The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frhothman02, 2020-02-12 05:56:05

Fruit-All Dewaxing Wipes

KIK Project

Keywords: 1111

BBABAB1: 1LA:TLAARTBAERLABKEALNAGKANG

a) PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

Pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Selangor amat meyokong kumpulan The Amethyst
untuk melaksanakan projek menghasilkan produk Fruit-All Dewaxing Wipes dengan
memberi kelulusan penubuhan kumpulan melalui surat bertarikh 15 Februari 2019 (Rujuk
Lampiran 1) dan kelulusan menjalankan projek melalui surat bertarikh 20 Februari 2019
(Rujuk Lampiran 2). Penghasilan projek ini dilihat dapat memberi impak yang positif terhadap
kesihatan pelajar, seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian misi Kolej Matrikulasi
Selangor untuk membangunkan potensi pelajar. Pihak pengurusan yakin dan percaya
bahawa tahap kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar dapat mengurangkan masalah
ketidak hadiran pelajar ke kelas yang mungkin akan menyebabkan mereka ketinggalan
untuk mempelajari topik tertentu. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan
pencapaian pelajar dalam bidang akademik atau kokurikulum. Produk Fruit-All Dewaxing
Wipes yang dihasilkan oleh kumpulan The Amethyst mampu mengurangkan masalah yang
mungkin akan dihadapi oleh pelajar kerana kebiasaanya pelajar akan mengambil makanan
berasaskan buah-buahan bagi mengalas perut kerana jadual kelas yang padat.

b) SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN

Kumpulan The Ameythest dianggotai oleh 4 orang ahli yang
diketuai oleh Puan Farahnirwaty Othman dari unit JPPro. Ahli-ahli
lain terdiri daripada 1 orang pensyarah Unit Pengurusan
Perniagaan, 1 orang pensyarah Unit JPPRO, 1 orang pensyarah
unit Perakaunan. The Amethyst diambil sempena nama sejenis
batu permata yang yang berwana unggu (amitis). Nama ini dipilih
kerana amitis mempunyai keunikan tersendiri dari segi warnanya
yang dapat melahirkan kegembiraan kekuatan dan semangat
kepada pemiliknya. Selain itu batu amitis itu dikatakan mampu
melahirkan aura yang positif kepada pemiliknya. Keunikan sifat
yang ada menyebabkan nama batu ini iaitu Amethyst dipilih sebagai
nama kumpulan kerana bersesuaian dengan misi ahli kumpulan
yang ingin membantu orang ramai hidup dengan gembira, ceria dan
sihat sepanjang masa.

VISI KUMPULAN

Meningkatkan kecemerlangan di dalam
bidang pendidikan

1

MISI KUMPULAN

MISI KUMPULAN

Pertama

Membantu menyedarkan
pengguna tentang kelebihan
menggunakan produk pembersih
yang efektif.

Kedua

Penghasilan kerja bermutu dan
berkualiti dengan nilai tambah
maksima.

c) AHLI KUMPULAN

KETUA
KUMPULAN

FARAHNIRWATY
OTHMAN

SALWANI NOOR ZALINA CHOO KIAN
JAAFAR MUSTAFA YANG

d) KETERANGAN PROJEK KETERANGAN
PERKARA
• Fruit-All Dewaxing Wipes
• Nama Projek • Primer
• Kategori KIK • Sosial
• Bidang Inovasi • Penciptaan
• Kategori Inovasi

BAB 2 : SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

a) KAITAN DENGAN FUNGSI JABATAN
Program Matrikulasi merupakan program persediaaan bagi pelajar lepasan SPM bagi melayakkan
mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pertama di institusi pengajian awam atau swasta,
di dalam dan luar negara. Misi KMS ialah membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang

