The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frhothman02, 2021-07-20 23:23:43

Buku Soalan Tutorial Kursus Pengurusan Perniagaan AP015 Sesi 2021/2022

SEMESTER 1

















AP 015

2021/2022 PRAKATA
AP015 | SEM 1








Buku tutorial ini dihasilkan khas untuk pelajar-pelajar Jurusan
“Kualiti Melangkau
Perakaunan Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil kursus
Sempadan”
Pengurusan Perniagaan (AP015).



Buku ini mengandungi koleksi soalan-soalan Tutorial dan Koleksi soalan Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi (PSPM). Tujuan buku ini diterbitkan adalah sebagai rujukan
pelajar dan sebagai persediaan menghadapi PSPM.


































Harapan kami, agar usaha ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar Pengurusan Perniagaan
khasnya dan para pensyarah yang mengajar kursus ini amnya. Semoga buku ini dapat
membantu para pelajar meningkatkan kefahaman dan seterusnya memperoleh pencapaian
yang cemerlang dalam peperiksaan akhir sejajar dengan kehendak Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM).
Segala komen atau cadangan boleh dikemukakan kepada kami di Unit Pengurusan
Perniagaan, Kolej Matrikulasi Selangor.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
Penghargaan : terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan Buku

Pengurusan Perniagaan (SEMESTER 1) (AP015) terutamanya kepada
pensyarah-pensyarah Unit Pengurusan Perniagaan, Kolej Matrikulasi Selangor
dalam menyedia, mengumpul dan menyusun soalan-soalan yang terkandung
dalam Buku Tutorial ini. Pensyarah-pensyarah yang terlibat adalah:




| Puan Noor Zalina Binti Mustafa

| Puan Rozila Binti Rafie

| Cik Azlinda Asmiza Binti Md. Amin

| Puan Suhaida Binti Abu Bakar

| Puan Farahnirwaty Binti Othman

BAB 1



PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN













SOALAN


1. Berikan definisi perniagaan. (2 markah)


2. Nyatakan lima (5) elemen penting yang terdapat dalam definisi perniagaan. (2 markah)


3. Nyatakan dan huraikan lima (5) proses perniagaan bagi Kilang Roti Sedap. (5 markah)


4. Jelaskan objektif keuntungan dalam perniagaan Syarikat Dobi Odogon. (4 markah)


5. Huraikan empat (4) kepentingan Syarikat Fashionista kepada pihak berkepentingan.
(8 markah)

6. Nyatakan fungsi-fungsi perniagaan berdasarkan pernyataan berikut: (2 markah)



PERNYATAAN FUNGSI PERNIAGAAN


Menguruskan tenaga pekerja organisasi bagi
menggerakkan jentera operasi pengeluaran, pemasaran
dan kewangan.


Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk
merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga,
promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan
berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan
pengguna dan dapat mencapai objektif organisasi.











PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 1



Aktiviti menguruskan sumber dana bagi mencapai
matlamat kewangan sesebuah perniagaan.



Satu proses transformasi input kepada output yang lebih
bernilai.



7. Jelaskan empat (4) fungsi perniagaan yang boleh mempengaruhi aktiviti Andromeda
Enterprise. (8 markah)


8. Huraikan tanggungjawab KPJ Healthcare kepada pihak yang berkepentingan berikut:

a) pelanggan

b) pesaing

c) pelabur

d) masyarakat (8 markah)


9. Bagaimanakah elemen–elemen persekitaran umum berikut boleh memberi ancaman
kepada sesebuah perniagaan.

a) ekonomi

b) teknologi

c) sosiobudaya

d) politik dan undang–undang (8 markah)


10. Apakah maksud entiti perniagaan. (1 markah)


11. Anda dikehendaki menyediakan jadual untuk membandingkan empat (4) pemilikan
entiti perniagaan yang terdapat di Malaysia dari segi bilangan ahli, sumber modal,
perundangan, kaedah pengurusan dan pendedahan laporan kewangan.
(20 markah)








PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 1



12. Senaraikan DUA kelemahan entiti perniagaan berikut;

i. Milikan tunggal

ii. Perkongsian

iii. Syarikat

iv. Koperasi


13. Nyatakan dua butiran yang terkandung dalam dokumen perjanjian perkongsian.
(1 markah)

14. Berdasarkan huraian, nyatakan bentuk pemilikan yang sesuai. (4 markah)


Bil Huraian Bentuk Pemilikan

Pemegang saham 2 hingga 50 orang.
a Pemegang saham menyumbangkan modal.
Jangka hayat panjang.


