The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vinthiyae, 2024-04-16 10:38:21

LANGKAH DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

E-FOLIO ETIKA DAN PERABADAN

1 PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA HORMAT m e m p u ny ai p a n d a n g a n y a n g tin g gi t e r h a d a p s e s e o r a n g ADIL M e n e p a ti h a k s e s e o r a n g a t a u s e s u a t u


KOD SUBJEK : MPU21072 NAMA PENSYARAH: AHMAD SYU'AIB BIN ZUKHRI NAMA AHLI : 1. MYRA KHADEEJA BINTI ZAHARI (33DTM23F2023) 2. NISHA INIZA BINTI MOHAMED DON (33DTM23F2008) 3. NUR UMAIRAH AQILAH BINTI ROSLI ( 33DTM23F2026) 4. NURADZLIN WAHIDA BINTI ABDULLAH (33DTM23F2017) 5.VINTHIYA A/P ELENGOVAN (33DTM23F2002) 2 LANGKAH DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA NAMA SUBJEK : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. MUKA DEPAN 1 - 2 2. PENGHARGAAN 4 3. PENGENALAN 5 4. LANGKAH MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 6 - 15 5. FAKTOR YANG MENGANCAM PERPADUAN KAUM 16 6. CABARAN DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN KAUM 17 7. KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM 18 - 19 8. KESIMPULAN 20 9. RUJUKAN 21 3


Penghargaan Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurniaan dan izinNya saya mampu menyiapkan e-Folio ini dengan penuh berdedikasi. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan setinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah kami Ustaz Ahmad Syu’aib Bin Zukhri yang telah banyak menyumbang tenaga membantu, memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami untuk menyiapkan e-Folio yang bertajuk Langkah dalam Memupuk Perpaduan Kaum di Malaysia. Pastinya tanpa bantuan beliau kami tidak mampu menyiapkan laporan yang mampu memberi pengenalan serba sedikit berkaitan perpaduan kaum di Malaysia Selain itu, kami ingin meluahkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa tercinta kami yang tinggal di perantauan. Segala dorongan dan pelbagai sumbangan yang mereka berikan kepada kami yang tidak ternilai. Sokongan moral yang membantu kami bangkit demi menyiapkan laporan ini. Tanpa keberkatan doa yang tidak henti dan keredaan mereka, pastinya kami tidak akan berada di sini Tidak dilupakan saya ingin menyelitkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan seperjuangan kami yang lain. Segala nasihat dan tunjuk ajar juga membantu kami menyiapkan laporan. Amalan saling membantu telah diterapkan dan memupuk silaturahim yang tinggi antara kami. Mereka tidak pernah kedekut idea dalam berkongsi maklumat yang berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang terdiri daripada Myra Khadeeja Binti Zahari, Nisha Iniza Binti Mohamed Don, Nur Umairah Aqilah Binti Rosli, Nuradzlin Wahida Binti Abdullah dan Vinthiya a/p Elengovan kerana turut membantu dalam menyiapkan e-folio ini. Tanpa penat lelah dan masa yang dikorbankan pastinya tugasan ini tidak akan disiapkan dengan tekun dan berdedikasi. 4


Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. MAKSUD:- •••••••••••••••••••••• 5


✿ Seperti yang kita tahu di malaysia menyambut pelbagai jenis perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina , Deepavali , Hari Gawai dan banyak lagi. Pihak kerajaan membuat langkah untuk mengadakan rumah terbuka disetiap perayaan. Seluruh rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi.Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. LANGKAH DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DIMALAYSIA (MASYARAKAT) 6


✿ Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Inisiatif tabungan kawasan setempat juga boleh diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan. Antara agenda program tersebut dijalankan adalah bertujuan untuk membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum. Antara contoh-contoh program yang boleh dijalankan adalah seperti sambutan Hari Keluarga , sambutan Hari Ibu , sambutan Hari Bapa , Sambutan Hari Guru dan banyak lagi. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan masyarakat setempat yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita ini. 7


USAHA KERAJAAN pihak kerajaan perlu cakna akan setiap isu berkaitan perkauman di Malaysia ini agar perisitiwa berdarah 13 Mei 1969 yang menjadi pengajaran kepada sejuta anak watan tidak berulang kembali. Cukuplah nenek moyang yang menyaksikan mimpi ngeri yang melanda negara tercinta ini menyaksikan seramai 196 nyawa diragut dan 439 orang dilaporkan cedera parah. Pepatah dulu ada menyebut lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Bertitik tolak daripada isi di atas pihak kerajaan perlu memperbanyak mengadakan kempen kesedaran berkaitan vitalnya perpaduan kaum perlu dijaga di Malaysia. Masih terdapat sesetengah masyarakatyang bersikap acuh tak acuh terhadapkepentingan perpaduan kaum malah bersikap seperti mencurah air ke daunkeladi. mengadakan ceramah dengan menjemput pejuang kemerdekaan yang masih hidup untuk memberi pendedahan terhadap kerjasama yang dicapai sewaktu ingin menentang penjajah “kita jaga kita” negara dapat melahirkan lebih ramai watan yang mempunyai sifat nasionalisme yang tinggi serta mampu bekerjasama dengan kaumkaum lain sikap mahmudah dapat dilahirkan dalam jiwa. Tokoh Sasterawan Negara Dr Muhammad Haji Salleh 8


