The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by prasanaganeson12, 2022-04-27 23:54:51

minit agm kali ke 48

minit agm kali ke 48

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE- 48 TAHUN 2021

Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Dewan Kuil Sri Balathandayuthabaani, Seremban

Tetamu Khas : En. Thanabalan A/L Narayanan – Penolong Pengarah Unit Prasekolah dan

Sekolah Rendah JPNS

Kehadiran : Guru-guru SJK (T) Lorong Java = 47 orang

Para Ibu bapa = 44 orang

1.0 Ucapan Aluan
1.1 Puan H. Sumathi selaku setiausaha PIBG telah mengalu-alukan kehadiran para hadirin
ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat
dan mohon kerjasama dan sokongan bagi menjayakan mesyuarat agung.

2.0 Ucapan YDP PIBG-En.S.Thirunaukaraser

2.1 YDP En S. Thirunaukarasar PJK, selaku pengerusi PIBG mengalu-alukan kedatangan
En.Thanabalan, Penolong Penyelia Unit Prasekolah dan Sekolah Rendah JPNS serta
para hadirin.

2.2 Beliau berkata disebabkan pandamik covid ini, terpaksa mengadakan mesyuarat
PIBG kali ke-48 di sini. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa.

2.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengerusi kuil kerana memberi
kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan mesyuarat PIBG ke-48 dewan
kuil.

2.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang akan dan telah
mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah Tamil.

2.5 Terdapat juga banyak kemudahan infrastruktur yang telah diubahsuai supaya
keadaan lebih ceria dan kondusif.

2.6 Pihak PIBG juga telah berusaha mendapatkan sumbangan televisyen dan telah siap
dipasang di beberapa buah kelas.

2.7 LPS juga turut membantu meningkatkan taraf kemudahan sekolah.

2.8 Alumni sekolah telah memberi sumbangan bagi mewujudkan bilik komputer yang
baharu.

2.9 Beliau juga menekankan bahawa jika terdapat sebarang masalah, ibu bapa boleh
berjumpa dengan barisan pentadbir sebelum berbincang dengan pihak lain.

3.0 Ucapan Penasihat – EN. Mohan Govindan ( Tuan Guru Besar)

3.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalukan kedatangan para hadirin ke
mesyuarat PIBG ke-48.

3.2 Beliau menekankan bahawa penglibatan ibu bapa dalam PIBG sangat penting dalam
membangunkan sesebuah sekolah.

3.3 Beliau turut berkata bahawa kita perlu bersyukur pada tuhan kerana dilindungi dari
pendemik Covid-19 .

3.4 Beliau juga meminta ibu bapa yang hadir supaya mematuhi segala peraturan dan SOP
yang ditetapkan dalam dewan.

3.5 Beliau juga berbincang tentang cabaran PDPR yang dialami oleh semua pihak samaada
pihak sekolah mahupun pihak ibu bapa.

3.6 Beliau juga berkata PDPR merupakan satu pendedahan yang baharu dan guru-guru
telah pun menerokai kemahiran PDPR ini.

3.7 Beliau juga menegaskan kepentingan sumber ICT dalam kalangan masyarakat yang
berwibawa bagi berdiri sama taraf dengan negara lain.

3.8 Beliau juga mengingatkan bahawa semua pihak mengalamai kesulitan dalam
melaksanakan PDPR pada fasa 1.

3.9 Dalam fasa ke dua pula, pihak sekolah telah membuat penambahbaikan bagi
memastikan semua murid dapat menuntut ilmu.

3.10 Fasa ke 3 pula, semua guru telah pun mahir dan selaku guru besar dapat melihat
peningkatan yang ketara dari segi pengajaran guru dan penglibatan murid-murid
dalam google meet.

3.11 Beliau juga memaklumkan akan berusaha untuk mewujudkan bilik komputer yang
canggih.

3.12 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan bekas murid yang sudi
menerima dan menanggung kos pewujudan bilik komputer.

3.13 Beliau juga meminta sukarelawan bagi membantu untuk projek penambahbaikan bilik
sains.

3.14 Beliau juga menekankan kepentingan kokurikulum dalam kalangan murid-murid.
Kepentingan menyertai dalam aktiviti kokurikulam perlu diterapkan dari awal lagi.

3.15 Beliau sangat terharu dengan penglibatan murid dalam pertandingan pertandingan
yang dijalankan melalui online. Murid-murid telah pun menunjukkan pencapaian yang
tinggi dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan.

3.16 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua insan yang berganding bahu
untuk menceriakan kelas, memasang televisyen untuk memperbaharuhi kaedah
pengajaran alaf baru.

4.0 Ucapan Perasmian - En Thanabalan (Penolong Pengarah Unit Pra Sekolah dan Rendah JPNS)

4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada tuan Guru besar dan PIBG atas jemputan ke
mesyuarat Agong ini.

4.2 Beliau berkata, beliau berpeluang untuk mengetahui secara mendalam tentang asal-
usul Sekolah Tamil ketika menjalankan kajian terhadap Sekolah-Sekolah Tamil. Di
Malaysia.

4.3 Beliau berkata pada tahun 1814, hanya sebuah kelas Tamil ditubuhkan di salah satu
sekolah di Pulau Pinang.

4.4 Pada tahun 1897 pula, penubuhan sekolah Tamil menunjukkan peningkatan yang
pesat di seluruh negara.

4.5 Beliau begitu bangga bahawa SJKT Lorong Java juga merupakan salah satu sekolah
tertua dan telah berusia 124 tahun.

4.6 Menurut beliau, komitmen guru-guru di sekolah ini amat merangsangkan ketika
mengendalikan sesuatu majlis.

4.7 En Thanabalan turut kagum dengan komitmen guru yang sangat tinggi dari segi
pelaksanaan PDPR.

4.8 Beliau sendiri dapat memantau beberapa kelas semasa pelaksanaan PDPR. Beliau juga
telah dapat melihat pengumuman kejayaan nama sekolah Lorong Java dalam saluran
talian telegram.