Dijalankan untuk kebajikan ahli.
b Pengurusan secara demokrasi.
Sumbangan modal daripada yuran dan saham.


Jenis perniagaan yang paling banyak di Malaysia.
Tertakluk di bawah Akta pendaftaran Perniagaan
c
dan enakmen negeri.
Dikenakan cukai pendapatan.


Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
d
Pemiliknya antara 2 hingga 20 orang yang
menanggung bersama segala liabiliti perniagaan.





















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





PENGURUSAN


















SOALAN : 2.1 PENGENALAN PENGURUSAN



1. (a) Nyatakan definisi pengurusan. [2 markah]
(b) Nyatakan definisi organisasi. [2 markah]

2. Nyatakan fungsi pengurusan dibawah beserta huraian. [12 markah]






Fungsi
Pengurusan






3. Lengkapkan gambarajah dibawah mengikut peringkat pengurusan beserta dua (2)
contoh jawatan. [9 markah]













PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





4. Senaraikan empat (4) tanggungjawab setiap peringkat pengurusan menggunakan
jadual dibawah. [16 markah]


Peringkat Pengurusan



















5. Nyatakan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg.
[13 markah]


Peranan Pengurus

Teori Mintzberg


2) _________ 3) _________ 1) _________

 _________  _________  _________
 _________  _________  _________

 _________  _________  _________
 _________





6. Terangkan peranan pengurus sebagai Penjalin Hubungan Perorangan beserta contoh.
[6 markah]

Penjalin Hubungan
Perorangan







PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





7. Terangkan peranan pengurus sebagai Peranan Pemberi Maklumat beserta contoh.
[8 markah]


Pemberi
Maklumat



8. Terangkan peranan pengurus sebagai Pembuat keputusan beserta contoh.
[6 markah]
Pembuatan

Keputusan



9. Nyatakan beserta huraian kepentingan kemahiran dalam pengurusan. [4 markah]





Kepentingan
kemahiran
dalam

pengurusan





10. Huraikan kemahiran pengurusan yang ada dalam setiap organisasi beserta contoh.
[12 markah]


Kemahiran Pengurusan




















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





11. Lengkapkan gambarajah dibawah yang menghubungkaitkan kemahiran pengurusan
dengan peringkat pengurusan. [15 markah]

Peringkat
Pengurusan


Jenis Kemahiran















































PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





SOALAN : 2.2 PERANCANGAN



1. Nyatakan definisi Perancangan dalam sesebuah organisasi. [3 markah]



Perancangan



2. Huraikan perancangan strategik beserta contoh. [5 markah]



Perancangan


Strategik





3. Huraikan perancangan taktikal beserta contoh. [5 markah]



Perancangan

Taktikal




4. Huraikan perancangan operasi beserta contoh. [5 markah]



Perancangan

Operasi












PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





5. Lengkapkan jadual dibawah. [4 markah]


Alat-alat

perancangan




1) 2) 3) 4)



6. Lengkapkan jadual dibawah.

Perkara Huraian Contoh

1) Visi [2 markah] [1 markah]


2) Misi [2 markah] [1 markah]

3) Objektif [2 markah] [1 markah]

































PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





SOALAN : 2.3 PENGORGANISASIAN


1. Nyatakan elemen-elemen pengorganisasian. [7 markah]



a) b)

g)

Eleman
pengorganisasian c)

f)


d)
e)





2. Apakah yang dimaksudkan dengan pengkhususan kerja dalam sesebuah organisasi?
[3 markah]



Pengkhususan

kerja





3. Apakah yang dimaksudkan dengan penjabatanan dalam sesebuah organisasi?
[3 markah]


Penjabatanan















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





4. Lengkapkan gambarajah rantaian arahan dibawah dalam sesebuah organisasi.

[10 markah]



Autoriti Lini
Autoriti
Definisi :
Definisi :

Rantaian Arahan
Autoriti Staf
Definisi :
Kesatuan Definisi :
Arahan

Definisi :




5. Lengkapkan gambarajah jangkauan kawalan dibawah. [4 markah]


a)

Jangkauan Kawalan Gambarajah :




b)

Gambarajah :




6. Dengan menggunakan jadual dibawah, kenalpasti perbezaan antara pemusatan dan
pemencaran yang diamalkan dalam sesebuah organisasi. [6 markah]


