BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Dalam melaksanakan aplikasi mudah alih ini, pemilihan metodologi yang sesuai amat penting bagi pembangunan aplikasi tersebut. Metodologi yang dipilih bagi membangunkan aplikasi ini model air terjun atau waterfall model. Waterfall model adalah merupakan aktiviti- aktiviti tradisional untuk membangunkan sesuatu sistem. Model ini merupakan aktiviti- aktiviti tradisional untuk membangunkan sesuatu sistem. Model ini merupakan metodologi yang dapat menjimatkan kos dan tenaga serta memudahkan untuk diubahsuai semula. Dalam metodologi waterfall model, terdapat lima fasa yang boleh digunakan untuk merancang dan menguruskan proses pembangunan sistem. Ianya ialah Perancangan Analisis keperluan Reka bentuk sistem Implementasi Penyelenggaraan 3.1.1 Perancangan Sistem Tujuannya adalah untuk mengenalpasti masalah dan halangan yang dihadapi. Dalam fasa ini, pengguna akan membuat permintaan yang dikehendaki kemudian bermulalah proses dan mengenalpasti masalah, halangan serta kehendak pengguna terhadap sistem yang akan dibangunkan. Dalam fasa ini juga, pembangun akan menyatakan objektif dan skop sistem yang akan dibangunkan. Perancangan sistem ini juga termasuklah penyiasatan awal terhadap sistem yang sedia ada yang melibatkan kajian kesauran. 3.1.2 Analisis keperluan Dalam fasa ini, sistem yang akan dibangunkan akan ditentukan bagi menggantikan sistem sedia ada daripada analisis sistem. Sistem juga turut dikaji untuk mengenal pasti jenis fungsi yang akan dibina . Fasa ini juga merupakan satu fasa yang akan memberi penerangan tentangt segala penyelesaian yang dicadangkan oleh pembangun. Seterusnya, pembangun akan membangunkan sistem berdasarkan perisian dan perkakasan yang diperlukan.
3.1.3 Rekabentuk sistem Reka bentuk sistem merupakan proses untuk menerbitkan satu modul dari fakta- fakta yang telah dikumpul semasa fasa analisis keperluan. Pangkalan data yang kompleks akan terhasil jika mempunyai sistem maklumat yang teguh dan integriti terjamin. Dalam fasa ini, pembangun akan menghasilkan model konseptual, model logikal dan model fizikal. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem yang dapat memenuhi semua keperluan pengguna. 3.1.4 Implementasi Setelah Sistem Perkhidmatan Pindah Barang berjaya dibangunkan, maka sistem ini akan mula berjalan dan dihostkan ke Internet. Semua dokumen 3.1.5 Penyelenggaraan
3.2 PEMBANGUNAN CARTA ALIR Carta Alir merupakan gambar rajah yang menggambarkan aliran aktiviti yang dijalankan dalam pembangunan laman web. Dengan adanya carta alir ia memudahkan kerja pembangunanuntuk menunjukkan kesinambungan maklumat secara keseluruhan supaya maklumat yang dipaparkan adalah tersusun. SIMBOL FUNGSI PENERANGAN Mula/Tamat Mula dan tamat sesuatu aktiviti Proses Aktiviti atau proses yang perlu dilakukan oleh pengguna Pilihan Menguji sama ada benar atau salah Aliran Aliran Aktiviti Input/Output Operasi input atau output
Carta Alir Pengguna
Carta Alir Admin
Carta Gantt Perancangan Dan Perlaksanaan Sistem Perkhidmatan Pemindahan Barang
3.3 WATERFALL MODEL Model yang dipilih ialah model air terjun (waterfall). Model ini akan menghasilkan satu sistem yang dapat berfungsi dan boleh dilaksanakan dengan baik. Antara fasa yang terdapat ialah : Waterfall ini akan menghasilkan sebuah sistem yang dapat berfungsi dan boleh dilaksanakan dengan baik. Hal ini menyebabkan pembangunan sistem lebih menumpukan kepada soal-soal dan fungsi-fungsi penting sahaja. Pendekatan Waterfall ini juga digunakan untuk mempercepatkan aktiviti dan proses yang terdapat dalam fasa pembangunan sistem. Antara kelebihan menggunakan pendekatan waterfall ialah kualiti daripada sistem yang dihasilkan akan baik disebabkan oelh perlaksanaanya yang secara beransur-ansur. Pendekatan ini juga mempunyai dokumen penbangunan sistem yang terancang kerana setiap fasa perlu diselesaikan dengan lengkap sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Bukan itu sahaja, kaedah ini juga masih lebih baik walaupun sudah tergolong kuno, daripada menggunakan pendekatan asal-asalan. Antara kelemahan pendekatan waterfall ini pula, jika terdapat kesalahan kecil, ia akan menjadi besar jika tidak diketahui sejak awal pembangunan yang melibatkan pada tahap seterusnya, Selain itu, pelanggan sukar menyatakan keperluan secara jelas sehingga tidak dapat menampung ketidakpastian pada masa awal pembagunan. Di samping itu, pelanggan haruslah bersabar kerana pembuatan perisian akan bermula apabila reka bentuk sudah selesai.
3.4 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kita dapat melihat kepentingan pembangunan sistem maklumat yang sistematik supaya dapat diterima oleh pengguna. Dengan adanya senibina logikal yang betul, pembangunan sistem dapat dijalankan dengan lebih mudah dan lancar. Akhir sekali, Gambaran yang jelas tentang pelbagai keperluan spesifikasi yang diperlukan dalam pembangunan sistem diberikan.