Rujukan Fail: SMKAL/600-1/2( ) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI KM7, JALAN PADANG MELANGIT, 01000 KANGAR , PERLIS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS) BIL.3 / 2023 Tarikh : 7 Disember 2023 Masa : 3.00 petang Tempat : Balai Pendeta Kehadiran: Bil. Nama Jawatan 1. EHSAN SABRY BIN YAHAYA PENGETUA 2. ZAKARIA BIN HARUN PK1 3. RAHAYU BINTI RAMLI PK KOKURIKULUM 4. MASHARUZZUHAIRAH BINTI MOHAMAD GK BAHASA 5. NOR AZLINIE BINTI WAHID GK SAINS & MATH 6. NURAQILAH BINTI CHE ISMAIL GK TEKVO 7. AFIZA BINTI MUHAMMAD 8. AINOL BAZLIN FARHANA BINTI AHMAD 9. HAFIDZA AKMAL BINTI MD ISA 10.IRWAN FAHMY BIN ANUAR 11.IZMA HANY BINTI ADNAN 12.KUMAHAZER BIN KUIBRAHIM 13.MARIYANI @ SURIYANI BINTI SHAARI 14.MAS ZULAIFA BINTI MUKHTARUDDIN 15.MASITAH BINTI MD. SAAT 16.MASLINAH BT MARKANI 17.MD ZAKI BIN KAMIS 18.MEDINATUL ZAHRAH BINTI MOHAMAD HADZI 19.MOHD AZIL BIN AZIZAN 20.MOHD FAIZAL BIN AHMAD 21.MOHD NABIL EZWAN BIN KAMAN 22.NARISAH MAT SAAT 23.NAZLAN BIN ABDULLAH 24.NIK HAFSHAH BINTI NIK LEH 25.NOOR SYAKIROH BINTI MOHD NOOR 26.NOR HISHAM BIN SEMAN 27.NORASMANIZA BINTI MOHD NOOR 28.NORSHAFIZA BT CHE HAD 29.NURFARISHAH BINTI SAHARI 30.OSMAN BIN MOHD NORDIN 31.RASHID BIN ISMAIL
32.ROSENIZA BINTI KAMIS 33.ROSMINA BINTI CHE MAT 34.ROZITA BINTI GHAZAIT 35.SA'ADIAH BT BOHARI 36.SALWANI BINTI ISMAIL 37.SHAHARIL BIN SAWAL 38.SITI KHALIJAH BINTI ZAKARIA 39.SITI NAZRAH BINTI ISMAIL 40.SITI ZUBAIDAH BINTI MD ARSHAD 41.WAFA'A BINTI MAWARDI 42.ZAHRATUL AINIAH BINTI MD RADZI 43.ZAINAB BT SALIM 44.ZAITIAKMA BINTI AB.RAHMAN 45.ZULKHAIRI BIN IBRAHIM 46.ZULKIFLI BIN ABD RAHMAN TIDAK HADIR(Dengan Kenyataan) Bil. Nama Jawatan 1. ADRIANA NAZILI BINTI AZIZIN JAMILI(KP) 2. AMAR HIZAM BIN MD AKHIR (BL) 3. AMRI BIN ABDULLAH (BL) 4. ASWAZIR BIN AZMI (BL) 5. MOHD AZAN BIN ABDUL HAMID (CS) 6. AZIZAH BINTI ABU KASIM (BL) 7. EFFA HASMIRA BINTI ZAHARI (CS) 8. JAMLY BIN BAHRULDDIN (BL) 9. NOORHASNI BINTI HASAN (CS) 10.NOR HABIBAH BINTI RAZALI (CR) 11.NORHAFIZAH BINTI AHMAD (CS) 12.NORIDA BINTI MOHAMAD (BL) 13.RODZAIN BIN MOHAMAD (BL) 14.ROHAIZA BINTI TAHIR (BL) 15.ROZIANI BINTI MUSTAFFA (CS) 16.SHAHNUN BIN CHE DAUD (BL) 17.TEOH BOON LENG(TM) CR-Cuti Rehat CTR-Cuti Tanpa Rekod BL-Bertugas Luar CS-Cuti Sakit B-Bertugas K-Kursus/Bengkel CSG-Cuti Separuh Gaji TS-Time Slip KP-Kebenaran Pengerusi MCInt-Masalah Capaian Internet TM-Tiada Makluman
