisaya, Kadazan Penampang,
Kadazan Papar, Dusun Ranau, Dusun Lotud
(Tuaran), Dusun Tindal (Kota Belud), Dusun
Tatana (Kuala Penyu), Dusun Tambunan, rumah
panjang Murut (Tenom) dan rumah panjang
Rungus (Kudat).
Kaamatan disambut selama sebulan
dengan majlis pelancaran dirasmikan Yang di-
Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Pada
tahun 2022, sambutan perayaan ini memilih
tema `Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya
Bangsa’ bagi menggambarkan perpaduan
pelbagai kaum dan budaya di Sabah.
14
4.0
SENI WARISAN PESTA
KAAMATAN MENJANA
EKONOMI, POLITIK & SOSIAL
Sukar untuk dinafikan setiap perayaan yang
berasaskan sejarah, kesenian dan warisan negara
merupakan pendorong bagi kemajuan tiga aspek
utama iaitu ekonomi, politik dan sosial apa
tidaknya pesta atau perayaan yang diaakan
sudah pasti mempunyai liputan yang agak luas
sebelum dan semasa ianya berlangsung dan ini
pasti membuka mata bukan sahaja bagi
masyarakat tempatan malahan luar negara dan
secara tidak langsung ianya akan memberikan
impak terhadap tiga aspek utama ini.
15
4.1 Ekonomi
Dengan dana yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri telah membuka ruang untuk mengadakan kempen dan pesta
yang agak besar bagi menonjolkan seni dan kebudayaan yang ada.
Oleh yang demikian, sambutan perayaan ini sudah pasti akan memberi
peluang kepada masyarakat untuk bekerjasama dengan ahli
jawatankuasa induk bagi membuka peluang perniagaan sepanjang
pesta kaamatan berlangsung.
Sebagai contoh gerai-gerai yang didirikan untuk kemudahan para
pengunjung membeli dan merasa apa juga yang ingin dijual oleh
masyarakat sekeling. Pendorong utamanya adala kelainan daripada
suku kaum yang terpencil juga akan mengetengahkan pelbagai
keuinikan daripada kraftangan, minuman mahupun makanan yang
jarang terdapat dipasaran dan ini sudah pasti membawa perhatian
kepada setiap pengunjung untuk membelinya.
16
Kesan ekonomi juga boleh dilihat dari sudut
pelancong yang datang dari dalam dan luar
negara. Kehadiran pelancong akan memberi
kesan dalam aliran tunai apabila hadir sama-
sama merayaakan pesta kaamatan ini.
Perayaan ini merupakan landasan yang baik
untuk mendedahkan kesenian dan
kebudayaan kita sama ada dalam dan luar
negara. Justeru itu, sambutan perayaan ini
dilihat dapat memberi impak positif kepada
sektor pelancongan seterusnya merangsang
ekonomi negara.
17
4.2 Politik & Sosial
Secara tradisinya, Pesta Kaamatan merupakan
antara kesempatan yang terbaik untuk mengeratkan
lagi semangat perpaduan dan mewujudkan
perasaan kasih sayang serta muhibah. Ianya bukan
sahaja dalam kalangan pemimpin dan masyarakat
Kadazan Dusun dan Murut, malah adat dan budaya
tempatan ini turut dirasai dan dikongsi bersama oleh
rakyat dari pelbagai suku kaum, agama dan budaya
di negeri sabah.
Ini bersesuaian dengan tema Pesta Kaamatan pada
tahun ini iaitu ‘Cinta Kepada Kebudayaan
Melahirkan Masyarakat Penyayang’. Tema ini
memberikan mesej yang jelas betapa pentingnya
kita saling memahami, menghormati dan
menghargai kepelbagaian budaya di negeri Sabah.
Malah yang lebih penting keunikan budaya itulah
yang menjadi tunjang kekuatan perpaduan,
kemakmuran dan kemajuan kita selama ini, sesuai
dengan semangat Keluarga Malaysia.
