JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI PENGERUSI EN. NAZARUDDIN BIN MOHD TAIB TIMBALAN PENGERUSI TN HJ. SUHAJANAZER BIN SUBOH NAIB PENGERUSI I EN. MOHAMAD ZAHAR BIN ZAKARIA NAIB PENGERUSI II PN. NORLIZA BINTI ABDUL JABAR SETIAUSAHA CIK. NOR ASIAH BINTI MOHD ZAID KETUA EDITOR EN. MUHAMMAD SHAMIM BIN ZULKEFLI PENOLONG KETUA EDITOR: EN. MOHD IRFAN BIN ARIFIN AHLI JAWATANKUASA GRAFIK: CIK. NUR ATIKAH BINTI MOHD RAZAK DOKUMENTASI: CIK. NADZIRAH MUNIRAH BINTI RAMLI PASUKAN MEDIA: EN. MUHAMMAD SHAMIM BIN ZULKEFLI SIDANG REDAKSI: MUHAMAD ZULKAIRIM BIN ZULKIFLI (K) RADIN DANIEL IQRAM BIN RADIN KHAIRUL FAUZI HASHRI IRSYAD BIN HASRIDZUAN AIEMAN EUSOFF MIRZA BIN BADRON
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. KATA-KATA ALUAN 3-9 2. GURU-GURU SMK SAINT JOSEPH 10 3. GURU KANAN MATA PELAJARAN 11 4. STAF SOKONGAN 11 5. SIDANG REDAKSI 12 6. PROFAIL GURU 13-14 7. PENCAPAIAN AKADEMIK SPM 15-18 8. PENCAPAIAN AKADEMIK PBD 19-20 9. LAPORAN HEM 21-22 10. PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN 23-28 KOKURIKULUM 11. PANORAMA SEKOLAH 29 12. DIARI GEMILANG 30-49 13. BADAN EKSEKUTIF 50-53 14. UNIT BERUNIFORM 54-57 15. KELAB DAN PERSATUAN 58-65 16. SUKAN DAN PERMAINAN 66-69 17. RUMAH SUKAN 70-72 18. ALBUM KELAS 73-83 19. SEKALUNG PENGHARGAAN 84 20. AUTOGRAF 85
SEKAPUR SIRIH MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA YB FADHLINA BT SIDEK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murld, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut klta sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam sllibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensl untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan lnl, saya juga ingln merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendldikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalul siriÂsirl pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidlkan terus lstiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarlan pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan {karamah lnsanlah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala Jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya, "MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA“ 3
SEKAPUR SIRIH KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA DATUK HJ PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam Merakam pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah lnsaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan 'it takes a village to raise a child’. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amanya. 4
SEKAPUR SIRIH KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR MD SAID BIN DAIMON Assallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada tahun 2023 ini. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan penghargaan saya. Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya sidang edaksi yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi tahun 2023. Tahun 2023 adalah tahun untuk melakar sebuah wajah baharu pendidikan Malaysia dan akan dilakukan hasil kerjasama peringkat pakarpakar pendidikan di segenap lapisan bagi mencapai ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luaran untuk mengenal watak dan kebitaraan sesebuah sekolah. Selain memaparkan aktiviti dan pencapaian pada tahun semasa. Majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura iklim serta budaya sekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga sekolah dan sidang redaksi bagi merealisasikan penerbitan majalah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johar, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah pada tahun-tahun yang mencabar ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang maju berteraskan semangat bersatu padu, progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini, kita harus meningkatkan kualiti serta memberi fokus kepada kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Aspek akademik, sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan. Justeru itu, guru-guru diharapkan dapat memberi fokus kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha melahirkan "Anak Baik Lagi Cerdik". Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang diusahakan oleh murid hasil bimbingan daripada guru-guru dengan tujuan mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan satu dokumen yang berharga pada masa akan datang untuk melihat dan mengungkap kembali kejayaan serta perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah. Pastinya murid-murid dengan bantuan dan bimbingan guru telah memperoleh idea baharu dengan menggabungkan aspek kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan sebuah majalah yang bermutu. Dalam mencapai aspirasi yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Bersesuaian dengan gerak kerja Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu Pendidikan Holistik Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan. Nilai-nilai ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji. lntegrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki perlu diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri murid terus unggul bagi menghadapi arus globalisasi perdana yang kian mencabar. Akhir kata, saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru-guru, pihak berkepentingan dan pihak swasta terus membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia khususnya negeri Johar berada di puncak kegemilangan. Semoga inti pati yang terkandung dalam majalah sekolah ini membuktikan aspresiasi pihak sekolah dalam mencipta sebuah ekosistem pendidikan yang harmoni agar Malaysia Madani dapat direalisasikan. "MALAYSIA MADAN!" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 5
