The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatehah23-310, 2023-03-21 00:44:00

CERPEN BAIK HATI

CERPEN BAIK HATI

Keywords: Cerpen Buku Digital

BAIK HATI CERPEN KANAK-KANAK Penulis: Alice Rayon Elsy Elbyra Noor Fatehah Shahira Syakirah Sadiro


Pada suatu hari, Haikal dan Akmal pergi bermain layanglayang di pantai. Mereka bermain dengan sungguh riang.


Ketika mereka sedang asyik bermain, Akmal ternampak seekor penyu yang sedang bertelur. Penyu itu bertelur di timbunan plastik yang banyak.


Ketika mereka asyik melihat penyu bertelur, Haikal ternampak sesuatu yang pelik. Kepala penyu itu pada bahagian kepala penyu tersebut. Haikal terkejut.


Haikal melihat beg plastik membalut kepala penyu itu. Haikal terus memberitahu Akmal. “Akmal, lihatlah kepala penyu itu dibalut plastik!” “Apa? Kesian penyu itu. Mari kita minta pertolongan Pak Cik Imran dengan segera, ” jawab Akmal.


Mereka segera berlari ke arah Pak Cik Imran yang sedang mengutip sampah di pantai itu. Tanpa membuang masa, Pak Cik Imran segera menolong penyu yang malang itu.


“Terima kasih Pak Cik Imran!” , ucap Haikal dan Akmal serentak. Setelah menyelamatkan penyu, mereka pun pulang ke rumah masingmasing.


“Saya kesianlah dengan penyu yang semalam. Bagaimana nasib penyu lain yang tak diselamatkan oleh kita?” “Iyalah, saya pun kesian juga. Apa kata kita berganding bahu membersihkan kawasan pantai tersebut. Kita boleh membantu Pak Cik Imran mengutip sampah. Kita kan baik hati. ” kata Imran. Akmal menganggukkan kepala tanda setuju.


Keesokan harinya, Haikal dan Akmal turun ke pantai menggunakan sarung tangan. Dengan semangat yang berkobar-kobar, mereka membantu Pak Cik Imran mengutip sampah di kawasan pantai dari pagi sehingga ke senja.


Walaupun berasa penat, mereka berasa seronok dan berpuas hati kerana dapat berjasa kepada alam sekitar. Mereka bertekad untuk selalu membantu Pak Cik Imran mengutip sampah di kawasan pantai sekiranya ada masa terluang.


Click to View FlipBook Version