SIDANG PENGARANG E-BULETIN AHLI JAWATANKUASA KGMMB CAWANGAN SELANGOR 2023- 2026 MesyuaratKerjaBengkel PerancanganTakwim2024 V olu m e 1 / J U N 2 0 2 4 PENGERUSI HJ MASRON BIN MOHAMAD KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB) CAWANGAN SELANGOR BARISAN AJK TERTINGGI KGMMB CAWANGAN SELANGOR 5 Januari 2024 - Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Selangor telah mengadakan mesyuarat kali pertama bersama barisan ajk baharu bagi merancang aktiviti yang dapat memperkenalkan KGMMB dengan lebih meluas, di samping menarik lebih ramai ahli baharu. Mesyuarat telah diadakan di Nazirah Villa Homestay Klebang, Melaka dengan kehadiran 15 orang AJK. NAIB PENGERUSI ZAINAL AZILAN BIN BAHAROM SETIAUSAHA ROSLAN BIN SULAIMAN PENOLONG SETIAUSAHA NURAZWIDA BINTI ABDUL SAMAT BENDAHARI MOHD FAIZAL BIN PAUJI PENGARANG SITI NORMIZA BINTI KUNHAHAMU EDITOR SUHAINI BIN SAMSUDIN ZANARIAH BINTI WAHAB JURUFOTO MAHYUDDIN BIN MUSLIM NUR SHARTINA BINTI RAMLI PENGIKLANAN FADZIL BIN ZAKARIA @ MOHAMED SALEHUDDIN BIN ABDUL KADIR SHAHARUDDIN BIN MOHD SEBIRIN IBU PEJABAT KGMMB Bangunan KGMMB, No. 720, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur. 03-40455140 / 03-40430336 [email protected] www.kgmmb.net GRAFIK MOHD KHAIRULNIZAM BIN SALEH SHAHZIHAN SHAM BIN SABUDIN
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 PERANCANGAN AKTIVITI DAERAH Slot Pengenalan KGMMB PERASMIAN SEMINAR Slot ini dikendalikan oleh Cikgu Zanariah binti Wahab. Para peserta diberi pendedahan tentang sejarah penubuhan dan manfaat sebagai ahli KGMMB. Perasmian telah disempurnakan oleh Presiden KGMMB Kebangsaan iaitu Cikgu Juhari bin Mohamad Nor PJK. Beliau mengucapkan tahniah kepada KGMMB Cawangan Selangor kerana mempunyai bilangan ahli paling ramai dan cawangan pertama yang mengadakan seminar bagi Tahun 2024. Terdapat kejutan semasa majlis perasmian iaitu sambutan hari lahir peserta seminar bagi Bulan Februari. Wakil AJK Daerah juga menerima banner ‘Selamat Kembali Ke Sekolah’ bagi sesi 2024/2025 pada malam itu. PESERTA SEMINAR PEMBENTANGAN AKTIVITI DAERAH Seminar Pendidikan Guru KGMMB Cawangan Selangor telah diadakan pada 2 hingga 3 Februari 2024 di EDC Hotel, Kuala Lumpur melibatkan 61 orang peserta. Seminar ini bertujuan untuk merancang aktiviti daerah bagi menarik lebih ramai ahli KGMMB.
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 16 Mac 2024 - Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Selangor telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan kepada Wakil Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Hulu Selangor. Program ini juga merupakan kolaborasi bersama KRT Seksyen 2 Taman Semarak Bandar Utama Batang Kali yang turut membiayai sendiri kos berbuka puasa seramai 42 orang daripada 15/25 AJK. Kehadiran peserta seramai 187 orang. Presiden KGMMB Kebangsaan iaitu Cikgu Juhari bin Mohamad Nor PJK turut hadir. Terdapat juga beberapa individu yang hadir memberikan sumbangan peribadi kepada anak-anak yatim tersebut. Program ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim bersempena Bulan Ramadan yang mulia. Semoga menjadi pahala jariah kepada ahli-ahli KGMMB. Program ini bertempat di The Sireh Hall, Batang Kali. B E R B U K A P U A S A P E N Y E R A H A N S U M B A N G A N
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ ONLINE KGMMB Penyampaian hadiah kuiz telah dilaksanakan secara bersemuka semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri KGMMB di Klang pada 4 Mei 2024 melibatkan 25 orang pemenang. Kuiz Kenali KGMMB ini telah dijalankan secara online serentak satu Selangor pada 23 Mac 2024 selama 30 minit. Tujuan program ini diadakan untuk menyampaikan info-info berkaitan KGMMB dengan lebih meluas dan menarik melalui kaedah kuiz online. Host telah berkongsi iklan dan nota berkaitan soalan kuiz seminggu sebelum pertandingan untuk rujukan para peserta. Seramai 50 orang ahli KGMMB Negeri Selangor telah menyertai kuiz ini. Hadiah telah disampaikan oleh Presiden KGMMB iaitu Cikgu Juhari bin Mohamad Nor PJK.