SEKAPUR SIRIH PENGETUA SMK SAINT JOSEPH (B) EN NADZARUDDIN BIN MOHD TAIB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera kepada semua warga SMK Saint Joseph (B). Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama semula pada tahun 2023. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli sidang redaksi tahun 2023 kerana telah berjaya menjalankan tugas mereka untuk menghasilkan majalah Gemilang. Mutakhir ini, banyak perubahan yang berlaku dalam SMK Saint Joseph (B) terutamanya pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum yang sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah ini. Lantaran itu, perkara yang membanggakan ini wajar diisi di dalam majalah Gemilang bagi tatapan kepada semua pihak sama ada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar sendiri. Saya berharap pencapaian ini akan terus berkekalan sehingga dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang tertinggi. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang banyak berbakti dari segi masa, tenaga mahupun kewangan kepada sekolah ini. Banyak perubahan yang telah berlaku terhadap sistem pendidikan di negara ini akibat daripada penularan Covid-19 dan telah menjadi pancaroba kepada kita sebagai seorang pendidik. Namun, saya amat yakin dan percaya akan kemampuan guru-guru dalam membimbing anak murid di sekolah ini. Oleh itu, saya berharap agar guru-guru dapat menjalankan tugas dengan penuh komited, berdedikasi dan berintegriti agar impian dan cita-cita sekolah tercapai. Selain itu, saya berharap agar sekolah ini sentiasa mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Saya juga berharap agar peningkatan penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memastikan SMK Saint Joseph (B) mampu bersaing dengan sekolah-sekolah berprestij. Akhirulkalam, ribuan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga SMK Saint Joseph (B) yang setia berbakti. Saya sentiasa mendoakan agar sekolah ini terus menjadi yang terbaik. 6
SEKAPUR SIRIH YANG DIPERTUA SMK SAINT JOSEPH (B) EN RAZAK BIN ISMAIL Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi sekolah kerana memberikan saya kesempatan untuk mewakili para ibu bapa untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah Gemilang bagi tahun 2023. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Penerbitan majalah sekolah penting sebagai bukti penglibatan murid dalam mengharumkan nama sekolah melalui bukti-bukti bergambar yang melibatkan penglibatan yang disertai oleh murid sama ada dari bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Di samping itu juga, ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan kenangan bagi warga sekolah di masa hadapan. Adalah menjadi harapan sekolah agar penerbitan majalah tahun ini akan menjadi suatu dokumen yang penting di dalam lakaran sejarah SMK Saint Joseph (B). Oleh itu, peranan PIBG akan menyokong dan membantu warga sekolah dalam meningkatkan pencapaian dan kejayaan sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Oleh itu, saya berharap agar pihak sekolah akan terus berusaha untuk melahirkan murid-murid yang berkarisma dan berakhlak mulia serta berpendidikan yang dapat membanggakan sekolah ke peringkat yang tertinggi. 7
SEKAPUR SIRIH KETUA PENGAWAS SMK SAINT JOSEPH (B) LUQMAN NURAZEMM BIN MD.HASNOL Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi sekolah kerana memberi ruang kepada saya untuk berbicara sepatah dua kata didalam majalah kebanggaan kita ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak khususnya pengawas sendiri sepanjang saya menjalankan tugas sebagai ketua pengawas SMK Saint Joseph (B) ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nadzaruddin Bin Mohd Taib iaitu Pengetua SMK Saint Joseph (B) kerana memberi mandat kepada saya untuk menjadi ketua pengawas pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada guru Cikgu Arvanee Bin Md Jani iaitu selaku guru pengawas yang telah memberikan tunjuk ajar, dorongan dan bimbingan kepada saya untuk menjadi ketua yang berintegriti dan dedikasi. Sesungguhnya, dalam perkembangan teknologi maklumat pada era globalisasi serta dunia tanpa sempadan ini, sememangnya saya berasa bangga berada di sekolah yang indah ini, apatah lagi saya diberi tugas dan tanggungjawab yang besar sebagai ketua pengawas untuk memimpin semua pelajar bagi memartabatkan disiplin sekolah. Saya berasa bangga kerana dapat membantu serba sedikit dalam menangani masalah disiplin dalan kalangan pelajar. Melalui Kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan pengawas, tugas yang diamanahkan itu terlaksana jua sepenuhnya. Akhir kata, saaya ingin memohon maaf sekiranya saya melakukan kesalahan sepanjang saya menjawat jawatan sebagai ketua pengawas dan sepanjang saya menjadi pelajar di SMK Saint Joseph (B) ini. Saya juga berharap ketua pengawas tahun hadapan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik berbanding tahun ini. Sekian, terima kasih 8
9 SEKAPUR SIRIH KETUA EDITOR MAJALAH SMK SAINT JOSEPH (B) MUHAMAD ZULKAIRIM BIN ZULKIFLI Assalamualaikum w.b.t dan salam Sejahtera Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya majalah tradisi SMK Siant Joseph (B) iaitu Majalah Gemilang bagi tahun 2023 telah Berjaya disiapkan untuk menjadi tatapan seluruh warga SMK Saint Joseph. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nor Asiah Binti Mohd Zaid dan Cikgu Mohamad Shamim Bin Zulkefli selaku guru penasihat majalah sekolah kerana telah memberi kepercayaan kepada saya mejadi ketua pengarang bagi tahun 2023. Majalah ini tidak dapat diterbitkan jika tiada komitmen dan sokongan daripada warga Senjo. Sebagai ketua pengarang saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga kami berjaya menerbitkan majalah ini. Motif utama penerbitan Majalah Gemilang 2023 adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat terpendam pelajar SMK Saint Joseph menerusi minda kreatif penyeri gemilang. Akhir bicara, saya bagi pihak Pengawas Media menysusn sepuluh jari memohon maaf jika ada melakukan kesilapan sepanjang kami menjalankan tugas penerbitan Majalah Gemilang 2023.
