The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu dalam aspek Ekonomi dan Pentadbiran Kerajaan.<br>Tutorial BMMB 1074 M11-M12 - Skrip (Kumpulan 2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebbyelniraf, 2023-10-16 00:28:25

(Skrip - Kumpulan 2) Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu dalam aspek Ekonomi dan Pentadbiran Kerajaan

Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu dalam aspek Ekonomi dan Pentadbiran Kerajaan.<br>Tutorial BMMB 1074 M11-M12 - Skrip (Kumpulan 2)

Skrip Tutorial M11-M12 – Cabaran & Masa Depan Bahasa Melayu dalam Ekonomi & Pentadbiran Kerajaan. Ahli kumpulan : 1. Ebby Elnira Foolliyun 2. Farzana Binti Sudin 3. Glenn Aldem Valentine 4. Izzatul Alyia Binti Sahban 5. Jimson Ginus


Ebby : Selamat pagi kepada Puan Arbiah selaku pensyarah kepada subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, para panel-panel yang dikasihi dan semua hadirin yang hadir pada hari ini. Saya, Ebby Elnira Foolliyun daripada opsyen PPISMP BM SK1 selaku moderator pada temu bual kita pada hari ini bertajuk Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu dalam aspek Ekonomi dan Pentadbiran. Sebelum kita memulakan sesi temu bual kita pada hari yang indah ini, apa kata kita berkenalan dahulu dengan keempat-empat panel kita. Ebby : Panel yang pertama iaitu Farzana Binti Sudin. Dia merupakan seorang pelajar PPISMP BM SK 1 dan sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Panel yang kedua iaitu Glenn Aldem Valentine, juga merupakan seorang pelajar PPISMP BM SK 1 dan juga sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Panel yang ketiga iaitu Izzatul Alyia Binti Sabhan, seorang pelajar PPISMP BM SK 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan panel terakhir iaitu Jimson Ginus, seorang pelajar PPISMP BM SK 1 dan sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Ebby : Oleh itu, izinkan saya memberikan mukadimah berkenaan dengan topik yang akan dibincangkan sebelum meneruskan kepada sesi temu bual. Setiap perkara tentulah mempunyai cabarannya tersendiri. Begitu juga dengan Bahasa Melayu yang kita guna pakai setiap hari. Oleh itu, ini soalan pertama saya kepada panel 1/pertama. Apakah pandangan cik terhadap cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi? Farzana : Terima kasih keatas soalan yang diberikan oleh saudari moderator kita pada hari ini. Saya akan menerangkan, serba sedikit tentang topik kita pada hari ini iaitu cabaran dan masa depan bagi Bahasa Melayu dalam aspek Ekonomi. Untuk pengetahuan rakan sekalian, penggunaan Bahasa Melayu hanya digunakan dalam ekonomi pada peringkat yang kecil sahaja iaitu peringkat tempatan. Hal ini demikian kerana majoriti individu beranggapan bahawa Bahasa Melayu ini tidak mempunyai nilai dalam ekonomi dan komersil serta sukar digunakan dalam perdagangan. Tambahan pula, urusan kewangan yang dilakukan dalam peringkat antarabangsa hanya mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris. Oleh itu, cabaran yang dialami oleh kita dalam urusan perniagaan ialah penggunaan Bahasa Inggeris ini sering dijadikan sebagai bahasa utama untuk dokumen perniagaan syarikat swasta manakala Bahasa Melayu hanya dijadikan sebagai bahasa yang kedua sahaja. Contohnya, Bahasa Inggeris 100% mendominasi industri perhotelan, syarikat jualan kereta, barangan elektrik dan komputer. Selain daripada bidang perniagaan, Bahasa Melayu juga turut menghadapi cabaran dalam bidang kerjaya. Konteksnya disini ialah graduan Bahasa Melayu hanya boleh memilih pekerjaan yang selaras dengan bidang bahasa mereka. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyerlahkan bakat masing-masing tidak kira dalam perbagai bidang yang lain. Oleh itu, mereka lebih digalakkan untuk mengambil bidang perguruan ataupun pendidikan. Hal ini bagi membantu mereka untuk menceburi bidang penulisan kreatif, penterjemahan dan pengacaraan. Itu sahaja daripada saya, terima kasih. Ebby : Terima kasih Cik Farzana. Jawapan yang sungguh bernas idea da nisi-isi penting dikemukan oleh cik Farzana sebentar tadi.


