The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Harith Farhan, 2024-01-23 00:14:37

TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN DALAM DAN LUAR NEGARA

KUMPULAN 1 (1)

1


TAJUK ISI KANDUNGAN TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA : TAN SRI DR ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PENDETA ZA’BA) TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA: DATO’ SERI AMINUDDIN BAKI TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA: PROFESOR DATO’ (DR) UNGKU OMAR BIN AMAR TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA: YM PROF DIRAJA TUN DR UNGKA ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMID TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA : JOHN DEWEY TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA: IMAN AL-GHAZALI TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA: CONFUCIUS 3 - 7 11 - 14 18 - 20 21 - 24 8 - 10 25 - 27 28 - 29 2


EDITOR : HARITH FARHAN BIN AZWAN HAMIDY TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA TAN SRI DR ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PENDETA ZA’BA) Tan Sri Dr Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba merupakan sasterawan dan pemikir Melayu hebat yang telah terlibat aktif dalam kegiatan penulisan dan penterjemahan selama lebih daripada 40 tahun. Cendekiawan ulung ini juga merupakan penulis rencana dan esei berbakat bukan sahaja dalam bahasa Melayu malahan bahasa Inggeris. Penulisan prolifiknya meliputi pelbagai bidang termasuklah sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Anak kampung ini berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh disegani dalam sejarah pendidikan di Malaysia. Latar Belakang Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan merupakan tempat Za'ba dilahirkan pada 16 November 1895. Bapanya bernama Ahmad bin Ibrahim dan ibunya Intan Awaluddin. Za'ba 3


mendapat pendidikan agama daripada ayahnya yang turut mengajar anak-anak kampung membaca al-Quran. Pada awalnya, Za'ba dikatakan lebih banyak belajar sendiri dan menulis di atas daun pisang. Menyedari minatnya itu, ayahnya terus mengajar sendiri Za'ba untuk membaca dan menulis jawi serta asas kira-kira. Pendidikan Za'ba mendapat pendidikan formal ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan pada tahun 1909. Za'ba dipindahkan ke Sekolah Linggi untuk belajar pelbagai cabang ilmu keagamaan berikutan hasrat bapanya menjadikannya seorang ulama. Beliau pernah mendapat tempat pertama daripada keseluruhan 265 calon yang menduduki Scholarship Examinitation di seluruh Negeri Sembilan. Za'ba meneruskan pengajiannya ke sekolah Inggeris, St. Paul Institution, Seremban (10 Januari 1910) walaupun mendapat tentangan daripada bapanya dan menghabiskan masa enam tahun di sekolah tersebut. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Peperiksaan tersebut (1915). Penguasaannya dalam subjek bahasa dan Sastera Inggeris menyebabkan beliau diberi jolokan sebagai Shakespeare dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya (Adnan Hj. Nawang, 1994). Za'ba terdidik dalam keluarga yang kukuh asas agamanya banyak membaca dan turut berguru dengan Syed Syeikh al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Selain kepakarannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Za'ba juga menguasai bahasa Arab kerana telah mempelajarinya sejak kecil serta memperoleh Diploma Bahasa Arab daripada Universiti London ketika beliau bertugas di universiti itu. Za'ba kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera sebagai pelajar luar kampus. Semua pengalaman dan peluang pendidikan yang diperolehinya menjadikannya seorang yang versatil dan menguasai bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Kerjaya Za'ba pernah ditawarkan jawatan sebagai guru sementara di St. Paul's Institution atau kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Seremban sedangkan cita-cita awalnya untuk menjadi doktor dan ahli sastera tetapi permohonan melanjutkan pelajaran itu ditolak oleh kolonial British atas alasan tiada biasiswa dan beberapa permohonan pekerjaannya turut ditolak. Hal ini jelas tidak berpadanan dengan dirinya seorang yang terkedepan dalam pelajaran kerana dasar pendidikan dan ekonomi penjajah tersebut yang enggan melihat anak-anak Melayu menjadi golongan intelektual kerana bimbang berlakunya penentangan terhadap mereka. 4