2

sains, teknologi dan professional melalu pendidikan pra-universiti yang berkualiti untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang. Selain itu, objektif KMS adalah untuk membentuk generasi pelajar
yang berdaya saing (Rujuk Lampiran 3). Jesteru itu, bagi membantu merealisasikan misi ini, The
Amethyst telah menghasilkan produk Fruit-All Dewaxing Wipes bagi melahirkan pelajar yang sihat,
cergas, bersemangat dan pintar dalam usaha membangunkan potensi pelajar dalam aspek
pembangunan modal intelek dan sosial. Bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan mampu berdaya
saing kesihatan pelajar merupakan salah satu faktor yang perlu dititik beratkan kerana dengan
badan yang sihat, otak akan menjadi cerdas. Kesibukan pelajar menghadiri kelas dan menyiapkan
tugasan menyebabkan mereka lebih gemar memilih buah-buahan ketika waktu senggang untuk
mengalas perut. Produk Fruit-All Dewaxing Wipes dapat membantu pelajar mendapatkan buah-
buahan yang lebih terjamin kebersihannya dengan membersihkan serta menyahkan lapisan lilin
yang menyeliputi buah-buahan tersebut. Penghasilan produk Fruit-All Dewaxing Wipes juga dapat
membantu pelajar mendapat nutrisi yang baik daripada pengambilan buah-buahan tanpa bahan
kimia yang berbahaya.

b) MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Produk Fruit-All Dewaxing Wipes dipilih adalah selari dengan usaha untuk memenuhi perkara 1,2
dan 4 dalam Piagam Pelanggan KMS (Rujuk Lampiran 4).

PIAGAM PELANGGAN Fruit-All Dewaxing Wipes
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR memberi peluang kepada pelajar
i. Memastikan pelajar KMS untuk memperolehi makanan
yang bersih dan sihat dalam
mencapai PNGK melebihi 3.00 membantu mereka lebih fokus
untuk mengisi program ijazah dalam pembelajaran seterusnya
pertama di institusi pengajian menyumbang kepada keputusan
tinggi. yang cemerlang.

ii. Memastikan staf mencukupi, Fruit-All Dewaxing Wipes
kopeten dan berkomitmen tinggi. melahirkan pensyarah yang
berinovatif dan mahir dalam
iv. Memastikan sifar ponteng membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi pelajar.

Fruit-All Dewaxing Wipes
memberi peluang kepada pelajar
untuk memperolehi sumber
makanan yang bersih bagi
mengelakkan mereka diserang
penyakit. Seterusnya dapat
mengurangkan masalah ketidak
hadiran ke kelas.

3

c) KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL

Penghasilan produk Fruit-All Dewaxing Wipes dapat dikaitkan dengan Teras Ketiga (Persekitaran),
Keempat (Pendidikan/Pembelajaran) dan Keenam (Gaya Hidup Sihat) seperti yang terdapat dalam
Transformasi Nasional 2025 (Rujuk Lampiran 5) selaras dengan langkah kerajaan untuk melahirkan
masyarakat yang bersemangat dengan persekitaran pembelajaran yang berterusan dan gaya hidup
yang aktif.

TRANSFORMASI NASIONAL TERAS KETIGA (PERSEKITARAN)
2025 Fruit-All Dewaxing Wipes memupuk
sikap bertanggungjawab kepada
3. PERSEKITARAN bumi dan alam sekitar dengan
Sebuah persekitaran yang memilih bahan pembersih yang
selamat dan lestari, efisien mesra alam dan mengurangkan
dan menyediakan pembaziran dalam penggunaan
kehidupan yang sihat. sumber semulajadi seperti air untuk
mencuci buah-buahan.
4. PENDIDIKAN/PEMBELAJARAN
Sebuah ekosistem yang TERAS KEEMPAT (PENDIDIKAN /
relevan, menyeluruh dan PEMBELAJARAN)
mempunyai persekitaran Fruit-All Dewaxing Wipes dapat
pembelajaran yang membantu pelajar belajar dalam
berterusan. keadaan yang lebih selesa kerana
keadaan kesihatan yang baik.
6. GAYA HIDUP
Gaya hidup yang
bertenaga, aktif dan mesra
sosial

TERAS KEENAM (GAYA HIDUP)
Fruit-All Dewaxing Wipes dapat
membantu pelajar menjalani
kehidupan yang lebih sihat dan aktif
hasil daripada pengambilan buah-
buahan yang selamat dari kandungan
bahan kimia yang berbahaya.

4

d) KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA

Beberapa amalan yang biasa dilakukan untuk menghilangkan lapisan lilin yang terdapat pada buah-
buahan adalah seperti jadual di bawah.