18
Diharapkan agar lebih ramai lagi rakyat
berbilang kaum yang datang menghadiri,
menyertai dan menjayakan acara-acara pesta
Kaamatan yang diadakan di seluruh negeri,
terutama dalam kalangan generasi muda.
Adalah penting memberi pendedahan,
kefahaman dan kesedaran kepada golongan
muda mengenai kepentingan memelihara dan
memartabatkan budaya. Seni warisan seperti ini
diharapkan dapat bersama-sama memelihara
semangat yang positif ini kerana ia memberikan
sumbangan yang besar dan amat bermakna
kepada kestabilan politik dan kepesatan
pembangunan ekonomi dalam pelbagai bidang.
19
5.0 PENTINGNYA
MEMELIHARA SENI DAN
KEBUDAYAAN WARISAN
Ketamadunan dan kemasyhuran sesebuah negara lahir
daripada manifestasi seni dan budaya. Mengambil contoh
tamadun Islam dan Eropah seperti Yunani dan Rom adalah
antara tamadun besar yang mengecapi kegemilangan
dalam konteks kesenian dan kebudayaan. Sejarah telah
membuktikan perihal ini. Bahkan seni dan budaya tradisi
mempunyai peranan yang cukup besar dalam menyumbang
kepada pembangunan sesebuah masyarakat terutama
dalam membentuk sesebuah negara bangsa yang beridentiti.
20
5.1 Seni Budaya
dan Jati Diri
Masyarakat
Tahap kualiti dan kemudahan untuk
kegiatan kesenian juga sering
dikaitkan dengan taraf hidup
sesuatu bangsa serta turut dijadikan
sebagai kayu ukur antarabangsa
dalam menentukan pencapaian
kemajuan sesebuah negara. Namun
pada ketika ini, seni budaya tradisi
terutama di Malaysia dalam
membantu mewujudkan sesebuah
masyarakat yang mempunyai
keutuhan jati diri, berkeperibadian,
mempertahankan warisan dan rasa
keprihatinan terhadap sumbangan
seni dan budaya sendiri dilihat
semakin terhakis oleh arus
perkembangan pesat dunia
globalisasi adalah sangat relevan.
Berdepan pula dengan
medium persembahan yang terhad
dan keterbatasan tuntutan
penjarakkan sosial pada ketika ini,
memungkinkan seni tradisi itu
semakin goyang, tidak dapat
bertahan dan semakin tenggelam
dalam arus pasca-moden. Lebih
merisaukan apabila kita juga telah
kehilangan ramai pakar-pakar seni
persembahan tradisional yang
ketiadaan pewarisnya.
21
5.2 Melestarikan
Seni Tradisi Dalam
Masyarakat Moden
Luahan kebimbangan tentang masa depan seni
persembahan tradisional terutama bangsa Melayu
khususnya sudah lama dizahirkan oleh pelbagai
pihak yang berkaitan. Ini termasuklah budayawan,
ilmuan dan penggiat seni itu sendiri. Bahkan ada
juga yang puncanya adalah dari pengaruh
penularan budaya popular barat sebagai punca
utama kepada ancaman kelestarian seni
persembahan tradisi. Proses mengadaptasikan
karya seni berupa seni tradisi dalam arus
perkembangan pasca-moden dekad ini dilihat
mencabar sisi daya upaya dan kreadibiliti penggiat
seni untuk sentiasa berjuang melestarikan seni dan
budaya. Tidak kurang pandangan sinis dan
tohmahan daripada mereka yang menilai seni
tradisi itu dari sudut kehalusan dan nilai warisan jika
ditampilkan dengan konsep yang berlainan
daripada keasliannya. Malah dipandang serong jika
dipersembahkan secara kontemporari dengan
saduran pelbagai teknik dan dukungan teknologi
terkini.
22
Walau bagamanapun, meletakkan
seni tradisi untuk terus gah perlu
sentiasa diperkasa. Usaha ini pula
perlulah merentasi batas kebiasaan
agar seni tradisi itu tidak sentiasa
pada takuk yang lama. Justeru itu,
kaedah persembahan dan cara
mempromosikannya juga perlu
sentiasa bergerak aktif serta
berinovasi agar tidak janggal
dengan kaedah penyampaiannya
di mata generasi pada dekad ini.