Pada tahun 1916, Za'ba kemudiannya memutuskan untuk berkhidmat di Johor (English College) sebagai guru yang sememangnya berkait dengan minatnya mengarang dan kemudiannya bertukar ke beberapa tempat lain iaitu: (i) 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar (ii) 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (iii) 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (iv) 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942 (v) 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951 (vi) 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959 Dalam penulisannya dengan menggunakan nama pena Patriot pada Ogos 1916, Za'ba melemparkan kritikan pedas terhadap kolonial British dan imperialis Barat. Hasil penulisan-penulisannya yang anti penjajah tersebut juga bertitik tolak dari semangat untuk membela orang Melayu Islam yang mundur dan miskin. Politik Za'ba pernah bergiat aktif dalam politik tanah air dan dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) serta pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya (1-4 Mac 1946) yang kemudiannya dikatakan melahirkan UMNO. Beliau antara orang pertama yang menyedari akibat buruk Malayan Union dan menentangnya. Beliau juga menyertai Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dalam kongres menentang Malayan Union dan mengundurkan diri kemudiannya bagi menumpukan kepada bidang penulisan dan Bahasa Melayu. 5


Jasa dan Sumbangan Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956) Za'ba dianugerahkan gelaran "Pendeta" bagi mengenang jasanya yang tidak ternilai dalam bidang bahasa. Beliau turut menerapkan nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu (Pelita Bahasa Melayu Penggal I). Za'ba juga bertanggungjawab meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik dan merupakan sarjana Melayu pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam dengan: (i) merintis analisis sistem ejaan bahasa Melayu berasaskan ilmu fonologi, iaitu kewujudan bunyi mendahului tulisan, huruf ialah lambang bunyi dan ada "hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa". (Asmah Haji Omar, 1976). (ii) meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat bahasa Melayu kepada lima golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. (iii) membahagikan kata sifat kepada sifat nama dan sifat kata. (iv) meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat. (v) menggolongkan ayat bahasa Melayu kepada ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, ayat bercampur dan jenis ayat pula terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. (vi) memperkatakan ragam ayat dengan istilah ayat bangun membuat bagi ayat aktif dan ayat bangun kena buat bagi ayat pasif. (Awang Sariyan). Za'ba terlibat dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan karya- karya berkaitan agama Islam antaranya Falsafah Takdir (1932), Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan Budi Menerusi Islam (1958). Selain itu karya-karya Za'ba berkaitan bahasa Melayu antaranya: (i) Ilmu Bahasa Melayu (1926) (ii) Rahsia Ejaan Jawi (1929) (iii) Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934) ( iv) Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi 6


(1938) (v) Siri Pelita Bahasa Melayu Jilid I (1940), Jilid II (1946) dan Jilid III (1949) Anugerah Antara anugerah yang diterima oleh Za'ba: (i) 1956: Gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (ii) 1959: Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (iii) 1973: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (iv) 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri Za'ba menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 1973 pada usia 78 tahun setelah menjalani pembedahan batu karang. Pemergian beliau sebagai ilmuan hebat pencetus kebangkitan Melayu merupakan suatu kehilangan besar kepada negara. 7


TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA JOHN DEWEY Latar Belakang Tokoh John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermon, Amerika Syarikat. Bapanya bernama Archibald Dewey dan ibunya bernama Lucina Artemisia Rich. Dewey memasuki sekolah umum Burlington pada masa kecil. Oleh sebab kecerdasannya dalam pelajaran, pada umur 15 tahun, beliau diterima memasuki Universiti Vermont dan mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1879. John Dewey memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik setelah mendapat tawaran oleh sepupunya supaya menjadi guru di Pennsylvania, Amerika Syarikat selama 2 tahun. Beliau kemudiannya kehilangan pekerjaan tersebut setelah sepupunya meletakkan jawatan sebagai pengetua di situ. 8