AMALAN BIASA KEBURUKAN
Amalan biasa Keburukan
1. Mengupas kulit
buah-buahan atau a) Proses mengupas kulit buah-buahan
sayur-sayuran atau sayur-sayuran mengambil
masa.
2. Mencelup buah-
buahan atau sayur- b) Pembuangan kulit akan
sayuran dalam air mengurangkan nutrisi dan khasiat
panas seketika dan kerana kebanyakan kulit buah-
membilas dengan buahan atau sayur-sayuran
air yang mengalir. mengandungi kandungan zat dan
vitamin yang tinggi. Contoh: buah
3. Mencuci buah- epal, kentang dan anggur.
buahan atau sayur-
sayuran dengan air c) Penggunaan peralatan tajam seperti
lemon atau cuka. pisau merbahaya kepada kanak-
kanak. Ini menghadkan mereka
daripada memakan buah-buahan
atau sayur-sayuran.

a) Kaedah ini mengambil masa.
b) Penggunaan air panas belum

terbukti dapat menghilangkan
lapisan lilin pada buah-buahan atau
sayur-sayuran dengan berkesan.
c) Kaedah ini sukar dilakukan jika
berada di luar kediaman seperti
dalam perjalanan atau tempat
perkelahan.
a) Kaedah ini paling berkesan dalam
proses dewaxing tetapi tidak fleksibel
untuk dilakukan di luar kediaman.

e) KRITERIA PEMILIHAN
Pemilihan projek adalah mengikut kaedah yang berikut:

i Brainstorming

ii Rajah Analisis Data Matriks
iii SMART

5

Hasil dari brainstorming yang dijalankan, 10 masalah telah disenaraikan iaitu:
1 Pelajar cepat lesu menjelang tengah hari ketika proses PdP dijalankan.

Pelajar gemar makan snek yang kurang sihat untuk mengalas perut
2 mengakibatkan kesihatan mereka sering terganggu.

Pelajar mengambil buah-buahan yang diimport tanpa membasuhnya
3 dengan bersih.
4 Pergerakan pelajar semasa pertukaran kelas yang tidak efektif.
5 Bilangan waktu senggang pelajar yang terhad.
6 Sikap sambal lewa pelajar terhadap tugasan yang diberikan.

Pelajar kurang kesedaran tentang bahan kimia yang merbahaya dalam
7 makanan yang sering mereka ambil.

8 Pelajar kurang kesedaran tentang pengambilan buah-buahan sebagai
diet dalam pemakanan.

9 Pelajar kurang berpengetahuan tentang jenis makanan yang seimbang.
10 Kafeteria yang sesak pada waktu puncak.

6

Daripada 10 masalah yang disenaraikan, Kumpulan Amethyst menggunakan Rajah Analisis Data
Matriks, dan 4 masalah telah diterima.

Masalah Kritikal Keupayaan
a) Pelajar cepat lesu menjelang tengah hari ketika proses PdP 86

dijalankan. 85

b) Pelajar gemar makan snek yang kurang sihat untuk 98
mengalas perut mengakibatkan kesihatan mereka sering 66
terganggu. 74

c) Pelajar mengambil buah-buahan yang diimport tanpa
membasuhnya dengan bersih.

d) Pergerakan pelajar semasa pertukaran kelas yang tidak
efektif.

e) Bilangan waktu senggang pelajar yang terhad.

f) Sikap sambal lewa pelajar terhadap tugasan yang diberikan. 6 5

g) Pelajar kurang kesedaran tentang bahan kimia yang 8 8
merbahaya dalam makanan yang sering mereka ambil. 8 4
8 3
h) Pelajar kurang kesedaran tentang pengambilan buah-buahan 3 3
sebagai diet dalam pemakanan.

i) Pelajar kurang berpengetahuan tentang jenis makanan yang
seimbang.

j) Kafeteria yang sesak pada waktu puncak.

ii. Rajah Analisis Data Matriks

9,8
8,6 8,8

6,6

7

Kumpulan menggunakan kaedah SMART untuk memilih masalah utama.

Masalah SMAR T Keputusan
Ditolak
a) Pelajar cepat lesu menjelang
tengahari ketika proses PdP
dijalankan.

b) Pelajar gemar makan snek yang Ditolak
kurang sihat untuk mengalas perut
mengakibatkan kesihatan mereka
sering terganggu.

c) Pelajar mengambil buah-buahan Diterima
yang diimport tanpa Ditolak
membasuhnya dengan bersih.

g) Pelajar kurang kesedaran tentang
bahan kimia yang merbahaya
dalam makanan yang sering
mereka ambil.

