The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hemaraj A/L Thanabalan
3 Sapphire
Cikgu Hanifah binti Jamaluddin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hemarajthanabalan, 2021-12-16 23:05:34

Kerja Lapangan Geografi 2021 Hemaraj

Hemaraj A/L Thanabalan
3 Sapphire
Cikgu Hanifah binti Jamaluddin

Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Ismail, Johor Bahru,
Johor

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021

Nama : Hemaraj A/L Thanabalan

Kelas : 3 Sapphire

Tajuk : Amalan kitar semula di Taman Tampoi Indah

Nama Guru : Puan Hanifah binti Jamaluddin

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Penghargaan 1
2.0 Pendahuluan 2
3.0 Objektif Kajian 2
4.0 Kawasan Kajian 4
5.0 Kaedah Kajian 9
6.0 Hasil Kajian 15
7.0 Rumusan 17
8.0 Rujukan 18
9.0 Lampiran 19

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Tuan Razali bin Tamadi kerana
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja lapangan
ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya,
iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin yang telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya,
iaitu Encik Thanabalan A/L Sinnathamby dan Ambigai Ammal A/P
Krishnan Chetty yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan ikerja lapangan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
saya iaitu Ramsay , Edrinaz , Nur Izzah dan Haziq yang telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, saya ingi mengucapkan terima kasih kepada responden
dan penduduk di Taman Tampoi Indah yang sudi menjawab soalan –
soalan dalam borang soal selidik.

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk “Amalan Kitar Semula di Taman Tampoi Indah”
sebagai tajuk kerja lapangan saya. Hal ini kerana amalan kitar semula
dalam kalangan penduduk Taman Tampoi Indah semakin hari semakin
kurang.Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja lapangan ini ialah
selama empat minggu iaitu bermula pada 21 November hingga 17
Disember 2021. Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan
dalam kerja kursus ini dilakukan selepas waktu persekolahan.Manakala
penulisan laporan pula dijalankan pada waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi di dalam bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kerja lapangan ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif dan kehendak
kajian yang berikut:

 Menjelaskan konsep dan takrifan amalan kitar semula.
 Mengenal pasti latar belakang kawasan kajian.
 Menghuraikan amalan kitar semula di kawasan kajian
 Menjelaskan kepentingan amalan kitar semula.
 Manghuraikan kesan jika amalan kitar semula tidak diamalkan.
 Mencadangkan usaha meningkatkan amalan kitar semula di

kawasan kajian.
 Membentangkan laporan kajian tersebut.

4.0 KAWASAN KAJIAN

Saya memilih Taman Tampoi Indah sebagai kawasan kajian saya.Taman
Tampoi Indah merupakan salah satu daripada taman yang terletak di
daerah Johor Bahru. Taman ini mempunyai darjah ketersampaian yang
sangat tinggi.

Taman Tampoi Indah merupakan antara kawasan yang berpenduduk
padat kerana kawasan ini melebihi 200 orang sekilometer
persegi.Taman ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat
banyak infrastruktur dan kemudahan.Antara infrastruktur dan
kemudahan yang berdekatan atau terletak di Taman Tampoi Indah
ialah Seven Eleven,Kip Mall, Giant, Hotel(The Point),Pharmacy
(Seyon),MCD,KFC dan stesen minyak Petronas, Caltex dan Shell.

Saya memilih Taman Tampoi Indah sebagai kawasan kajian kerana
kedudukannya berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal saya.
Hal ini akan memudahkan saya untuk mengumpulkan data dan
maklumat kajian.

Kedudukan Kawasan Kajian
Peta Lakar Taman Tampoi Indah

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah melakukan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data dan
maklumat yang diperlukan untuk kerja lapangan saya. Antara
kaedahnya ialah :

1) Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di kawasan yang sesuai menjadi
kawasan kajian saya.

