SMK SULTAN ISMAIL
JOHOR BAHRU
NAMA : NUR DHABITAH BT AZHAMSHAH
KELAS : 1 ABQARI (2021)
NO IC : 08022201****
TAJUK TUGASAN : PENGURUSAN SISA
DOMESTIK DI KEMPAS BARU
ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
PENGHARGAAN 3
PENDAHULUAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 5
KAWASAN KAJIAN 6
KAEDAH KAJIAN 7
HASIL KAJIAN 8--14
RUMUSAN 15
RUJUKAN 16
LAMPIRAN 17-18
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada Tuan Razali Bin Tamadi kerana
memberikan galakan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan seperti ini. Juga
kepada guru Geografi saya , Puan Hanifah
Binti Jamaluddin atas budi bicara beliau
dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
PENDAHULUAN
Setiap murid tingkatan 1 wajib menyiapkan
kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi .
Saya telah diberi tajuk Kajian Tentang Sisa
Domestik , Satu Cabaran Untuk Melestarikan
Alam Sekitar di Kempas Baru . Saya memilih
untuk menjalankan kajian sisa domestik di
kawasan tempat tinggal saya iaitu di Kempas
Baru , Johor Bahru . Saya memilih Kempas
Baru kerana tempat ini merupakan tempat
tinggal saya . Oleh itu , lebih mudah untuk
saya menjalankan kajian di sini . Saya juga
mendapati terdapat penduduk di sini yang
suka melakukan pembakaran terbuka ,
membuang sampah merata tempat dan
berlaku pencemaran asap kenderaan . Faktor-
faktor ini membolehkan saya membuat
pemerhatian dan kajian yang lebih
menyeluruh untuk menyempurnakan tugasan
saya ini .
-OBJEKTIF KAJIAN-
Saya menjalankan Kajian Geografi dengan tujuan untuk
memenuhi objektif berikut :
- Memahami konsep sisa domestik.
- Menyata dan menghuraikan jenis sisa
domestik di Kempas Baru , Johor Bahru
- Mengenalpasti dan menghuraikan kesan
pembuangan sisa domestik di Kempas Baru ,
Johor Bahru .
- Menghuraikan cadangan untuk
mengurangkan kesan pencemaran sisa
domestik di Kempas Baru , Johor Bahru .
- Menghayati dan menerapkan nilai
kebersihan alam sekitar .
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kempas Baru ,
Johor Bahru . Saya memilih kawasan ini kerana kawasan
ini merupakan tempat tinggal saya . Dari segi latar
belakangnya , kawasan ini merupakan bandar pinggir
Johor Bahru , Johor . Jumlah penduduk di kawasan ini
kira-kira 7000-8000 orang dengan 82% penduduk terdiri
daripada orang Melayu , 10% orang Cina , 6% orang india
dan 2% kaum lain-lain .Menurut cerita lisan setempat ,
nama kawasan ini diambil sempana nama pokok iaitu
pokok Kempas yang kuat dan jati. Kempas terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Kempas Baru dan Kempas
Lama . Kawasan ini merupakan suatu tempat yang
dijajah oleh tentera Jepun pada zaman dahulu . Disini
juga terletaknya Sekolah Kebangsaan Kempas , SJKC
Kempas Baru dan Sekolah Agama Kempas Baru .
KAEDAH KAJIAN
1.Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas
kawasan perumahan saya , Kempas Baru .
Melalui pemerhatian , saya mendapati bahawa
terdapat pelbagai pencemaran yang berlaku di
kawasan ini .
2.Soal selidik
Selain itu , saya juga telah menggunakan
kaedah soal selidik kepada penduduk-
penduduk di kawasan ini . Saya telah
menyediakan borang soal selidik ini secara
“online” melalui google form . Hasil respon
dari mereka akan diubah kepada bentuk graf.
3.Rujukan
Saya telah membuat rujukan dan carian
melalui laman sesawang iaitu “wikipidea” ,
kamus dewan dan lain lagi . Dengan kaedah ini
saya dapat memahami apa yang dimaksudkan
dengan sisa domestik .
HASIL KAJIAN
1.Konsep dan tafsiran sisa domestik
Sisa Domestik ialah bahan-bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan
seperti sisa makanan , plastik ,kertas dan
bahan logam terpakai. Majoriti sisa domestik
berpunca daripada aktiviti harian manusia
dan selebihnya dari tindak balas semulajadi
alam sekitar .
Sisa buangan toksik pula seperti minyak
masak atau enjin , lebihan racun rumpai
atau serangga dan hampas organik. Sisa
domestik terdiri daripada sisa pepejal dan
sisa cecair.
2.Jenis-jenis sisa domestik sisa makanan
sisa kebun
Bahan
Organik
kertas
kaca Bahan Bukan
plastik Organik
tin
maksud bahan
organik
Bahan organik atau bahan semula jadi merupakan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati seperti kulit
ular dan daun yang mereput. Semakin bilangan hari
berlalu, bahan ini akan masuk ke dalam tanah. Bahan
ini boleh menghasilkan baja organik yang lebih baik
daripada baja kimia kerana tidak mengancam hidupan
yang lai
Bahan bukan organik adalah bahan mudah dan maksud bahan
kompleks, kecuali sebatian karbon organik.
Mereka terdiri daripada objek yang tidak bukan organik
bernyawa: tanah, udara, matahari. Sesetengah
adalah sebahagian daripada sel hidup. Beberapa
ratus bahan bukan organik diketahui.