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat atas kehadiran ke Mesyuarat JKKS Bil. 3/2023. 1.2 Pengerusi mennyatakan peranan mesyuarat sebagai medan terbaik untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan sekolah selain mini taklimat yang diadakan selepas selesai perhimpunan. 1.3 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PK1 atas sumbangan memangku tugas pengetua dengan cemerlang sehingga mendapat pujian daripada mantan Pengarah Pendidikan Negeri. 1.3 Pengerusi mengingatkan agar guru mempelbagaikan teknik dan bahan untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran kerana sekolah mempunyai kelebihan bukan sahaja memiliki 5 kelas hybrid malah banyak sumbangan yang disalurkan menerusi Yayasan Taqwa, PerSoNa dan sebagainya. 1.4 Pengerusi berkongsi artikel bertajuk ciri-ciri guru berkesan: I. Bilik darjah yang kondusif II. Matlamat dan target untuk mencapai kecemerlangan III. Tidak banyak mengkritik IV. Strategi PdP berkesan melalui pelan kontigensi 1.5 Pengerusi juga menjelaskan formula untuk melahirkan kerja yang seronok melalui Kaedah SAJI: S - Sukarela A - Aktif J - Jiwa I - Ikhlas 1.6 Pengerusi merumuskan ucapan dengan pepatah: Yang dikatakan guru biasa-memberitahu Yang dikatakan guru baik-menerangkan Yang dikatakan guru senior-menunjukkan Yang dikatakan guru hebat-memberi inspirasi Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa minit mesyuarat JKKS Bilangan Tahun 2023/2024 pada 7 Julai 2023 disahkan tanpa pindaan. Cadangan : Osman Bin Mohd Nordin Sokongan : Irwan Fahmy Bin Anuar Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Perkara 5.2 : Dialog Prestasi SPM 2023 3.1.1 Penolong Kanan 1 memaklumkan bahawa DP Percubaan SPM 2023 sudah pun dibentangkan selama 3 hari melibatkan semua mata pelajaran Tingkatan 5. 3.1.2 Pn Masharuzzuhairah mengingatkan agar semua KP merujuk PPA yang telah dibentang dan meneruskan program yang dirancang mengikut kuadran untuk membuat intervensi . Makluman 3.2 Perkara 6.1:PLC 3.2.1 Penolong Kanan 1 memaklumkan bahawa PLC sudah dijalankan dalam panitia masing-masing dan dapatan PLC mengikut bidang masingmasing adalah seperti berikut: I. Bidang Bahasa:6 II. Bidang Teknik dan Vokasional:11 III. Bidang Sains dan Matematik: 16 IV. Bidang Kemanusiaan:2 Makluman 4.0 ULASAN JEMAAH NAZIR 4.1 Penolong Kanan 1, memaklumkan bahawa pihak Nazir telah datang membuat pemantauan pada 28 hingga 29 November 2023. Tujuan pihak nazir datang ke sekolah adalah: I. Mentaksir pengurusan kurikulum 4 mata pelajaran iaitu BM, Bahasa Arab, Sejarah dan ASK. II. Menaksir kualiti PdP mengikut kesesuaian pedagogi Standard-4. III. Mengenal pasti amalan terbaik.
