The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Qkrisya, 2024-06-14 23:49:05

NOTA KEMAHIRAN BELAJAR

NOTA KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran Belajar PSV PPISMP 2023 / 2028 Nor Qkrisya Ling


Bab 1 : Pengenalan Kemahiran Belajar 1.1.1 Konsep Kemahiran Belajar Kemahiran belajar merujuk kepada keupayaan, kecekapan atau kebolehan pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman dengan persekitarannya melalui pelbagai kaedah dan strategi. Kemahiran belajar ialah satu proses pembelajaran dan boleh dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar.


1.1.2 Lapan Kemahiran Belajar Trait diri Kemahiran memahami gaya pembelajaran, kekuatan dan motivasi diri untuk membantu pelajar dengan berkesan. Masa pembelajaran Kemahiran menganalisis, menganggar, memperuntukkan masa untuk belajar dengan merancang, menyusun mengikut keutamaan dan menyiakan tugasan dan projek. Mengambil nota Kemahiran merekod dan mengingat maklumat penting daripada pembacaan atau kuliah supaya boleh digunakan apabila diperlukan. Membaca Kemahiran meninjau, menganalisis dan menganotasi teks, memahami, menghubungkait dan mengekalkan maklumat daripada pembacaan.


Organisasi maklumat Kemahiran mencari bahan dan maklumat, sumbangsaran, mengkategori dan menulis idea dengan jelas dan berkesan. Mengingat Kemahiran mempamerkan apa yang telah dipelajari dan membuat perkaitan bermakna dengan kandungan pembelajaran. Pembelajaran di kelas Kemahiran melibatkan diri dalam kelas, berkomunikasi, berkolaboratif, penyelesaian masalah dan menilai prestasi diri. Penilaian Kemahiran menilai pencapaian diri agar dapat merancang, mengkaji maklumat dan menilai strategi untuk peperiksaan masa hadapan.


1.2 Model Pembelajaran Pelajar Model pembelajaran pelajar merupakan satu model yang menggabungkan pembangunan dalaman diri pelajar dan hubungan luaran dengan dunia persekitaran. Ia melibatkan penglibatan pelajar secara bermakna sebagai rakan pembelajaran (codesigners & co-learners). Pelajar dapat mengaplikasikan tiga komponen Model Pembelajaran Pelajar iaitu perhubungan, belajar cara belajar dan aspirasi


Maksud - Proses berfikir mengenai pemikiran 'apa yang kita tahu' dan 'apa yang kita tidak tahu' Kemahiran metakognitif membantu pelajar - Mengawal proses pemikiran bagi merancang - Memantau pembelajaran kendiri - Membuat penilaian secara kritis - Menganalisis maklum balas daripada guru, rakan dan orang lain bagi meningkatkan kesedaran tentang fungsi mereka dalam proses pembelajaran 1.2.1 Belajar untuk Belajar (a) Metakognitif


(b) Maklum balas Maklum balas adalah bahagian penting dalam pembelajaran yang berkesan dan bagi meningkatkan prestasi seseorang pelajar. Maklum balas membantu pelajar - Memahami subjek yang dipelajari - Memperbaiki keyakinan pelajar - Mempunyai kesedaran kendiri - Semangat untuk belajar - Membuat refleksi terhadap pembelajaran dan strategi pembelajaran sendiri - Mempunyai panduan yang jelas bagaimana menambahbaikkan pembelajaran mereka


Agensi merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pelajar berdasarkan kapasiti peribadinya dan dilakukan berasaskan autonomi yang diberi oleh guru di dalam bilik darjah. Maksud autonomi ialah kemampuan untuk membuat sebuah keputusan yang diketahui dan tidak dipaksa. Sebagai contoh, pelajar berasa autonomi apabila mereka memahami nilai, minat dan matlamat mereka. (c) Agensi


1.2.2 Perhubungan Perhubungan merupakan elemen penting dalam kehidupan sosial manusia bagi memenuhi tujuan dan memberi makna kepada kehidupan. (a) Kesepunyaan Persekitaran yang prihatin dan penyayang akan dapat membantu pelajar untuk terus berkembang. Sebagai contoh, mereka akan rasa diterima, dihargai, dihormati dan dipunyai apabila guru dan pelajar lain saling memberikan perhatian dan menunjukkan sikap peduli dalam persekitaran bilik darjah akademik. (b) Jalinan Pelajar akan berupaya untuk menyelesaikan tugasan yang kompleks sama ada secara dalam kumpulan atau individu apabila mereka membangunkan hubungan interpersonal dan intrapesornal.