Pemusatan Pemencaran















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





7. Apakah yang dimaksudkan dengan keformalan dalam sesebuah organisasi. [3 markah]



Keformalan



8. Senaraikan jenis-jenis struktur organisasi yang boleh digunakan dalam sesebuah
organisasi. [3 markah]


Jenis-jenis struktur

Organisasi



















9. Lukiskan gambarajah setiap jenis-jenis struktur yang dinyatakan dalam soalan 8.
[15 markah]



















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





SOALAN : 2.4 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI



1. Takrifkan maksud kepimpinan. [2 markah]



Kepimpinan




2. Nyatakan perbezaan antara pemimpin dan pengurus dari aspek berikut: [8 markah]


Aspek Pemimpin Pengurus

a) Interaksi


b) Kedudukan dalam
organisasi


c) Sikap dan motivasi

d) Skop pendekatan



3. Lengkapkan jadual perbandingan antara gaya kepimpinan autokratik, demokratik,
laissez faire dan Islamik. [8 markah]


Gaya Autokratik Demokratik Laissez faire Islamik
kepimpinan

Kepimpinan

Pembuatan
keputusan













PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





4. Lengkapkan piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow dibawah beserta huraian.
[10 markah]












5. Lengkapkan Teori Dua Faktor Herzberg dibawah. [11 markah]



Faktor Penjagaan/Dalaman Faktor Motivasi/Luaran
(Hygiene/intrinsic factors) (Motivation/extrinsic factors)


1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.
6.



6. Kenalpasti ciri-ciri pekerja yang terdapat dalam Teori XY McGregor. [10 markah]


Andaian pekerja teori X Andaian pekerja teori Y


1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.










PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





7. Nyatakan kaedah memotivasikan pekerja. [5 markah]







Kaedah
Memotivasikan
Pekerja









8. Huraikan bagaimana penetapan matlamat dapat memotivasikan pekerja. [4 markah]



9. Lengkapkan gambarajah rekabentuk kerja (job design) yang dapat memotivasikan
pekerja.

Huraian Gambarajah


Pusingan kerja (Job
Rotation) [3 markah] [2 markah]
Peluasan kerja
(Job Enlargement) [3 markah] [2 markah]
Pengayaan kerja [3 markah] [2 markah]
(Job Enrichment)


10. Jelaskan maksud pengupayaan (empowerment)? [5 markah]


Pengupayaan (empowerment)















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





11. Lengkapkan gambarajah ganjaran sebagai memotivasikan pekerja. [7 markah]



Ganjaran Definisi :
(Reward)



Bukan Kewangan :
Jenis
ganjaran:




Kewangan :








































PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





SOALAN : 2.5 PENGAWALAN



1. Takrifkan maksud kawalan. [2 markah]


Kawalan



2. Lengkapkan gambarajah dibawah. [4 markah]



1.
Kepentingan
kawalan
2.



3.

4.



3. Lengkapkan gambarajah proses kawalan dibawah. [5 markah]



1)



2)

Proses kawalan


3)




4)









PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





4. Terangkan setiap langkah-langkah dalam proses kawalan. [12 markah]



1) Menetapkan

piawaian




2) Mengukur
pencapaian



3) Membandingkan
pencapaian dengan
piawaian




4) Membuat

langkah
pembetulan




5. Lengkapkan gambarajah alat-alat kawalan dibawah. [4 markah]




Alat-alat
kawalan



1) 2) 3) 4)
















PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB





6. Terangkan alat-alat kawalan dibawah. [12 markah]



1) Belanjawan





2) Carta Gantt




3) Carta PERT




4) Analisis
Titik Pulang

Modal












































PP.KMS | AP015 2021/2022

3







PENGURUSAN SUMBER MANUSIA






SOALAN


1. (a) Berikan takrifan pengurusan Sumber Manusia. (2 markah)


(b) Pengurus sumber manusia mempunyai beberapa kepentingan utama. Nyatakan dan
huraikan tiga (3) kepentingan tersebut. (6 markah)


2. Nyatakan lapan (8) proses utama dalam pengurusan sumber manusia. (8 markah)



3. Berikan perbezaan antara spesifikasi kerja dan huraian kerja beserta contoh. (4 markah)



Aspek Spesifikasi kerja Penghuraian kerja
Dokumen Formal


Contoh Jawatan :




Maklumat





Contoh Jawatan :