4.9 Beliau juga menasihati ibu bapa supaya tidak berasa risau tentang penularan covid-
19 dalam kalangan murid sekolah kerana SJKT Lorong Java sentiasa memastikan
murid-murid berada dalam keadaan yang selamat dengan mematuhi SOP yang
ditetapkan.

4.10 Beliau juga berkata, sebagai pegawai penyelaras sekolah, akan sentiasa memantau
sekolah-sekolah di Daerah Seremban ini agar SOP dipatuhi dengan baik.

4.11 Dalam ucapannya, beliau mengharapkan ibu bapa supaya menghantar anak-anak
mereka ke sekolah Tamil. Beliau juga berkata beliau sudi membantu ibu bapa untuk
mendaftar anak-anak mereka di sekolah Tamil jika ada kemuskilan.

SESI 2

5.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat tahun 2019/2020

5.1 Setiausaha memulakan sesi 2 dengan membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-47 bagi tahun 2019/2020.

Dicadang : En K.Sasi Kumar

Disokong : Pn Vijaya

6.0 Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan 2019/2020

6.1 Setiausaha membentangkan laporan tahunan 2019/2020

Dicadang : Pn V. Sarasvathy

Disokong : En R.Vasu

7.0 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan 2019/2020.

7.1 En.S.Thirunaukaraser telah membentangkan laporan kewangan tahunan 2019.

Dicadang : Pn S. Latha

Disokong : En Ramesh

8.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

8.1 Penolong Pengarah En. Thanabalan telah diberi mandat untuk mempengerusikan
pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2021/2022.

8.2 Jawatankuasa PIBG 2021/2022

❖ YDP PIBG : En.S.Thirunaukaraser
Diterima sebulat suara
❖ Timbalan YDP PIBG : En.K.Sasikumar
Diterima sebulat suara
❖ Setiausaha PIBG : Pn.H.Sumathi
❖ Bendahari PIBG : Pn.P.Malathi
❖ Ahli jawatankuasa : En.M.Sathiaseelan
En.S.Raju

Pn.S.Latha
Pn.S.Vijaya

En Ramesh
En.M.Chandrasagaran

Pn. G.Shanthy (GPK 1) – Lantikan sekolah
Pn.K.Kala (GPK HEM) – Lantikan sekolah

Pn.S.Susila (GPK KOKO) – Lantikan sekolah
Pn R.Malar – Lantikan sekolah

❖ Juruaudit luaran/dalaman: Pn.S.Subathra Devi – Lantikan sekolah
En.M.Velkumaran

Pn.K.Vishali Gandhi

9.0 Pembentangan usul dan cadangan
9.1 Berikut merupakan cadangan dan usul yang diutarakan oleh ibu bapa.
Isu 1 – peperiksaan akhir tahun 2021 perlu dijalankan.

i) Akan diambil kira berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.

Isu 2 – Memendekkan waktu sesi persekolahan (waktu balik)

i) Sekolah perlu ikut peruntukan masa mingguan yang ditetapkan oleh KPM.

Isu 3 – Tempat letak kereta bagi guru-guru dan ibu bapa

i) Sukar menyediakan tempat letak kereta untuk ibu bapa sedangkan para guru
sendiri kekurangan ruang untuk meletak kenderaan.

ii) Guru dilarang parkir kereta dalam kawasan sekolah memandangkan tidak ada
ruang perhimpunan kecemasan

Isu 4 – Keselamatan

i) Sentiasa akan mematuhi SOP Covid-19

Isu 5 – Proses sanitasi seluruh sekolah

i) Proses sanitasi dilakukan setiap hari Sabtu dengan bantuan pekerja pembersih
kawasan sekolah.

Isu 6 – Pembelajaran ICT perlu dipertambahkan lagi

i) Menyediakan bilik komputer di sekolah supaya pelajar dapat belajar
ICT kerana ianya penting dalam pembelajaran masa kini.

Isu 7 – Terlampau banyak kerja rumah

I) Guru guru telah diberi nasihat supaya tidak memberi kerja rumah yang terlalu
banyak dalam satu satu masa.

Isu 8 – Tuisyen percuma di sekolah

i) Pernah dijalankan oleh Persatuan Bekas Murid bagi murid-murid lambat belajar.
ii) Pihak sekolah mengalu alukan mereka yang berpelajaran supaya tampil

mengadakan tuisyen percuma di sekolah.

10.0 Hal-hal lain
10.1 Pihak PIBG telah memasang 4 buah khemah untuk murid-murid berhimpun pada waktu
tamat sekolah semasa pandamik Covid-19. Pihak LPS turut menanggung kos sewaan.
10.2 Majlis ulang tahun sekolah yang ke 125 akan dianjurkan pada tahun hadapan dengan
kerjasama PIBG, LPS dan Persatuan Bekas Murid.

11.0 Ucapan Penangguhan
11.1 Setiausaha PIBG Pn.H.Sumathi memgucapkan terima kasih kepada semua yang sudi
hadir pada hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:45 petang

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

Pn.H.Sumathi En.S.Thirunaukaraser
Setiausaha YDP PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (Tamil) Lorong Java,
SJK (Tamil) Lorong Java, Seremban, 70000
Seremban, 70000


Click to View FlipBook Version