4.2 Penolong Kanan membentangkan dapatan daripada pemantauan pihak Nazir seperti berikut: Perkara Ulasan Isu Amalan Terbaik 1. Pihak sekolah telah membuat ketetapan dan keseragaman dalam fail panitia-Rujuk Fail BM yang lengkap. Belum disediakan Pelan Strategik (PSO) yang mendasari budaya dan kehendak SMK Abi-proses sambut menyambut 2.Kaedah pendigitilan bahan dalam google drive.(mengoptimiumkan bahan dalam talian) Intervensi PPT, UASA,PBD sudah ada cuma intervensi secara dokumen belum dilaksanakan. 3.Amalan bacaan Al-quran sebelum memulakan PdP - Perhimpunankan harian (NILAM) Penjadualan kelas hybrid berlaku tidak menyeluruh. Hanya kelompok-kelompok tertentu berkesempatan untuk masuk kelas hybrid. 4.Sekolah dilengkapi makmal komputer dan kelas Hybrid untuk PdP yang lengkap dan moden.Penjadualan penggunaan kelas hybrid dilakukan. Pengurusan Panitia 1.Penerapan Kemahiran Bertutur secara bertatasusila mengikut DSKPdisemarakkan oleh BM dan Bahasa Arab 1.Pencerapan guru panitia pada tahap minimum. 2.Penerapan Kemahiran Menulis-Bahasa Arab 2.Kekurangan panitia guru Bahasa Arab - Pendidikan Islam atau mata pelajaran lain boleh berkolaboratif 3.Penyertaan peringkat kebangsaanPantun, ASK, Bahasa Arab peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa 3.Ada panitia yang belum lengkap fail panitia dan dokumen belum didokumentasi. 4.Ketetapan dalam jawatankuasa pengurusan sekolah-penubuhan panitia ,bil.mesyuarat dan PBD 4.PBD perlu diperkasakan terutama TP6- TP 6 bukan mencari genius. 5.Pembudayaan budaya pendigitilan melalui Canva- BM 5.Fokus panitia lebih terarah kepada kelas peperiksaan SPM. Contohnya PCG hanya untuk fotostat dan modul. 6.Dua daripada empat panitia telah menyediakan perancangan strategik panitia 6.Tiada penandaarasan peringkat panitia dibuat
7.Perancangan kewangan dirancang-BM 7.PCG-Panitia belum merancang PCG dengan optimum. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 1.Wujud pembelajaran terbeza: i. Fizikal ii. Verbal (lisan) iii. RPH (aktiviti) 1.Guru kurang mendorong murid secara kritis dan kreatif. 2.Pembelajaran Abad ke-21 sepanjang PdP. Contohnya gallery walk, peta pemikiran yang dilaksanakan oleh BM 2.PdP ada yang berpusatkan guru 3.Guru mematuhi standard 4-murid sebagai pembelajar aktif 3.Arahan aktiviti kurang jelas. 4.PdP guru bertaraf baik 4.Persekitaran Abad 21 kurang digunakan 5.Semua guru yang dicerap merancang PdP dengan baik dan objektif boleh diukur. 6.Semua guru yang dicerap beroption.Contoh 23 tahun 5 bulan. 7. 3/4 daripada panitia menyemak buku secara tekal dan konsisten. Amalan Terbaik PdP 1.Guru mengoptimumkan penggunaan ICT semasa PdP 2.Guru menguasai isi pelajaran. 3.4 kemahiran Bahasa Arab diraikan seperti termaktub dalam objektif DSKP 4.Bahasa kelas dipraktik dalam kelas BM bermula dari awal tanpa henti. 5.PAK 21 amalan terbaik diamalkan dalam kelas-BM 6.Standard 4.4 guru sebagai pendorong guru difahami sepenuhnya. 4.3 Penolong kanan mengingatkan agar semua guru harus ada kebersamaan untuk mencapai target secara purata iaitu 5.21. Tindakan : Semua Guru 5.0 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN SPM/UASA 5.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan semua guru agar memberi pendedahan teknik menjawab soalan kepada semua murid yang menduduki peperiksaan agar pendedahan tentang format soalan difahami. 5.2 Guru diingatkan agar menyemak kertas peperiksaan mengikut standard dan teknik yang betul. GK dan KP perlu membuat semakan silang bagi memastikan kualiti semakan.