Meniti untaian isi yang seterusnya, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya boleh menganjurkan beberapa aktiviti kemasyarakatan dengan penglibatan kaum-kaum lain di Malaysia. aktiviti kemasyarakatan penting untuk meningkatkan nilai kerjasama yang diibaratkan seperti bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. . hari sukaneka satu Malaysia yang wajib disertai oleh semua etnik di negara ini. Acara itu perlulah disertai dengan permainan tradisional bagi setiap kaum seperti permainan Congkak untuk mewakili kaum Melayu, permainan Mahjong mewakili kaum Cina dan Kho-Kho mewakili kaum India. Di samping itu, Tabow mewakili kaum Sarawak dan Rampanau mewakili kaum Sabah. Kesannya, kaum lain dapat belajar mengenai permainan tradisional kaum lain MALAH masyarakat dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain ibarat isi dengan kuku. Seterusnya, negara dapat melahirkan masyarakat yang mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara lain. masyarakat kita juga akan dipandang mulia kerana mampu cipta keharmonian tanpa bersikap diskriminasi antara satu sama lain. 9


USAHA IBUBAPA Ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contoh aktiviti ialah program PLKN dan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam proses program ini, anak-anak dapat berinteraksi dengan pelajarpelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Di samping itu, ibu bapa perlu megajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama. Sekiranya anakanak berkunjung ke rumah jiran tetangga dan meraikan perayaan bersama-sama dengan jiran, hubungan silaturahim akan menjadi erat dan juga dapat memulihkan semangat perpaduan yang semakin merosot. Langkah yang berkesan untuk menyemai semangat perpaduan dalam jitu anak-anak ialah mulakannya dari rumah. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga sejak kecil-kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. 10


Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak menonton filem dan yang bertema perpaduan antara kaum. Selain itu, ibu bapa juga perlu menemani anakanak menonton filem tersebut kerana ibu bapa dapat menerangkan kepentingan perpaduan kepada anak-anak. Demi menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak. Ibu bapa harus bercerita tentang bagaimana tokoh Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memperjuangkan kemerdekaan. Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah. Sekiranya anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa, semangat perpaduan dalam diri anakanak mesti dapat dipupukkan 11


USAHA PIHAK SEKOLAH Pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia kerana terdapat berbilang kaum di sekolah Antara langkah bagi memupuk perpaduan adalah penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan , persatuan dan kelab di sekolah . Dengan cara ini dapat membantu pelajar untuk bergaul dengan rakan - rakan yang berbilang kaum dan bangsa lalu dapat merapatkan hubungan satu sama lain Selain itu ,pihak sekolah haruslah menyambut hari perayaan setiap kaum supaya tiada pelajar yang berkaum lain rasa terpinggir dan dengan cara ini juga para pelajar boleh saling belajar tentang cara perayaan setiap kaum Seterusnya , pihak sekolah perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu padu adalah dengan memberikan kerja - kerja kumpulan . Guru-guru boleh membahagikan kedudukan pelajar dengan pelbagai kaum untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum 12


Di samping itu , Mata pelajaran Sejarah turut mainkan peranan penting. Melalui penghayatan dan memahami falsafah mata pelajaran sejarah dapat membuka mata dan membina semangat perpaduan serta perasaan hormat menghormati Penggunaan Bahasa Melayu Penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah juga memainkan peranan . Para guru perlu memastikan para pelajar menggunakan bahasa melayu dengan betul semasa berkomunikasi tidak kira bersama rakan atau bersama guru . Dengan cara ini , persefahaman antara kaum dapat dielakkan dengan timbul rasa curiga atau prasangka antara satu sama lain Penerapan nilai kemapanan , kesejahteraan , hormat menghormati sewajarnye terus dihidupkan dalam persekitaran sekolah bagi mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan padaperingkat awal dalam kalangan murid di sekolah dengan melibatkan semua kaum di sekolah rendah dan menengah . Apabila nilai yang baik ini diserap dan dimanfaatkan , pada akhirnya usaha tersebut akan menjadi amalan yang baik dalam kehidupan masing - masing 13


USAHA DIRI SENDIRI Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing. Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian kita . Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:- Pemakanan , Pemakaian dan Peradaban Sebagai contoh yang kita boleh lihat adalah seperti:- Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti. Semakin ramai juga wanita melayu yang selesa memakai baju kaum lain dengan cara menutup aurat. 14


