The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLB-NUR AINA BATRISYIA BT MOHD SHEIKH SK SERI BEROLEH BATU PAHAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by berolehberseri, 2021-04-05 22:13:14

BUKU SKRAP-TOKOH NEGERI JOHOR

SLB-NUR AINA BATRISYIA BT MOHD SHEIKH SK SERI BEROLEH BATU PAHAT

Keywords: STUDENT LEADERS BOARD

SK SERI BEROLEH
KM 5 JLN KLUANG

PT HJ SIDEK
83000 BATU PAHAT

JOHOR

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

PROFIL DIRI

NAMA KELAS

NUR AINA 6
BATRISYIA BINTI IBNU SINA
MOHD SHEIKH
SEKOLAH
E-MAIL
SK SERI BEROLEH
[email protected] KM 5 JLN KLUANG
gmail.com
PARIT HJ SIDEK
83000 BATU PAHAT

JOHOR

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

PENDAHULUAN

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14,
kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang
mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis
dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor.
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528
dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke
Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah
Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai
Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

Biodata

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

NAMA
Mahiaddin bin Haji Muhammad Yassin

NAMA BAPA
Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad

TARIKH LAHIR
15 Mei 1947

UMUR
74 Tahun

TEMPAT LAHIR
Bandar Maharani Muar, Johor

ISTERI
Noorainee Abdul Rahman

ANAK
4 Orang

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

• Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani
dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta
Government English School di Muar (sekolah menengah).

• Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada
tahun 1968 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970).

• Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke
universiti, beliau tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau
genius.[8] Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan
kuat berusaha.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

• Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan
menghabiskan waktu dengan membaca. Beliau seolah-olah ketagih
membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai bidang
kursus yang diikutinya.

• Beliau mempunyai pengetahuan luas tetapi beliau tidak
memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah.

• Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar
dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa
berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat
dengan tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

LATAR BELAKANG KERJAYA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

SEKTOR AWAM
• Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan

Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan
kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).
SEKTOR KORPORAT
• Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau
untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di
beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor
Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp).

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

LATAR BELAKANG KERJAYA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

• Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah
memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd
sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana
Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity
Mal (Johor) Sdn Bhd.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

LATAR BELAKANG KERJAYA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

POLITIK
1. Memegang jawatan Ahli Parlimen Pagoh
2. Parlimen Malaysia 1978 (31 Julai 1978 - 29 Mac 1982)
3. Parlimen Malaysia 1982 (14 Jun 1982 - 19 Julai 1986)
4. Parlimen Malaysia 1995 (7 Jun 1995 - 10 November 1999)
5. Parlimen Malaysia 1999 (20 Disember 1999 - 4 Mac 2004)
6. Parlimen Malaysia 2004 (17 Mei 2004 - 13 Februari 2008)
7. Parlimen Malaysia 2008 (28 April 2008 - 3 April 2013)
8. Parlimen Malaysia 2013 (24 Jun 2013 - 6 April 2018)
9. Parlimen Malaysia 2018 (16 Julai 2018 – Kini)

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBANGAN & JASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

1. MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar
Pembangunan Belia Negara[41] pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga
menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat
sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan.
Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint
pembangunan Wawasan 2020.

Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998[42] sebaris dengan acara sukan peringkat dunia
yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan
Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak
penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBANGAN & JASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

2. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA MALAYSIA

• Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN & HEP),
Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.

• Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[43] yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu
telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

• Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti
perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Di bawah akta ini wujud Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia,[44] di bawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang
mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat tuntutan tidak melebihi daripada
RM25,000.00 sahaja.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBANGAN & JASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

3. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

• Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah
kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak
lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai
disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.

• Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu sehingga mendapat sambutan di luar
jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

• Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi
mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBANGAN & JASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

4. MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia).
Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas
memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya
supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak
seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia.
Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan
antarabangsa.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBANGAN & JASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

5. MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DAN MENTERI PENDIDIKAN I MALAYSIA

5.1 Pemansuhan PPSMI
Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains
yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai
di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

5.2 Sekolah Dalam Hospital
Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan
ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga
penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan
Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBANGAN & JASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

6. MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA

Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani
masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan
Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018. Selain daripada itu, satu program serah diri
secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar
pulang ke negara asal mereka.

7. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management). Semasa
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bercuti di Amerika Syarikat[49] sambil bermain golf
bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia
dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SURI TELADAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia ke-8

T T.O.Kerampil Amanah
Optimis A.B.A.H Berani
Adil
Keyakinan Holistik

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

PENUTUP / KESIMPULAN

Ketokohan yang dipamerkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang memegang
tampok pentadbiran negara amat mengagumkan . Kredibiliti yang dipamerkan pasti akan
dapat memancing hati murid-murid dan pelajar sekolah untuk lebih berani dan bersedia
dalam menempuh masa hadapan yang begitu mencabar. Beliau menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam menguruskan rakyat malaysia mengharungi saat sukar melawan virus
COVID-19. Beliau turut menunjukkan nilai empati apabila bersedia menjalankan
beberapa Pakej ransangan ekonomi yang dilihat banyak membantu rakyat.

TAHNIAH DAN SYABAS TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TERIMA KASIH….PERMATA SELATAN

STUDENT LEADER BOARD

BUKU SKRAP DIGITAL – TOKOH NEGERI JOHOR

SUMBER RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/06/697804/keberanian-
pm-laksana-pkp-berhasil-kawal-covid-19-dr-noor-hisham

https://www.google.com/search?q=MUHYIDDIN+YASSIN&client=firefox-b-
d&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiNkp7A6N_vAhU78HMBH
a4_B3MQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1680&bih=936#imgrc=8Q3aa1bhqazV
KM

https://www.youtube.com/watch?v=lDcZjqoBmjM


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU SKRAP-TOKOH NEGERI JOHOR
Next Book
EKA WULANDARI 1183111094- MODUL PENG BAHAN AJAR & MEDIA PKN DI SD- PGSD REG E 2018