jjjyggh GURU-GURU SMK SAINT JOSEPH (B) 10
GURU KANAN MATA PELAJARAN STAF SOKONGAN 11
MUHD. ZULKAIRIM BIN ZULKIFLI AIEMAN EUSOFF MIRZA BIN BADRON RADIN DANIEL IQRAM BIN RADIN KHAIRUL FAUZI HASHRI IRSYAD BIN HASRIDZUAN SIDANG REDAKSI 12
PROFIL GURU 13
14
PERBANDINGAN KEPUTUSAN SPM PENCAPAIAN AKADEMIK-SPM 94.03 83.82 81.16 6.05 5.52 5.46 4 4.5 5 5.5 6 6.5 70 75 80 85 90 95 2020 2021 2022 KEPUTUSAN SPM 2020 – 2022 Peratus GPS 15
ANALISIS SPM 16
97.01 94.03 89.55 92.45 78.57 70.15 92.42 100 26.09 91.67 94.12 100 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 BM SJ BI PI PM MA SN PSV MT PN PA GKT GRAF PERATUS LULUS SPM 2022 4.76 5.3 5.52 4.66 5.57 6.63 5.35 3.3 8.3 6.38 5.53 4.5 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 BM SJ BI PI PM MA SN PSV MT PN PA GKT GRAF GRED PURATA SPM 2022 17
PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2022 1.RISSHEE A/L KANNAN - 3[A+] 4[A] 1[B+] 1[C+] 2.MUHAMMAD IZZUDDIN THAQIF BIN RUSLAN - 3[A+] 2[A] 1[A-] 1[B] 1[E] 3.KHAI RYU NABIL BIN MOHD RIZAL - 4[A] 2[A-] 1[B+] 1[C] 4.SHAZWAN BIN HISHAM - 3[A] 1[A-] 2[B+] 1[C+] 1[G] 5.HAKESH DEV A/L SUKUMARAN - 1[A+] 1[A] 2[A-] 3[B+] 1[G] 6.MUHAMMAD AMMAR ARIFF BIN ROSLI -1[A+] 3[A] 2[B+] 2[C+] 7.ADAM ISKANDAR BIN ZAINAL DIN - 3[A-] 3[B+] 1[B] 1[G] 8.AHMAD HAFIZ BIN ABDUL HALIM - 1[A] 2[A-] 4[C+] 1[D] 9.MUHAMMAD IMAN YUSOF BIN MOHD RAIS - 1[A+] 2[A-] 3[B+] 1[B] 1[C+] 18
PENCAPAIAN AKADEMIK-PBD 19
20
LAPORAN PROGRAM HEM 21
22
PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM 23
24
25
26
27
28
PANORAMA SEKOLAH
SMK SAINT JOSEPH (B) DIARI GEMILANG 30
PROGRAM JOM KE SEKOLAH 31
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 32
PERKHEMAHAN PERDANA 33
34 PENDAFTARAN TINGKATAN 1 MAJLIS PERPISAHAN GURU
35 MAJLIS PERSARAAN GURU & STAF
10 MINIT BERSAMA BUKU 36
IHYA RAMADHAN 37
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA 38
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2022 39
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 40
MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 41
ANUGERAH KECEMERLANGAN 42
BAHAS ALA PARLIMEN 43
HARI SUKAN NEGARA 44
SOLIDARITI PALESTIN 45
HARI KEJOHANAN SUKAN 46
BULAN KEMERDEKAAN 47
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 48
PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE 49