Ebby : Beralih kepada soalan kedua yang ditujukan khas kepada panel 2. Jika tadi cik Farzana sudah kemukakan cabaran dan masa depan yang dihadapi oleh Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi, apakah pandangan panel 2 pula terhadap cara mengatasi cabaran dan masa depan yang dihadapi oleh Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi? Glenn : Terima kasih saudari moderator. Pada pendapat saya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi. Antara cara yang boleh dilakukan seperti meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam perniagaan. Ini dapat memberi sokongan kepada peniaga dan industri untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam komunikasi rasmi dan pemasaran. Selain itu, menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam pembuatan inovasi dan teknologi juga boleh dilakukan. Dengan cara ini, walaupun teknologi semakin berkembang, bahasa Melayu akan tetap digunapakai kerana inovasi yang telah dilakukan tersebut. Maka dengan itu, ia mampu mengelakkan bahasa Melayu daripada dilupakan oleh generasi akan datang. Akhir sekali, membuat industri kreatif seperti filem dan muzik dengan menggunakan bahasa Melayu juga salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Cara ini bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi negara kita tetapi juga dapat menarik minat masyarakat untuk belajar lebih lanjut tentang bahasa Melayu. Melalui semua cara yang dijalankan ini, saya percaya bahawa bahasa Melayu tidak akan mati dimakan zaman. Saya rasa itu sahaja daripada saya, terima kasih. Ebby : Terima kasih Encik Glenn atas jawapan yang sangat rasional diberikan sebentar tadi. Saya berharap agar cadangan yang dikemukakan tadi dapat dijalankan oleh pihak tertentu bagi memelihara bahasa kebangsaan kita ini. Ebby : Jika tadi kita sudah berbincang mengenai cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi, bagaimana pula dengan cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek pentadbiran kerajaan. Mari kita dengar pendapat panel ketiga kita mengenai cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek pentadbiran kerajaan. Silakan panel ketiga. Izzatul : Terima kasih saudari moderator. Bagi saya, antara cabaran bahasa melayu dalam aspek pentadbiran kerajaan adalah kekurangan perkataan dan istilah dalam bahasa Melayu terutamanya dalam bidang agama, sains dan teknologi. Hal ini menyebabkan berlakunya banyak peminjaman kata daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Seterusnya, cabaran melalui isu politik. Sikap para pemimpin yang banyak menggunakan bahasa kesat tanpa berlapik serta pencampuran bahasa Inggeris ketika persidang Parlimen menyebabkan nilai bahasa Melayu menjadi semakin rendah. Menjawab kepada soalan kedua berkaitan masa depan bahasa Melayu pula seperti yang telah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, semua urusan dalam bidang pentadbiran perlulah mengutamakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana sistem pentadbiranlah yang akan memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa melayu agar dapat berkembang dengan lebih luas lagi pada masa yang akan datang terutamanya diperingkat antarabangsa. Sekian dari saya, saya kembalikan kepada saudari moderator. Terima kasih.


Ebby : Terima kasih Cik Izzatul. Sungguh bijaksana buah fikiran yang disampaikan oleh Cik Izzatul tadi. Ebby : Beralih kepada cara mengatasi cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek pentadbiran kerajaan, bolehkah saudara panel keempat memberikan pendapat atau cara mengatasi perkara sedemikian? Silakan panel keempat. Jimson : Terima kasih saudari moderator. Pada pendapat saya, cara mengatasi cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek pentadbiran kerajaan ialah pemerkasaan penggunaan Bahasa Melayu. Ini kerana kita perlu memastikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan. Selain itu, menjalankan latihan dan pembangunan staf, iaitu menyediakan latihan dan pembangunan yang cukup bagi staf kerajaan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu mereka. Seterusnya, penggunaan teknologi iaitu menerapkan teknologi seperti terjemahan automatik atau perisian bantu bahasa bagi membantu mereka yang mungkin mempunyai kesukaran berbahasa Melayu. Tambahan, mengadakan program peningkatan bahasa seperti mengadakan program dan kursus latihan berkala untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu kakitangan kerajaan. Bukan itu sahaja, mengamalkan Bahasa Melayu dalam komunikasi rasmi, iaitu memastikan semua komunikasi rasmi termasuk memorandum, surat rasmi dan laporan ditulis dalam Bahasa Melayu. Akhir sekali daripada saya, mengadakan kajian dan pemantauan berterusan dengan mengadakan kajian untuk menilai keberkesanan langkah-langkah yang diambil dan membuat penyesuaian mengikut keperluan semasa. Saya rasa itu sahaja daripada saya, saya serahkan semula kepada saudari moderator. Ebby : Terima kasih Encik Jimson. Saya amat kagum dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Ebby : Dengan itu, saya sebagai moderator bagi temu ramah pada hari ini dapat menyimpulkan bahawa cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi ialah kurangnya atau Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kedua dalam urusan perniagaan dan cara mengatasi cabaran tersebut adalah dengan cara meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam perniagaan, iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi rasmi dalam pemasaran. Bagi cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dalam aspek pentadbiran kerajaan pula ialah penekanan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran kerajaan dan cara mengatasinya ialah memastikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam urusan rasmi pentadbiran seperti memorandum, surat rasmi dan laporan perlulah ditulis dalam Bahasa Melayu. Ebby : Dengan itu, berakhirlah sudah sesi temu ramah kita pada hari ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keempat-empat panel kita yang arif lagi bijaksana kerana telah memberikan jawapan yang sangat bernas. Diharapkan agar kita semua dapat bekerjasama dalam memelihara bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.


RUJUKAN Ismail, A. S. (2020). Cabaran & Masa depan Bahasa melayu. anyflip. https://online.anyflip.com/zhveb/llfa/mobile/ Johari, L. W. (2015, March 24). Cabaran Bahasa Melayu. slideshare. https://www.slideshare.net/lailawati/cabaran-46222440 Mohamed Makhbul, Z. K. (2022, June 1). Kelestarian Bahasa melayu Dalam Ekonomi, perniagaan - berita harian. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/961743/kelestarian-bahasa-melayudalam-ekonomi-perniagaan SKBP, U. (2016, August 14). Masa Depan Dan Cabaran Bahasa Melayu. Academia.edu. https://www.academia.edu/27775170/MASA_DEPAN_DAN_CABARAN_BAHASA_MELA YU


Click to View FlipBook Version