The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyarushda, 2022-01-08 03:24:19

Kerja Khusus GEO (Aliya Wafa binti Mohd Zubir))

Kerja Khusus GEO

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

 
 
KAJIAN TENTANG GUNA TANAH PETEMPATAN DI TAMAN MEWAH JAYA, MUKIM
PENGKALAN KUNDOR, ALOR SETAR, KEDAH

NAMA : NUR ALIYA WAFA BINTI MOHD ZUBIR
NO IC : 060126-02-0520
TINGKATAN : 3 SAKINAH

NAMA GURU : PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR: 8 JANUARI 2022

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka
Surat
1. Tajuk Kajian
2. Senarai kandungan 1
3. Penghargaan 2
4. Pendahuluan 3
5. Objektif kajian 4
6. Kawasan kajian 5
7. Kaedah kajian 6
8. Dapatan kajian 7
  § Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan kajian  8
 8

  § Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian   9,10

  § Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan satu faktor yang   11,12
mempengaruhi guna tanah berkenaan

  § Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.   13,14

  § Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.   15,16

9. Rumusan   17
10. Lampiran  18,19,20
11. Rujukan   21

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton binti Ismail selaku pengetua Maktab
Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan
dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Arhamni binti Robian atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya
dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Mohd Zubir bin Mat
Isa dan Rina binti Muhammad Noor yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan
kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan
maklumat-maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya kerana telah
memberi saya banyak pendapat dan idea.

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan
salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah (petempatan) di Taman Mewah Jaya, Mukim Pengkalan
Kundor Alor Setar, Kedah.

Tujuan saya memilih kawasan ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya.
Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini dengan bantuan orang yang
dikenali.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat
dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.

Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
daripada jiran tetangga, ibu dan bapa serta melayari internet.

Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat
menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan
saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta
melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan
kajian.
(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di
kawasan kajian.
(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah tersebut.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dipilih ialah Taman Mewah Jaya, Mukim Pengkalan Kundor,
Alor Setar, Kedah. Kawasan ini dipilih kerana ia merupakan tempat tinggal saya
sewaktu saya masih kecil.

Taman Mewah Jaya terletak di dalam daerah Kota Setar. Daerah Kota Setar
mempunyai 34 buah mukim dan salah satunya ialah mukim Pengkalan Kundor di
mana terletaknya Taman Mewah Jaya.

Secara keseluruhannya, guna tanah di Mukim Pengkalan Kundor cenderung kepada
kegiatan ekonomi perindustrian, petempatan, perniagaan dan lain-lain.

Antara kawasan petempatan yang saya kaji ialah Taman Mewah Jaya, Mukim
Pengkalan Kundor, Kedah.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk melengkapkan kerja
khusus ini. Antaranya ialah kaedah pemerhatian di kawasan kajian
iaitu Taman Mewah Jaya.

Seterusnya, saya menggunakan kaedah bimbingan guru, Melalui
kaedah ini saya dapat menyiapkan kajian saya dengan lebih mudah
berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan dan dicadangkan
oleh guru saya kepaada saya dan rakan-rakan yang lain.

Akhir sekali, saya menggunakan kaedah merujuk bahan sumber iaitu
sumber internet daripada satu laman sesawang. Dengan merujuk
laman sesawang, saya dapat mengetahui lebih banyak maklumat
dan pengetahuan baru.

DAPATAN KAJIAN

1. Latar Belakang Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya iaitu di Taman Mewah Jaya adalah lebih kepada
kawasan kediaman. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan petempatan.
Banyak perumahan dibina di kawasan ini. Secara keseluruhannya, guna
tanah di kawasan ini ialah lebih kepada petempatan.

Kawasan ini merupakan taman perumahan yang sesuai dijadikan
petempatan kerana keadaanya tanah pamah. Selain itu, terdapat banyak
premis perniagaan yang dibuka di sekitar taman ini. Ia amat memudahkan
penduduk setempat. Di sekitar taman ini juga mempunyai kemudahan awam
seperti masjid, sekolah dan perhentian bas.

2. Peta Lakar

3. Tafsiran Peta Lakar

Peta lakar ini menunjukkan kawasan di Taman Mewah Jaya dan
persekitarannya yang berada di kawasan tanah pamah. Terdapat juga
taman perumahan lain di sekitar kawasan Taman Mewah Jaya antaranya
ialah Taman Titiwangsa dan Taman Gunung Pulai.