Tujuan







PP.KMS | AP015 2021/2022

3





4. Huraikan dua (2) sumber yang boleh digunakan dalam pengrekrutan. (6 markah)


5. Jelaskan enam (6) kaedah yang lazim digunakan dalam melakukan pemilihan kakitangan.
(12 markah)

6. Huraikan empat (4) tujuan orientasi. (4 markah)


7. Program latihan dan pembangunan memberikan banyak faedah kepada individu dan organisasi.
Jelaskan dua (2) faedah kepada individu dan dua (2) faedah kepada organisasi.
(4 markah)


8. Jelaskan jenis latihan semasa kerja dan latihan di luar kerja yang kebiasaannya diamalkan oleh
sesebuah organisasi. (8 markah)


9. Huraikan maksud pembangunan beserta contoh. (3 markah)


10. Huraikan dua (2) kaedah penilaian prestasi sumber manusia dan nyatakan tujuan penilaian
prestasi dijalankan. (8 markah)


11. Jelaskan maksud ganjaran dan huraikan tiga (3) jenis bayaran yang termasuk dalam ganjaran
tersebut. (5 markah)


12. Jelaskan bentuk-bentuk faedah wang dan bukan wang sebagai satu dorongan untuk
mengekalkan pekerja untuk Syarikat Sony Sdn Bhd. (18 markah)


13. Jelaskan maksud keselamatan dan kesihatan pekerja dalam sesebuah organisasi beserta
contoh. (6 markah)






















PP.KMS | AP015 2021/2022

Bab 4







PENGURUSAN KEWANGAN








SOALAN



1. Nyatakan definisi pengurusan kewangan. [2 markah]


2. Nyatakan perkaitan antara pengurus kewangan dengan jabatan-jabatan berikut:


Jabatan
pemasaran


Jabatan

pengeluaran


Jabatan
perakaunan

Jabatan
pemasaran
Jabatan sumber
manusia

[8 markah]



3. Nyatakan objektif pengurusan kewangan dalam sesebuah organisasi. [3 markah]


Objektif pengurusan
kewangan












PP.KMS | AP015 2021/2022

Bab 4




4. Jelaskan pembuatan keputusan kewangan yang dilakukan oleh pengurus kewangan
syarikat? [6 markah]
Keputusan Pembiayaan Keputusan Pelaburan Keputusan Dividen










5. Lengkapkan gambarajah dibawah berdasarkan peranan pengurus kewangan dalam
sesebuah syarikat. [5 markah]




Peranan pengurus
1)
kewangan

2)


3)


4)



5)































PP.KMS | AP015 2021/2022

Bab 5









SISTEM KEWANGAN







SOALAN


1 .Berikan maksud sistem kewangan. [2 markah]


2. Jelaskan EMPAT jenis pasaran kewangan di Malaysia: [8 markah]


3. Jelaskan fungsi pasaran kewangan yang berikut : [3 markah]


i. Kecairan

ii. Mengintegrasikan Maklumat Pasaran

iii. Pertukaran Risiko



4. Jelaskan TIGA aspek perbezaan di antara Bank Negara dan Bank Perdagangan.
[6 markah]



5. Jelaskan TIGA jenis badan kawal selia di Malaysia. [6 markah]


6. Jelaskan EMPAT (4) sumber pembiayaan jangka pendek. [8 markah]


7. Jelaskan EMPAT (4) sumber pembiayaan jangka panjang. [8 markah]











PP.KMS | AP015 2021/2022

Bab 5





8. Anda mengusahakan perniagaan salun kecantikan yang terkenal di Malaysia dan anda
bercadang untuk membuka cawangan di sekitar Lembah Klang. Jelaskan TIGA kos
pembiayaan yang bakal anda tanggung apabila mendapatkan sumber bagi membiayai
pembukaan cawangan baru tersebut.
[6 markah]



9. Berikan maksud pengurusan kredit dalam perniagaan. [2 markah]


10. Jelaskan prinsip-prinsip 5C yang berikut: [10 markah]

i. Modal
ii. Keupayaan

iii. Perwatakan
iv. Keadaan

v. Cagaran













































PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6






ANALISIS PENYATA KEWANGAN








SOALAN


1. Pengurus Kewangan, Syarikat EnerResource Sdn Bhd meminta anda selaku Pegawai
Kewangan menjelaskan maksud berikut: [4 markah]

a) Persamaan perakaunan

b) Modal kerja


2. Nyatakan dan jelaskan LIMA pihak utama yang menggunakan penyata kewangan dan
berikan satu kepentingan analisis kewangan kepada kumpulan tersebut. [10 markah]


