The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLB- ANIL ANIQ B AZMI SK SERI BEROLEH BATU PAHAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by berolehberseri, 2021-04-05 22:12:20

BUKU SKRAP-TOKOH NEGERI JOHOR

SLB- ANIL ANIQ B AZMI SK SERI BEROLEH BATU PAHAT

Keywords: STUDENT LEADERS BOARD

Buku Skrap Sejarah

Tajuk :

Tokoh Pemimpin
Negeri Johor

( Sultan Abu Bakar )

Disediakan Oleh :
Aqil Aniq Bin Azmi

BIODATA SAYA

Nama Peserta : Aqil Aniq Bin Azmi

Kelas : 5 Ibnu Sina

Alamat E-mail : [email protected]

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh

Alamat Sekolah: Batu3 Jalan Kluang 83000, Batu
Pahat,Johor Darul Ta’azim

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR i

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

• Pendahuluan 4

• Biodata Tokoh Pemimpin 5

• Pendidikan Sultan Abu Bakar 6

• Kerjaya Sultan Abu Bakar 7-9

• Sumbangan Sultan Abu Bakar 10-14

• Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi 15

• Penutup / kesimpulan 16

• Sumber rujukan 17

• Lampiran Gambar 18-19

. ii

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR

1. PENDAHULUAN

Buku skrap digital ini dinukilkan untuk mencari maklumat mengenai seorang tokoh pemimipin negeri Johor
iaitu Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Dalam usaha saya memperolehi maklumat ini, saya telah dapat menamabah pengetahuan mengenai tokoh-tokoh
kepimpinan yang lain, selain telah menambahkan minat saya kepada subjek sejarah lebih-lebih lagi mengenai sejarah
negeri yang saya cintai ini.

Pada hikmah saya, subjek sejarah amat penting dan wajib dipelajari oleh setiap murid kerana ia berupa
sebuah lembaran yang boleh dijadikan panduan keatas kejadian masa lalu tidak kira samada perkara yang baik atau sebaliknya.

Sebagai manusia yang diberikan akal untuk menilai semestinya rujukan-rujukan kisah silam akan dijadikan panduan agar
perkara yang akan dilakukan mendatang lebih sempurna.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

2. BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Nama : Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim
Shah Ibni Al-Mahrum Dato’Temenggung
Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim

Nama : Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Ayahanda
Nama : Cik Ngah
Bonda
Pasangan : Wan Chik binti Muhammad Tahir

Zubaidah binti Abdullah
Fatimah binti Abdullah
Khadijah Khanum
Anakanda : Tunku Ibrahim Iskandar
Tunku Mariam , Tunku Putri
Tunku Azizah & Tunku Fatimah
Keputeraan : 3 Februari 1833, Teluk Belanga, Singapura

Kemangkatan : 4 Jun 1895 (umur 62) Bailey’s Hotel, South
Kesington, London, United Kingdom

Dimakamkan : 7 September 1895 Makam Diraja Bukit
Mahmoodiah, Johor Bahru

Pemerintahan : 13 Februari 1886 – 4 Jun 1895
Agama : Islam

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

3. PENDIDIKAN 1

Semasa kecil beliau telah diasuh berkenaan adat istiadat Melayu dan agama Islam
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Belanga Singapura , dikendalikan oleh Reverend
Belanga Peach Keasberry yang bercirikan pendidikan Barat.
Baginda sangat fasih berbahasa Inggeris
Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk
mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara.
Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British.
Pergaulan beliau amat luas dan bijaksana sehingga menjadi akrab dengan Ratu Victoria, penguasa
Great Britain pada masa itu.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR

4.0 KERJAYA PEMERINTAH

Ciri-ciri pemerintahan moden diasaskan oleh ayahanda beliau iaitu Temenggong Daeng Ibrahim bermula pada tahun1825
hingga 1862.

Pada ketika itu sultan Johor yang memerintah ialah Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah yang dilantik pada
tahun 1835 sehingga 1877 iaitu Sultan Johor ke-19

Pada tahun 1851 iaitu seawal usia 18 tahun, ayahanda Abu Bakar telah mula mewakilkannya untuk membantu dalam urusan
pentadbiran , perundingan dan diplomatik

Pada usia beliau 24 tahun iaitu pada tahun 1857 berlaku perang saudara diantara negeri Johor dengan Pahang dikenali sebagai
Perang Bendahara. Sengketa ini telah dapat dimakmurkan melalui perjanjian perdamaian dan perkahwin Abu Bakar dengan
anak perempuan Tun Mutahir selaku Raja Bendahara yang memerintah negeri Pahang dari tahun 1847 sehingga 1863.
Dilantik sebagai Temenggong

Setelah kemangkatan ayahadanya, Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggung Johor dari tahun 1862 dengan gelaran
awal Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

4.1 KERJAYA PEMERINTAH

Datuk Temenggong telah meluaskan pemerintahan ke seluruh wilayah Johor setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877 . Beliau
ditentang oleh Tengku Alam anakanda kepada Sultan Ali yang sepatutnya mewarisi tahkta ayahandanya.