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 04 Mei 2024 - Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Selangor telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SK1 Jalan Batu 3, Klang. Program ini diuruskan oleh AJK KGMMB Daerah Klang. Tetamu jemputan terdiri daripada Pegawai Kanan, AJK KGMMB Cawangan Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, Penerima Hadiah Kuiz Online Kenali KGMMB, Ahli KGMMB Daerah Klang, KEPTAN dan Guru-guru SK1 Jalan Batu 3. Program ini telah dirasmikan oleh Presiden KGMMB Kebangsaan iaitu Cikgu Juhari bin Mohamad Nor PJK. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan memperkenalkan KGMMB Cawangan Selangor kepada Komuniti Daerah Klang. Pelbagai juadah yang menarik telah disediakan seperti kambing golek 2 ekor, nasi impit, kuah kacang, rendang, sate, lemang, laksa, cendol dan kuih muih. BARISAN AJK KGMMB CAWANGAN SELANGOR
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 AKTIVITI MENGGAGAU IKAN KELI 09 Jun 2024 - Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Selangor telah mengadakan Lawatan Ukhwah ke Homestay Sg Hj Dorani, Sungai Besar. Program ini diuruskan oleh AJK KGMMB Daerah Gombak dan melibatkan ahli KGMMB Daerah Gombak seramai 26 orang. Tujuan program ini diadakan untuk merapatkan ukhwah antara ahli kGMMB Daerah Gombak dan AJK KGMMB Cawangan Selangor seramai 15 orang. Para peserta menaiki bas yang telah disediakan oleh KGMMB Cawangan Selangor di SMK Taman Desa Rawang. Pelbagai aktiviti kampung yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur : Menggagau ikan keli Tumbuk dan tampi padi 2 Sukaneka Menghias patung orang-orang Jamuan makan menu kampung Dalam perjalanan pulang para peserta telah dibawa singgah ke : Laman Choco Kilang kerepek & bahulu Semua peserta yang terlibat menerima t-shirt dan sijil penyertaan. Bayaran pakej juga ditanggung sepenuhnya oleh KGMMB Cawangan Selangor. TUMBUK & TAMPI PADI SUKANEKA HIAS PATUNG ORANG-ORANG P E S E R T AL A W A T A N
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 Kejohanan Boling Tertutup KGMMB Cawangan Selangor telah dijalankan pada 23 Jun 2024 di Alam Lanes Shah Alam. Program ini diuruskan oleh AJK KGMMB Daerah Gombak dan melibatkan 80 orang peserta. Penyampaian Hadiah Kumpulan Peserta terdiri daripada AJK KGMMB Cawangan Selangor, Ahli KGMMB Setiap Daerah, Jemputan 3 Negeri (Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka) dan juga KEPTAN. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Jafri bin Abu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau juga menyampaikan Sijil Pelantikan kepada 15 orang AJK KGMMB Cawangan Selangor Sesi 2023-2026. Penyampaian Hadiah Individu
E-BULETIN KGMMB CAWANGAN SELANGOR VOLUME 1 / JUN 2024 PENGERUSI HAJI MASRON BIN MOHAMAD JAWATANKUASA KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB) CAWANGAN SELANGOR 2023-2026 NAIB PENGERUSI ZAINAL AZILAN BIN BAHAROM SETIAUSAHA ROSLAN BIN SULAIMAN BENDAHARI MOHD FAIZAL BIN PAUJI PENOLONG SETIAUSAHA NURAZWIDA BINTI ABDUL SAMAT FADZIL BIN ZAKARIA @ MOHAMED AHLI JAWATANKUASA MOHD KHAIRULNIZAM BIN SALEH SALEHUDDIN BIN ABDUL KADIR MAHYUDDIN BIN MUSLIM NUR SHARTINA BINTI RAMLI SUHAINI BIN SAMSUDIN SHAHZIHAN SHAM BIN SABUDIN SHAHARUDDIN BIN MOHD SEBIRIN ZANARIAH BINTI WAHAB SITI NORMIZA BINTI KUNHAHAMU