Masalah utama yang dipilih ialah pelajar mengambil buah-buahan yang diimport tanpa membasuhnya
dengan bersih.

f) PENYATAAN SASARAN OUTCOMES DAN IMPAK.
Kumpulan The Amethyst mensasarkan:

90%

75% 1 Peningkatan 90% pelajar dan warga kolej mencuci
buah dengan bersih

D. Description of the contents

2 Peningkatan 75% pengambilan buah-buahan
berbanding dengan snek

12

8

BAB 3 : TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

a) CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
Melalui permasalahan tersebut, beberapa soal selidik telah dijalankan:

Sama ada Kaedah yang Pengetahuan
buah-buahan digunakan bagi tentang
dicuci sebelum mencuci buah-
kewujudan wax
makan buahan pada buah-
buahan
SOAL SELIDIK 1 SOAL SELIDIK 2
SOAL SELIDIK 3

Berdasarkan soal selidik ini, didapati bahawa:

i. Pelajar biasanya mengejar masa sehingga mereka tiada masa untuk mencuci buah-buahan
sebelum makan.

ii. Pelajar berasa malas mencari sumber air untuk mencuci buah-buahan.
iii. Pelajar senantiasa menganggap buah-buahan yang mereka beli itu adalah bersih.
iv. Pelajar tidak mengetahui bahawa kewujudan wax pada buah-buahan.

Hasil dapatan soal selidik, Kumpulan Amethyst telah menjalankan brainstorming bagi mencari
penyelesaian.

Kaedah brainstorming dilaksanakan dalam mengemukakan pelbagai cadangan penyelesaian bagi
permasalahan yang menjadi fokus utama bagi projek Fruit-All Dewaxing Wipes.

Di antara cadangan penyelesaian yang dikemukakan adalah:

Bil Cadangan Penyelesaian Idea Ahli Kumpulan
Encik Choo
1 Penggunaan air bersih menggunakan botol ‘spray’ untuk
membersihkan buah-buahan. Pn. Zalina

2 Menyediakan air panas di dalam “thermos” untuk mencuci
buah-buahan.

3 Penggunaan campuran air dengan perahan lemon atau cuka Pn. Salwani
dalam botol ‘spray’.

4 Penggunaan campuran air dan cuka epal untuk mengelap Pn. Farah
buah-buahan dengan tisu.

9

Berdasarkan tahap kritikal isu dan keupayaan ahli untuk menyelesaikan masalah, kaedah analisis pro
dan kontra telah digunakan untuk memilih cadangan yang paling sesuai untuk menyelesaikan
permasalahan-permasalahan tersebut.

Cadangan Kesan PRO Kesan Kontra Keputusan
Penyelesaian CADANGAN DITOLAK

Penggunaan air bersih  Mudah di gunakan.  Proses ini CADANGAN DITOLAK
menggunakan botol  Dapat memakan masa.
‘spray’ untuk CADANGAN DITOLAK
membersihkan buah- membersihkan  Penggunaan air
CADANGAN
buahan. kekotoran di sahaja tidak DITERIMA

permukaan buah- menghilangkan
buahan. wax.

 Tidak praktikal
untuk di bawa ke
mana-mana

Menyediakan air panas  Dapat  Agak merbahaya.
di dalam “thermos” membersihkan  Tekstur buah akan
untuk mencuci buah- kekotoran di
buahan. permukaan buah- berubah.
buahan.  Nutrisi buah akan

 Dapat terjejas.

menghilangkan
wax

Penggunaan  Dapat  Tidak praktikal
campuran air dengan menghilangkan untuk di bawa ke
perahan lemon atau wax mana-mana.
cuka dalam botol
‘spray’.  Penyediaan
perahan lemon

yang mengambil
masa.

Penggunaan  Dapat  Bau cuka epal
yang kuat.
campuran air dan cuka menghilangkan

epal untuk mengelap wax

buah-buahan dengan  Mudah dibawa
tisu.  Mudah digunakan

 Baik untuk
kesihatan

 Mesra alam

Melalui analisis pro dan kontra yang dijalankan, cadangan yang diterima ialah penggunaan campuran air
dan cuka epal untuk mengelap buah-buahan dengan kain. The Amethyst turut menggunakan teknik
SCAMPER bagi membantu menjana idea untuk cadangan penyelesaian.