2) Kaedah Temu Bual
Saya telah menemu bual dengan beberapa orang penduduk yang
tinggal di kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang
contoh amalan kitar semula yang dilakukan, kepentingan amalan kitar
semula kesannya jika amalan kitar semula tidak diamalkan serta usaha
usaha untuk meningkatkan amalan kitar semula. Salah satu penduduk
yang saya menemu bual ialah Encik Lim yang berumur 48 tahun dan
bekerja sebagai guru geografi. Berikut merupakan temu bual di antara
Encik Lim dengan saya:

Saya : Hai Encik Lim, apa khabar? Lama tak jumpa.
Encik Lim : Hai Hema ! Khabar baik. Disebabkan oleh pendemik Covid

19, saya jarang keluar dari rumah.
Saya : Saya minta maaf cik kerana mengganggu masa encik.Saya

ingin menemu bual encik untuk mendapatkan maklumat
yang dikehendaki untuk kerja kursus geografi saya.
Encik Lim : Boleh, tiada masalah.
Saya : Baiklah encik. Mari kita mula dengan soalan pertama.
Adakah anda mengamalkan amalan kitar semula?
Encik Lim : Ya, saya memang mengamalkan amalan kitar semula sama
ada di dalam rumah dan di luar rumah juga.
Saya : Wah, hebatnya encik ! Bolehkah encik memberi contoh
amalan kitar semula yang acap kali dilakukan?
Encik Lim : Sebagai contohnya, di luar saya membawa beg yang boleh
diganti semula semasa membeli barangan di pasar raya.
Selain itu, di rumah, saya kitar semula surat khabar menjadi
bakul atau kraf tangan yang menarik.
Saya :Dari perspektif encik, apakah impaknya jika amalan kitar
semula tidak diamalkan?
Encik Lim :Kesannya ialah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran

air dan udara akan berlaku.Selain itu , kesihatan akan
terjejas.Akhir sekali, pembelanjaan dan bajet kerajaan
juga akan meningkat.
Saya : Betul kata–kata encik. Apakah kepentingan amalan kitar
semula ?
Encik Lim : Oh! Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada
amalan kitar semula. Antaranya ialah kita dapat
mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, Kita dapat
mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan
sistematik.Seterusnya, kita juga dapat menjimatkan sumber
semula jadi.Selain itu , kita dapat mewujudkan persekitaraan
yang sihat, bersih dan selesa untuk dihuni.Akhir sekali, kita
juga dapat menjana pendapatan dengan menghasilkan baja
kompos menggunakan sisa makanan.
Saya :Wah, banyaknya manfaat yang diperoleh dengan

mengamalkan amalan kitar semula.Bolehkah saya tahu
apakah inisiatif yang perlu diambil untuk meningkatkan
amalan kitar semula?
Encik Lim : Antaranya ialah kerajaan perlulah mengadakan kempen
kesedaran kitar semula.Langkah ini adalah untuk memberi

kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya amalan
kitar semula.Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan
tentang amalan kitar semula sejak kecil lagi.
Saya :Oh! Baiklah encik rasanya saya dah kumpul semua data
dan maklumat untuk kerja kursus saya. Maklumat ini
sangat bermanfaat. Terima kasih encik kerana sudi
meluang masa dengan saya.
Encik Lim : Sama-sama. Harap kamu berjaya membuat kerja lapangan
dalam masa yang ditetapkan. Jika nak apa- apa tips mesej
sahaja di Whatsapp. Saya pun guru geo tahu.
Saya : Tak perlulah encik. Saya akan buat sendiri. Terima kasih.
Encik Lim : Okay , bye! Jumpa lagi!
Saya : Bye!

