The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by srisharmilaa.270101, 2021-11-09 11:02:09

PERPADUAN DALAM SUKAN

PERPADUAN DALAM SUKAN 1

MPU 21032 KELAS : DEE2A

PENGHAYATAN PENSYARAH :
ETIKA ENCIK MUHAMMAD
DAN AMIN BIN HASAN

PERADABAN

11
1

22

NO KANDUNGAN

1 PENGHARGAAN
2 OBJEKTIF
3 PENGENALAN (SUKAN DAN PERPADUAN)
4 CONTOH SUKAN
5 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN
6 CABARAN DALAM BIDANG SUKAN DAN PERPADUAN SERTA CARA-CARA

MENGATASINYA
7 ATLET - ATLET YANG TERKENAL
8 KESIMPULAN

9 UJI MINDA DAN JAWAPAN UJI MINDA
10 SUMBER RUJUKAN

3

Tugasan ini sangat mendatangkan impak positif kepada kami dan memberi manfaat yang besar kepada
kami dari segi pengetahuan dan pengalaman membuat kajian selama melakukan tugasan ini.

Kami sekumpulan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Encik Muhammad Amin
Bin Hasan selaku pensyarah kami kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami selama
kami menyiapkan e-folio ini. Dorongan dan sokongan moral dari beliau dan rakan seperjuangan kami telah
pun membakar semangat kami untuk terus melakukan terbaik dan menjadi motivasi kepada kami untuk
melakukan tugasan ini. Folio ini yang amat penting bagi kami kerana ini adalah salah satu kerja kursus
dalam subjek penghayatan etika dan peradaban. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuang yang
sama-sama berhempas pulas dalam menyiapkan folio ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan folio ini. Kita
sangat bersyukur kepada semua orang yang menolong kita untuk membuat tugasan ini.

4

- Mengetahui definisi sukan

- Mengetahui definisi perpaduan

- Menghuraikan sejarah sukan

- Membincangkan kepentingan
perpaduan dalam sukan

- Menyenaraikan contoh atlet yang
terkenal

5

DEFINISI SUKAN

Sukan merupakan salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan
tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti
rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama
ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-
rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti
kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal
menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walau bagaimanapun, rencana ini akan
menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti
itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas
tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan
seseorang dalam aktiviti sukan

6

DEFINISI PERPADUAN

- Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan,
dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk
nasionalisma moden, menyerupai sistem komunalisma. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.

MENURUT Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau
IBN KHALDUN menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan
kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

-Mengikut Émile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. MENURUT
Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan DURKHEIM
pembangunan masyarakat dalam karyanya, The Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja
dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan 7
perpaduan datang daripada warga yang serupa – warganya berasa terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan
keagamaan, dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang "tradisional" dan masyarakat
kecil.[5] Perpaduan organik pula muncul daripada pergantungan saling dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan
saling bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni
perkembangan yang terdapat dalam masyarakat "moden" dan "industri".

SUKAN OLIMPIK Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan
setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba,

dihidupkan semula oleh seorang bangsawan
Perancisbernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19.
Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas
telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika

Perang Dunia.Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk
dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak
lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas

pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas

8

SUKAN KOMANWEL Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan.
Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet

elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan
Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet.

Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi
yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan
Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan
Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, Ontario,
Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel
dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel

British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan
Komanwel pada 1978.

9

SUKAN ASIA Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan
setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia
dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara
dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk
tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951.Atlet perlu didaftarkan oleh
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mengikut kewarganegaraan atau
kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat
dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang

memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan
mengambil bahagian.Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut
serta dan namanya digelar China Taipeiberdasarkan status politik Taiwan yang
belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun,Republik Rakyat

China, dan Korea Selatan.

10

SUKAN ASIA TENGGARA / SEA Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA),
merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan

11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh
Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti
Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.Pada
asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung
Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei1958, semua delegasi
dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-
3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui
banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan
SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib
Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan
sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara

11

Memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan

sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif
lain. antaranya dari perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan
sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang
berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat
melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan. bukan sahaja berlaku di kawasan stadium
ataupun gelanggang, ada juga yang bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak
kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang sukan Negara dilaman sosial juga diantara bebilang kaum, bangsa dan
agama. Bukan itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja
contoh ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya. Hampir separuh keseluruhan stadium
dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung diantara
mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama.