Perang saudara sekali lagi meletus pada tahun 1879 di Jementah Johor akibat tidak kepuasan hati ke atas penyerahan daerah Muar kepada
Abu Bakar

Sebagaimana di riwayatkan dalam sejarah, pemerintahan Sultan Ali lebih merupakan kepimpinan boneka dan hanya berperanan kecil di
dalam pentadbiran negeri, manakala pengaruh Temenggung dan British lah yang memegang tampok kuasa utama.
Dilantik sebagai Maharaja

Dengan kebijakasaan dan hubungan diplomatk yang baik, Ratu Victoria penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah
mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar pada tahun 1868.

Selain gelaran Maharaja Johor, Ratu Victoria England juga berkenan untuk mengurniakan gelaran bintang 'Knight Commander Of The Star
Of India' kepada baginda.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

4.2 KERJAYA PEMERINTAH

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British
mengiktiraf Johor sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Oleh itu Maharaja Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor
dan memakai gelaran Maharaja Abu Bakar Al Khalil pada 1 Julai tahun 1886.

British juga meletakkan kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura. Ini memberikan kelebihan
kepada baginda untuk berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi. Kedudukan ini
memberikan kesan positif kepada pentadbiran baginda.

Pada kedudukan ini Kesultanan Johor berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor walaupun Sultan Abu Bakar bersetuju
menerima seorang Konsul British tetapi bukan bertaraf Penasihat British.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

5.0 SUMBANGAN

Antara langkah pemodenan yang dilaksanakan Sultan Abu Bakar ialah memodenkan pentadbiran Johor dengan
mengadakan perkhidmatan pos , hospital, sekolah dan Jabatan Kerja Raya dalam usaha untuk menjaga kebajikan
rakyat

Keamanan negeri turut dititik beratkan dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera serta menubuhkan
mahkamah

Temenggung Abu Bakar sememengnya seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah
memajukan serta mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi
dengan kerajaan Riau-Lingga pada 1 Januari 1866

Selain England, baginda juga melawat Itali dan Turki pada tahun 1893 untuk meluaskan hubungan diplomasi.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

5. 1 SUMBANGAN

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar
Bapa Johor Moden.

Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai
penasihat

Untuk memakmurkan ekonomi, Johor meneruskan Sistem Kangcu yang diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim. Sistem
ini bermula apabila Temenggong Daeng Ibrahim mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina yang
bernama Lau Lib Keng, pada 9 Oktober 1844. 'Kangchu' adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina,
manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah sungai.

Surat Sungai itu telah memulakan penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor dan bermulalah penanaman gambir
dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu. Kesannya Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia.

Jika kita mengkaji sejarah perlembagaan moden di Tanah Melayu, maka kita akan dapati Johor adalah negeri terawal
memperkenalkan perlembagaan moden di negara ini.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

5.2 SUMBANGAN

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar
Bapa Johor Moden.

Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai
penasihat

Untuk memakmurkan ekonomi, Johor meneruskan Sistem Kangcu yang diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim. Sistem
ini bermula apabila Temenggong Daeng Ibrahim mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina yang
bernama Lau Lib Keng, pada 9 Oktober 1844. 'Kangchu' adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina,
manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah sungai.

Surat Sungai itu telah memulakan penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor dan bermulalah penanaman gambir
dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu. Kesannya Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia.

Jika kita mengkaji sejarah perlembagaan moden di Tanah Melayu, maka kita akan dapati Johor adalah negeri terawal
memperkenalkan perlembagaan moden di negara ini.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

5.3 SUMBANGAN

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar
Bapa Johor Moden.

Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai
penasihat

Untuk memakmurkan ekonomi, Johor meneruskan Sistem Kangcu yang diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim. Sistem
ini bermula apabila Temenggong Daeng Ibrahim mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina yang
bernama Lau Lib Keng, pada 9 Oktober 1844. 'Kangchu' adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina,
manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah sungai.

Surat Sungai itu telah memulakan penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor dan bermulalah penanaman gambir
dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu. Kesannya Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia.

Jika kita mengkaji sejarah perlembagaan moden di Tanah Melayu, maka kita akan dapati Johor adalah negeri terawal
memperkenalkan perlembagaan moden di negara ini.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

5.4 SUMBANGAN

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor adalah satu himpunan undang-undang yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri
Johor. Kewujudannya menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
Undang-undang itu telah dimasyhurkan selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar, iaitu pada 14 September 1895 oleh anakanda
baginda, Sultan Ibrahim.