S (Substitute) Menggantikan penggunaan sapu tangan dengan tisu untuk
membuangkan lapisan lilin pada bahagian kulit buah-buahan.

C (Combine) Gabungan antara campuran air dan cuka epal dengan tisu.

10

A (Adapt) Mengambil kaedah penggunaan wet tissue yang ada di pasaran.

M (Modify) Mengubah kaedah membuang lapisan lilin pada permukaan kulit
buah-buahan daripada mengupas kulit kepada mengelap sahaja.

P (Put to other users) Ia boleh diaplikasikan sebagai pencuci kekotoran di wajah.

E (Eliminate) Mengelakkan amalan pengupasan kulit dan penggunaan air panas
untuk mencuci buah-buahan.

Menggalakkan pengambilan buah-buahan yang berkhasiat kerana
proses mencuci dan membuang lapisan lilin yang lebih mudah. Salain
R (Rearrange) itu, mampu mengekalkan nutrisi pada buah-buahan kerana kulit tidak

perlu dikupas untuk membuang lapisan lilin.

The Amethyst seterusnya merumuskan pelan tindakan penyelesaian melalui teknik 5W+1H.

WHAT Alat mengelap buah-buahan untuk menyah lapisan wax pada kulit buah-buahan.
WHEN
WHO Sesi pengajian sesi 2018/2019 dan 2019/2020.
WHERE
WHY  Seramai 4 orang ahli kumpulan The Amethyst.
 Pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Selangor.
HOW
Kolej Matrikulasi Selangor.

Produk ini adalah untuk menghilangkan kekotoran dan lapisan lilin (wax) yang
terdapat pada kebanyakan buah-buahan yang diimport dengan kaedah yang
mudah, praktikal, menjimatkan masa dan tidak membahayakan kesihatan.

Kebanyakan pengguna akan menggunakan beberapa kaedah untuk membuang
lapisan lilin tersebut sebelum buah-buahan dimakan. Penggunaan alat ini akan
lebih praktikal bagi menggantikan amalan biasa membuang lapisan lilin yang
sedia ada.

b) PEMBANGUNAN PROTOTAIP DAN UJICUBA (PROTOTYPE & TESTING)

Penghasilan produk Fruit-All Dewaxing Wipes adalah secara in-house di mana semua proses
penghasilan dilakukan sendiri oleh ahli-ahli kumpulan.

Prototaip 1

Pembelian dan Menyediakan Mengisi larutan Semburkan Lap buah
penyediaan larutan cuka tersebut ke larutan cuka dengan span
dalam botol epal pada buah untuk menyah
botol spray dan epal spray
span wax

Ujicuba prototaip 1
Ujicuba pada sebiji epal.

11

Kelebihan Prototaip 1

 Kekotoran dan wax hilang.
 Buah boleh dimakan terus selepas dilap.

Kelemahan Prototaip 1

 Botol spray sukar untuk di bawa ke mana-mana.
 Penggunaan span tidak praktikal kerana span menjadi basah.
 Span perlu dicuci untuk kegunaan seterusnya.
 Bau cuka epal yang kuat

Ujicuba gagal.

Prototaip 2 Menyediakan Mengisi Semburkan Lap dengan
larutan cuka larutan larutan cuka tisu
Pembelian tersebut ke
botol spray epal dalam botol epal pada
spray buah
dan tisu

Ujicuba prototaip 2
Ujicuba pada sebiji epal.

Kelebihan Prototaip 2
 Kekotoran dan wax hilang.
 Penggunaan tisu secara pakai-buang (hygiene)

Kelemahan Prototaip 2
 Tisu mudah hancur
 Botol spray tidak praktikal di bawa ke mana-mana
 Penggunaan tisu yang banyak
 Bau cuka epal yang kuat

Ujicuba gagal.

Penambahbaikan Prototaip 2
 Penggunaan tisu fabrik yang lebih tahan lasak dan tidak mudah koyak
 Tidak lagi menggunakan botol spray
 Mengecilkan saiz produk agar ia mudah di bawa ke mana-mana

12

Prototaip 3

Proses Tisu yang Tisu direndam Tisu Produk Fruit-All
penghasilan telah dalam larutan dimasukkan ke Dewaxing
dalam bekas
produk dipotong cuka pembungkusan Wipes yang siap
bermula akan dilipat mengikut untuk
dengan mengikut sukatan yang dan
pemotongan spesifikasi ditetapkan. kemudiannya digunakan.
fabrik tisu yang telah ditutup (seal)
ditetapkan. dengan kemas.
yang
mampu
menyerap
cecair dalam

saiz
tertentu.

