The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanis, 2021-12-29 22:24:29

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT GHSS3013

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT GHSS3013

ELEKTIF GAYA HIDUP SIHAT GHSS3013

Program gaya

hidup sihat

Disediakan oleh
Nurul Hanis Afiqah binti Zamri

PISMP PAI5 Ambilan Jun 2019
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Susu Sekolah (PSS)

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan
pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal,
kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS
juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal.
Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah
terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM
400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

i. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara

sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

ii. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid

sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai

Kementerian Pendidikan Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat

yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela. 1

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Program Siswa Sihat (PROSIS)

Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu kolaborasi bijak Kementerian
Kesihatan Malaysia bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan siswa/i Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengamalkan cara hidup sihat.

OBJEKTIF
Membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT
yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok,
pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol.

STRATEGI
i. Pendekatan rakan siswa/siswi
ii. Perkukuhkan pendekatan Kempen Cara Hidup Sihat
iii. Memperkasakan siswa/siswi (empowerment)
iv. Bina upaya siswa/siswi (capacity building)

2v. Mewujudkan jaringan kerjasama pelbagai agensi/swasta/NGO
(networking)
vi. Membangunkan persekitaran menyokong (supportive environment)
vii. Melaksanakan program secara berpusat
viii. Penekanan perubahan tingkah laku

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kempen Tak Nak Merokok!

Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
memulakan kempen anti-merokok yang dinamakan sebagai Kempen
Tak Nak Merokok. Titik permulaan pelaksanaan kempen ini adalah atas
berikutan peningkatan bilangan penduduk yang terlibat dalam aktiviti
merokok.

Sasaran kempen ini adalah terdiri daripada kumpulan bukan perokok
terutamanya remaja, atau pelajar sekolah dan juga golongan perokok
untuk mengalakkan mereka untuk berhenti merokok.

OBJEKTIF
i. Memupuk kesedaran dalam khayalak orang ramai tentang bahaya

merokok
ii. Mengalakkan perokok untuk berhenti merokok

3Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk mencapai objektif kempen tak

nak merokok ini. Antaranya ialah;
i. Menyiarkan mesej jangan merokok menerusi media sosial
ii. Pendidikan di peringkat komuniti oleh Badan Bukan Berkanun (NGO)
iii. Mewartakan kawasan larangan merokok

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Hari Sukan Negara 21’ (HSN21)

Hari Sukan Negara yang disambut pada 9 Oktober 2021 (Sabtu) secara
serentak di seluruh negara. Pelaksanaan program HSN2021 adalah
secara hibrid. Aktiviti boleh dilaksanakan pada 8-10 Oktober
2021.Pengisian aktiviti adalah semua jenis sukan, rekreasi dan
kecergasan yang melibatkan pergerakan fizikal secara individu yang
tidak bersentuhan sama ada berbentuk pertandingan, pertunjukan dan
riadah. Sambutan HSN2021 secara fizikal hanyalah melibatkan
penyertaan daripada peserta yang telah melengkapkan dos vaksin
Covid-19.

OBJEKTIF
i. Memberi Kesedaran dan meningkatkan amalan budaya gaya hidup

cergas dan aktif
ii. Keprihatinan Kerajaan menggalakkan aktiviti sukan dan kecergasan

walaupun negara berdepan masalah Covid-19

4iii. Menyemarakan semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai
kaum
iv. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui

pembangunan industri sukan

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

KEMENTERIAN PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

Gotong-royong Perdana
Basmi Denggi

Inisiatif penganjuran gotong-royong ini diharapkan dapat
memastikan komuniti penduduk sentiasa menjaga kawasan
kediaman sendiri dan kawasan gunasama supaya terhindar
daripada menjadi kawasan pembiakan nyamuk dan sama-sama
berusaha memastikan kawasan kediaman masing-masing berdaya
huni iaitu bersih, sihat, selamat dan aman.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, gotong-royong perdana ini
diadakan secara serentak di lapan lokasi antaranya ialah:
1. Pangsapuri Ampang Mewah, Ampang – dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Ampang Jaya;
2. Apartment Medan Cahaya – dengan kerjasama Majlis Bandaraya