3. Senaraikan maklumat-maklumat yang boleh diperolehi dari Penyata Pendapatan dan Kunci
Kira-Kira di dalam jadual di bawah. [8 markah]

Penyata Pendapatan Kunci Kira-Kira
























PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





4. Syarikat Kayangan Venture Berhad
Penyata pendapatan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012


RM


Jualan 94 001
Kos barang dijual 46 623
Untung kasar 47 378
Belanja Jualan dan Pentadbiran 28 685
Belanja susut nilai dan pembangunan 5 752
Keuntungan operasi 12 941
Belanja faedah 48
Pendapatan faedah 427
Pendapatan sebelum faedah 13 320
Cukai pendapatan 4 700
Pendapatan bersih 8 620
Dividen saham terutama ---
Pendapatan tertahan 8 620
Pendapatan sesaham 0.76


Syarikat Kayangan Venture Berhad
Kunci Kira-Kira Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012

ASET RM
Tunai 5 534
Akaun belum terima 14 745
Inventori 10 733
Sekuriti boleh pasar 952
Belanja terdahulu 3 234
Kelengkapan dan peralatan 28 260
Tanah 1 010
Pelaburan jangka panjang 2 503
Jumlah aset 66 971

LIABILITI
Akaun belum bayar 3 253
Nota belum bayar ---
Belanja terakru 6 821
Bon belum bayar 2 389




PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





EKUITI PEMILIK
Saham biasa 8 549
Pendapatan tertahan 45 959
Jumlah liabiliti dan ekuiti 66 971


a. Hitung nisbah-nisbah keberuntungan berikut: [5 markah]

i. Margin untung kasar

ii. Margin keuntungan operasi

iii. Margin untung bersih

iv. Pulangan ke atas aset

v. Pulangan ke atas ekuiti


Beri komen anda untuk nisbah untung bersih dan pulangan ke atas aset jika purata
industri untuk nisbah ini ialah 5% dan 14%. [2 markah]

b. Hitung nisbah kecairan berikut: [2 markah]
i. Nisbah semasa

ii. Nisbah cepat

Jelaskan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang jangka pendeknya.
[1 markah]



c. Hitung nisbah hutang ke atas aset. Jelaskan sama ada pihak bank boleh
memberikan pinjaman tambahan kepada syarikat ini. [3 markah]











PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





d. Hitung nisbah aktiviti berikut; [3 markah]

i. Tempoh purata kutipan

ii. Pusing ganti inventori

iii. Pusingganti jumlah asset


5. Berdasarkan maklumat kewangan di bawah, hitungkan nilai perolehan sesaham bagi setiap
syarikat dan nyatakan syarikat yang akan dipilih oleh pelabur untuk membuat pelaburan
beserta alasan.

Item Syarikat Ceria Berhad Syarikat Bahagia Berhad

Modal diterbitkan RM40 000 000 (40 000 RM30 000 000 (30 000
000 unit saham pada harga 000 unit saham pada harga
par RM1 sesaham) par RM1 sesaham)


Jualan RM95 000 000 RM97 800 000

Untung sebelum cukai RM8 300 000 RM7 200 000

Untung selepas cukai RM6 060 000 RM5 256 000





6. Jelaskan istilah berikut:

i) Perbandingan Trend [2 markah]

ii) Perbandingan Industri [2 markah]




7. Syarikat Gamura Berhad telah menubuhkan sebuah cawangan baru untuk menjual sejenis
item barang siap pada 1 Januari 2011. Untuk membolehkan perniagaan di cawangan ini
beroperasi, wang sebanyak RM 15,000 telah dipindahkan ke cawangan tersebut sebagai
modal awalnya. Anda dikehendaki menyediakan satu belanjawan tunai bagi tempoh 3
bulan akan datang untuk memastikan keperluan wang di cawangan tersebut digunakan
secara optimum. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan cawangan tersebut:




PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB

6





i) Anggaran belian dan jualan

BULAN BELIAN JUALAN

JANUARI 20 000 UNIT 18 000 UNIT

FEBRUARI 25 000 UNIT 20 000 UNIT


MAC 28 000 UNIT 25 000 UNIT



ii) Syarat belian:

 Harga belian adalah RM 3.00 perunit
 70% belian setiap bulan dibuat secara tunai
 30% belian setiap bulan dibayar pada bulan yang berikutnya.


iii) Syarat jualan:

 Harga jualan adalah RM 5.00 perunit.
 60% jualan setiap bulan dibuat secara tunai.
 40% jualan setiap bualan diterima pada bulan yang berikutnya.

iv) Anggaran perbelanjaan:

 Gaji sebanyak RM 18 000 sebulan dibayar pada akhir bulan yang sama.
 Air & elektrik sebanyak RM 1 200 setiap bulan dibayar pada bulan yang berikutnya.
 Sewa sebanyak RM 6000 setahun hendaklah dibayar sekaligus pada bulan januari.
 Belanja am sebanyak RM 400 setiap bulan dibayar pada bulan yang berikutnya.
 Sebuah kenderaan berharga RM 10 000 dijangkakan akan dibeli secara tunai pada
bulan februari.



a) Sediakan belanjawan tunai bagi tempoh 3 bulan akan datang. [20 markah]


b) Nyatakan sama ada syarikat tersebut mengalami lebihan dan kurangan tunai pada
bulan-bulan berkenaan. [3 markah]


c) Berikan empat langkah yang sesuai perlu diambil oleh Syarikat Gamura Berhad jika ia
mengalami kurangan tunai. [4 markah]






PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 7









NILAI MASA WANG






SOALAN


1. Terangkan konsep-konsep berikut:

a. Perpetuiti.

b. Anuiti matang.

c. Pengkompaunan.

d. Nilai masa wang

e. Anuiti
[10 markah]


2. Jelaskan beserta SATU contoh yang sesuai perbezaan di antara anuiti dan perpetuiti.
[4 markah]

3. Terangkan DUA kepentingan nilai masa wang dalam bidang kewangan.
[4 markah]


4. Lakarkan garis masa dan selesaikan soalan berikut:

i. Anda menyimpan RM 200 hari ini di bank dengan kadar faedah 10%, berapakah
nilainya di akhir tahun ke – 5.
[4 markah]


ii. Anda menyimpan RM 200 hari ini di bank dengan kadar faedah 10%, berapakah
nilainya di awal tahun ke – 5.
[4 markah]

iii. Anda ingin membuat pembayaran sebanyak RM 100 di awal tahun ke – 5.
Berapakah yang anda perlu simpan hari ini di bank yang menawarkan kadar
pulangan 10%.
[4 markah]






PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 7





iv. Anda ingin membuat pembayaran sebanyak RM 100 di akhir setiap tahun bermula
daripada tahun pertama hingga tahun ke lima. Berapakah yang anda perlu simpan
hari ini di bank dengan kadar faedah 10% bagi tujuan tersebut.
[4 markah]

v. Arissa ingin menyimpan sebanyak RM 250 hari ini supaya pada hujung tahun ke
lapan nanti jumlah simpanannya menjadi RM 369.36. Berapakah kadar faedah yang
dibayar ke atas simpanannya?.
[4 markah]


5. Andaikan sekarang adalah 1 Januari 2017, Pada 1 Januari 2018 anda telah mendepositkan
RM1 000 ke dalam akaun simpanan yang memberikan 8% kadar faedah. Lakarkan garis
masa bagi membantu penyelesaian masalah berikut:

a. Jika bank mengkompaunkan kadar faedah secara tahunan, berapa ringgitkah yang
anda akan dapat pada Januari 1, 2021?
[3 markah]

b. Berapakah jumlah wang dalam simpanan anda pada Januari 1, 2021 sekiranya bank
memberikan kadar faedah secara suku tahunan.
[3 markah]

c. Sekiranya anda telah mendepositkan RM1,000 tadi dalam dalam 4 kali bayaran iaitu
RM250.00 setiap bayaran pada Januari 1, 2018, 2019, 2020 dan 2021, Berapa
ringgitkah yang akan ada dalam akaun pada Januari 1, 2017 berdasarkan
pengkompaunan tahunan sebanyak 8 %.
[3 markah]


6.
a. Serina melabur RM850 setiap tahun selama 8 tahun dengan kadar faedah tahunan
sebanyak 6 %. Kirakan jumlah yang terkumpul yang diperolehi Serina dari
pelaburan tersebut.
[3 markah]


b. Syarikat Radix Berhad menerbitkan saham keutamaan yang akan membayar
dividen tahunan sebanyak RM250 selama-lamanya. Jika kadar pulangan yang
dikehendaki oleh pelabur ialah 12%, tentukan harga yang akan dibayar untuk
membeli saham tersebut pada hari ini.
[3 markah]


c. Qaseh Ramadhan menerima biasiswa sebanyak RM500 setiap awal tahun mulai 1
Januari 2005. Walau bagaimanapun pada tahun 2011, beliau mendapat pembayaran
biasiswa itu pada hujung tahun. Sekiranya kadar diskaun ialah 8%, berapakah
amaun nilai kini bagi kesemua wang yang diperolehinya.