Sebahagian perkara yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor itu ialah Sultan tidak boleh menyerahkan
Johor kepada kuasa asing. Ini dinyatakan dalam Fasal 15 yang melarang raja yang memerintah menyerahkan atau membuat
sebarang perjanjian menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian daripada negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa Eropah
atau bangsa lain. Jika itu yang berlaku maka raja berkenaan disifatkan telah melakukan dosa dan rakyat tidak diwajibkan lagi
memberikan taat setia kepada baginda.

Undang-undang itu juga menyatakan bahawa Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri perlu ditubuhkan.
Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati Sultan dalam pentadbiran.
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri juga terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

6.0 NILAI KEPIMPINAN UNTUK DICONTOHI OLEH GENERASI KINI

Kesultanan Johor moden bermula dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895), diikuti dengan Sultan Ibrahim (1895-
1959), Sultan Ismail (1959-1981), Sultan Iskandar (1981-2010) sehinggalah sekarang ini, iaitu Sultan Ibrahim. Sultan Abu Bakar
menaiki takhta Johor pada tahun 1862, selepas kemangkatan ayahandanya. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggong Abu
Bakar Seri Maharaja Johor

Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar melaksanakan program pemodenan dalam pentadbirannya menjadikan Johor negeri Melayu
terakhir menerima Penasihat British berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Dasar persahabatan dengan British
yang diamalkan baginda berjaya mengekalkan kedaulatan negeri itu sehingga tahun 1914.

Baginda mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan Johor. Antara langkah yang baginda lakukan ialah mengadakan
hubungan baik dengan Britain. Baginda sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan
Johor. Pada tahun 1868 baginda melawat dan menghadap Ratu Victoria di England. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran
bintang 'Knight Commander Of The Star Of India' dan Maharaja Johor kepada baginda.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

7.0 PENUTUP/KESIMPULAN

Dengan usaha dan sumbangan-sumbangan Sultan Abu Bakar berkenaan, baginda berjaya membawa banyak perubahan dalam
pentadbiran dan pembangunan Johor sehingga British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor. Malah, undang-undang yang
diperkenalkan di Johor itu berjaya mewujudkan keharmonian di negeri itu.

Sepanjang pemerintahan baginda tidak berlaku kekacauan dalam kalangan orang-orang Cina di Johor berbanding apa yang berlaku
di negeri Melayu yang lain, khususnya Perak dan Selangor.

Kesimpulannya, sejarah tanah air mencatatkan bahawa pada separuh kedua abad ke-19, Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor
negeri yang moden dan stabil berbanding negeri Melayu Pantai Barat seperti Selangor dan Perak.

Mengikut Rupert Emerson seorang profesor sains politik dan hubungan antarabangsa Universiti Harvard , kemerdekaan Johor pada
asasnya adalah hasil daripada kebijaksanaan dan kematangan politik Sultan Abu Bakar. Baginda dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sosiopolitik yang berubah ketika itu.

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

8. RUJUKAN

SUMBER INTERNET

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim#Salasilah
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/44028/kesultanan-johor-pencetus-amalan-birokrasi-moden
http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/kepentingan-sejarah-kepada-manusia-dan.html
http://anyflip.com/toibk/jdcj/basic

SUMBER BUKU
SEJARAH BUKU- Kaitannya dengan Negeri Melayu (SHAHAROM HUSSEIN)

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 1

9. LAMPIRAN Temenggong Tun Daeng Ibrahim
GAMBAR
8 / 9 / 1810 ~ 18 / 2 / 1862
Turutan Pemerintahan
Moden Negeri Johor Sultan Sir Abu Bakar ibni
Almarhum Temenggong Seri
Maharaja Tun Daeng Ibrahim

3 / 2 / 1833 ~ 4 / 6 / 1895

Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al-

Khalil Ibrahim Shah

17 / 9 / 1873 ~ 8 / 5 / 1959

Sultan Sir Ismail Al Khalidi Ibni Al-Marhum
Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur

28 / 10 / 1894 ~ 10 / 5 / 1981

Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-
Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi

8 / 8 / 1932 ~ 22 / 2 / 2010

Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Iskandar

22 /11 / 1958 ~ kini

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR 13

Mercu Tanda Bangunan Sultan Abu Bakar Muar
Bangunan
- bangunan Pejabat Daerah Muar
Sultan Abu Bakar - di bina tahun 1884

Seklah Keb.Sultan Abu Bakar 14

- bangunan Pejabat Daerah Muar
- di bina tahun 1939

Mesjid Sultan Abu Bakar

- mesjid negeri Johor, Johor Bahru
- di bina tahun 1990

Maktab Sultan Abu Bakar

- bangunan Pejabat Daerah Muar
- di bina tahun 1914

TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR


Click to View FlipBook Version