12

Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira kaum

Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan, para
atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan. Disitulah mereka tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama.
Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan
atau permainan berlangsung, mereka akan bersatu hati, saling membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata
sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong pasukan Negara
menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel 1998.
Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan sepenuhnya.

13

Memupuk nilai-nilai murni sesama masyarakat

Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih daripada itu, menghargai dan
mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh
melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga
mampu menjadi sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di
Negara ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.

14

 Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat

 Dapat mengeratkan silaturrahim dan tali perpaduan
antara masyarakat tanpa mengira bangsa.

 Penyertaan aktiviti tidak terhad kepada kaum tertentu

 Mengadakan temasya sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun
sekali pada peringkat awal.kemudian sukma mula diadakan
setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri

 Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas
tanpa mengira usia,kaum mahupun bangsa.

15

KEKURANGAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITI

• Peralatan latihan usang

• Aspek penyelenggaraan agak lemah

• Kekurangan infrastruktur boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang mungkin boleh
mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar di kalangan pelajar.

• Pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam
bidang sukan.

16

KEKURANGAN JURULATIH BERPENGALAMAN

• Jurulatih sukan hari ini mesti melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan
yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet.

• Peranan jurulatih yang berkualiti dan berpengalaman sangat penting untuk memastikan
atlet mereka mendapat sokongan terbaik dalam bentuk latihan serta bimbingan.

• jurulatih perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan bimbingan
terkini termasuk pentadbiran sukan yang boleh menyumbang kepada pelaksanaan
tanggungjawab mereka.

17

PENGGUNAAN ATAU PENGAMBILAN DADAH

• Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan
sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

• Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau
menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan
atlit.

• Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah
terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara
jangka pendek dan panjang.

18

PEMBERIAN ATAU PENERIMAAN RASUAH

• Pelbagai sektor sebenarnya terkait dengan isu berkenaan walaupun tindakan tegas telah diambil
pihak berkuasa dalam menangani penyakit sosial itu, termasuklah dalam industri sukan yang
boleh merencatkan pembangunan atlet negara sekiranya masalah tersebut tidak dibanteras
sepenuhnya.

• Rasuah dalam sukan bukan hanya berkaitan dengan perolehan dana persatuan dan menggunakan
jawatan untuk mendapat suapan, malah mengatur perlawanan, penyalahgunaan kuasa serta
proses dalam membuat sesuatu keputusan juga ditakrifkan sebagai rasuah.

• Menurut laman rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah (SPRM) www.sprm.gov.my,
suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah mahupun
pemberian diskaun.

19

MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR membeli infrastruktur sukan yang moden dan berkualiti
serta mengikut piawaian antarabangsa. Perkara ini
Kerajaan boleh memohon jurulatih yang bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih
berpengalaman tinggi dari negara lain untuk melatih ramai atlet negara yang mampu bersaing di mata dunia.
para atlet negara kita. Bukan sahaja itu, kerajaan Kerajaan juga telah memperuntukkan pembiayaan bagi
juga boleh memohon bekas-bekas pemain yang membaiki dan menaiktaraf infrastruktur sedia ada di
berminat dalam kejurulatihan diberi peluang untuk seluruh Malaysia. Infrastruktur sukan yang baik akan
dijadikan jurulatih dari segi melahirkan pemain, memudahkan para atlet untuk berlatih dan bersedia
menghadapi sukan bertaraf dunia.

MENEMPATKAN LEBIH BANYAK
JURULATIH YANG BERPENGALAMAN

20

Masalah yang sering menjejaskan pencapaian atlet ialah masalah
pengambilan dadah. Pengambilan dadah semasa pertandingan
atau perlawanan dapat menghilangkan rasa gemuruh para atlet
dan membekalkan stamina yang maksimum. Kerajaan perlu
mengetatkan lagi hukuman kepada para atlet yang mengambil
dadah. Contohnya, atlet yang terlibat dalam pengambilan dadah
akan dihadapkan dengan tindakan undang-undang seperti
digantung perlawanan dan dikenakan tindakan tata tertib. Hal ini
demikian kerana, pengambilan dadah dalam sukan adalah amat
merbahaya dan mampu memudaratkan kesihatan atlet itu sendiri.