Ujicuba prototaip 3
Ujicuba pada sebiji epal.

Kelebihan Prototaip 3
 Kekotoran dan wax hilang.
 Penggunaan tisu yang tahan lasak
 Mudah di bawa ke mana-mana (ringan dan kecil)
 Cara penggunaan yang lebih mudah
 Bau yang lebih menyenangkan

Kelemahan Prototaip 3
 Tisu yang masih dalam bungkusan akan mudah kering jika pembungkus tidak ditutup dengan
rapat.

Inovasi produk Fruit-All Dewaxing Wipes mempermudahkan proses membuang kekotoran dan lapisan
lilin pada buah-buahan dan sayur-sayuran dengan hasil yang lebih berkesan dan selamat serta memberi
nilai tambah kepada kesihatan pengguna.

UJICUBA PROTOTAIP 3 BERJAYA.

13

CARA PENGGUNAAN FRUIT-ALL DEWAXING WIPES

Memastikan semua
permukaan dilap

Mengelap kulit buah

Keluarkan helaian
FADW
Buka pelekat lutsinar

c) PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH.
 Telah mendapat perakuan daripada Makmal Kesihatan Awam, Salak Tinggi.
(Rujuk Lampiran 6)

d) PELAKSANAAN INOVASI FRUIT-ALL DEWAXING WIPES

Langkah Tempoh Penerangan
1
2 Minggu keempat Pemilihan projek.
3 Februari 2019
4 Minggu pertama Merancang dan melaksanakan soal selidik berkaitan amalan
5 membersih buah.
Mac 2019 Penghasilan wipes diujicuba dengan span dan tisu, dan larutan yang
6 Minggu kedua disediakan dalam bekas spray.

Mac 2019 Percubaan penggunaan penghasilan dengan responden.
Minggu ketiga
Penghasilan wipes diujicuba dengan tisu fabrik dan larutan yang
Mac 2019 disediakan.
Minggu ketiga Produk Fruit-All Dewaxing Wipes telah dihasilkan dan diedarkan
kepada pensyarah dan pelajar terpilih untuk digunapakai.
Mac 2019

Minggu keempat
Mac 2019

Setelah mendapat kelulusan dari Pengarah KMS, The Amethyst telah mengadakan penyebarluasan ke
ahli-ahli keluarga KMS pada minggu keempat Mac 2019. Tujuan penyebarluasan ini adalah agar pelajar-
pelajar dan pensyarah boleh menggunapakai produk Fruit-All Dewaxing Wipes dan memperolehi
manfaat daripadanya serta bagi mendapatkan maklumbalas.

14

BAB 4 : KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Outcome projek

a) Pencapaian Outcome dan pembuktian

i) Penjimatan kos
Amalan biasa untuk mencuci buah-buahan adalah dengan menggunakan air. Anggaran
kos untuk mencuci sebuji epal dengan menggunakan 500ml air adalah RM0.80.
Penggunaan Fruit-all Dewaxing Wipes dapat menjimatkan kos kerana kos satu paket
produk yang mengandungi 8 helai hanyalah RM1.20. Oleh itu, kos sekeping wipe hanyalah
RM0.15 yang mempu mencuci 3 biji epal. Penjimatan kos yang terlibat adalah sebanyak
RM0.75 bagi sebiji epal [RM0.80 – (RM0.15/3)]. (Rujuk lampiran 7)

ii) Penjimatan masa
Terdapat dua amalan yang sering dipraktikkan dalam proses pengambilan buah-buahan.
Amalan pertama adalah dengan mencuci buah dengan air yang memerlukan anggaran
masa selama 10 saat dan 10 saat lagi untuk mengelap kering buah sebelum dimakan.
Selain daripada itu, cara lain sebelum pengambilan buah adalah dengan mengupas kulit
buah dengan menggunakan pisau. Anggaran jumlah masa yang diperlukan dalam proses
ini adalah selama 33 saat termasuklah masa yang diambil untuk mencuci buah selepas
dikupas. Penggunaan produk Fruit-all Dewaxing Wipes hanya mengambil masa selama 14
saat bermula dari menarik keluar wipe dari bungkusan, mengelap buah dengan wipe dan
membuangnya. Oleh itu terdapat penjimatan selama 6 saat jika menggunakan cara yang
pertama dan 17 saat jika menggunakan cara kedua. (Rujuk lampiran 8)