3.Mengenal pasti punca berlakunya sisa domestik di
kawasan Kempas Baru .
Bilangan
Responden
Tafsiran Graf : Graf yang telah saya bina menunjukkan tentang
punca berlakunya pembuangan sisa domestik di kawasan
Kempas Baru . Setelah saya menganalisis keputusan borang soal
selidik ini , saya mendapati bahawa peratusan jumlah tertinggi
bagi masalah yang dihadapi oleh penduduk disini adalah kerana
sikap yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah
merata-rata iaitu sebanyak 12 responden (66.7%) . Di samping itu
, sebanyak 8 responden (44.4%) telah memilih malas ataupun
tidak endah . Manakala dua pilihan jawapan yang mendapat
jumlah responden yang sama iaitu kurang pengetahuan dan
tiada masa sebanyak 3 responden (16.7%) bagi setiap pilihan
jawapan .
4.Menyatakan kesan pembuangan sisa domestik di
kawasan Kempas Baru .
Saya juga telah menyatakan soalan tentang kesan
pembuangan sisa domestik yang dihadapi di
kawasan Kempas Baru pada borang soal selidik .
Kesan yang mendapat jumlah tertinggi
berdasarkan bilangan responden adalah
pembuangan sisa domestik ini menyebabkan
pencemaran bau dikawasan persekitaran rumah .
Kesan ini mendapat jumlah bilangan responden
sebanyak 55.6% iaitu 10 orang . Selain itu , saliran
tersumbat pula merupakan pilihan kedua
tertinggi bagi kesan pembuangan sisa domestk ini
yang mendapat sebanyak 38.9% iaitu 7 bilangan
responden . Punca penyakit pula mendapat
peratusan sebanyak 5.6% iaitu 1 orang sahaja .
Akhir sekali , tiada responden yang memilih
pencemaran air . Ini berkemungkinan tiada
pencemaran air yang berlaku akibat pembuangan
sisa domestik di kawasan ini .
5. Cadangan pengurusan sisa domestik secara
terancang di kawasan Kempas Baru
Penguatkuasaan undang-undang Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-
undang berkaitan dengan sisa domestik dengan
mengenakan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat . Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 627) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat untuk
menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik
. Dengan cadangan ini , penduduk kawasan akan
bertanggungjawab dalam menguruskan kebersihan
kawasan persekitaran rumah .
Penguatkuasaan undang-undang
Setelah melakukan soal selidik , saya mendapati
bahawa 3 dari 19 orang kurang pengetahuan
tentang pengurusan sisa domestik ini . Oleh itu ,
kita perlulah memupuk generasi muda
terutamanya dari peringkat awal dengan
melakukan program pendidikan tentang penjagaan
alam sekitar di sekolah . Mata pelajaran Geografi
dan Sains dapat memupuk kesedaran dalam
kalangan murid . Pelbagai aktiviti seperti kitar
semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti
tambahan di sekolah .
Pendidikan
Penerapan amalan 3R iaitu kurangkan
(Reduce) , guna semula ( Reuse ) , Kitar
Semula ( Recycle ) dapat mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik.
Masyarakat perlulah dididik untuk
memahami konsep amalan berkenaan .
Dengan ini , kita dapat mengelakkan
daripada membazir sumber-sumber
didunia .
amalan 3r
Loji Waste to Energy (WtE) merupakan
teknologi terkini yang mampu
mengurangkan sisa yang perlu dihantar
ke tapak pelupusan sehingga 85% .
Tekonologi WtE juga mampu
mengurangkan pencemaran bau
berbanding tapak pelupusan sedia ada .
Penciptaan pinggan daripada ubi kayu
dapat menggantikan pinggan polistirena
dan mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik. Oleh itu , kita dapat
mengurangkan pembuangan sisa Penggunaan Tekonologi
domestik yang tidak terancang di Terkini
kawasan persekitaran rumah kita .
-Rumusan-
Sesungguhnya kajian ini telah memberikan banyak
ilmu tambahan kepada saya . Melalui kajian ini ,
saya telah mengetahui tentang apa yang
dimaksudkan dengan sisa domestik . Selain itu ,
saya juga dapat mengenal pasti punca pencemaran -
pencemaran yang terdapat di kawasan ini . Sebagai
contoh pencemaran udara yang terhasil daripada
aktiviti manusia iaitu pembakaran secara terbuka ,
asap kenderaan dan lain lagi . Aktiviti ini akan
memberikan kesan yang negetif kepada alam
sekitar seperti jerebu , hujan asid dan peningkatan
suhu bumi . Walaubagaimanapun , terdapat
beberapa cadangan atau langkah yang boleh
dilakukan untuk mengurangkan pencemaran iaitu
penguatkuasaan undang-undang , mengadakan
kempen , pendidikan alam sekitar di kalangan
murid dan banyak lagi . Sebagai penduduk kawasan
ini , saya berharap agar penduduk kawasan disini
dapat mengambil berat tentang keadaan
persekitaran dan bekerjsama dalam menjaga
kebersihan kawasan perumahan .
Rujukan
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kempas
2.http://online.anyflip.com/jgoso/ijwc/m
obile/index.html
3.https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_do
mestik
4.https://ilabur.com/punca-pembuangan-
sisa-domestik/
5.https://quizlet.com/501149140/bab-13-
langkah-langkah-mengurangkan-kesan-
pembuangan-sisa-domestik-flash-cards/
Lampiran (pemerhatian)
Soal selidik (online)