Jika terlalu memandang dari sudut
ketulenan dan sifat keasliannya,
bagaimana pula dengan langkah
kelestariannya pada masa
hadapan sebagai sebahagian
daripada identiti budaya negara?
Adakah kita perlu berdiam diri dan
membiarkan tradisi itu hanya
tinggal umpama artifak tinggalan
sejarah?. Atau redha ianya tidak
bernadi dan akhirnya pupus
dimamah edaran zaman begitu
sahaja?
23
5.3 Seni Persembahan Sebagai
Komoditi Yang Berpotensi
Justeru itu, anjakan paradigma terutama Sudah sampai masanya
dalam kalangan penggiat seni budaya garapan seni tradisi dengan elemen
serta semua pihak perlu berubah. semasa yang bersifat kontemporari
Warisan seni persembahan tradisi juga perlu lebih berani dan rancak
boleh dilihat sebagai satu sumber dikombinasikan sebagai langkah
ekonomi yang boleh memberikan proaktif untuk disesuaikan dengan
pendapatan kepada penggiatnya. selera khalayak dan pasaran hiburan
Ianya boleh dikormersialkan selari masa kini. Allayarham Datuk Suhaimi
dengan arus persaingan budaya Mohd. Zain (Pak Ngah) adalah contoh
popular. Hal ini telah dilakukan oleh penggiat seni yang dilihat
negara-negara maju di samping berpandangan ke depan, bertindak
mengetengahkan budaya dan tradisi secara drastik dalam memartabatkan
bangsa mereka di mata dunia. Bak kata
pepatah ‘Kalau tidak dipecahkan seni budaya tradisi.
ruyung, manakan dapat sagunya’.
24
Irama, rentak, melodi bahkan seni
tari tradisi diberikan nafas baru
dengan bentuk gubahan lagu,
gerak tari dan corak persembahan
tradisional yang diberi suntikan
elemen kontemporari, boleh
menarik minat semua lapisan
masyarakat bahkan masyarakat
luar daripada Malaysia.
Sedar atau tidak, inilah
antara kaedah yang dapat
mendorongkan minat terutama
generasi muda terhadap keunikan
seni persembahan tradisional.
Dengan cara ini juga, kelestarian
warisan seni budaya lebih mudah
diperturunkan dari generasi ke
generasi seterusnya. Dalam erti
kata yang lain, kita perlu bergiat
aktif mempopularkan dan
mengkomersialkan seni
persembahan tradisional dalam
mendepani gelombang
persaingan budaya popular dari
negara luar yang dilihat semakin
menenggelamkan budaya seni
tradisi kita sendiri.
25
5.4 Cabaran
bukan halangan
Usaha ini sudah pasti tidak semudah memetik jari lantas
menghasilkan bunyi. Sikap keterbukaan terutama
penggiat seni, cendikiawan, pengkarya serta
budayawan seni perlu saling memberi pandangan dan
sokongan sebagai agen semak dan imbang. Di
samping itu, ianya dapat mengelak tafsiran yang salah
dan menjaga sensitiviti sesuatu karya seni tradisi agar
tidak keterlaluan dalam keghairahan
mengkomersialkannya.
Kesefahaman ini penting untuk memastikan usaha dan
kesepaduan bersama dapat dicapai dengan saling berbagi
pandangan. Selain itu, peluang yang lebih terbuka luas berteraskan
Industri Kreatif yang kini giat dijana oleh pihak kerajaan serta sokongan
pertubuhan bukan kerajaan. Maka tidak mustahil seni tradisi itu dapat
dipromosikan dan diperkenalkan ke peringkat antarabangsa yang
akhirnya mendorong masyarakat luar untuk ingin mengenali lagi
kepelbagaian seni tradisi lain yang menjadi identiti dan kebanggaan
negara.
