The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahlashazila87, 2021-03-17 00:08:12

INFO 15 TEKNIK BELAJAR PENGURUSAN MASA

INFO 15 TEKNIK BELAJAR PENGURUSAN MASA

TEKNIK BELAJAR
PENGURUSAN MASA

PENGENALAN

 Pengurusan masa bermaksud anda mampu
menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan
aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa
yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang
berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya
hidup yang sihat.

 Menguruskan masa melibatkan penggunaan
peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang
dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan penggunaan masa
anda. Pengurusan masa amat penting bagi
membantu remaja mengurus dan mengendalikan
masa dengan bijak dan bertanggungjawab.



GAGAL PENGURUSAN MASA

 Membazir banyak masa yang berfaedah
 Menjadi tidak produktif
 Mendapat stres
 Menjadi cemas dan bimbang
 Bertambah gusar dan mudah marah
 Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa

yang ditetapkan



14 TIPS
PANDUAN PENGURUSAN

MASA REMAJA

1. BUAT JADUAL HARIAN

CATATKAN:

 Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
 Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
 Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
 Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
 Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja

sekolah dan kerja rumah?

Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan
berapa banyak masa lapang yang anda ada dan
menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat
disempurnakan pada hari yang sama.

2. BUAT SENARAI MENGENAI PERKARA
YANG INGIN ANDA LAKUKAN.

Apabila anda hanya duduk menonton
TV beberapa jam atau tidak

melakukan apa-apa dan menjadi
bosan, gunakan senarai yang ada
untuk mengubah masa lapang anda
dengan melakukan aktiviti yang lebih

produktif.

3. TETAPKAN MATLAMAT TENTANG APA
YANG INGIN ANDA CAPAI.

Matlamat anda sasarkan mestilah
khusus. Sebagai contoh: ‘Saya ingin

belajar Matapelajaran Sejarah’
bukanlah satu matlamat;
sebaliknya

‘Saya ingin membuat ulangkaji
Matapelajaran Sejarah Bab 5’;

merupakan satu matlamat.
Hanya matlamat yang khusus mudah

dicapai dan dilaksanakan.

4. LAKSANAKAN RANCANGAN HARIAN

MENGIKUT KEUTAMAAN

Tetapkan keutamaan apabila anda
membahagikan aktiviti mengikut
kategori. Contohnya: ‘Menyiapkan
kerja sekolah adalah keutamaan’,

‘Melakukan senaman adalah
keutamaan’, ‘Bersiar-siar di pusat
membeli belah bukan keutamaan’.

5. TETAPKAN HAD MASA

Jika anda perlu menyiapkan kerja
rumah, tetapkan had masa. Pastikan

anda menyiapkan kerja tersebut
dalam had masa yang ditetapkan.

6. GUNAKAN DIARI

Diari atau jadual waktu dapat
membantu anda melakukan tugasan dan
mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia

juga turut membantu anda untuk
merancang aktiviti harian berdasarkan

apa yang mesti dibereskan. Secara
langsung, ia membantu anda untuk
menggunakan masa yang terluang
untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti

yang ingin dilakukan.

CONTOH JADUAL

HARI & 7.30- 12.30 1.30-3.00 4.00- 5.30 5.30- 6.30 8.00- 10.00
MASA PDPR
AHAD SIAPKAN LATIH TUBI RIADAH/ ULANGKAJI
PDPR TUGASAN/ SUBJ: SENAMAN SUBJ:……..
ISNIN PDPR ULANGKAJI GEOGRAFI
SELASA PDPR SUB:
RABU PDPR SEJARAH
KHAMIS

HARI/MASA 8.00- 10.00 10.30-12.30 1.30-3.30 4.30-6.00 8.00-10.00
JUMAAT
Membantu ibu Ulangkaji Latih Tubi Menonton tv/ Ulangkaji
SABTU bapa Subj:……. Subj:…… riadah Subj:…..
Topik:……… Topik: ……… Topik:…..

7. KEKALKAN RUTIN HARIAN ANDA

Mengetahui apa yang perlu
dibuat dan bila ia perlu

diselesaikan membolehkan anda
mencapai apa yang telah

disasarkan dengan lebih baik.

8. SIMPAN TUGASAN ATAU KERJA SEKOLAH
DI SATU TEMPAT.

Anda hanya akan membazir masa
jika perlu menyusun semula

tugasan yang ingin dibereskan.
Pembaziran ini dapat

dikurangkan jika anda boleh
menyimpan semua tugasan di

satu tempat agar ia boleh
dibereskan dengan cepat dan

mengurangkan stres.

9. JANGAN MELENGAH-LENGAHKAN KERJA
ANDA.

Berlengah itu pencuri masa. Anda
hanya membazir masa jika
melengah-lengahkan kerja.

10. SIAPKAN TUGASAN DENGAN BETUL &

SEMPURNA

Anda hanya membuang masa bila
tugasan tersebut perlu dibuat
semula.

HASIL PENGURUSAN MASA YANG

BERKESAN

 Lebih terurus
 Produktif
 Kurang tertekan
 Gembira
 Mempunyai banyak masa untuk
melakukan aktiviti yang lebih bermakna


Click to View FlipBook Version