5.3 Penolong Kanan Pentadbiran juga mengingatkan bahawa mutu soalan haruslah dipatuhi mengikut format soalan sebenar. Tindakan : GK dan KP Mata pelajaran 6.0 KEWANGAN 7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki PCG perlu diselesaikan selewatlewatnya akhir bulan Disember 2023.Berdasarkan dapatan terkini rekod PCG, masih banyak lagi PCG yang belum digunakan sepenuhnya dan masih banyak baki.Justeru, Pengerusi mengingatkan semua Ketua Panitia untuk menggunakan sebaik mungkin duit PCG mengikut prosedur kewangan. 7.2 Puan Masharuzzuhairah memaklumkan penggunaan duit PCG haruslah mengikut kuadran seperti yang telah dirancang dan pastikan penggunaan duit PCG melibatkan semua aras iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Tindakan : Semua Ketua Panitia 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Puan Nuraqilah mengingatkan semua guru tentang intervensi perlu juga dilaksanakan bagi mata pelajaran lain iaitu T1 hingga T4. Beliau juga menjelaskan tentang jadual kelas tambahan yang telah disusun mengikut kesesuaian dan diharapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin mengikut jadual seperti Kelas Mekar, Menggapai Bintang, Gilap Mutiara dan CuCi. 7.2 Puan Masharuzzuhairah memaklumkan beberapa dapatan hasil perkongsian dalam mesyuarat Bidang Bahasa di JPN seperti berikut: I. Guru tidak boleh mengaitkan isu pelajar dengan keputusan SPMC kerana selagi pelajar tersebut belum lagi melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan, maka adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membantu menyelesaikan masalah murid tersebut. II. Guru Kanan dan Ketua Panitia perlu membuat semakan silang (cross check) sekurang-kurangnya 10 kertas soalan bagi guru-guru yang mengajar Tingkatan 1-3 bagi memastikan UASA disemak mengikut standard pemarkahan yang betul sebelum markah direkodkan dalam sistem idme. Pastikan ada penyelarasan skema pemarkahan sebelum guru melakukan penandaan kertas. III. Penilaian PBPPP boleh dilihat melalui kerja buat guru berdasarkan keputusan dan analisis keputusan peperiksaan murid bermula peperiksaan pertama hingga akhir tahun. Peningkatan akademik murid akan nampak apabila PdP guru berkualiti dalam melahirkan murid yang cemerlang.
IV. Sekolah perlu mengenal pasti pelajar dari segi akdemik, kokurikulum dan sahsiah sejak tingkatan 1 demi menjaga kualiti dan prestasi murid. Apabila murid dikenal pasti sejak tingkatan 1, maka masalah murid boleh dirungkai sedari awal. V. Ujian Bertutur BM SPM akan dilaksanakan pada 8-11 Januari 2023. 4 orang guru BM dan 2 orang guru BI terlibat dalam taklimat dan lawatan pusat bermula 8 Disember 2023. 7.3 Puan Nur Azlinie menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua guru khususnya Jawatakuasa Titian Gading kerana telah berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Semua murid diberikan peluang terlibat dengan tujuan membakar semangat dan memberikan suntikan motivasi kepada semua calon SPM 2023. Beliau juga memaklumkan tentang Ujian Amali Sains SPM 2023 yang bermula hari Selasa hingga Khamis selain menyatakan amalan baharu yang cuba diterapkan dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Abi iaitu penggunaan buku catatan. Makluman 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru tentang kewajipan menulis e-RPH seperti yang termaktub dalam pekeliling. Bentuk penulisan RPH terpulang kepada guru sama ada menggunakan e-RPH atau buku. 8.2 Pengerusi juga menasihatkan guru-guru yang melaksanakan kelas tambahan untuk murid-murid Tingkatan 5, agar akur dengan ketetapan jadual yang telah disusun. Guru-guru boleh membuat pertukaran suka sama suka sekiranya ada komitmen lain namun tidak dibenarkan untuk membatalkan kelas tambahan. Faktor keselamatan murid perlu diberi penekanan kerana ibu bapa sedia maklum keberadaan anak-anak. 8.3 Pengerusi mengingatkan semua guru tentang kehadiran guru ke sekolah. Guruguru haruslah berada di sekolah sebelum atau pada jam 7.30 pagi kerana PdP bermula jam 7.40 pagi. 8.4 Pengerusi meminta semua guru menceriakan kelas masing-masing kerana kelas yang ceria antara salah satu faktor membantu PdP dalam kelas lebih-lebih lagi guru sememangnya berada di kelas dari awal hingga akhir sesi PdP. 8.5 Pengerusi menamatkan mesyuarat dengan satu ungkapan “keakuran kepada tugasan yang diamanahkan adalah sebahagian daripada penilaian prestasi kerja kita” Tindakan : Semua Guru
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.21 petang. Disediakan Oleh: Sa’adiah Bohari Setiausaha Kurikulum SMK Abi 12 Disember 2023