The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 770-19-alieya, 2022-04-05 23:18:11

SENI BAHASA DAN SASTERA

DR ROSE PENULISAN

SENI BAHASA DAN
SASTERA

IDANI NASEHA BT MOHAMAD DAHALAN
WAN NUR AQASHA QISTINA BT WAN ABDULLAH

NUR ELLIYA MAISARA BT MOHD ZUBIR



PPISMPPAKK1 SEM 2

PENGENALAN

Menurut Nurwan Zamri (n.d), sastera Seni bahasa dan sastera ini turut
bermula dari tradisi lisan dan semakin digunakan dalam pendidikan awal kanak-
berkembang mengikut peredaran semasa serta kanak. Melalui bahasa dan sastera, kanak-
kanak dapat belajar memahami bahasa yang
diaplikasikan dalam pelbagai bentuk.
Sebagai contoh, melalui nyanyian, lakonan indah melalui pembelajaran yang
dan puisi. Seni merujuk kepada bentuk teks menyeronokkan dalam konteks pendekatan

yang penuh dengan nilai keindahan dan didik hibur. Keindahan bahasa yang
boleh disampaikan dalam bentuk yang digunakan dalam aktiviti seni bahasa dan
menyeronokkan. Sementara bahasa pula sastera dapat membantu kanak-kanak untuk

merujuk kepada elemen yang terdapat dalam memantapkan lagi kemahiran berbahasa
bentuk nahu atau tatabahasa (Shamsuddin mereka.
Othman & Arieff Abdullah, 2015).

Unsur yang kreatif dalam seni bahasa Oleh itu, lebih mudah untuk mereka
dan sastera mampu menarik minat menerima setiap nilai yang diterapkan
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
kanak-kanak menggunakan perkataan
yang mudah difahami sesuai dengan seharian mereka kerana seni dalam
usia kanak-kanak itu sendiri. Melalui bahasa dan sastera kebiasaannya dekat
nyanyian, lakokan, dan puisi, kanak-
kanak juga dapat mengambil beberapa di hati kanak-kanak dan mudah untuk
mereka fahami. Dalam hal ini, guru
iktibar dan pengajaran yang
diselitkan. bertindak sebagai penggerak atau
pembimbing yang sentiasa kreatif dan
imaginatif di samping kanak-kanak yang
terlibat secara menyeluruh dan aktif.

DEFINISI NYANYIAN KANAK-KANAK

Nyanyian merupakan salah satu pendekatan kreatif yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Menurut
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017), nyanyian merupakan salah
satu aktiviti pengajaran berteraskan nilai kreativiti dan estetika. Selain
itu , lagu juga merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak. Kanak-
kanak akan merasa bosan jika tiada nyanyian dalam pembelajaran mereka.

(Zulkifly Yaakob, 2007).



Nyanyian merupakan aktiviti yang seronok kepada kanak-kanak kerana mereka
dapat menyanyi bersama rakan mereka. Lagu kanak-kanak biasanya dinyanyikan
kepada kanak-kanak oleh orang dewasa contohnya ibu bapa atau guru. Irama lagu
kanak-kanak juga lebih mudah diingati dan lembut. Tambahan pula , lagu kanak-

kanak dapat mengajar kanak-kanak tersebut mengenali perkataan baru dan
kemahiran bertutur.

CIRI -CIRI LAGU KANAK-KANAK

Ciri-ciri lagu kanak-kanak biasanya berkisarkan cerita kanak-kanak atau
pengalaman mereka sendiri. Misalnya , lagu ‘Bangun Pagi”. Hal ini dapat

memudahkan kanak-kanak untuk memahami bait-bait nasihat yang
hendak disampaikan dalam lirik lagu tersebut. Selanjutnya ,rentak lagu
kanak-kanak juga lebih meriah dan ceria. Hal ini supaya kanak-kanak tidak
merasa mudah bosan dan bersemangat ketika menyanyi bersama dengan

rakan yang lain.

File Edit Format View

NILAI MURNI DALAM LAGU KANAK-KANAK BIU

Di samping itu , terdapat juga nilai murni yang terselit dalam lagu kanak-kanak.
Kanak-kanak juga dapat memahami dan menerapkan nasihat yang disampaikan
melalui lagu tersebut. Lagu yang terdapat unsur nasihat contohnya seperti lagu
‘Sayangi Ibu Ayah’ dalam cerita kartun kanak-kanak Omar dan Hana boleh dijadikan
sebagai panduan hidup kepada kanak-kanak. Justeru itu , lagu kanak-kanak yang
berunsurkan nasihat dan pedoman lebih digalakkan bagi perkembangan rohani dan

moral mereka ketika di peringkat awal persekolahan.

Contoh lagu kanak-kana
k :



"Tanya Sama Pokok"

Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang,
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goyang,

Tanya Sama Angin,
Apa Sebab Goyang,
Nanti Jawab Angin,

Tanyalah Awan.
Awan Nanti Kata,
Aku Kandung Air,
Sampai Tempat Teduh,

Aku Pun Cair,
Lihat Dalam Air,
Nampak Bayang-Bayang,
Campak Satu Batu,
Bayang Pun Hilang

LAKONAN CLASSROOM RULES

Lakonan merujuk kepada suatu aktiviti atau pergerakan
tubuh badan atau berupa segala bentuk perlakuan

yang meliputi semua kegiatan hidup manusia (Zai Nina,
n,d). Ia digunakan oleh watak-watak tertentu untuk
mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara
serta perlakuan dalam hidup masyarakat.

