KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MUKIM JUGRA, 42700 BANTING
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-31201410 FAX: 03-31201372
PELAN OPERASI
LATIHAN
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
Kualiti Melangkau Sempadan
PELAN OPERASI LATIHAN
KOLEJ MARIKULASI SELANGOR
1. Pengenalan
Pekeliling perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 bagi DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA
(DLSM), KPM menetapkan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri/
dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang
bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan
pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Selaras dengan hasrat di bawah dasar
latihan sumber manusia, semua warga Kolej Matrikulasi Selangor perlu menghadiri sekurang-
kurangnya lima (5) setahun sebagaimana surat daripada Bahagian Pegurusan Sumber Manusia
(BPSM) bertarikh 30 Januari 2019 (KPM.500-6/8/4 Jld. 7(97) juga surat siaran daripada Bahagian
Matrikulasi bertarikh 8 Februari 2019 (KPM.500-6/8/4 Jld.7(98).
Selain daripada keperluan latihan lima (5) hari, surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 12 Tahun 2018 (KPM.100-1/7/2 Jld.6(24) menetapkan satu lagi usaha membangunkan
profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (MyPPB) secara berterusan melalui pelaksanaan
Mata Kredit selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan
matlamat mengekalkan kualiti guru melalui Anjakan Keempat iaitu transformasi keguruan sebagai
Professional Pilihan. Setakat ini, pelaksaan MyPPB terpakai untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
sahaja di mana semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
memenuhi sekurang-kurangnya 42 mata kredit dalam pelbagai aktiviti PPB yang ditawarkan.
2. Takrifan
i. “Struktur Latihan” merujuk kepada peringkat-peringkat latihan yang perlu diikuti oleh anggota
perkhidmatan awam;
ii. “Peringkat” merujuk kepada tahap-tahap latihan yang boleh diikuti oleh anggota
perkhidmatan awam;
iii. “Standard Umum” merujuk kepada tahap pencapaian yang ditetapkan oleh jabatan; dan
iv. “Institusi Latihan Awam” merujuk kepada institusi-institusi latihan yang menjalankan kursus-
kursus bagi anggota perkhidmatan awam.
3. Struktur Organisasi KMS
4. Visi KMS
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui
pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
5. Misi KMS
KMS sebagai penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang
sains, teknologi dan profesional menjelang tahun 2020.
6. Dasar kualiti
Kolej Matrikulasi Selangor beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan Hal Ehwal
Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Hal Ehwal Peperiksaan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan bagi
memastikan pelanggan kolej mendapat manfaat terbaik melalui Sistem Pengurusan Berkualiti yang
cekap dan berkesan secara berterusan.
7. Objektif latihan
Latihan diperlukan untuk membentuk sumber manusia di KMS yang berprestasi tinggi dan
cemerlang bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan. Sehubungan dengan itu, KMS telah
menggariskan objektif latihan seperti berikut:
i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;
ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;
iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;
v. Mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah (value-added) di dalam sektor
awam; dan
vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
8. Strategi Latihan
Strategi latihan adalah seperti berikut:
8.1 Mengenalpasti keperluan latihan dengan menjalankan analisis keperluan latihan (Training
Needs Analysis / TNA).
8.2 Memberi keutamaan kepada program-program latihan yang memberi kesan secara langsung ke
atas output atau produktiviti anggota.
8.3 Mendapatkan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan program-program latihan bagi
anggota di bawah pejabat.
8.4 Memberi peluang anggota mendapatkan atau memilih latihan / kursus yang dianjurkan oleh
pihak luar; dan
8.5 Membuat penilaian ke atas program-program latihan / kursus yang dijalankan (dalaman atau
luar) berdasar kepada keperluan kursus.
9. Pelaksanaan Latihan di KMS
9.1 Analisis Keperluan Latihan (TNA)
Bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti atau usaha yang boleh memantapkan pembangunan
profesionalisme, berikut adalah beberapa beberapa kategaori yang ditawarkan di bawah
pengurusan SPL KPM.
A) Kompetensi asas
– Aktiviti sebelum atau permulaan lalaun kerjaya PPP bagi menguasai kompetensi asas dan
orientasi kerja.
Cth: kursus induksi,Kursus pensyarah baru, kursus staff baru
B) Pembangunan kompetensi
– Aktiviti PPB untuk meningkatkan kompetensi generik dan fungsional berasaskan bidang dan
deskripsi tugas, laluan kerjaya serta gred.
Cth: Aplikasi ICT dalam PdPC, kursus pentaksiran dan penilaian, kursus kewangan,
pengurusan pejabat
C) Keperluan dasar/khusus
– Program bagi meningkatkan kompetensi PPP dalam memahami, menghayati dan
melaksanakan program yang menyokonmg pelaksanaan dasar atau keperluan khusus KPM
yang terkini.