3) Kaedah Soal Selidik
Saya telah menjalankan soal selidik dengan memilih 15 orang
responden secara rawak di kawasan kajian.Semua responden yang
dipilih menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal
selidik yang disediakan oleh saya untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan amalan kitar semula.Antara maklumat yang saya
dapat ialah jenis bahan yang dikitar semula, kepentingan amalan kitar
semula , kesan jika amalan kitar semula tidak diamalkan dan usaha
meningkatkan amalan kitar semula di kawasan kajian

4) Kaedah Rujukan
Saya juga menggunakan kaedah rujukan untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan dalam kerja kursus.Sebagai contohnya, saya merujuk
internet,buku ilmiah seperti buku teks Geografi Tingkatan 3 dan buku
rujukan seperti wow grafik dan focus pt3.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep dan Takrifan Amalan Kitar Semula

Menurut Wikipedia , kitar semula merupakan proses menukar bahan
buangan menjadi bahan dan objek baharu. Kitar semula bahan
bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat
yang ada pada keadaan asli atau asal. Kitar semula dapat mencegah
pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan
penggunaan bahan mentah segar, sehingga mengurangkan:
penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran),
dan pencemaran air (dari tempat pembuangan sampah).

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran.Terdapat tiga elemen kitar semula yang digelar
sebagai 3R iaitu (Reduce, Reuse dan Recycle).Reduce atau kurangkan
ialah amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan
penggunaan sumber semula jadi.Mankala reuse atau guna semula ialah
tindakan penggunaan semula barangan secara berulang kali untuk
mengurangkan penghasilan sisa.Akhir sekali ,recycle atau kitar semula
ialah amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk
menghasilkan produk yang sama jenis atau baharu semula.

6.2 Menjelaskan amalan kitar semula di kawasan kajian

Setelah mengenal pasti latar belakang kawasan kajian saya, saya ingin
mengenal pasti contoh amalan kitar semula yang diamalkan oleh
penduduk Taman Tampoi Indah. Antara amalan kitar semula yang
diamalkan ialah :

1) Pusat pengumpulan kitar semula

Kerajaan(government) dan badan bukan kerajaan(non-government
organization) telah membina beberapa pusat pengumpulan kitar
semula berhampir dangan kawasan kajian saya untuk menggalakkan
penduduk mengamalkan amalan kitar semula.Antaranya ialah Tong
THYE Paper sdn.bhd,Central Malaya Paper sdn.bhd dan Perniagaan
Kitar Semula WS.Dengan pusat pengumpulan ini kita dapat
mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan.

2) Tong Kitar Semula

Amalan kitar semula dipraktikkan oleh penduduk kawasan kajian saya
dengan menggunakan tong kitar semula.Terdapat tiga jenis tong kitar
semula yang mempunyai warna yang berbeza iaitu biru, jingga dan
coklat.Tong kitar semula yang berwarna biru digunakan untuk mengitar
semula bahan yang diperbuat daripada kertas.Tong kitar semula yang
berwarna jingga digunakan untuk mengitar semula tin,aluminium dan
plastik manakala tong berwarna coklat digunakan untuk mangitar
semula bahan yang diperbuat daqripada kaca.

6.3 Menghuraikan Kepentingan Amalan Kitar Semula

1) Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar

Antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar.Hal ini kerana jumlah sampah yang
mencemarkan alam sekitar semakin berkurang. Dengan ini ,
kemusnahan dan pencemaran alam dapat diminimumkan.Di samping
itu,secara tidak langsung kawasan persekitaraan bertambah bersih,
ceria,selesa dan selamat.

2) Meminimumkan kesan rumah hijau

Amalan kitar semula dapat mengurangkan kesan rumah hijau.Hal ini
kerana pembakaran sampah dan bahan api dapat dikurangkan. Dengan
ini, kualiti udara akan semakin meningkat.

3) Menjana pendapatan

Kita dapat menjana pendapatan dengan melibatkan diri dalam aktiviti
kitar semula.Sebagai contohnya, kita dapat menjana pendapatan
dengan memungut,mengasing dan menjual sisa dan barangan buangan.
Selain itu, kita juga boleh menghasilkan baja kompos menggunakan sisa
makanan untuk menjana pendapatan.Akhir sekali, kita boleh
menghasilkan kraf tangan atau barangan menggunakan bahan kitar
semula dan jual untuk mendapat rezeki.

