The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazidahtaqwa, 2021-08-26 03:35:37

USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Pada pascaglobalisasi ini, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2022.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat. Cabaran yang dimaksudkan ialah semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat yang semakin luntur. Hal ini akan memberikan impak negatif kepada
pembangunan negara di persada dunia. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab sewajarnya
menyemai sikap patriotisme di dalam diri masyarakat konvensional terutamanya golongan
belia. Hal ini kerana golongan belia merupakan pewaris utama negara pada masa hadapan
persis pepatah “pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara”. Natijahnya, potensi
kedaulatan negara bakal terjamin memandangkan masyarakat akan terhindar daripada
sikap “enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jelaslah, konflik ini perlu
dibendung segera sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat?

Realitinya, memang tidak dapat dinafikan seorang individu sewajarnya dipupuk
semangat patriotisme sejak dari bangku sekolah lagi kerana “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Hal ini kerana guru memikul tanggungjawab penting untuk mendidik dan
menanamkan sifat patriotisme dalam jiwa murid-murid di sekolah. Mereka perlu mencapai
objektif utama untuk mendorong murid melahirkan rasa cinta terhadap tanah air. Misalnya,
guru sentiasa menerapkan subjek Sejarah yang sememangnya menceritakan perihal
perjuangan tokoh-tokoh terdahulu seperti Tok Janggut, Dol Said dan ramai lagi. Kesannya,
murid-murid dapat melahirkan rasa bangga melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
oleh guru-guru di bilik darjah. Sudah terang lagi bersuluh, didikan awal dari pihak sekolah
dapat melahirkan warisan utama yang berjiwa patriotik dan memiliki jati diri yang kukuh.

Selain itu, pada masa kini juga pihak bertanggungjawab khususnya pihak media
hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran melalui medium media massa. Hal ini
dikatakan kerana masyarakat konvensional lebih gemar menjadikan media massa sebagai
bahan rujukan utama mereka. Dengan itu, pihak media dapat menyebarkan perihal
kemerdekaan melalui medium media massa agar relevan dengan kehendak zaman. Sebagai
contoh, mereka menyiarkan program atau rancangan yang berunsurkan patriotik seperti
filem-filem Melayu iaitu Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan sebagainya. Kesannya, ia dapat
meninggalkan kesan di lubuk hati penonton tentang pengorbanan pejuang-pejuang Melayu
yang persis pepatah “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama”. Tegasnya, prakarsa pihak media dalam memupuk sikap patriotisme amat memberi
kesan efektif terhadap diri masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif lain, ibu bapa merupakan asbab utama untuk memupuk
semangat patriotisme di dalam diri anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa dikenali
sebagai guru pertama anak-anak dan rumah ialah sekolah pertama mereka ibarat
peribahasa “bapak borek anak rintik”. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah mengamalkan
sikap patriotisme di hadapan anak-anak dan menerapkannya di dalam sanubari anak-anak.
Misalnya, ibu bapa menceritakan kepada anak-anak kisah hikayat pengorbanan pejuang
tanah air sebelum tidur. Kesannya, anak-anak akan mengingati kisah-kisah tersebut sekali
gus dapat mencengkam sanubari anak-anak tentang kemerdekaan. Jelaslah bahawa ibu

bapa berperanan penting dalam memupuk sikap patriotisme terhadap anak-anak kerana
anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa usaha yang dapat
disemarakkan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat sejagat. Oleh itu, semua pihak tanpa mengira kaum dan bangsa perlulah
menyemai sikap patriotisme dan perpaduan ibarat “hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah” bagi mencapai prakarsa utama negara. Oleh itu, masyarakat sejagat
perlulah melaksanakan anjakan paradigma untuk merealisasikan aspirasi Malaysia agar
negara dapat “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju di
seantero dunia. Semoga impian negara untuk memiliki masyarakat yang berjiwa patriotisme
dan sikap mempertahankan negara ibarat “biar putih tulang, jangan putih mata” menjadi
realiti.


Click to View FlipBook Version