iii) Penjagaan kesihatan
Pembuangan wax pada buah-buahan memberi impak yang baik dan nilai tambah kepada
kesihatan. Pengusaha produk tanaman berkemungkinan menggunakan bahan kimia lain
seperti alkohol dalam proses pelilinan. Bahan kimia yang digunakan mungkin tidak mudah
diserap oleh tubuh sehingga berbahaya bagi usus besar dan usus kecil. Selain daripada
itu, buah-buahan yang dilapisi wax, akan mudah dicemari kekotoran seperti debu yang
akan melekat pada produk dan kekotoran ini sukar untuk dihilangkan walau dengan air
yang mengalir.

b) Faedah sampingan (luar jangkaan)

i) Khasiat pengambilan cuka epal
Penggunaan cuka epal sebagai bahan utama dalam penghasilan Fruit-All Dewaxing Wipes
untuk membuang lapisan lilin pada buah-buahan memberi banyak manfaat kepada
kesihatan seperti berikut:
 Cuka epal selamat untuk dimakan (tiada tarikh luput)
 Cuka epal memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia kerana ia kaya
dengan vitamin, zat galian, enzim dan asid amino;
 mengurangkan bakteria jahat dalam usus
 menurunkan kolesterol, berat badan dan tekanan darah

15

 membantu menawar kepada penyakit kencing manis, gout, alergi, jangkitan
sinus, selsema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati,
sakit tekak, dermatitis dan artritis (bengkak sendi).

ii) Pengekalan nutrisi pada buah
Selain daripada itu, pembuangan lapisan lilin pada buah-buahan memberi
kebaikan dari segi kesihatan kerana lapisan lilin boleh menyebabkan
masalah kepada usus kerana kadar penyerapan yang rendah di samping ia menyebabkan
buah-buahan mudah dicemari kekotoran seperti debu yang akan melekat pada produk
dan kekotoran ini sukar untuk dihilangkan walau dengan air yang mengalir. Amalan
pembuangan kulit buah sebelum dimakan akan mengurangkan nutrisi dan serat yang
terdapat pada buah.

iii) Mencuci tangan dan muka
Produk ini boleh digunakan untuk mencuci tangan dan muka. Cuka epal bertindak sebagai
disinfektan untuk menghilangkan kekotoran / bakteria pada tangan dan dipercayai
berkesan untuk memudarkan jeragat pada muka.

4.2 Impak projek

a) Penilaian impak dan pembuktian

i) Melahirkan masyarakat yang prihatan terhadap pengambilan makanan
Inovasi produk menyumbang dalam usaha kerajaan ke arah melahirkan masyarakat yang
sihat melalui peningkatan dalam pengambilan makanan berkhasiat iaitu buah-buahan dan
sayur-sayuran. Selain daripada itu, ia mampu mengembalikan keyakinan orang ramai
terhadap kebersihan dan kualiti produk tanaman bebas bahan kimia dan menggalakkan
pengambilan produk tanaman tanpa was-was.

ii) Melahirkan masyarakat yang sihat
Penggunaan produk ini bagi jangkamasa panjang juga dapat mengurangkan bilangan
penduduk yang mengalami obesiti dan penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit
jantung dan darah tinggi. Oleh itu, keadaan ini dapat menyumbang kepada peningkatan
produktiviti negara.

iii) Pemeliharaan alam sekitar
Fruit-all Dewaxing Wipes memberi impak kepada alam sekitar kerana ia mengunakan
bahan-bahan mesra alam. Penggunaan cuka epal organik adalah selamat dimakan dan
baik untuk kesihatan. Selain daripada itu, penggunaan kertas tisu dalam produk juga mesra
alam kerana mudah dilupuskan.

c) Faedah sampingan (luar jangka)

i) Memudahkan pengambilan buah-buahan di hospital
Buah-buahan terutama buah-buahan import antara yang menjadi pilihan kepada orang
ramai dalam memilih buah tangan semasa melawat pesakit di hospital. Pesakit seringkali
memerlukan bantuan orang lain untuk mencuci buah dengan air atau mengupas kulit
dengan pisau kerana aktiviti ini memerlukan pergerakan. Dengan adanya produk Fruit-all
Dewaxing Wipes, proses pengambilan buah-buahan oleh pesakit menjadi lebih mudah
dan praktikal.