4) Menjimatakan Sumber Semula Jadi

Kita dapat menjimatkan sumber semula jadi apabila mengurangkan,

mengguna semula dan mengitar semula sumber.Dengan ini,

penggunaan sumber semula jadi dapat dijimatkan dan digunakan
secara berhemah.Hal ini membolehkan generasi yang akan datang
dapat menikmati sumber semula jadi.

6.4 Menghuraikan kesan jika amalan kitar semula tidak diamalkan

1) Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan udara akan
berlaku jika amalan kitar semula tidak diamalkan.Hal ini kerana apabila
kita tidak mengamalkan amalan kitar semula dan membuang sampah
merata-rata, maka pencemaran alam sekitar akan berlaku.Dengan ini,
keindahan alam sekitar akan terjejas.

2) Menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup

Kesannya jika amalan kitar semula tidak diamalkan ialah kesihatan dan
keselsaan hidup penduduk akan mengancam.Hal ini kerana longgokan
sampah sarap yang kotor dan tidak diurus dengan baik akan berbau
busuk dan didiami tikus,lalat,nyamuk dan serangga yang merupakan
pembawa pelbagai jenis penyakit.Antaranya ialah cirit- birit, penyakit
taun,denggi,malaria dan demam kepialu.

3) Perbelanjaan kerajaan meningkat

Kerajaan perlu menambahkan perbelanjaan untuk kerja-kerja
pembersihan sungai,longkang,parit dan kawasan sekitar. Selain itu,
kerajaan terpaksa menambahkan kemudahan rawatan kesihatan akibat
penularan wabak penyakit yang disebabkan oleh sisa yang tidak dikitar
semula dan tidak diurus dengan baik.Akhir sekali, pihak berkuasa
tempatan perlu menampung kos penyelenggaraan tapak pelupusan
yang semakin meningkat akibat peningkatan jumlah sampah sarap.

6.5 Mencadangkan usaha meningkatkan amalan kitar semula di
kawasan kajian

1) Didikan ibu bapa tentang amalan kitar semula

Antara prakarsa bagi meningkatkan amalan kitar semula ialah menerusi
didikan ibu bapa. Menurut hadis Nabi Muhammad SAW, anak-anak
ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Dalam hal ini,
ibu bapa wajar memberi didikan tentang kemaslahatan amalan
kitar semula sejak anak-anak masih kecil. Sebagai contoh, anak watan
hendaklah dilatih tentang mekanisme yang betul untuk melupuskan
sampah sarap. Ibu bapa juga harus menjadi suri teladan dengan tidak
membuang sampah merata-rata dan mengumpul barang-barang yang
boleh dikitar semula mengikut kategori.

2) Penguatkuasaan undang-undang

Kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan
pembuangan sampah sarap dan kitar semula. Sebagai contoh, kerajaan
boleh menetapkan peraturan pembuangan sampah mengikut
kategori.Pihak berkuasa tempatan perlulah mengenakan hukuman dan
denda yang lebih berat terhadap penduduk yang mencemarkan alam
sekitar dengan membuang sampah merata-rata agar memberikan
kesedaran kepada masyarakat.

3) Mengadakan kempen kesedaran

Pelbagai kempen alam sekitar telah dijalankan oleh agensi kerajaan,
badan bukan kerajaan(NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang
perseorangan untuk meningkatkan keprihatinan masyarakat. Antara
kempennya ialah Kempen 3R,Hari Tanpa Beg Plastik,Kempen Hari
Tanpa Beg Plastik dan Kempen Cintai Alam Sekitar.

