MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL.1/2021
SMK PITAS,PITAS
TARIKH : 08 FERBUARI 2021 (ISNIN)
TEMPAT: BILIK PENGETUA
MASA : 10:00AM-11:30PM
KEHADIRAN
Kehadiran Pengetua
1. Awang Seman Bin Ag Tahir
Penolong Kanan Pentadbiran
2. Raja Shariffah Binti Raja Yusoff Penolong Kanan HEM
3. Kamariah Jamil Penyelia Asrama
4. Arnisa Hj Gapor Ketua Warden
5. Nasruh Saripudin Warden
6. Kamarinah Chua Warden
7. Eprolina Martin
8. Soliman Bin Pengiran Hasim
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Mohd Shari (Ada Kelas)
2. Atieka Ramlah (Ada kelas)
3. Rechan Meikal
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran pentadbir,penyelia
asrama dan semua warden kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke
mesyuarat Asrama Bil.1 bagi tahun 2021. Tuan pengerusi ingin membincangkan
tentang pemilihan kemasukan pelajar Tingkatan 5 Kohort SPM 2020.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Bil 4/2020 telah disahkan atas cadangan En Nasruh Saripudin
dan disokong oleh Pn Kamarinah Chua.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit
4.0 FOKUS MESYUARAT
4.1 Pemilihan Kemasukan Pelajar Tingkatan 5 Kohort SPM
Seramai 14 orang murid yang memohon masuk ke asrama. Daripada jumlah
tersebut seramai 7 orang pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan telah diterima
masuk ke asrama. Manaklah seramai 6 oarang pelajar tidak diterima kerana
mempunyai masalah disiplin.
Iklan kemasukan pelajar peperiksaan di lanjutkan sehingga 15 Februari 2021.
Pelajar yang tidak diterima masuk ke asrama perlu diberikan surat makluman.
Tindakan: Warden dan Penyelia Asrama
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Keluarkan surat pemakluman tidak ada kepulangan sempena cuti Tahun
Baharu Cina.
Tindakan: Eprolina Martin
5.2 Peruntukan BMA akan digunakan untuk penyelengaraan aset asrama iaitu
katil dan tilam. Warden perlu mengenalpasti jumlah katil dan tilam yang
diperlukan.
Tindakan: Warden dan Penyelia Asrama
5.3 Rekodkan setiap aset yang diterima di asrama.
Tindakan: Warden
5.4 Bilik stor yang terdapat di aspura perlu dibersihkan untuk tempat menyimpan
barang-barang asrama dan rekodkan setiap penggunaan dan pemulangan
barang tersebut.
Tindakan: Warden
5.6 Kenal pasti kerosakan paip di aspuri.
Tindakan: Warden Aspuri
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
mesyuarat ditangguhkan pada jam11:30 pagi.