Diri sendiri juga perlu mencuba untuk bercampur gaul dalam kalangan masyarakat. Selalu melakukan kerja bersama-sama dalam satu kumpulan dengan perlbagai kaum bagi elakkan untuk berasa kekok walaupun berada dalam masyarakat yang pelbagai kaum. Kita perlu ringankan tulang dalam aktiviti bergotong royong mahupun majlismajlis tertentu yang berkaitan dengan kemasyarakatan . Hal ini akan membuat masyarakat bertambah padu dan hidup dalam suasana yang harmoni dan damai. 15


Masyarakat juga kerap menjadi batu api dalam sesebuah pertelingkahan yang melibatkan 2 kaum yang berbeza. Sebagai contoh, sikap suka mengejek kerap dilakukan oleh anak watan yang seharusnya dihentikan dan diberikan amaran. Faktor yang Mengancam Perpaduan Kaum menjadi punca dominan yang membawa kepada perpaduan antara kaum sukar untuk dicapai walaupun setelah merdeka hampir 67 tahun. Terdapat segelintir watan hanya mengikut bulat-bulat seperti lembu dicucuk di hidung. Sebagai contoh, remaja kini sanggup menghina dan mencaci adat resam kaum lain di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan. Hal ini sewajarnya dihentikan serta merta kerana ia boleh menimbulkan salah faham. Impak daripada konteks itu akan menyebabkan kaum-kaum di Malaysia ini akan bermusuhan antara satu sama lain malah menyebabkan dendam yang mampu meragut nyawa. Tanpa disedari mereka menjadi musuh di bawah selimut kerana mereka seperti udang di sebalik batu yang penuh dengan muslihat. Pengaruh asing ke dalam masyarakat di Malaysia Terlalu memilih dalam berkawan atau bersikap diskriminasi terhadap sesebuah kaum Pemimpin mengkaitkan isu perkauman untuk kepentingan politik 16


CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM 1) Penggunaan Bahasa Kebangsaan ⌫ Pernah berlaku papan tanda jalan raya dimalaysia ditukarkan kepada bahasa english. 2) Kewujudan sistem pendidikan yang berbeza ⌫ wujudnya Sekolah Jenis Kebangsaan dan sebagainya 3) Media sosial ⌫ " racist " pada masa kini , anak muda menggukan media sosial contohnya tiktok , instagram dan banyak lagi untuk saling menyindir antara satu same lain. Ada juga yang suka membanding-bandingkan antara kaum. 17


KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban yang dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia hidup bersatu padu. saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktiny wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda, tetapi bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup harmoni . Jelas menunjukkan masyarakat yang harmoni diwujudkan jika perpaduan antara kaum dikukuhkan. 18


konklusinya, masyarakat perlulah mempunyai semangat kekitaan agar rakyat tidak berpecah belah. Jika semua rakyat bersatu padu dengan mengetepikan perbezaan, tentulah perpaduan dan permuafakatan dapat dikecapi imej negara dapat ditingkatkan melalui perpaduan kaum daripada sikap toleransi dan hormat yang dicerminkan oleh masyarakat kita apabila menyambut perayaan kaum masingmasing. Contohnya, kaum Melayu menghormati perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan, malahan turut ikut serta memeriahkan perayaan tersebut. Keadaan inilah yang menarik perhatian pelancong- pelancong asing untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikan suasana yang amat jarang dilihat di negara asal mereka. 19


KESIMPULAN Dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian, semua pihak iaitu pihak sekolah , ibu bapa , rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatupadu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional sangat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global. 20


Rujukan 01 02 Adenium . (2018) . Peranan remaja dalam memupuk perpaduan kaum . https://serikenari.wordpress.com/2018/04/01/peranan-remaja-dalam-memupukperpaduan-kaum/ 03 04 05 06 21Liyana . (2023) . Cara memupuk perpaduan kaum .https://ecentral.my/caramemupuk-perpaduan-kaum/ Aminudin Mansor . (2024) . Asas perpaduan kaum bermula di sekolah .https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2024/02/19/20322/ Dr . Ahmad Nasir Mohd .Yusoff . (2023) . Membina Malaysia cemerlang melalui perpaduan kaum .https://www.kosmo.com.my/2023/09/06/membina-malaysiacemerlang-melalui-perpaduankaum/#:~:text=Perpaduan%20menjadi%20nilai%20penting%20dalam,cintakan%20 negara%20dalam%20kalangan%20rakyat Shamsuria Bt Abdullah , Fadilatul Bt Firdaus . ( 2012) . Permainan tradisional kaumkaum di Malaysia .https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainantradisional-kaum-kaum-di-malaysia-17/ I pendidikan.(2024).Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum.https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduankaum.html


Click to View FlipBook Version