TIPS KEKAL SELAMAT
MURID-MURID
SMK CONVENT
SEPANJANG CUTI AKHIR
TAHUN 2020
Gunakan MASA dengan baik
30 HARI = 720 JAM = 43, 200 MINIT
= 2,592,000 SAAT
untuk tujuan apa??
Perancangan yang bagaimana??
Atau
masa itu terus berlalu tanpa berbuat
apa-apa……
1. 2020 Flash back (input yang diperolehi,
pengusaan ilmu, nilai dan sikap, dll)
2. Bermuhasabah/ bertanya kepada penilaian
diri sendiri (kelemahan & kekurangan,
kelebihan & kekuatan)
3. Senaraikan matlamat jangka pendek (cuti 30
hari) dan matlamat jangka panjang (sesi
persekolahan dibuka 2021)
4. Laksanakan jadual rutin harian dan
peruntukan untuk mengulangkaji dan
melaksanakan kerja yang berfaedah.
BANGUN AWAL PAGI
Bersihkan diri
Tunaikan SOLAT (Islam) 5 waktu, kerana
solat DOA merupakan permulaan hari kita
Membuat perancangan harian yang
mendatangkan MANFAAT kepada diri.
Buat dan rancang JADUAL rutin harian
bermula hari pertama cuti persekolahan
BELAJAR/ ULANGKAJI/ LATIH TUBI
sekurang-kurangnya
2 MATAPELAJARAN =
2 jam X 2= 4 JAM
MENENGAH RENDAH
(BM, BI, SC, MATE, PI/MORAL/ BC, SEJ, GEO, RBT)
MENENGAH ATAS
[BM, BI, MM, SEJ, PI/MORAL, BC, ADDMATE,
FIZIK, BIO, KIMIA, PA, EKO, PERD, PSV]
BANTU IBU BAPA &
PENGURUSAN DI RUMAH
Membantu ibu bapa atau sentiasa disuruh
bukan suatu beban, malah tugasan ini
merupakan sebahagian dari rutin
(cuci baju, kemas rumah dan bilik,
menyapu/mengelap, memasak, menjaga
dan mengajar adik-adik yang masih kecil)
MELAKUKAN SENAMAN &
REKREASI
Lakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya
sejam/ sehari seperti bersenam atau aktiviti
yang boleh mengeluarkan peluh. Contohnya
berjogging dengan ahli keluarga, permainan
indoor, bermain badminton, bola, menanam
pokok dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.
KURANG PERMAINAN DAN
AKTIVITI GAJET
Elakkan penggunaan telifon bimbit/ gajet
terlalu lama. Penggunaanya disarankan antara
1.5- 2.00 jam sehari untuk berhubung
dengan rakan-rakan. Terhadkan juga
penggunaan gajet bagi tujuan berlaman sosial
terlalu lama dan bermain game. Elakkan
menonton video-video yang tidak berfaedah
dan terlarang sama sekali.
KEKAL DI RUMAH SEPANJANG
PENDEMIK COVID19/ PKP
Terhadkan keluar rumah sekiranya pendemik
Covid19 ini maih belum pulih sepenuhnya,
selain mengelakkan penyebaran virus. Duduk
di rumah dan isi masa dengan jadual rutin
serta hobi. Ambil masa untuk berkumpul
bersama ahli keluarga atau adik beradik
sekiranya ibu bapa keluar bekerja.
ELAKKAN BERHUBUNG DENGAN TEMAN
LELAKI SERTA MENJAGA MARUAH DIRI
Beringatkan bahawa usia muda kita untuk
mencari ilmu. Dinasihatkan agar tidak
mengambil kesempatan untuk berhubung atau
berjumpa dengan teman lelaki semasa ketiadaan
ibu bapa. AWAS, kejadian yang tidak diingini
boleh berlaku pada bila-bila masa dan elakkan
dari masalah sosial seperti (mengandung luar
nikah, melepak, dadah, rokok dll masalah sosial
yang lain) demi maruah diri serta keluarga.
MENJAGA MARUAH DIRI
Bukan sahaja bersama teman lelaki, anda juga
diingatkan agar tidak terlibat dengan masalah
dan aktiviti sosial yang negatif. Jagalah
maruah diri sebagai remaja perempuan yang
terpuji (Rohani, intelek, jasmani dan emosi).
Menjaga nama baik, diri, keluarga, masayarat
dan agama.
JAGA KESIHATAN DIRI DAN
KESELAMATAN
Sekiranya anda mempunyai sistem imunisasi yang
rendah, kekal untuk berada di rumah sepanjang
pendemik Covid19 dan ambil ubat sekiranya
perlu. Anda juga dinasihatkan agar tidak
menunggang atau membawa kenderaan tanpa
lesen memandu. Perkara yang tidak dijangka
boleh berlaku.
RUJUKAN/ BIMBINGAN
Rujuklah guru-guru atau ahli keluarga
terdekat untuk berkongsi masalah.
Rujuk guru-guru sekiranya perlukan
bimbingan pelajaran.
Rujuk rakan-rakan yang lebih mahir tentang
pelajaran atau berkongsi masalah.
AWAS, janganlah sesekaki merujuk masalah
kepada rakan lelaki/ teman lekaki
CATATAN DIARI
Catatan diari setiap hari penting agar anda
dapat memperbaiki diri.
Jika hari ini anda gagal melaksanakan rutin
dengan baik, mungkin esok akan jadi lebih
baik.
Gunakan kesempatan waktu untuk
memperbaiki diri dan tanam azam.
TAMBAH ILMU
Ambil kesempatan untuk menambah ilmu
asas kehidupan.
CONTOH: Jika anda gagal mengaji dengan
baik, ambil masa untuk memperbaiki atau
mempelajari.
Jika anda tidak mahir memasak atau tidak
pandai mengemas, gunakan masa untuk
bertanya ibu bapa anda.
CUTI-CUTI,
JAGA DIRI, MARUAH TERPUJI,
SENTIASA MENGHINDARI, WABAK DAN KEJI,
SEKIAN, TERIMA KASIH