The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Reka Cipta Tongkatan Bab 7: Model Olokan (Mock-Up)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Nazri Awang, 2020-05-05 00:50:16

Model Olokan (Mock-Up)

Reka Cipta Tongkatan Bab 7: Model Olokan (Mock-Up)

Keywords: reka cipta,RC,mock-up,model olokan,mock up,mockup

Mock-Up

MOHD NAZRI BIN AWANG
SMK Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan

STANDARD PEMBELAJARAN

 Menerangkan definisi, ciri- ciri dan kepentingan model

olokan.
 Menyenaraikan bahan dan peralatan yang boleh

digunakan untuk menghasilkan model olokan.
 Menghasilkan model olokan menggunakan bahan dan

peralatan yang sesuai.
 Menilai model olokan dari aspek reka bentuk.
 Mengesyorkan penambahbaikan reka bentuk dengan

jelas dan berkesan.

Perhatikan apa yang dilakukan oleh pereka tersebut?
Perhatikan lakaran-lakaran yang dihasilkan...

 Model yang tidak berasaskan skala
 Boleh dikategorikan sebagai model separa siap
 Untuk penilaian, rujukan dan sukatan bagi model

sebenar atau prototaip

 Model statik
 Tidak berfungsi
 Reka bentuk sebenar tiga

dimensi (3D)
 Tidak berskala dan tidak

mengikut saiz sebenar

 Dapat membantu melihat
gambaran sebenar model
3D yang akan dibina

 Dapat membantu membuat

penilaian dan penanda aras
terhadap reka bentuk

model 3D
 Dapat membantu mencari

keseimbangan dan struktur
reka bentuk model sebenar

Mock-Up Model Prototaip

Foam Corrugated Plastic
Mounting Board Board
Kadbod
Kayu Jelutong
Kayu Balsa
Plaster of Paris
Polisterina
Simen lembut dan Pengeras
PVC sheet

Perekat (latex) Gam PVC
Gam sentuh
Gam pengeras (hardener) Gam
Gam PVC sentuh

Cat emulsi (water based)
Cat semburan / aerosoil
Kertas pasir
Masking tape

PENGHASILAN MODEL OLOKAN

Proses penghasilan sesebuah model olokan adalah
bergantung kepada kreativiti pereka.
Pemilihan bahan selalunya bergantung kepada
bentuk objek yang akan dihasilkan. Tiada standard
khas yang ditetapkan, asalkan bahan yang dipilih
bersesuaian. Kebiasaannya, bagi objek yang
berbentuk geometri atau bersegi, adalah lebih
mudah dihasilkan dengan menggunakan papan
(model making board), mounting board, foam dan
kepingan PVC nipis (PVC sheet).



PENGHASILAN MODEL OLOKAN

Bagi objek yang berbentuk organik adalah lebih mudah
untuk dihasilkan dengan menggunakan foam hijau, blok
polistirena, plaster paris dan kayu jelutung dengan
kemasan ringkas menggunakan cat emulsi. Bahan-bahan
ini mudah dibentuk dan memberi kebebasan kepada
pereka untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya objek yang akan
dihasilkan itu mempunyai bentuk yang lebih sukar, pereka
boleh menggabungkan penggunaan bahan bagi
mendapatkan bentuk objek yang diinginkan. Pereka boleh
menggabungkan penggunaan papan dan foam.





LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENGHASILAN MODEL OLOKAN

1 • Kenal pasti jenis bentuk objek yang akan dihasilkan

2 • Pilih bahan yang bersesuaian

3 • Tetapkan saiz objek yang akan digunakan
• Potong bahan mengikut saiz yang telah ditetapkan. Mulakan proses

4 membentuk model olokan
• Kenal pasti cara penyambungan terbaik yang bersesuaian bagi

5 bahagian yang telah dipotong (Contoh: gam, dawai, lidi, pita, skru)
• Fikirkan teknik kemasan pada model olokan jika perlu (Contoh: cat

6 emulsi, cat penyembur, syelek)

MENILAI MODEL OLOKAN

Bagi tujuan
penilaian,
beberapa model
olokan dihasilkan
bagi membuat
penilaian dan
perbandingan
sebelum prototaip
dihasilkan.


Click to View FlipBook Version