MENGETATKAN HUKUMAN DAN
DIGANTUNG PERLAWANAN

Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah, tindakan tegas perlu
diambil dengan segeratermasuk mengheret mereka ini ke muka
pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaransetimpal dengan
kerakusan membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian
dunia. Tindakan proaktif perlu dilaksanakansemua pihak.
Pendidikan mengenai kesan negatif amalan rasuah perlu diberikan
secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan
sukan.

MENGHERET KE MUKA PENGADILAN

21

LANDSKAP POLITIK NEGARA

Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia

politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan

kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen

perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri.

Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan

negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela nasib

keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa

fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya

rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam

negara akan menjadi lebih erat. 22

JURANG DAN DOMINISASI EKONOMI

Di samping itu, dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang
ekonomi antara perkauman. Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum
Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai
pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana setiap
kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu,
akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana sektor perniagaan
masih didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih tinggal di ladang. Rentetan senario ini
telah menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan perkauman
akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

23

KEWUJUDAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA

Dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah
wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang
mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih
ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa
kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara
satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan
memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita.

24

LAMAN SOSIAL DAN MEDIA MASSA

ledakan teknologi hari ini juga merupakan cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum.
Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks
atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin
menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Setiap
individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi
sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih.

25

SISTEM PENDIDIKAN YANG SAMA Salah satu cara bagi memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat ialah melalui pendidikan. Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang digubal turut memberikan kepentingan
ke atas pemupukan perpaduan melalui bahasa dan sistem
pendidikan kebangsaan. Penggunaan sistem persekolahan
yang sama bagi semua pelajar menjadi jalan utama oleh
pihak kerajaan untuk mengekalkan perpaduan. Melalui
oelaksanaan tersebut semua sekolah umum dan sekolah
jenis umum menggunakan sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam.

Aktiviti bergotong-royong juga merupakan suatu program yang sangat relevan dianjurkan bagi AKTIVITI GOTONG-ROYONG
mewujudkan semangat perpaduan dan mengekalkan kesejahteraan. Kita sedia maklum bahawa
masyarakat kita pada hari ini sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka keluar pagi 26
dan pulang malam, sudah tiada masa untuk duduk bersantai lebih-lebih lagi berborak-borak
dengan jiran tetangga. Oleh hal yang demikian, masyarakat setempat sewajarnya prihatin dan
sedar dengan budaya nafsi-nafsi yang tidak sihat ini. Oleh itu, ketua masyarakat dan ahli
jawatankuasa di sesuatu kawasan perlulah merangka aktiviti yang boleh menyatukan
komuniti di tempat mereka. Sebagai contoh, penduduk di sesuatu kawasan perumahan
menganjurkan Program Gotong-Royong Muhibah, dengan menjemput semua penduduk
setempat untuk sama-sama membersihkan kawasan taman perumahan mereka. Dengan cara
ini sudah tentu masyarakat berbilang bangsa, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain akan
turun padang untuk sama-sama menjayakannya. Sambil bergotong-royong mereka boleh
berbual-bual bercerita latar belakang masing-masing serta bantu-membantu antara satu sama
lain.

MENGANJURKAN RUMAH TERBUKA Usaha pihak kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat
kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia. Hal ini
demikian kerana, semasa aktiviti ini dijalankan semua lapisan masyarakat
daripada pelbagai kaum dapat hadir untuk menjamu selera dengan pelbagai
juadah dan aneka minuman. Pada ketika ini, masyarakat pelbagai kaum
dapat berkenal-kenalan, beramah mesra, dan bersuka ria tanpa rasa
prajudis dan buruk sangka. Sebagai contoh Program Rumah Terbuka
sempena Aidilfitri peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh puluhan ribu
masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai jenis makanan, kuih-muih,
buah-buahan serta minuman dapat dinikmati oleh pengunjung sambil
menyaksikan persembahan budaya daripada pelbagai kaum iaitu kaum
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan lain-lain lagi.