Lakonan merupakan suatu ‘magic’ untuk menarik minat
kanak-kanak kerana mesej yang ingin disampaikan

dapat difahami dengan lebih mudah. Melalui lakonan di
dalam bilik darjah, ia memberi peluang kepada kanak-
kanak dan menggalakkan mereka berkreativiti melalui

kemahiran intelek dan emosi.

CLASSROOM RULES

Di samping itu, aktiviti lakonan juga memberi penekanan
pada pengujaran dialog dengan sebutan, intonasi,

kelantangan suara mengikut emosi dan situasi. Sebagai
contoh, lakonan jenis cerita. Ia merupakan jenis lakonan
yang paling mudah untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Hal
ini kerana kanak-kanak hanya perlu melakonkan semula

babak-babak yang dipetik daripada buku cerita.

Oleh itu, sebelum memulakan lakonan, kanak-kanak
perlu membaca terlebih dahulu buku cerita. Seterusnya,

guru akan meminta kanak-kanak melakonkan semula
babak-babak penting dalam cerita tersebut. Contohnya,

cerita anjing dengan bayang-bayang.

Selepas kanak-kanak melakonkan babak dalam cerita
tersebut, guru boleh menjelaskan tentang pengajaran yang

terkandung dalam cerita itu. Hal ini dapat memberikan
kefahaman yang lebih jelas kepada kanak-kanak tentang

mesej yang ingin disampaikan. Jelaslah bahawa seni
lakonan sangat sesuai dan menarik untuk diaplikasikan

dalam pendidikan awal kanak-kanak.

File Edit Format View

PUISI Puisi bermaksud satu seni bahasa dan sastera
yang digunakan oleh pengarang bagi mengungkapkan
emosi, pengalaman dan kesan seseorang pengarang
itu terhadap seseuatu hal atau kejadian tertentu
dengan menggunakan susunan bahasa yang indah dan
berirama.

Menurut Rosmah Derak, Nor Ain Manap dan Arfah
Ahamad (2021), puisi ialah cabang seni yang
menggunakan pengucapan dan lagu untuk menyingkap
kenyataan-kenyataan yang dirakamkan oleh deria
manusia, yang dihormati oleh perasaan, yang
ditanggapi oleh akal dan yang disusun oleh
imaginasi.

File Edit Format View

Terdapat dua bentuk puisi iaitu puisi melayu tradisional dan puisi
melayu moden.

Puisi melayu moden digunakan untuk menyatakan tentang hal-hal yang
berunsur kemasyarakatan dengan bebas dan berbeza dari segi bentuk,
susunan baris, rangkap dan rima akhirnya dengan puisi melayu
tradisional.

Puisi melayu moden merangkumi cerpen, drama, novel dan sajak.

File Edit Format View

Puisi melayu tradisional pula
merangkumi pantun, syair, gurindam,

seloka dan sebagainya.

Puisi tradisional ini mengunakan seni
kesusasteraan melayu tradisional yang

tinggi dan bahasa yang tersusun.

Contoh puisi melayu tradisional ialah
pantun kanak-kanak yang banyak memberi
pengajaran dan ilmu pengetahuan serta

digunakan untuk tujuan menghiburkan
kanak-kanak.

CLASSROOM RULES

CONTOH PANTUN Siakap senohong,
KANAK-KANAK Gelama ikan berduri,

Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri.

Pantun ini memberi pengajaran kepada
kanak-kanak agar kanak-kanak tidak
bercakap bohong kerana melalui
percakapan yang tidak benar akan
menyebabkan lama-kelamaan akan
mempengaruhi tingkah laku dan
perbuatan yang baik.

KESIMPULAN

Apa yang dapat dilihat menerusi seni bahasa dan sastera seperti
nyanyian, lakonan dan puisi ini telah memberi impak yang besar
kepada pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini dapat memudahkan kanak-

kanak menerapkan setiap nilai-nilai yang baik dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka serta membantu

kanak-kanak untuk memantapkan lagi kemahiran berbahasa
mereka.Dengan adanya seni bahasa dan sastera ini juga, pengajaran
dan pembelajaran (PdP) para pendidik di prasekolah menjadi lebih
menarik dan dapat meningkatkan perkembangan intelektual dalam diri
kanak-kanak. Oleh itu, pentingnya para pendidik memainkan peranan
yang berkesan dalam mengunakan seni bahasa dan sastera dalam bilik
darjah bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Derak, R., Manap, N. A., & Ahamad, A. (2021, June 29). Impak pandemik Covid-19 Dalam
penulisan puisi di Malaysia. PENDETA. Retrieved April 4, 2022, from
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/5099
Nurwan Zamri (n.d). Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sastera. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/288574944/Apa-Yang-Dimaksudkan-Dengan-Sastera
Othman, S., & Abdullah, A. (2015, October 1). PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH. Academia.
https://www.academia.edu/14716964/PELAKSANAAN_ELEMEN_SASTERA_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELA
JARAN_SENI_BAHASA_KURIKULUM_STANDARD_SEKOLAH_RENDAH
Nina, Z. (n,d). LAKONAN. Scribd. https://www.scribd.com/presentation/62651532/LAKONAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). (n.d.). Retrieved April 6, 2022, from
https://arazaharah.weebly.com/uploads/1/0/3/0/103027916/01_taklimat_umum_kspk.pdf
Zulkifly Yaakob, (2007). (PDF) Kepentingan Muzik Dan Nyanyian Dalam Pendidikan ...
(n.d.). Retrieved April 6, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Muzik_dan_Nyanyian_dalam_P
endidikan_Prasekolah

File Edit Format View

Terima Kasih!

Sebarang pertanyaan?


Click to View FlipBook Version