The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frhothman02, 2021-07-14 05:52:25

Buku Tutorial Bab 6

SEMESTER 1

















AP 015

2021/2022 PRAKATA
AP015 | SEM 1








Buku tutorial ini dihasilkan khas untuk pelajar-pelajar Jurusan
“Kualiti Melangkau
Perakaunan Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil kursus
Sempadan”
Pengurusan Perniagaan (AP015).



Buku ini mengandungi koleksi soalan-soalan Tutorial dan Koleksi soalan Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi (PSPM). Tujuan buku ini diterbitkan adalah sebagai rujukan
pelajar dan sebagai persediaan menghadapi PSPM.


































Harapan kami, agar usaha ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar Pengurusan Perniagaan
khasnya dan para pensyarah yang mengajar kursus ini amnya. Semoga buku ini dapat
membantu para pelajar meningkatkan kefahaman dan seterusnya memperoleh pencapaian
yang cemerlang dalam peperiksaan akhir sejajar dengan kehendak Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM).
Segala komen atau cadangan boleh dikemukakan kepada kami di Unit Pengurusan
Perniagaan, Kolej Matrikulasi Selangor.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
Penghargaan : terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan Buku

Pengurusan Perniagaan (SEMESTER 1) (AP015) terutamanya kepada
pensyarah-pensyarah Unit Pengurusan Perniagaan, Kolej Matrikulasi Selangor
dalam menyedia, mengumpul dan menyusun soalan-soalan yang terkandung
dalam Buku Tutorial ini. Pensyarah-pensyarah yang terlibat adalah:




| Puan Noor Zalina Binti Mustafa

| Puan Rozila Binti Rafie

| Cik Azlinda Asmiza Binti Md. Amin

| Puan Suhaida Binti Abu Bakar

| Puan Farahnirwaty Binti Othman

BAB

6






ANALISIS PENYATA KEWANGAN








SOALAN


1. Pengurus Kewangan, Syarikat EnerResource Sdn Bhd meminta anda selaku Pegawai
Kewangan menjelaskan maksud berikut: [4 markah]

a) Persamaan perakaunan

b) Modal kerja


2. Nyatakan dan jelaskan LIMA pihak utama yang menggunakan penyata kewangan dan
berikan satu kepentingan analisis kewangan kepada kumpulan tersebut. [10 markah]


3. Senaraikan maklumat-maklumat yang boleh diperolehi dari Penyata Pendapatan dan Kunci
Kira-Kira di dalam jadual di bawah. [8 markah]

Penyata Pendapatan Kunci Kira-Kira
























PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





4. Syarikat Kayangan Venture Berhad
Penyata pendapatan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012


RM


Jualan 94 001
Kos barang dijual 46 623
Untung kasar 47 378
Belanja Jualan dan Pentadbiran 28 685
Belanja susut nilai dan pembangunan 5 752
Keuntungan operasi 12 941
Belanja faedah 48
Pendapatan faedah 427
Pendapatan sebelum faedah 13 320
Cukai pendapatan 4 700
Pendapatan bersih 8 620
Dividen saham terutama ---
Pendapatan tertahan 8 620
Pendapatan sesaham 0.76


Syarikat Kayangan Venture Berhad
Kunci Kira-Kira Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012

ASET RM
Tunai 5 534
Akaun belum terima 14 745
Inventori 10 733
Sekuriti boleh pasar 952
Belanja terdahulu 3 234
Kelengkapan dan peralatan 28 260
Tanah 1 010
Pelaburan jangka panjang 2 503
Jumlah aset 66 971

LIABILITI
Akaun belum bayar 3 253
Nota belum bayar ---
Belanja terakru 6 821
Bon belum bayar 2 389




PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





EKUITI PEMILIK
Saham biasa 8 549
Pendapatan tertahan 45 959
Jumlah liabiliti dan ekuiti 66 971


a. Hitung nisbah-nisbah keberuntungan berikut: [5 markah]

i. Margin untung kasar

ii. Margin keuntungan operasi

iii. Margin untung bersih

iv. Pulangan ke atas aset

v. Pulangan ke atas ekuiti


Beri komen anda untuk nisbah untung bersih dan pulangan ke atas aset jika purata
industri untuk nisbah ini ialah 5% dan 14%. [2 markah]

b. Hitung nisbah kecairan berikut: [2 markah]
i. Nisbah semasa

ii. Nisbah cepat

Jelaskan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang jangka pendeknya.
[1 markah]



c. Hitung nisbah hutang ke atas aset. Jelaskan sama ada pihak bank boleh
memberikan pinjaman tambahan kepada syarikat ini. [3 markah]











PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





d. Hitung nisbah aktiviti berikut; [3 markah]

i. Tempoh purata kutipan

ii. Pusing ganti inventori

iii. Pusingganti jumlah asset


5. Berdasarkan maklumat kewangan di bawah, hitungkan nilai perolehan sesaham bagi setiap
syarikat dan nyatakan syarikat yang akan dipilih oleh pelabur untuk membuat pelaburan
beserta alasan.

Item Syarikat Ceria Berhad Syarikat Bahagia Berhad

Modal diterbitkan RM40 000 000 (40 000 RM30 000 000 (30 000
000 unit saham pada harga 000 unit saham pada harga
par RM1 sesaham) par RM1 sesaham)


Jualan RM95 000 000 RM97 800 000

Untung sebelum cukai RM8 300 000 RM7 200 000

Untung selepas cukai RM6 060 000 RM5 256 000





6. Jelaskan istilah berikut:

i) Perbandingan Trend [2 markah]

ii) Perbandingan Industri [2 markah]




7. Syarikat Gamura Berhad telah menubuhkan sebuah cawangan baru untuk menjual sejenis
item barang siap pada 1 Januari 2011. Untuk membolehkan perniagaan di cawangan ini
beroperasi, wang sebanyak RM 15,000 telah dipindahkan ke cawangan tersebut sebagai
modal awalnya. Anda dikehendaki menyediakan satu belanjawan tunai bagi tempoh 3
bulan akan datang untuk memastikan keperluan wang di cawangan tersebut digunakan
secara optimum. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan cawangan tersebut:




PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





i) Anggaran belian dan jualan

BULAN BELIAN JUALAN

JANUARI 20 000 UNIT 18 000 UNIT

FEBRUARI 25 000 UNIT 20 000 UNIT


MAC 28 000 UNIT 25 000 UNIT



ii) Syarat belian:

 Harga belian adalah RM 3.00 perunit
 70% belian setiap bulan dibuat secara tunai
 30% belian setiap bulan dibayar pada bulan yang berikutnya.


iii) Syarat jualan:

 Harga jualan adalah RM 5.00 perunit.
 60% jualan setiap bulan dibuat secara tunai.
 40% jualan setiap bualan diterima pada bulan yang berikutnya.

iv) Anggaran perbelanjaan:

 Gaji sebanyak RM 18 000 sebulan dibayar pada akhir bulan yang sama.
 Air & elektrik sebanyak RM 1 200 setiap bulan dibayar pada bulan yang berikutnya.
 Sewa sebanyak RM 6000 setahun hendaklah dibayar sekaligus pada bulan januari.
 Belanja am sebanyak RM 400 setiap bulan dibayar pada bulan yang berikutnya.
 Sebuah kenderaan berharga RM 10 000 dijangkakan akan dibeli secara tunai pada
bulan februari.



a) Sediakan belanjawan tunai bagi tempoh 3 bulan akan datang. [20 markah]


b) Nyatakan sama ada syarikat tersebut mengalami lebihan dan kurangan tunai pada
bulan-bulan berkenaan. [3 markah]


c) Berikan empat langkah yang sesuai perlu diambil oleh Syarikat Gamura Berhad jika ia
mengalami kurangan tunai. [4 markah]






PP.KMS | AP015 2021/2022

AP015 2021/2022














*




















































PP.KMS | AP015 2021/2022


Click to View FlipBook Version