1.2.3 Aspirasi (a) Penghargaan Pelajar, guru dan keluarga boleh bersama - sama menyuntik pengharapan yang lebih tinggi melalui perbincangan tentang perkara yang boleh memungkinkan pencapaian yang diharapkan tercapai. (b) Keperluan dan minat Keperluan dan minat merupakan faktor yang memacu motivasi dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Sebagai contoh , dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang yang mereka minati, mereka akan melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran.


Pembelajaran bermakna berfokus kepada enam kompetensi global yang dinamakan 6C, iaitu (a) Kolaboratif Memiliki keupayaan untuk saling bergantung dan bersinergi dengan kemahiran interpersonal dan berpasukan yang tinggi. (b) Kreativiti Memiliki "pandangan keusahawanan" dari aspek peluang ekonomi dan sosial, mengajukan soalan inkuiri yang tepat untuk menjana idea baharu dan kepimpinan bagi meneruskan idea tersebut dan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. 1.3 Konsep Kompetensi Pembelajaran Bermakna


(c) Komunikasi Memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan, tulisan dan digital yang disesuaikan dengan pelbagai audien. (d) Kewarganegaraan Berfikir secara global, meneliti isu - isu global dan melibatkan diri dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah kompleks. (e) Pemikiran kritis Menilai maklumat dan hujah secara kritis, mengenal pasti pola dan hubungan, membina pengetahuan yang bermakna dan aplikasikan dalam dunia sebenar. (f) Sahsiah Memiliki sifat - sifat kegigihan, ketabahan, ketahanan, kejujuran dan kebolehpercayaan.


1.4 Konsep Pembelajaran Regulasi Kendiri Pembelajaran Regulasi kendiri merupakan satu proses arahan kendiri di mana pelajar mengubah kebolehan mental mereka kepada kemahiran akademik. 1.4.1 Fasa Pembelajaran Regulasi Kendiri (a) Fasa Pemikiran Fasa pemikiran merupakan fasa awal yang mana pelajar melakukan dua aktiviti utama iaitu, menganalisis ciri - ciri tugasan dengan menggambarkan bagaimana tugasan tersebut harus dilaksanakan dan motivasi kendiri di mana pelajar menganalisis nilai tugasan untuk mereka.


(b) Fasa prestasi i. Kawalan kendiri Memerlukan penggunaan beberapa strategi untuk kawalan kendiri seperti strategi metakognitif untuk mengekalkan tumpuan dan strategi motivasi ii. Pemerhatian kendiri Tindakan yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk memahami dengan jelas tentang kecukupan dan kualiti tugasan yang mereka lakukan (c) Fasa refleksi I. Penghakiman kendiri (self-judgement) Satu proses di mana pelajar menilai prestasi mereka melalui penilaian kendiri dan atribusi sebab-akibat ii. Reaksi kendiri (self-reflection)


1.4.2 Prinsip Pembelajaran Regulasi Kendiri (a) Motif Motivasi merupakan pendorong kepada pelajar untuk belajar. Aspek penting dalam menggalakkan dan mengekalkan motivasi untuk belajar adalah penetapan matlamat. (b) Kaedah Pembelajaran Penting bagi pelajar untuk mengetahui kaedah yang berkesan untuk mereka secara individu bagi menjadi pelajar yang mempunyai Regulasi kendiri yang berjaya. (c) Tempoh masa belajar Pengurusan masa merupakan prinsip penting dalam perkembangan pembelajaran diri pelajar.