5Petaling Jaya;

3. Padang Balai Masyarakat JKP Zon 8, Kg Tengah, Batu 13, Puchong
– dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya;
4. Flat Taman Kem, Pelabuhan Klang – dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Klang

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN
KELUARGA NEGARA

Program Rintis Saringan Kanser
Serviks (Ujian HPV DNA)

Seramai 14,000 wanita di seluruh Malaysia disasarkan sebagai penerima ujian
saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA. Program ini bertujuan untuk
menggalakkan wanita yang berkahwin atau pernah berkahwin menjalani
ujian HPV DNA serta meningkatkan tahap kesedaran tentang pencegahan
kanser serviks.

Program ini adalah secara PERCUMA bermula Januari sehingga penghujung
Disember 2019 dan dijalankan melalui 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) dan Klinik
Subfertiliti LPPKN serta secara outreach di kawasan pedalaman.

Kriteria wanita layak tahun 2019: 6
i. Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
ii. Wanita berumur 30 hingga 65 tahun;
iii. Wanita dalam kumpulan B40 & M40
iv. Wanita berkahwin/pernah berkahwin

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN

Sambutan Hari Anti Dadah
Pringkat Kebangsaan 2o21

‘Lebih Baik Cegah’ dipilih sebagai tema Sambutan Hari
Antidadah Peringkat Kebangsaan (HADK) yang bakal disambut
selama sebulan mulai 19 Februari 2021. (AADK) menekankan
konsep pencegahan bagi mencegah mereka yang belum
terlibat dengan penagihan dadah bagi mengelakkan
munculnya penagih-penagih baharu. Konsep ini juga memberi
penekanan kepada usaha mencegah seseorang daripada
terjebak semula dalam aktiviti penyalahgunaan dadah kerana
mereka percaya bahawa mencegah itu lebih baik daripada
merawat.

Sempena sambutan ini juga, pelbagai aktiviti telah tetapi 7
berdepan kekangan kerana penularan pandemik COVID-19
selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika
ini. Justeru, mereka akan meneliti semula perancangan-
perancangan tersebut agar sesuai dilaksanakan mengikut
norma baharu.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

MAJLIS AIDS MALAYSIA

Sambutan Hari Aids Sedunia

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia 2021 tahun ini adalah Akhiri
Ketaksamarataan, Akhiri AIDS, Akhiri Pandemik dan tema ini
membawa maksud pentingnya untuk kita bersama-sama
menghapuskan ketaksamarataan supaya komuniti yang belum
mendapatkan akses kepada perkhidmatan HIV untuk mendapat
rawatan sekaligus menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan
awam menjelang 2030.

Negeri Kedah telah terpilih untuk melaksanakan Island Getting To
Zero HIV di Langkawi dengan komitmen dan kolaborasi pelbagai
pihak dalam memastikan kejayaan projek di Langkawi khasnya dan
umumnya di Malaysia.

Jalinan kerjasama yang mantap dengan badan bukan kerajaan

8khususnya Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan ahli-ahli gabungan

seperti Persatuan Cahaya Harapan telah memainkan peranan
penting dalam usaha untuk menurunkan jangkitan HIV/AIDS.

Rujukan

• https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/program-susu-sekolah-pss
• https://pkbsamarahan.moh.gov.my/program-siswa-sihat-prosis/
• https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/tak-nak-merokok
• https://www.harisukannegara.my/info.html
• https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/HomePageV1/pdf/berita/2019/Berita_GOTONG-

ROYONG_PERDANA_KARNIVAL_KOMUNITI_KPKT_2019_14_April.pdf
• https://www.lppkn.gov.my/index.php/2014-04-22-06-49-45/program-rintis-saringan-kanser-serviks
• https://www.buletinmutiara.com/lebih-baik-cegah-tema-hari-antidadah-kebangsaan-tahun-ini/
• https://malaysiaaktif.my/105476


Click to View FlipBook Version