Cth: kursus perubahan kurikulum, pembelajaran abad ke-21, kursus keselamatan makmal
D) Elektif
– Program pilihan sendiri atau mengikut keperluan organisasi berkaitan tugas untuk
pengayaan dan pengukuhan kompetensi bagiu meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan.
Cth: seminar, persidangan, kolokium, kajian tindakan, penyelidikan
E) Pelengkap
– Program eksklusif yang ditawarkan kepada kepimpinan tertinggi dan guru serta pemimpin
sekolah berprestasi tinggi yang terpilih untuk pengayaan dan pengukuhan kepakaran serta
pembangunan towering personality.
Cth: kursus guru cemerlang, kursus kepimpinan
9.2 Bidang Kursus
9.2.1 Kumpulan Pengurusan dan Profesional (DGA32-DG54)
i. Kepimpinan dan Pengurusan
ii. Pengurusan Kewangan
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat
v. Team Building dan Kecergasan
vi. Pengurusan Stress
vii. Keselamatan Perlindungan
viii. Pengurusan Integriti
9.2.2 Kumpulan Pelaksana (Gred 1 - 27)
i. Motivasi Diri
ii. Pengurusan Kewangan
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat
v. Team Building dan Kecergasan
vi. Pengurusan Aset
vii. Pengurusan Stress
viii. Keselamatan Perlindungan
ix. Pengurusan Integriti
Pemilihan / penetapan kursus yang sebenarnya adalah berasaskan kepada borang
analisa keperluan TNA Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana serta TNA yang diisi
melalui SPL KPM.
9.3 Metodologi Latihan
Latihan yang dijalankan akan menggunakan kaedah yang selaras dengan program pembangunan
modal insan iaitu secara:
a. Anjuran BMKPM/ KPM / anjuran bersama dengan agensi lain akan dibuat dengan
menggunakan pendekatan:
i. kuliah termasuk ceramah (classroom method);
ii. seminar / bengkel;
iii. lawatan sambil belajar;
iv. program sangkutan;
b. Penyertaan program kursus, latihan, seminar, bengkel anjuran agensi kerajaan lain;
c. Program yang dibeli (outsourced) daripada pihak swasta.
9.4 Tempoh Kursus
9.4.1 Anjuran Kolej
a. Kursus – akan diadakan maksimum tiga (3) hari tertakluk kepada kesesuaian kursus
b. Bengkel – akan diadakan minimum dua (2) hari
c. Program lawatan dan sangkutan – mengikut kesesuaian tempoh waktu yang
diperlukan
9.4.2 Anjuran BMKPM, KPM dan Swasta
Tertakluk kepada jumlah hari yang ditentukan oleh pihak penganjur.
9.5 Tempat kursus
Kursus / taklimat / latihan yang dianjurkan oleh pihak kolej atau BMKPM akan diadakan sama
ada di:
a. Bangunan BMKPM
b. Dewan Kuliah Besar atau dewan-dewan kuliah KMS
c. Makmal komputer atau Bahasa kolej
d. Bilik-bilik khas kolej
e. Pusat-pusat latihan milik agensi lain di bawah KPM
f. Pusat-pusat latihan milik agensi kerajaan yang lain
g. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
h. Institut Pengajian Tinggi Tempatan
i. Lokasi milik swasta seperti hotel dan lain-lain.
Pemilihan tempat kursus adalah mengikut kesesuaian sesuatu kursus/program yang
dilaksanakan.
9.6 Kumpulan sasaran
a. Pengurusan dan professional
b. Pensyarah akademik
c. Ahli kumpulan pelaksana
Kumpulan sasaran serta jumlah yang perlu menghadiri kursus/program adalah berdasarkan
kepada kesesuaian serta objektif kursus/program tersebut yang dimaklumkan melalui surat.
10. Perancangan Latihan
Latihan yang dirancang pada peringkat kolej adalah berdasarkan kepada perbincangan yang
diadakan secara berperingkat di bahagian atau unit masing-masing. Kemudiannya kursus atau
program yang dibincangkan akan di bawa ke bengkel penyediaan takwim untuk tahun berikutnya
yang diadakan di setiap penghujung tahun pada tahun semasa. Perancangan latihan diperingkat
kolej juga adalah tertakluk dan mengikut program/kursus yang dicadangkan diperingkat BMKPM.