Namun, beliau terus mengajar di sekolah persendirian di Vermont. Oleh sebab minat beliau yang tinggi dalam bidang falsafah dan psikologi, beliau kemudiannya memasuki Universiti John Hopkins di Maryland dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1884. Pada tahun yang sama beliau menjawat jawatan sebagai pembantu profesor di Universiti Michigan. Pada tahun 1888, Dewey menjadi Profesor Falsafah di Universiti Minnesota selama setahun. Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke Universiti Michigan dan mengajar di sana selama 5 tahun. Kerjaya pendidikannya terus berkembang. Pada tahun 1894, Dewey menjadi ketua jabatan falsafah di Universiti Chicago sehingga tahun 1904 serta menjadi pengarah di sekolah pendidikan di universiti tersebut selama 2 tahun. Pada tahun 1904, beliau menjadi profesor Falsafah di Universiti Columbia. Pada tahun 1930, Dewey telah bersara daripada kerjaya keguruannya dengan dikurniakan Profesor Emeritus dari Universiti Columbia. John Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952 di New York ketika berumur 92 tahun. Sumbangan Tokoh Menulis Buku dalam Pelbagai Bidang Pendidikan Buku-buku Dewey yang terkenal adalah seperti My Pedagogic Creed (1897), The Primary-Education Fetich (1898), The School and Society, The Child and the Curriculum Democracy and Education Schools of Tomorrow (1915), Experience and Education (1938) dan lain-lain. Beliau menegaskan bahawa sekolah merupakan stitusi berlakunya reformasi sosial. Prinsip pendidikannya adalah mempercayai hawa setiap kanak-kanak harus diberikan peluang yang mencukupi dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar harus disedarkan tentang keupayaan kendiri dan potensi untuk berbakti kepada masyarakat. Bertanggungjawab Menubuhkan Sekolah Eksperimen (Laboratory Schools) di Universiti Chicago pada tahun 1894 Sekolah ini berperanan menjalankan kajian eksprimen atau praktikal tentang pendidikan rendah yang lebih pragmatik. Hal ini demikian kerana Dewey mendokong teori Pragamtisme dalam Pendidikan serta reformasi pendidikan yang menyeluruh. Merupakan Presiden American Psychological Association (APA) pada 1399 dan American Philosophical Association pada 1905 Persatuan ini bertujuan bertukar pandangan antara ahli falsafah, menggalakkan karya kreatif dan penulisan akademik dalam falsafah, menjadi garis panduan penulisan profesional dalam falsafah dan psikologi serta menjadikan bidang lsafah dan psikologi sebagai cabang disiplin ilmu. Memperkenalkan Teori Pragmatisme dalam Falsafah Pendidikan 9


Beliau terkenal kerana memperkenalkan pendidikan progresif berdasarkan engalaman pembelajaran sebagai sesuatu yang berharga. Teori Pragmatisme ini menekankan keperluan "learning by doing" dan pengetahuan sedia ada lam pembelajaran murid. Menurut beliau, murid belajar dengan lebih Prmakna melalui pendekatan hands-on. Pelajar perlu mengadaptasi dengan persekitarannya dengan baik. Beliau menolak pendekatan teori Behaviourisme Prana beranggapan teori ini tidak memadai untuk menerangkan proses mbelajaran murid yang lebih kompleks. Beliau menganggap pelajar adalah ndividu yang aktif dalam pembelajaran. Menekankan Interdisciplinary Curriculum, atau Kurikulum yang Menghubungkan Pelbagai Matapelajaran dalam Proses Pembelajaran Mereka Pelajar bebas bergerak dalam persekitaran bilik darjah progresif. Falsafah beliau ini mempengaruhi model pembelajaran eksperimen seperti pembelajaran rasaskan projek (Project Based Learning), kemahiran penyelesaian masalah roblem Solving Skills) seperti yang dijalankan pada masa kini di bilik darjah. 10


SUMAYYAH BINTI MOHD. ZULKURNAIN TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA DATO’ SERI AMINUDDIN BAKI Aminuddin Baki satu nama besar yang cukup sinonim dalam kalangan warga pendidik. Mendapat gelaran Bapa Pendidikan Malaysia, ketokohan Aminuddin dalam bidang pendidikan terbukti melalui idea-ideanya dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan penggubalan dasar-dasar pelajaran negara semasa hayatnya. Antaranya termasuklah Jawatankuasa Barnes 1951, Jawatankuasa Penyata Razak 1956, Jawatankuasa Rahman Talib 1960 dan juga Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi. Latar Belakang Aminuddin Baki yang dilahirkan pada 26 Januari 1926 merupakan anak kelahiran Kg Batu Sembilan, Chemor, Perak dan membesar dalam keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Beliau berkahwin dengan Puan Noraini bt Abu Bakar dan dikurniakan tiga orang putera. Pendidikan dan Persatuan Pelajar Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Chemor (1932-1936) dan turut mendapat didikan agama Islam pada sebelah petang dan malam. Beliau kemudiannya bersekolah di Sekolah Anderson (1936-1941), Ipoh dan penjajahan tentera Jepun ke Tanah Melayu 11