(d) Persekitaran fizikal Pelajar harus sedar tentang gangguan yang ada agar dapat mengelakkannya dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. (e) Persekitaran sosial Keupayaan untuk melampaui diri sendiri dalam proses pembelajaran hanya apabila perlu adalah penting untuk menjadi pelajar yang Regulasi kendiri. (f) Prestasi Kesedaran dan pemantauan pelajar terhadap kemahiran mereka, penggunaan strategi dan matlamat membolehkan mereka lebih mengawal pembelajaran mereka


(a) Membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik berdasarkan matlamat, strategi dan refleksi yang dilaksanakan. (b) Membantu pelajar untuk mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran serta hasil usaha mereka untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu pembelajaran. (c) Menggalakkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan dan memperluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan sentiasa berusaha mencari dan mengumpul maklumat serta melaksanakan tugasan pembelajaran dengan sebaik mungkin. 1.4.3 Kepentingan Pembelajaran Regulasi Kendiri Kepada Pelajar


(d) Memberikan pelajar penghargaan atau motivasi intrinsik yang dapat meningkatkan semangat untuk pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran. (e) Menggalakkan pelajar untuk sentiasa mengurus dan mengisi masa dengan aktiviti yang mendatangkan faedah. (f) Memupuk sikap dan sahsiah yang terpuji serta membentuk keterampilan diri. (g) Dapat menilai cabaran dan halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi cabaran dan halangan tersebut. (h) Membentuk sikap sentiasa berdikari dalam diri pelajar supaya proaktif dalam tindakan bagi mencapai hasil pembelajaran dengan berkesan


Bab 2 : Pengurusan Diri dan Penyesuaian Sosial 2.1 Pengurusan diri 2.1.1 Penetapan Matlamat Diri dan Akademik


2.1.2 Adab dan Integriti dalam Pembelajaran Mempunyai niat yang betul dalam menuntut ilmu Memulakan pembelajaran dengan berdoa Melakukan persediaan awal untuk pembelajaran Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran Menepati masa Berkomunikasi secara baik dan melibatkan diri secara aktif Menjaga penampilan diri


Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn ini berpegang kepada tiga prinsip, iaitu : (a) Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar (b) Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu (c) Gaya pembelajaran akan bertindak balas dengan iklim, sumber serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran 2.1.3 Gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan atau gaya individu. Ringkasan elemen dalam model pembelajaran Dunn& Dunn (1993) 1. Persekitaran


2. Emosi 3. Sosiologi


4. Fisiologi 5. Psikologi


2.1.4 Pengurusan Masa Belajar Belajar tiga jam sehari; contoh, satu jam pagi, satu jam petang dan satu jam malam. Rehat; untuk tarik nafas, makan, minum dan senaman ringan Buat catatan nota; ulang baca, lafaz kuat dan guna peta minda Ulang kaji; contoh tetapkan masa seperti 30 minit satu muka surat atau satu tajuk Latihan; contoh satu jam untuk beberapa soalan, contohnya lima soalan Sediakan list to do untuk sehari atau seminggu. Tandakan kerja yang telah selesai Semak pencapaian kerja seharian. Baiki kelemahan serta merta. Ulang buat list to do seterusnya. Kenal pasti kerja yang penting dan perlu segera disiapkan Berikan ganjaran kepada diri sendiri setelah selesai melaksanakan kerja dengan baik 1 2 3 4 5 6 7 8 9


2.1.5 Pengurusan Pembelajaran Dalam Talian ( Online ) Sediakan tempat belajar Waktu rehat yang cukup Motivasi Kemahiran mencari maklumat 2.2 Penyesuaian Sosial Penyesuaian sosial ialah satu proses mengadaptasi sesuatu keadaaan. Penyesuaian sosial juga merujuk kepada keupayaan individu menyesuaikan dirinya ke dalam kelompok sosial yang baharu.