Berikut adalah jenis-jenis kursus atau latihan yang dicadangkan:
a. Program/Latihan daripada BMKPM (peringkat kebangsaan)
b. Program/latihan daripada pihak pengurusan kolej
c. Program/latihan daripada Unit HEP
d. Program/Latihan daripada unit-unit akademik
e. Program/Latihan daripada jawatankuasa-jawatankuasa khas kolej
f. Program/Latihan daripada agensi luar yang dikelolakan melalui warga atau jawatankuasa kolej
yang bersesuaian
10.1 Perancangan latihan ULPSM
Berikut adalah latihan umum yang dicadangkan dan dikendalikan oleh ULPSM KMS:
Bidang kursus Pelaksanaan dalam setahun
Perhimpunan Bulanan Sekurang-kurangnya 6 kali pertemuaan
Bengkel peningkatan profesionalisma
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau Hari 2 kali
Kualiti 1 kali
Program pengisian minda
1 kali
10.2 Perancangan Latihan dan proses pelaksanaan kerja peringkat kolej
BIL PROSES/LATIHAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL AUG SEP OKT NOV DIS
1 Perhimpunan Bulanan
2 Bengkel Profesionalisma
3 Program pengisian minda
4 APC/Hari kualiti
5 PLC (perancangan)
6 Pelaksanaan PLC
7 Pengisian TNA (peringkat
kolej)
Penyebarluasan analisis
8 TNA kepada pihak
pengurusan serta unit
Perancangan Latihan
9 (peringkat masing-
masing)
10 Bengkel takwim serta
penyelarasan aktiviti
11 Pelaksanaan Latihan yang
dirancang/ditakwimkan
12 Analisa Hari berkursus dan
mata kredit suku pertama
Analisa Hari berkursus
13 dan mata kredit suku
kedua
Analisa Hari berkursus
14 dan mata kredit suku
ketiga
15 Analisa Keseluruhan data
Petunjuk: Tindakan seluruh warga Tindakan
Tindakan JK ULPSM dan KMS PULPSM
PULPSM
Nota: PLC juga merangkumi RnD, KIK, Inovasi, PdP Inovatif dan lain-lain aktiviti yang merangkumi
skop bidang tugas masing-masing.
10.3 Plan sasaran latihan ULPSM KMS
a. Analisa hari berkursus dan pencapaian mata kredit akan dibuat secara berkala setiap
suku tahun oleh Penyelaras ULPSM. Berikut adalah minimum pencapaian yang perlu
diikuti:
Sukuan Bulan Minimum Minimum Catatan
(Tahun Semasa) Mac Bilangan Hari Mata Kredit
PPP & AKP masih diberi
Suku pertama Berkursus 14 peluang untuk
meningkatkan pencapaian
Suku kedua Jun 2 14 sekiranya belum lagi
mencapai
3
**Menyemak Modul
Individu masing-masing
**Hari berkursus
hendaklah termasuk
penglibatan PPP di dalam
September 2 14 PLC
**Senarai akan
Suku ketiga dikeluarkan bagi PPP &
AKP yang belum mencapai
dan dipanjangkan kepada
KU dan PLU
Oktober Semua PPP perlu mencapai minima 7 hari dan minimum 42
mata kredit; dan AKP perlu mencapai minima 7 hari
berkursus
b. Mana-mana individu, warga KMS, yang mempunyai cadangan aktiviti/ kursus/
bengkel yang boleh dimanfaatkan oleh PPP atau AKP, ianya boleh dilaksanakan atas
dasar inisiatif kendiri dalam kumpulan kecil tetapi hendaklah melalui prosedur biasa
penganjuran sesuatu kursus. Bagi tujuan tersebut, PPP/AKP boleh merujuk KU atau
KJ atau Penyelaras Latihan.
c. Bagi individu yang tidak mencapai tahap minimum, perlulah melaksanakan
pembacaan buku atau menyertai webinar sebagaimana yang digariskan oleh pihak
BPG.
10. Penilaian dan Pemantauan Latihan
10.1 Penilaian kursus
Setiap aktiviti yang berkaitan dengan bidang tugas khusus serta berkaitan dengan peningkatan
profesionallisma perlulah melaksanakan penilaian. Penilaian yang boleh dibuat adalah
berdasarkan kepada 2 kategori iaitu:
a. Penilaian setelah tamat satu-satu kursus/aktiviti/bengkel/seminar dan sebagainya
b. Penilaian selepas 3 bulan
Penilaian kursus ini adalah amat perlu bagi memastikan samada satu-satu latihan itu perlu
disambung atau ditambah baik atau diganti dengan yang setara dengannya supaya impak
kepada warga kerja akan menjadi lebih positif.
11. Penilaian POL
Satu kajian semula yang berkesan oleh pihak pengurusan terhadap POL SKL hendaklah dilakukan
secara berterusan. Kajian semula dan penilaian setiap sebelum penghujung tahun akan bertindak
sebagai asas untuk mengenalpasti masalah secara lebih mendalam dan kemajuan semasa yang
dicapai. Sebarang masalah besar yang dihadapi akan dikaji dengan teliti memandangkan ia
memerlukan satu set tindakan pembetulan yang komprehensif untuk
meningkatkan prestasi warga kerja amnya institusi-institusi di bawah KPM. Perkara-perkara
utama untuk dinilai dan dikawal adalah seperti berikut:
a. Peruntukan kewangan yang mencukupi;
b. Taburan dan pembahagian tugas;
c. Peralatan teknologi dan kelengkapan yang terkini serta mencukupi;
d. Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.