Aktiviti yang berbentuk semangat cinta akan negara perlulah dirangka. MENGADAKAN SAMBUTAN HARI
Dalam konteks ini program Sambutan Hari Merdeka sangat bertepatan
untuk menyatupadukan hati-hati rakyat Malaysia. Semasa aktiviti ini,
rakyat berbilang bangsa dapat bekerjasama dan bersatu padu untuk
menjayakan program sambutan hari merdeka. Persembahan sempena hari
merdeka seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi puisi dan ceramah
mampu untuk meniup semangat patriotik dalam diri masyarakat berbilang
bangsa. Malaysia Prihatin yang merupakan tema Hari Kebangsaan 2020
adalah manifestasi semangat cinta akan negara lebih daripada segala-
galanya. Dengan kata lain, demi untuk mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara Malaysia rakyat sanggup melupakan perbezaan
pendapat , ideologi, bangsa, dan budaya, sebaliknya merapatkan hubungan
dan kerjasama.

KEMERDEKAAN 27

DATUK LEE CHONG WEI

Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi setiap peminat sukan tanah air. Selain memenangi
beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya
menduduki tempat pertama di tahap antarabangsa selama 349 minggu. Antara pencapaian beliau yang paling
membanggakan di persada dunia termasuk memenangi pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan
Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008,
London 2012 dan Rio de Janeiro 2016. Beliau telah mengumumkan persaraan dari sukan itu
badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia
(Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee
Chong Wei serta tahap komitmen yang luar biasa beliau perlu dijadikan iktibar buat generasi muda yang ingin
mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang ingin diceburi.

28

DATUK NICOL ANN DAVID

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebanggaan setiap lapisan masyarakat

di Malaysia. Beliau adalah antara ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing

di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun. Beliau merupakan pemain pertama yang

berjaya memegang gelaran pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun berturut-turut. Beliau telah

mengecapi kesemua kejayaan dalam karier beliau, termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali,

selain memenangi lima pingat emas di Sukan Asia, dua pingat emas di Sukan Komanwel dan 81

gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA). Setelah membuat penampilan terakhir

sebagai atlet skuasy negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei lepas, Datuk

Nicol akan terus aktif dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis muda sebagai jurulatih dengan

berkongsi ilmu dan kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada. 29

PANDELELA RINONG

Penerjun kelahiran Kampung Jugan, Sarawak ini merupakan atlet terjun Malaysia pertama yang berjaya
memenangi pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10 meter platform individu wanita,
selain menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik
tersebut. Pandelela juga berjaya meraih pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama Cheong Jun
Hoong di SSukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Rio de Janeiro, sekaligus menjadi pasukan wanita negara
pertama untuk memenangi pingat perak di Sukan Olimpik. Tambahan pula, beliau merupakan penerima
Anugerah Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016 serta
pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya. Lebih menarik lagi, nama
beliau telah diabadikan di Sarawak dengan penamaan semula “Pusat Akuatik Petra Jaya” sebagai “Pusat
Akuatik Pandelela Rinong”.

30

AZIZULHASNI AWANG

Dikenali sebagai The Pocket Rocketman, atlet kelahiran Dungun, Terengganu ini telah mencipta
sejarah sebagai pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio
de Janeiro, Brazil. Antara kejayaan lain beliau termasuk memenangi pingat emas dalam Kejohanan
Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong, pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam
kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori keirin. Selain itu, beliau
juga dinamakan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2017 serta
menjadi pembawa bendera Jalur Gemilang dalam acara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di Kuala
Lumpur. Beliau akan menyahut cabaran dalam penyumbangan emas pertama negara di Sukan Olimpik
yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada tahun hadapan!

