The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unclepaan14, 2022-05-31 11:32:08

EFOLIO 13 MEI

EFOLIO 13 MEI

TRAGEDI 13 MEI 1969

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD IRFAAN HAZIM BIN ISMAIL (F2006)
AHMAD FAQIH HAKIM BIN ZULKIFLI (F2013)
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada
kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Azizah Binti
Che Musa, selaku pensyarah kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan
yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
kami Puan Azizah Binti Che Musa atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.

Selain itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
terima kasih kepada rakan kumpulan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.

ABSTRAK

Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu lakaran sejarah, konflik
perkauman dan pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina yang
memporak-perandakan tanah air lalu meragut banyak nyawa
sehinggakan darurat terpaksa diisytiharkan. Peristiwa 13 Mei
1969 dipilih kerana inilah sejarah hitam dalam hubungan kaum di
Malaysia yang pertama kali berlaku setelah 12 tahun Malaysia
beroleh kemerdekaan. Objektif penulisan akan mengkaji paparan
isu-isu yang bercorak politik, perkauman dan budaya pemikiran
yang berbeza dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan
Melayu. Rakyat Malaysia seharusnya belajar dan mengambil
teladan daripada isu-isu antara kaum kerana sekiranya isu-isu ini
tidak ditangani dengan baik, masa depan antara kaum di
Malaysia akan sentiasa tegang. Oleh itu keperluan kepada
generasi muda untuk memahami bahawa bukan mudah untuk
menyatukan tiga kaum yang berbeza dari segala segi dan dari
sejarah kita boleh belajar memahami hubungan kaum ini.

Kata Kunci: Tragedi 13 Mei 1969, Perkauman, Kaum Melayu,
Kaum Buka

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum
yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10
Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.

Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai
oleh UMNO, MCA dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di
parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang
dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi
pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25
buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang
dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan
berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat
segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal
pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif
berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina
berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari
Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui
jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan
melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru.

Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969
sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf
pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar
Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa
perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan
pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan
Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk
berarak meraikan kemenangan parti tersebut yang menyaksikan
keputusan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
sehingga Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke
Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru yang diduduki
oleh lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di
sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’
Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu atau ’menyingkir’ orang
Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai
maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dari atas
lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.

Perarakan Kematian Seorang Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya
turut berlaku. Di JKepong, kematian seorang Cina akibat sakit
tua diarak sepanjang jalan dgn kebenaran polis. Namun
perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan
pilihan raya dengan menghina orang Melayu. Pada hari Selasa
13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besardi kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Tetapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari
orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut
menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang
Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan
Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda Melayu yang
mempertahankan Kampung Baru mengamuk kerana
merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan
askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah
rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan
Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar
Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai emas Cina
dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar
tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan
dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman
televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi
lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang sahih mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung
Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa
iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh
penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Kesan
daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu
masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih
penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam
keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah 2 orang Askar
Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Namun rusuhan

kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganudan Pahang. Di Perak,
Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi
apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka.

ANGKA KORBAN

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan
9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah
menganggar ramai lagi yang dibunuh. Sebuah thesis PhD
daripada Universiti California, menganggar seramai 2000 orang
hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei 1969.

PUNCA KONFLIK

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah
dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang
pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Hasil daripada kajian, kejadian ini berlaku disebabkan oleh dasar
“pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang
mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris
yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya,orang-orang Cina yang tinggal di bandar menjalani
aktiviti perniagaan dan juga menguasai kawasan-kawasan

lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya yang
memiliki aset tertinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar hanya
menjadi petani atau nelayan kecil. Kaum India pula
kebanyakannya menjadi buruh kasar kerajaan dan bekerja di
ladang sebagai penoreh dan tinggal di estet. Pada hakikatnya
kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak
sara diri. Hal ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi
yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi
mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan bagi mengelakkan
perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan
mengancam kedudukan British. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang
berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok
masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas
di pejabat dan pasar sahaja.Hal ini menimbulkan prasangka
buruk antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969. Suasana seperti ini menyebabkan
hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi
terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik
baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan
kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan
sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan
suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar
akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan
sosial-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Kerajaan yang sedar
akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku
antara kaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan daripada
rentetatan itu lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan
keadaan.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka
terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri dan mengambil silibus
pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman
bahasa, identiti dan fahaman . Sekolah Melayu menekankan
kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan
India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka,
malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah
dibawa dari Negara China dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia
ada wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh
orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.Hal ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang
memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia.
Walaupun selepas kemerdekaan,kerajaan cuba memperkenalkan
dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun
proses perpaduan ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957
telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana
mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa
Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung
(KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya
.Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada
awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh
termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr.

Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga dua
orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato`
Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan
perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.
Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat
reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila
mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk
menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969
sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa
sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka
maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka
dalam pilihan raya nanti.Oleh itu,kerajaan telah menyelesaikan
tuntutan itu dengan memberi kebenaran kepada MCA
menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu
keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada
sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya
kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga
keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP
Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah
ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya.Namun
apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat
pengisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan
MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai
Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang
UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan

kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan perasaan orang-orang Melayu. Sedangkan segala-
galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam
pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan
Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan
Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan
cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " dengan tujuan supaya
hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . Perlu
ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah
sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang
memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera
lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia
pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima
persamaan hak tetapi perkara ini perlu diselesaikan secara
berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah
untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan
bumiputera lain yang telah ketinggalan jauh di belakang.
Keputusan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkan
kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini
sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba
ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah
mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh
dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara
Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah
terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara
Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-
negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir
gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya
yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu
telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu.
Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan
dapat menewaskan orang-orang Melayu.Lantaran itu mereka
berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang
menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu

amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan
oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang
tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah
dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung
Baru iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang
Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu
penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu
mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan
Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu
sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri
bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-
orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada
lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar
dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969,
UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan
berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun
Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka
sebenarnya belum kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja
namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan
seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang
Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang
oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas
daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan
menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu
yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas,
maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai
peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber
sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa
13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum
itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa
simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap
perjuangan komunis.

Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang
Melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada
keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun disebaliknya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
Kononnya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang
mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini
adalah sebagai alat semata-mata untuk mereka berlindung
disebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai
terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan
bahayanya pengaruh majoriti Cina dari Singapura ini, Tunku telah
mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari
Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak
mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-
orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah
ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil alih fungsi PAP sebelum
ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan
perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan
menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba
dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan
kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak
mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan
itu.

Masalah Ekonomi

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan
berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.
Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang
Cina manakala orang Cina dan India mencemburui kelebihan
orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam
sektor pentadbiran.

TIGA KESAN TERHADAP PERPADUAN KAUM:

1. Hubungan antara kaum Melayu dan kaum Cina menjadi tegang
dan berlaku rusuhan yang mengakibatkan kemusnahan harta
benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

2. Sentimen yang digunakan oleh parti politik sebagai taktik
mendapatkan undi untuk memenangi telah menghasut fikiran
rakyat untuk berpecah belah.

3. Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti
politik mula menyedari kepentingan bersatu dalam satu barisan
yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujud lah Barisan
Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah
perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam
SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan
Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan
pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan
perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan
1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil
yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin
mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

PENGAJARAN

1. Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan
sebarang faedah kepada berlakunyaperpecahan dan perbalahan
antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan
kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang
ialah nyawa yang terkorban, kejadian sepertiini meninggalkan
kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara
dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 ,kerajaan terpaksa
mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh
kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk
mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan
negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap
suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara
kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari
punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, kesukaran
berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum . Selain itu,
segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

3. Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan musuh-musuh
negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk
memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai
taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu
diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang
menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum

berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan
isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman.

KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan
yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut
memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang
mencakapi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa
pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang
diperolehi itu gagal dimemanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk
membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur
akan menjadi bayangan sahaja.

RUJUKAN

1. http://blue5flowers.blogspot.my/

2. http://ninieila27.blogspot.my/

3. http://jaudahspmtips.blogspot.my/2014/10/faktor-dan-kesam-
peristiwa-13-mei.html

4. http://pmdep1a.blogspot.my/2014/09/huraian-sejarah-
berlakunya-peristiwa-13.html

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

LAMPIRAN

1. https://www.youtube.com/watch?v=hMchTDuZYxA

2. https://www.youtube.com/watch?v=l_0cstarVL4

n Melayu


Click to View FlipBook Version