26
5.5 Menjana Pertumbuhan
Industri Seni
Menyebut tentang peluang dalam
industri kreatif, sudah pasti
melibatkan hal ehwal ekonomi hasil
daripada produk kreatif yang
dilahirkan oleh penggiat atau
pengamal seni itu sendiri. Ini Ini kerana kemampuan negara
menjadi pengeluar produk seni
bermakna, seni kreativiti menjadi budaya kreatif di dunia pada masa
akan datang adalah bergantung
sebahagian dari sumber kepada keperihatinan sistem
pendidikan negara yang dapat
pendapatan ekonomi. Antara melahirkan tenaga kerja industri
kreatif yang berkualiti pada hari ini.
kaedah yang dilihat mampan dalam Ketika ini situasi globalisasi memaksa
para penggiat seni terutama
menjana pertumbuhan sektor industri beraliran tradisi untuk turut serta
memanfaatkan teknologi dan dunia
ini adalah melalui sistem pendidikan. digital agar dapat beradaptasi
dengan perkembangan zaman. Ini
Ini termasuk penerapan kemahiran terdorong demi menyahut seruan
membudayakan normal baharu.
keusahawanan berorentasikan seni Seperti yang kita sedari, budaya
popular moden yang dibawa masuk
dan kreativiti yang boleh diterapkan pada era globalisasi ini adalah
melalui kemajuan teknologi dan
bermula daripada peringkat sekolah jaringan komunikasi.
hingga ke peringkat pengajian
tinggi. Sistem pendidikan perlu
memainkan peranan bagi
mencungkil bakat dan menghasilkan
modal insan seni kreatif dan inovatif
yang dapat menyumbang kepada
pembangunan Industri Kreatif itu
kembali kelak.
27
Demi memastikan kelestarian seni tradisional, rakyat
Malaysia perlu melihat segala bentuk kemampuan sama
ada dari segi warisan seni muzik, tarian, nyanyian dan
teater sebagai satu ‘komoditi’ yang mempunyai nilai
komersial dan pelaburan yang tinggi.
Namun, kebijaksanaan dalam menguruskan agenda
ini perlulah selari dengan usaha memelihara imej dan
identiti seni tradisi itu sendiri. Namun, perlu ditegaskan usaha
ini memerlukan kesepaduan, keprihatinan, pandangan
malah pengurusan secara bersamaoleh semua pihak.
28
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pengetahuan dan bakat yang tinggi
dalam bidang seni dan tradisi sahaja tidak mencukupi.
Penggiat dan pengamal seni khususnya orang Melayu
perlu dilengkapkan dengan kemahiran usahawan agar
mampu bersaing dalam arus budaya popular moden.
Keterbukaan luas dalam industri kreatif juga adalah
satu peluang yang perlu digarap sepenuhnya sebagai
alternatif bagi mengukuhkan matlamat untuk
mengekalkan kelestarian seni tradisi itu sendiri.
29
RUJUKAN Yusoff, Y. M., & Dollah, H.
Alan, S. Z. R., Tangit, T. M., Kibat, S. (2013). Perlindungan harta
A., & Saien, S. (2015, September).
Tourists Motivation to Attend warisan: Keberkesanan usaha
Indigenous Cultural Events: A Case
of Kaamatan Harvest Festival, pemuliharaan dan
Sabah, Malaysian-Borneo. In
Proceeding: 1st International pemeliharaan dalam
Conference on Business & Tourism
(ICBT 2015), Vol. 14, p. 15. pembangunan negara
Muhammad, R., Zahari, M. S. M., & (National development and
Sharif, M. S. M. (2013). Impact of
technology advancement on the the protection of heritage
Malaysian ethnics festival foods and
its foodways. Procedia-Social and property: An appraisal of the
Behavioral Sciences, 85, 454-463.
Malaysian experience).
Sabil, A. B., Rahmat, M. H., Ismail, S.,
& Nayeem, N. (2021). Pembangunan Geografia, 9(2).
kerangka definisi seni bina melayu
moden di malaysia. Journal of Shamsul, A. B. (1996).
Design+ Built, 14(1). Debating about Identity in
Malaysia: A Discourse Analysis
(Special Issue> Mediating
Identities in a Changing
Malaysia).
30