31

JULIAN YEE

Julian Yee bukan sahaja telah meraih kejayaan dalam memenangi pingat emas dalam acara luncur ais
berirama lelaki di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, malah beliau merupakan atlet luncur ais pertama
negara mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan! Atlet
kelahiran Petaling Jaya tersebut telah menduduki tempat keenam pada Kejohanan Trofi CS Nebelhorn ke-
49 di Jerman pada tahun 2017 yang melayakkan beliau ke Pyeongchang 2018 selain menjadi atlet pertama
negara yang berjaya menyertai Kejohanan Luncur Ais Berbunga Dunia (World Figure Skating
Championships). Tambahan pula, Julian telah meraih kejayaan sebagai juara sebanyak lima kali dalam
kejohanan negara sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA 2017.

32

FAIZ SUBRI

Jika anda masih ingat jaringan luar biasa dalam perlawanan bola sepak menentang Pahang pada tahun 2016,
pasti anda ingat kehebatan pemain tengah bagi pasukan Pulau Pinang iaitu Faiz Subri! Jaringan tersebut
telah menjadi bualan hangat di Malaysia serta mendapat perhatian seluruh dunia pada ketika itu dan
menjadikan beliau sebagai pemain bola sepak negara pertama memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016!
Aksi jaringan yang dianggap ‘melawan hukum fizik’ tersebut telah mengutip undi sebanyak 59.46%,
menewaskan aksi jaringan Marlone dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska
Rodriguez. Malah, video jaringan tersebut telah mencuri tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia
dengan jumlah tontonan sebanyak 2,362,950 kali. Kejayaan beliau dalam meraih anugerah berprestij
tersebut merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Malaysia dan menjadi pembakar semangat
buat pelapis-pelapis baharu dalam usaha untuk terus memajukan sukan bola sepak negara.

33

KHAIRUL IDHAM PAWI

Diberi jolokan sebagai “Super Kip”, pelumba motosikal kelahiran Perak tersebut telah melakar sejarah
sukan pemotoran negara dengan menjuarai Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand
Prix Motosikal Argentina 2016 dan Jerman 2016. Beliau turut mencipta kejutan selaku atlet pemotoran
negara pertama yang menaiki podium selepas tamat di tempat kedua pada Kejuaraan Dunia Remaja Moto3
CEV Repsol 2016 di Le Mans, Perancis. Pada ketika itu, Khairul merupakan pelumba motosikal negara
termuda yang mengungguli kejayaan di peringkat antarabangsa pada usia 17 tahun! Sebelum menyertai
kejohanan peringkat antarabangsa sebagai pelumba profesional pada tahun 2015, Khairul telah memenangi
kejuaraan pertama dalam saingan Piala Impian Asia (Asian Dream Cup) pada tahun 2013 dan pernah
menjuarai tempat pertama dalam persaingan tersebut pada tahun berikutnya. Tahun ini menyaksikan
“Super Kip” berentap dalam kategori Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing Team dan menjadi
antara tumpuan penting pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 yang akan berlangsung di Litar
Antarabangsa Sepang, 1 hingga 3 November ini.

34

RIDZUAN PUZI

Nama Ridzuan Puzi dan tarikh ‘keramat’ 10 September 2016 sememangnya terpahat dalam ingatan rakyat
Malaysia apabila beliau melakar sejarah negara yang sangat luar biasa dalam Sukan Paralimpik 2016 di Rio
de Janeiro, Brazil. Sementara rakyat Malaysia sedang tidur pada ketika itu, Ridzuan atau dikenali sebagai
Mr. Dash, berjaya meraih pingat emas pertama negara dalam acara 100m T36 (celebral palsy). Beliau juga
memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada tahun 2015 susulan kejayaan meraih
pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar dan Sukan Para Asean Singapura. Kemenangan
beliau di Sukan Paralimpik 2016 tersebut juga merupakan pencapaian yang paling cemerlang dalam arena
sukan negara serta memberi makna yang sangat mendalam kepada semua lapisan masyarakat apabila
terbukti, atlet-atlet paralimpik negara seperti beliau mampu mencapai kejayaan yang sama seperti atlet-atlet
biasa!

35

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang
penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat
diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan
untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia
Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan
otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan
pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan
tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa
senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang
kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokonga3n6 .