Di kawasan Taman Mewah Jaya terdapat beberapa blok perniagaan atau
rumah kedai yang terletak secara berderet. Di sekitar kawasan ini juga
terdapat masjid dan surau yang disediakan. Seterusnya, kemudahan sekolah
juga terdapat di kawasan tersebut seperti Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan
Mohd Saman. Secara keseluruhannya, tanah pamah di kawasan ini banyak
digunakan untuk petempatan.

4. Mengenal Pasti Guna Tanah Utama Di Kawasan Kajian Dan Menghuraikan Faktor
Yang Mempengaruhi Guna Tanah

a) Infrastruktur

Kemudahan yang ada di kawasan ini mempengaruhi pembangunan guna tanah
petempatan. Contohnya seperti jalan raya, surau, kedai runcit, sekolah dan lain-
lain. Bekalan elektrik dan bekalan air yang disediakan juga merupakan factor
guna tanah petempatan. Termasuk dengan kemudahan asas lain-lain.

b) Keselamatan

Faktor keselamatan merupakan perkara yang amat penting dan perlu diambil
berat oleh penduduk. Kawasan taman ini merupakan kawasan kejiranan yang
tersusun dan jarak dia antara rumah tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat.

c) Estetika

Kawasan Taman Mewah Jaya merupakan kawasan tanah pamah yang
mempunyai keindahan semula jadi seperti flora dan fauna. Persekitaran taman
ini tidaklah terlalu tercemar.

5. Kesan-Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar

a) Kepupusan biologi

Berlaku apabila semak samun di kawasan Taman Mewah Jaya di buang untuk di
tambun dengan tanah yang baru bagi membangunkan rumah-rumah kedai,
pasaraya besar dan perumahan yang baru.

b) Pencemaran bunyi.

Kejadian ini berlaku apabila ramai penduduk menggunakan kenderaan dan
pencemaran bunyi berlaku disebabkan pengeluaran bunyi dari kenderaan. Ia
juga berlaku akibat aktiviti pembangunan yang dijalankan disekitar kawasan.

c) Peningkatan suhu persekitaran

Peningkatan suhu berlaku disebabkan pelepasan asap seperti gas karbon
monoksida oleh kenderaan dan aktiviti pembangunan. Persekitaran yang
semakin kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap gas karbon dioksida.

6. Cadangan Dan Pendapat Terhadap Usaha-Usaha Untuk
Mengatasi Kesan Guna Tanah

a) Kepupusan biologi

Kita haruslah tingkatkan kesedaran kepupusan biologi kanak-kanak terhadap
hidupan liar seperti mendapat pendidikan yang membabitkan hidupan liar
kepada pelajar pada usia 10 tahun dalam sukatan pelajaran.

b) Pencemaran bunyi.

Terdapat pelbagai langkah untuk mengurangkan pencemaran bunyi antaranya
ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar
tekstur permukaan jalan raya dan menggunakan kawalan trafik agar tidak
mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.

c) Peningkatan suhu persekitaran

Cadangan saya untuk mengatasi kesan guna ini ialah penambahan tumbuhan
hijau di sekitar kawasan perumahan untuk meningkatkan gas oksigen dan
mengurangkan gas karbon dioksida di udara, lalu menurunkan suhu persekitaran.

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya dapat merumuskan bahawa
terdapat beberapa kebaikkan dan juga keburukan kesan guna tanah di kawasan
kajian saya.

Antara kebaikan daripada kesan guna tanah yang saya dapati ialah kemudahan
yang ada di kawasan ini ialah seperti kedai runcit, surau, jalan raya, perhentian
bas, sekolah dan lain-lain. Seterusnya, keselamatan kawasan sekeliling yang
terjaga.

Namun terdapat juga keburukan daripada hasil guna tanah di kawasan kajian
saya ini. Antaranya ialah berlakunya pencemaran bunyi akibat dari aktiviti
pembangunan di sekitar kawasan.

Selain itu, perluasan kawasan perumahan dan juga aktiviti-aktiviti
pembangunan yang lain juga menyebabkan berlakunya pokok-pokok terpaksa
ditebang.

LAMPIRAN





RUJUKAN

1. http://bmpk12.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-
pencemaran-bunyi.html?m=1

2. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/692085/tingkat-
kesedaran-kanak-kanak-lindungi-hidupan-liar

3. https://www.land.plus/alor-setar/taman-mewah-jaya/photos


Click to View FlipBook Version