4) Pendidikan

Pihak sekolah haruslah mendidik murid-murid tentang amalan kitar
semula sejak bangku sekolah lagi supaya dapat menanam perasaan
cinta akan alam sekitar dalam jiwa mereka.Selain itu, pihak sekolah juga
perlulah melaksanakan aktiviti kitar semula sebagai aktiviti tambahan di
sekolah supaya mereka akan mengamalkan amalan kitar semula dalam
rutin harian.Akhir sekali, mata pelajaran geografi dan sains dapat
memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

7.0 RUMUSAN

Hasil daripada data dan maklumat yang dikumpul , saya telah pun
berjaya memenuhi objektif dan kehendak kajian. Dengan ini, saya ingin
menyimpulkan kerja lapangan yang saya lakukan selama ini.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan saya dapat
mengenal pasti kesannya jika amalan kitar semula tidak diamalkan.
Selain itu, saya juga dapat memahami kepentingan amalan kitar
semula.Di samping itu, saya juga dapat maklumat tentang jenis-jenis
bahan yang sering dikitar semula oleh penduduk melalui soal selidik.
Akhir sekali, saya juga dapat mencadangkan usaha untuk meningkatkan
amalan kitar semula.

Oleh itu, setiap penduduk haruslah mengamalkan amalan kitar semula
di tempat kediaman masing-masing supaya dapat mengekalkan
keindahan alam sekitar dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni.

Jadual 7.1, Jenis-jenis bahan kitar semula yang dikitar semula oleh
penduduk di Taman Tampoi Indah.

Jenis-jenis bahan yang dikitar semula oleh Bilangan responden
penduduk di Taman Tampoi Indah.
8
Kertas 6
Kaca 9
Plastik 4
Tin 3
Aluminium

Jenis-jenis bahan yang dikitar semula oleh penduduk di
Taman Tampoi Indah.

PETUNJUK

Jumlah = 15 orang

Carta Pai 7.2, jenis-jenis bahan yang dikitar semula oleh penduduk di
Taman Tampoi Indah.

Carta pai di atas menujukkan jenis–jenis bahan yang dikitar semula oleh
penduduk di Taman Tampoi Indah. Antaranya ialah plastic, kertas, kaca,
tin dan aluminium. Terdapat 30% daripada 15 orang iaitu 9 orang
mengitar semula plastik dan 27% daripada 15 orang iaitu 8 orang
mengitar semula kertas. Seterusnya, 20% daripada 15 orang iaitu 6
orang mengitar semula kaca dan 13% daripada 15 orang iaitu 4 orang
mengitar semula tin. Akhir sekali, 10% daripada 15 orang iaitu 3 orang
mengitar semula aluminium. Jumlah peratus tertinggi bahan dikitar
semula oleh penduduk Taman Tampoi Indah adalah seramai 30% orang
iaitu plastik manakala jumlah peratus yang paling kurang adalah
seramai 10% orang iaitu aluminium.

8.0 RUJUKAN

Internet
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula.htm

 https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html

 http://koleksicikguharlina.blogspot.com/2020/10/usaha-usaha-
menggalakkan-amalan-kitar_11.html

 https://konstixa.blogspot.com/2021/06/kesan-tidak-
mengamalkan-kitar-semula.htm

Sumber Buku
1) Ahmad Ridzuan Bin Rahman , Buku Teks Geografi Tingkatan 3
KSSM, 2018 IMS Book Trading Sdn. Bhd.

2) Zulkipi Ismail , Buku Focus PT3 Tingkatan 1,2 dan 3 KSSM,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3) Huzail Hussin, Revisi Poket PT3 Geografi, 2021 Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

9.0 LAMPIRAN

Pusat kitar semula kertas
dan pengurusan sisa.

Pusat pengumpulan kitar
semula

Pernigaan kitar semula
WS. Urusan jual beli
bahan kitar semula
dilakukan di sini.

Tong Kitar Semula di luar
Sri Kenari,Apartment.

Bahan kitar semula diasingkan
mengikut kategori

Tanaman pokok
menggunakan tayar

Laman sesawang
wikipedia

Contoh kerja lapangan dari
internet sebagai rujukan

Menggunakan buku rujukan
sebagai panduan

BORANG
SOAL
SELIDIK




















Click to View FlipBook Version