[4 markah]





PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 7





7. Syarikat Fire Liner Sdn. Bhd. telah meminjam RM10 000 daripada Bank Islamik Berhad
untuk tempoh selama 4 tahun. Pihak bank akan menetapkan agar bayaran balik dibuat
secara ansuran tahunan dengan dikenakan kadar faedah sebanyak 8 % setahun. Berdasarkan
maklumat di atas,


a. Kira bayaran ansuran setiap tahun.
[3 markah]
b. Sediakan jadual pelunasan pinjaman di atas.
[7 markah]

8.
a. Cik Aleesa teleh meminjam wang sebanyak RM10 000 dari kawannya dan
berjanji akan membayar balik sebanyak RM11 037.53 pada akhir tahun ke lima.
Berapakah kadar faedah yang dikenakan?
[2 markah]


b. Puan Marissa telah mendepositkan sejumlah RM1 500 ke dalam akaun simpanan
tetap di Affin Bank Berhad pada 1 Januari 2012. Pihak Bank menawarkan kadar
faedah tahunan sebanyak 8% ke atas simpanannya sekiranya beliau memilih untuk
menyimpan selama 4 tahun. Berapakah jumlah wang Puan Marissa pada
penghujung tahun 2015.
[2 markah]


c. Encik Malique menjalankan perniagaan membaiki motosikal di sebuah kampung.
Hasil daripada pelaburan beliau di dalam perniagaan tersebut, beliau menjangka
akan memperolehi pendapatan bulanan pada setiap penghujung bulan sebagaimana
yang ditunjukkan dalam jadual berikut. Sekiranya kadar diskaun ditetapkan pada
kadar 6%, berapakah jumlah pendapatan yang diperolehi sekiranya dia ingin
memperolehinya pada masa sekarang. Sertakan garis masa .
[6 markah]




9. Syarikat Gemilang Sdn Bhd sedang mempertimbangkan cadangan untuk melaburkan
sejumlah wang sebanyak RM15 000 ke dalam akaun pelaburan di sebuah bank tempatan
untuk tempoh 5 tahun. Pihak bank menawarkan tiga bentuk pembayaran kadar faedah
kepada pihak syarikat seperti berikut:

a. Bayaran faedah 8% sekali setahun.

b. Bayaran faedah 8 % setahun dengan dua kali bayaran.

c. Bayaran faedah 8 % setahun dengan empat kali bayaran.






PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 7





d. Kenalpasti bentuk pembayaran faedah yang manakah paling menguntungkan
Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
[10 markah]

10. Syarikat Makanan Sejuk Beku Halalan Toyiiba Sdn Bhd telah meminjam RM45 000 pada
1 Januari 2010 dan menyimpan dalam akaun simpanan tetap yang membayar faedah
sebanyak tujuh peratus setahun selama 4 tahun.

i) Lakarkan garis masa [2 markah]

ii) Hitung nilai masa hadapan (FV) [3 markah]


11. Iman Amani menyimpan RM1 500 setiap 6 bulan selama 4 tahun dalam akaun pelaburan
yang memberikan pulangan sebanyak 12% setahun dikompounkan setiap semi tahunan.
Hitungkan jumlah simpanan yang terkumpul pada penghujung tempoh pelaburan beliau.
[3 markah]


12. Rayyan Ezkandar memerlukan sebanyak RM 10 000 untuk menyara pengajian adiknya di
univeristi 3 tahun akan datang. Sekiranya wang tersebut disimpan di dalam Bank Islam
yang memberikan kadar pulangan sebanyak 5%, berapakah jumlah yang perlu disimpan
oleh beliau untuk membiayai pengajian adiknya itu.
[3 markah]