1) APAKAH 2) 3) PADA PENDAPAT
PUNCA SUKAN JELASKAN SALAH ANDA,
MASIH GAGAL SATU CARA UNTUK
MEMBENTUK BAGAIMANAKAH
PERPADUAN? MENGATASI SUKAN BOLEH
MASALAH RASUAH MENBENTUK
PERPADUAN?
DALAM BIDANG
SUKAN 5) BINCANGAKN
BAGAIMANA
4) BINCANGAKN KEKURANGAN
TENTANG
INFRASTRUKTUR
SEORANG ATLET DAN FASILITI DAPAT
NEGARA YANG
TERKENAL DALAM MEMBERI IMPAK
PERMAINAN DALAM BIDANG
BADMINTON. KESUKANAN?

37

JAWAPAN
SOALAN 1

Secara amnya rakyat Malaysia menggamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing
terutamanya pada waktu petang,tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut adalah bukan
sahaja untuk menjaga kesihatan malah adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim
antara keluarga dan kawankawan.Bagi generasi muda sekarang,ramai masih bersukan atau
beriadah mengikut kaum masingmasing,tanpa menghiraukan kaum yang lain.Ini dapat
dibuktikan sendiri di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.

38

JAWAPAN
SOALAN 2

Rasuah dalam sukan bukan hanya berkaitan dengan perolehan dana persatuan dan
menggunakan jawatan untuk mendapat suapan, malah mengatur perlawanan,
penyalahgunaan kuasa serta proses dalam membuat sesuatu keputusan juga ditakrifkan
sebagai rasuah. Kerajaan boleh menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan
menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka dalam bidang
kesukanan. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah
akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat
awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat
tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima
hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

39

JAWAPAN
SOALAN 3

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan
kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap
kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan
daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan,
bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

40

JAWAPAN
SOALAN 4

Salah seorang atlet negara yang terkenal dalam permainan badminton ialah Dato Lee Chong
Wei. Beliau pernah memenangi beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton
Terbuka Malaysia dan sebagainya. Beliau juga pernah berjaya menduduki tempat pertama di
tahap antarabangsa selama 349 minggu. Beliau memenangi pingat emas dalam acara
perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta memenangi
pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

41

JAWAPAN
SOALAN 5

Kekurangan infrastruktur dan fasiliti dapat meberikan impak dalam bidang kesukanan.
Kekurangan infrastruktur dan fasiliti merujuk kepada tempat latihan yang tidak selesa serta
peralatan sukan yang lama atau usang. Kekurangan infrastruktur boleh mengakibatkan
ketidakeselesaan dan kesukaran kepada para atlet untuk berlatih. Bukan itu sahaja kekurangan
infrastruktur dan fasiliti juga akan memberi kesan terhadap masa latihan para atlet kerana
mereka akan memiliki masa yang terhad untuk berlatih.

42

LAMAN SESAWANG

10 Atlet Malaysia Yang Terkenal. (n.d.). Retrieved from World Tourism Group:
https://may.worldtourismgroup.com/10-most-famous-malaysian-athletes-36484

Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia. (22 jun, 2021). Retrieved from Panduan
Malaysia: https://www.panduanmalaysia.com/perpaduan-kaum/

REDDY, N. (n.d.). Sukan Sebagai Alat Perpaduan. Retrieved from CourseHero:
https://www.coursehero.com/file/11854677/BAB-1-PENGENALAN/

SANI, R. B. (n.d.). Cabaran Dan Penyelesaian (Sukan). Retrieved from Padlet:
https://padlet.com/sani_rm/t2tfvnpjexfk

SULAIMAN, Z. (02 September, 2019). Sukan Wadah Eratkan Perpaduan 1 Malaysia. Retrieved
from Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/45996/SUARA-
SINAR/Analisis-Sinar/Sukan-wadah-eratkan-perpaduan-1Malaysia

ZAYLOR. (n.d.). Cabaran Memupuk Perpaduan Kaum. Retrieved from CourseHero:
https://www.coursehero.com/file/21806099/cabaran-memupuk-perpaduan-kaum/

43

BUKU
Penghayatan etika dan peradaban. (2020). POLITEKNIK MALAYSIA.
Adam, R. B. (2003). Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Percetakan Naz Sdn Bhd.

44

45


Click to View FlipBook Version