The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahlashazila87, 2021-02-22 00:58:55

INFO 4

INFO 4

PENJAGAAN HAID

HAID

• Haid bermula antara umur 10 hingga 15 tahun. Haid boleh bermula
seawal umur 8 tahun dan selewat-lewatnya semasa berumur 16 tahun.
Haid adalah sebahagian dari proses perkembangan remaja untuk
menjadi dewasa, sebagai persiapan untuk peranan pembiakan dan
kehamilan. Namun, kebanyakan wanita memilih untuk tidak hamil
sehingga mereka berumur lebih daripada dua puluh tahun.

• Pada awalnya perdarahan haid mungkin sedikit. Pada sesetengah
remaja haid berlaku setiap bulan manakala pada remaja lain
mengalami kelewatan didatangi haid atau mengalami haid terlalu
kerap. Perkara ini adalah normal pada peringkat awal dan mengambil
sedikit masa sebelum kitaran haid mula menjadi tetap.





PENJAGAAN KEBERSIHAN
SEPANJANG HAID

• Remaja perlu menjaga kebersihan faraj dengan
membersihkannya setiap hari agar sentiasa bersih.
Elakkan menyembur pewangi serta menggunakan minyak
mandi yang mempunyai pewangi, mandian buih dan tuala
wanita yang mempunyai pewangi pada faraj.

• Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan,
keradangan yang teruk dan boleh menyebabkan jangkitan
pada pundi kencing dan saluran faraj.

• Gunakan air bersih untuk membersihkan faraj
terutamanya selepas haid.

• Gantikan tuala wanita setiap 4-5 jam sekali.

TUALA WANITA

• Tuala wanita sangat selesa dan tidak menyusahkan. Ingat!
Selalulah menukar tuala wanita agar tubuh sentiasa bersih
dan selesa.

• Sepanjang tempoh haid, gunakan tuala wanita, pelapik
seluar dalam (panty liner) untuk menyerap darah haid.

CARA MENGGUNAKAN TUALA
WANITA/ PAD

• Tuala wanita mempunyai pelbagai saiz, gaya, ketebalan dan ukuran.
Terdapat tuala wanita yang bersayap yang dilipat di tepi seluar dalam
untuk memberikan perlindungan yang lebih baik. Terdapat juga tuala
wanita yang lebih tebal dan panjang untuk penyerapan darah haid yang
banyak atau untuk kegunaan pada waktu malam.

• Pilih tuala wanita berdasarkan saiz badan anda, jumlah aliran darah haid
agar sentiasa selesa.

• Tuala wanita harus ditukar setiap 4 hingga 6 jam, atau setelah tuala wanita
penuh, atau apabila anda berasa tidak selesa untuk mengelakkan tuala
wanita terlalu basah danbocor. Tuala wanita yang bocor boleh
meninggalkan kesan darah pada pakaian dan menyebabkan situasi yang
memalukan. Sesetengah remaja menukar tuala wanita setiap kali mereka
membuang air kecil.

JENIS SAIZ TUALA WANITA/ PAD

PENGGUNAAN PANTY LINER

• Pelapik seluar dalam adalah lebih nipis dan
pendek berbanding tuala wanita. Gunakan pelapik
seluar dalam ketika aliran haid telah berkurang
atau apabila anda hanya mengalami tompokan
darah, iaitu semasa awal atau akhir kedatangan
haid.

SAKIT SENGGUGUT SEMASA HAID

• Remaja boleh mengalami
rasa sakit di bahagian
bawah abdomen
(senggugut) atau
punggung ketika haid
bermula. Keadaan ini
adalah normal dan boleh
dilegakan dengan
mengambil ubat penahan
sakit seperti paracetamol
atau menuam perut
dengan menggunakan
botol air panas.

SINDROM PRA HAID

• Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) adalah keadaan di
mana gadis atau wanita akan mengalami gangguan emosi dan
gejala fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala
hilang selepas kedatangan haid.

• Gejala biasanya datang dalam jangka waktu 1 hingga 2 minggu
sebelum kedatangan haid dan hilang bila haid bermula.

• Gangguan emosi dan gejala fizikal yang dialami ini boleh
menjejaskan kehidupan harian dan perhubungan penghidap.

• Sehingga kini, penyebab sebenar sindrom haid tidak di ketahui,
walau bagaimanapun, dipercayai banyak faktor yang
menyumbang kepada keadaan tersebut seperti faktor genetik
dan perubahan paras hormon yang berlaku pada kitaran haid.



GEJALA/ TANDA PRA HAID

• Ganguan emosi yang mungkin dialami
adalah cepat marah, murung, gelisah, berasa
letih, mengidam makanan manis, selera
makan meningkat atau berkurangan

• Gejala fizikal yang biasa dialami adalah
seperti senak perut, perut kembung, payu
dara membesar dan sakit, sakit kepala, mual
dan sakit belakang.

TINDAKAN KENDIRI

• Sila berjumpa doktor sekiranya anda merasakan masalah
ini mengganggu kehidupan harian anda.

• Adalah disyorkan anda boleh rekod gejala yang dialami
dalam kalendar haid anda untuk tempoh tiga bulan kitaran
haid, ini akan membantu doktor untuk membuat diagnosa
dan memberi rawatan dengan lebih berkesan.

DIAGNOSA & RAWATAN

• Biasanya doktor akan menemuduga, membuat
pemeriksaan serta melakukan ujian darah sekiranya perlu.

• Rawatan untuk sindrom prahaid adalah dengan
mengamalkan cara hidup sihat, meningkatkan kemahiran
diri untuk menangani stres dan makan ubat

• Doktor akan memberi ubat bergantung kepada gejala yang
anda alami, contohnya ubat penenang sekiranya anda
berasa gelisah, ubat penahan sakit untuk gejala sakit
kepala dan sakit belakang, ubat penahan muntah sekiranya
anda berasa loya.

• belakang, ubat penahan muntah sekiranya anda berasa
loya.


Click to View FlipBook Version