13. Daniel menerima satu aliran tunai setiap tahun selam 5 tahun seperti berikut; Tahun
pertama RM1 000, Tahun ke-2 RM500, Tahun ke-3 RM2 000, Tahun ke-4 RM3 000 dan
Tahun ke-5 RM1 000. Berapakah jumlah wang beliau pada akhir tahun ke-5 jika kadar
pulangan ialah 5%.
[6 markah]



14. Berapa tahunkah yang diperlukan bagi pelaburan permulaan RM300 menjadi RM774
dengan kadar faedah 9% dikompaun secara tahunan.
[3 markah]



15. Pada kadar apakah RM100 dikompaunkan secara tahunan untuk menjadi RM179.10 dalam
tempoh 10 tahun.
[3 markah]










PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 7





16. Cik Qasih Maisarah bercadang untuk membeli sebuah kereta dengan bayaran mukanya
RM40 000 dalam masa lima tahun akan datang. Dengan bantuan garis masa, hitung jumlah
wang yang patut disimpan sekarang. Andaikan kadar pulangan untuk simpanan tersebut
ialah 8% setahun, dikompaunkan setiap setengah tahun.
[4 markah]










































































PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 8






BELANJAWAN MODAL







SOALAN



1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan modal beserta DUA (2) contoh
yang bersesuaian? [4 markah]


2. Jelaskan maksud bagi: [10 markah]

i. Projek Saling Menyingkir


ii. Projek Bebas

iii. Tempoh Bayar Balik

iv. Nilai Kini Bersih


v. Indeks Keberuntungan




3. Bincangkan perbezaan di antara jenis-jenis projek modal iaitu projek baru dan projek
pengembangan dari aspek berikut: [4 markah]

a) Pengalaman dalam menguruskan projek

b) Risiko projek


4. Jelaskan satu perbezaan yang amat ketara di antara kaedah tempoh bayar balik dan kaedah
tempoh bayar balik terdiskaun. [2 markah]










PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 8






5. Anda ditugaskan sebagai penganalisa kewangan untuk Syarikat Pembinaan Megah
Gemilang Sdn Bhd. Anda dikehendaki menganalisa dua projek pelaburan iaitu projek A
dan projek B. Setiap projek melibatkan kos sebanyak RM10 000 dan kos modal setiap
modal adalah 12%. Aliran tunai yang dijangkakan dari projek tersebut adalah seperti
berikut: [20 markah]

i. Kirakan tempoh bayar balik

ii. Kirakan tempoh bayar balik terdiskaun

iii. Projek yang manakah patut dipilih berdasarkan indeks keberuntungan jika
kedua-duanya adalah projek saling menyingkiri.


6. Kos projek A bernilai RM10 000 dan dijangka menghasilkan pulangan RM 3 000 setahun
selama 5 tahun. Projek B dengan kos RM25 000 dijangka menghasilkan pulangan RM7
400 setahun selama 5 tahun. Andaikan kos modal 12% setahun. [8 markah]

i. Kirakan Nilai Kini Bersih untuk kedua-dua projek


ii. Kirakan Indeks Keberuntungan untuk kedua-dua projek.























PP.KMS | AP015 2021/2022

BAB 8






7. Butik Zxera menerima tempahan membuat pelbagai jenis pakaian. Bagi memenuhi
permintaan pelanggan yang begitu menggalakkan, pemilik butik ini bercadang untuk
membeli mesin jahit baru yang lebih produktif. Terdapat dua jenis mesin jahit yang hendak
dipertimbangkan di mana kedua-duanya mempunyai anggaran jangka hayat selama lima
tahun dan tiada nilai sisaan. Pelaburan awal mesin A ialah RM 13 261 dan mesin B ialah
RM 10 500.

Tahun Mesin A Mesin B

1 5 000 3 000

2 4 500 3 000


3 3 900 3 000

4 3 300 3 000

5 2 700 3 000




Pemilik butik ini telah menetapkan kadar pulangan minimum sebanyak 12%. Anda
dikehendaki mengira untuk kedua-dua mesin: [20 markah]



i. Tempoh bayar balik terdiskaun

ii. Nilai Kini Bersih

iii. Indeks Keberuntungan.

iv. Berdasarkan kaedah nilai kini bersih, mesin manakah patut dipilih oleh pemilik
Butik Zxera sekiranya projek bebas? Berikan alasan anda.






~SOALAN TAMAT~







PP.KMS | AP015 2021/2022

AP015 2021/2022














*




















































PP.KMS | AP015 2021/2022


Click to View FlipBook Version