2.2.1 Efikasi kendiri


2.2.2 Komuniti Pembelajaran Komuniti pembelajaran adalah medan pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan yang positif. (a) Ciri - ciri sebuah komuniti pembelajaran (i) Menawarkan semangat kekitaan, keselamatan, dan penglihatan antara ahli. (ii) Mempunyai lokasi atau ruang pembelajaran dan kemudahan, matlamat, dan hala tuju pembelajaran yang sama dan kebergantungan sosial antara ahli. (iii) Mempunyai perasaan kepunyaan. (iv) Mempunyai keupayaan diri untuk mempengaruhi ahli-ahli lain. (v) Mempunyai penglibatan menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama, jantina, dan usia. (vi) Menggalakkan integrasi dari pelbagai disiplin antara kurikulum. (vii) Memperkembangkan kemahiran berfikir seperti pemikiran divergen, fleksibiliti, kritikal, kreatif, metakognitif dan kognisi sosial. (viii) Membawa jabatan bersama-sama dalam bentuk pembelajaran yang lebih bermakna.


(b) Peranan Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran (i) Anda haruslah mahir menggunakan kemahiran interpersonal untuk berkomunikasi antara satu sama lain. (ii) Anda harus boleh saling meluahkan perasaan, pendapat, berkongsi idea dan saling membantu untuk memahami sesuatu perkara dengan ahliahli dalam komuniti pembelajaran di tempat anda belajar. (iii) Anda perlu belajar cara untuk berhubung sesama ahli dalam komuniti untuk berinteraksi dan membuat perkaitan kandungan yang dipelajari dengan pengalaman yang dilalui bersama- sama (iv) Anda perlu menjadi lebih bermotivasi serta mengetahui cara untuk menghormati pendapat orang lain dalam melaksanakan proses komuniti pembelajaran.


(v) Anda harus belajar mengamalkan sifat toleransi terhadap orang lain, toleransi terhadap perkongsian idea atau fakta yang mungkin tidak sependapat dengan mereka supaya sesuatu persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni dapat selalu diwujudkan. (vi) Komuniti pembelajaran dapat menggalakkan melakukan kerja berkumpulan. Anda akan lebih yakin dan berupaya melahirkan hubungan untuk bersosial dalam pembelajaran dan bukan sekadar secara bersendirian. (vii) Anda dan rakan anda wajar mempelajari cara untuk berkompromi, saling mempengaruhi dan menunjukkan keprihatinan. Kemahiran yang dipelajari dalam komuniti pembelajaran dapat diamalkan semasa berada di dalam kelas mahupun di luar kelas.


2.3 Pentaksiran di Peringkat Pengajian Tinggi 2.3.1 Jenis-jenis Pentaksiran (a) Pentaksiran formatif (i) Kuiz (ii) Kerja lapangan (iii) Pembentangan lisan (iv) Tugasan (v) Ujian lisan (vi) Laporan amali / klinikal (vii) Pentaksiran berdssarkan portfolio (viii) Perbincangan kelas dan aktiviti (ix) Penilaian kecekapan seni (x) Pentaksiran pembelajaran berasaskan perkhidmatan (xi) Pengalaman berasaskan sekolah (b) Pentaksiran sumatif (i) Peperiksaan akhir (ii) Ujian amali


(c) Gabungan pentaksiran formatif dan sumatif (i) Ujian pertengahan semester (ii) Latihan mengajar (iii) Latihan industri (iv) Intership (v) Latihan ilmiah 2.3.2 Jenis - jenis tugasan 1. Projek 2. Kerja amali 3. Penulisan 4 Latihan praktikal 5. Bina insan guru (BIG) 6. Kajian / laporan 7. Persembahan / pembentangan 8. Penganjuran 9. Ulasan kritis


2.3.3 Isu - isu pentaksiran (a) Bebanan tugasan formatif (b) Kualiti tugasan yang dihasilkan (c) Tugasan berkumpulan (d) ketidakjujuran akademik


Click to View FlipBook Version