menyebabkan beliau mengambil kursus bahasa Jepun, Kamigayo di Sekolah Convent Jalan Ipoh dan menjadi guru bahasa Jepun, Hyoin Yosei Jo, di samping menjalani latihan perguruan dan bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan dan swasta. Aminuddin kemudiannya memperoleh Cambridge School Certificate di Sekolah Anderson (1946) setelah perang tamat. Beliau menunjukkan minat terhadap Persatuan Pelajar-pelajar Melayu di Victoria Institution (kemudian dikenali sebagai Kesatuan Kesuratan Penuntut- penuntut Melayu) dan dilantik sebagai setiausaha. Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Ipoh (April 1946) turut diasaskan oleh beliau dan kemudiannya dikembangkan ke seluruh negeri Perak. Dalam persidangan dihadiri Aminuddin Baki bersama pemimpin pelajar yang lain (tujuh persatuan) maka terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Aminuddin telah menerajuinya sebagai presiden kedua dan keempat seterusnya Penasihat GPMS untuk dua penggal iaitu pada 1961 hingga 1962 dan 1964 hingga 1965. Aminuddin Baki terpaksa memperlahankan penglibatan dalam GPMS apabila menyambung pula pengajiannya di Universiti Malaya, Singapura (Oktober 1949) dan menimba pengalaman sebagai guru di Anglo-Malay Evening School di Singapura (1949-1951) yang mana beliau turut mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak Melayu di Singapura. Beliau kemudiannya kembali aktif dalam GPMS (1950) dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Berkat kesungguhannya yang tidak henti menimba ilmu, pejuang bangsa ini berjaya memperoleh sarjana muda sastera (Sejarah) dan kemudiannya berbekalkan biasiswa Queen Scholarship beliau melanjutkan pelajaran di Institute of Education, University of London. Kejayaan demi kejayaannya membuktikan bahawa anak Melayu juga hebat dan layak belajar di luar negara dan akhirnya seperti dijangkakan beliau berjaya memperoleh Master of Methods, University of London. Kerjaya Aminuddin Baki merupakan seorang insan yang sangat mencintai ilmu. Kariernya sebagai guru bermula secara rasminya di Sekolah Inggeris Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh (1951-1952). Beliau juga berpengalaman menjadi pensyarah di Sultan Idris Training College (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim selain pernah menjadi pensyarah secara sambilan di Kolej Islam Kelang (1959). Sejarah Islam yang diperkenalkannya cuba membuka minda pelajar-pelajar SITC berkaitan soal ketuhanan dan falsafah Islam dengan berpandukan pengetahuan keislamannya berserta teknik, pendekatan serta hujah-hujah yang bernas. Beliau kemudian bertugas sebagai Pegawai Pelajaran di Kementerian Pelajaran (1 September 1957), kemudian ke Negeri Sembilan seterusnya ke Selangor setelah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Pelajaran. Selanjutnya pada tahun 1961, beliau menerima amanah yang lebih besar sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pelajaran) pada usia beliau 36 tahun. 12


Jasa dan Sumbangan Menyedari ketokohan dan pandangan bernasnya dalam bidang pendidikan sosok hebat ini telah menyertai beberapa jawatankuasa penting berkaitan penggubalan dasar pelajaran iaitu: (i) Jawatankuasa Barnes 1951 (ii) Jawatankuasa Laporan Razak September 1956 (iii) Jawatankuasa Penasihat Laporan Rahman Talib 1960 (iv) Jawatankuasa Merancang Pengajian Tinggi. Selain itu Aminuddin juga pernah terlibat dalam Jawatankuasa Penyiasat Mogok Pelajar-pelajar SITC 1950, Jawatankuasa Menyiasat Kelemahan Murid- murid Melayu dalam memasuki sekolah menengah, Jawatankuasa Ejaan Melayu- Indonesia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengelola DBP, Pengerusi Dewan Kebudayaan Tanah Melayu dan Anggota Suruhanjaya Fullbright. Keprihatinan beliau terhadap masa depan bangsa Melayu jelas terlihat dalam bait-bait kata "Jangan suatu hari nanti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Alah sabung menang sorak, ayam menang kampung tergadai". Usaha murninya mewujudkan aliran sains di sekolah menengah Melayu berhasil melahirkan lebih ramai cerdik pandai graduan daripada aliran Melayu dan aliran sains yang pernah dinafikan hak mereka oleh sistem pendidikan penjajah. Aminuddin merupakan tokoh pendidikan dan juga pejuang bahasa Melayu yang mana jawatankuasa yang disertainya telah memperakukan bahasa hinggalah ke peringkat berada pada kelasnya tersendiri. Syor-syor dalam Penyata Aminuddin Baki 1987 berjaya menyelesaikan masalah keciciran pelajar Melayu dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Perubahan ketara lain yang dipeloporinya ialah sijil-sijil peperiksaan Lower Certificate of Education, Senior Cambridge dan seterusnya Higher School of Certificate. Beliau turut terlibat dalam persatuan dan organisasi lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu serta Dewan Bahasa dan Pustaka dan bertanggungjawab memperkenalkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan menjadi tulang belakang Lembaga Peperiksaan Malaysia (1963). Aminuddin telah menyusun dan merancang sistem pendidikan kebangsaan dengan misi dan visi yang sejajar dengan keperluan masyarakat dan 13