16

ii) Memudahkan pengambilan buah-buahan dalam perjalanan
Orang ramai sering membawa bekalan makanan dalam perjalanan ke suatu tempat
terutama ke tempat-tempat yang jauh yang memerlukan mereka menaiki kenderaan
seperti kereta, keretapi dan kapal terbang. Produk Fruit-all Dewaxing Wipes yang
berkesan, sangat praktikal dan mesra pengguna dalam mencuci buah-buahan mampu
menggalakkan orang ramai memilih buah-buahan sebagai salah satu snek yang
berkhasiat dalam perjalanan.

iii) Meningkatkan imej organisasi
Penghasilan produk dapat meningkatkan imej organisasi kerana produk ini menyumbang
dalam usaha kerajaan ke arah melahirkan masyarakat yang sihat melalui peningkatan
dalam pengambilan makanan berkhasiat iaitu buah-buahan. Selain itu ia mampu
mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kebersihan dan kualiti produk tanaman
bebas bahan kimia dan menggalakkan pengambilan produk tanaman tanpa was-was.
Produk ini membantu mengurangkan bilangan penduduk yang mengalami obesiti dan
penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi dan seterusnya
membantu dalam melahirkan penduduk yang sihat dan akhir membawa kepada
peningkatan produktiviti negara.

iv) Meningkatkan imej jabatan
Penghasilan produk dapat meningkatkan motivasi ahli dalam jabatan untuk
mengetengahkan produk kerana kebaikan produk yang memberi kesan positif kepada
peningkatan kualiti hidup seperti berikut:
o Penjimatan masa
o Fleksibiliti dalam proses membersihkan buah.
o Peningkatan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
o Mengurangkan penggunaan sumber seperti air

17

o Memberi nilai tambah kepada kesihatan manusia (penggunaan cuka epal,
pengambilan kulit buah yang penuh nutrisi dan fiber, mengelakkan kemasukan bahan
kimia dalam lapisan lilin pada buah ke dalam sistem badan.

BBAABB5:5P:OPTOENTSEINPSEINPGEENMGBAENMGBAANNPGROAJNEKPROJEK

a) Tahap ketersediaan proses
Pelaksanaan inovasi produk telah dilaksanakan dan sedang berlangsung. Produk ini telah
dipertandingkan di tiga pertandingan iaitu di Karnival Inovasi dan Kreatitiviti Daerah Kuala Langat
(April 2019), Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) (Julai 2019) dan AINS peringkat negeri
(Oktober 2019). Produk ini juga menyertai Pertandingan Kreaitiviti dan Inovasi yang sedang
berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor. Sepanjang pertandingan berlangsung, produk ini didapati
telah menarik perhatian pengunjung dan mereka sangat berminat dengan produk sehingga
melakukan pembelian. The Amethyst yakin produk ini dapat menarik minat ramai pihak untuk
dikomersialkan.

Pertandingan-pertandingan Inovasi dan Kreativiti yang Disertai

b) Tahap Replikasi/ Pengkomersialan
Produk Fruit-all Dewaxing Wipes sangat praktikal untuk digunakan dalam proses mencuci buah-
buahan import khususnya sebelum dimakan. Kumpulan Amethyst sangat yakin produk ini dapat
disebarluaskan dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat kini yang rata-ratanya
sangat mementingkan kesihatan.
Antara rancangan penyebarluas produk ini adalah menumpukan kepada kelompok pengguna seperti
mereka yang gemar melancong, mereka yang sering berjalan jauh dan pelawat-pelawat pesakit
hospital. Selain daripada itu, pelajar-pelajar di asrama juga berpotensi untuk disebarluaskan produk
ini kerana proses pencucian buah-buahan yang ringkas dan berkesan.
The Amethyst telah pun mendaftar MyIPO (Rujuk lampiran 9).

18


Click to View FlipBook Version