turut diperluaskan kepada bidang-bidang lain. Asas bagi perkembangan pendidikan negara ialah: (i) menyediakan kemudahan belajar yang baik, (ii) pelajaran rendah percuma, (iii) pendidikan dalam aliran kebangsaan di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi, (iv) perkembangan institusi pengajian tinggi yang pesat, (v) rancangan pendidikan guru yang tersusun serta pertambahan bilangan guru dan lain-lain. Aminuddin turut fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan Arab walaupun dikenali ramai sebagai seorang pemidato bahasa Melayu. Sebagai seorang yang sentiasa berpandangan jauh beserta keutamaannya terhadap pendidikan dan masa depan bidang tersebut menyebabkan beliau turut digelar sebagai Bapa Pendidikan Moden Malaysia dan turut mendapat jolokan 'Arkitek Pendidikan Negara'. Badan antarabangsa UNESCO antaranya turut mengiktiraf Aminuddin sebagai perancang pelajaran yang gah di Asia. Antara kata-kata beliau yang masih diingati hingga ke hari ini: Tiada miskin seorang pelajar kerana sedikit harta dan keluarga Tetapi miskin seorang pelajar kerana sedikit ilmu dan amal Tiada kaya seorang hartawan kerana banyak harta dan keluarga Tetapi kaya seorang hartawan kerana banyak ilmu dan amal Beliau hanya sempat memegang jawatan Ketua Penasihat Pelajaran lebih kurang empat tahun kerana Aminuddin Baki meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menunaikan solat pada 24 Disember 1965 pada usia yang masih muda 39 tahun. Aminuddin mendapat anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (2015). 14


TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA IBNU KHALDUN Ibnu Khaldun seorang cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14 merupakan pakar dalam pelbagai bidang antaranya sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi dan falsafah. Ibnu Khaldun dikatakan telah menghasilkan biografinya sendiri dengan baik bermula zaman kanak-kanaknya sehinggalah hampir penghujung hayatnya. Beliau merupakan sarjana Islam yang disegani seluruh dunia sehingga kini melalui peninggalan karya agungnya, al-Muqaddimah. Beliau turut dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden. Latar Belakang Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad yang dilahirkan Tunisia pada 1332 Masihi dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Sejarawan Islam ini berasal dari keluarga berada dan terpelajar yang membolehkannnya mendapatkan pendidikan yang terbaik. Pendidikan Guru pertamanya ialah bapanya sendiri yang mengajarnya tentang fiqh dan bahasa Arab. Ibnu Khaldun sudah dididik membaca al-Quran sejak kecil dan turut mempelajari himpunan hadis yang diiktiraf oleh Mazhab Maliki, asas akidah Islam, asas fiqh dan elemen tasawuf. Ibnu Khaldun mempelajari dan menghafal al-Quran di bawah tunjuk ajar Muhammad Ibni Sa'd Ibni Burral, mempelajari sastera persajakan dengan gurunya Muhammad Ibni Sahr, manakala 15


guru-guru Ibnu Khaldun dalam bidang hadis dan fiqh pula termasuklah Shams al-Din Muhammad al-Jabir dan Abd al-Salam al Hawwari. Beliau turut menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun lagi seperti ilmu logik, matematik, falsafah sains tabii dan metafizik. Selain itu, ilmu bahasa, biografi, sejarah dan seni penulisan akademik yang berkaitan juga turut dipelajarinya. Penulisannya agak matang walaupun menulis ketika masih remaja dan ketika berusia 18 tahun, beliau terpaksa berhenti belajar akibat Tunisia ditimpa wabak taun (749H) dan kemudian kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi. Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya. Jasa dan Sumbangan Ilmuan terkemuka ini mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Keupayaannya memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi sangat dikagumi. Antara jawatan penting Ibnu Khaldun dalam negara: (i) Berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah. (ii) Dilantik menjadi duta besar, menteri dan ahli majlis penasihat sultan (iii) Dilantik menjadi kadi di Mesir. (iv) Diberikan gelaran Waliyuddin oleh Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burquq (v) Guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. (vi) Dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Meskipun terkenal sebagai ahli sosiologi dan juga sejarah, Ibnu Khaldun turut menyumbang kepada bidang pendidikan. Pandangannya berkaitan pendidikan adalah hasil pengalaman dalam menuntut ilmu sehinggalah menjadi ilmuan yang dikenali. Buktinya kitab al-Muqaddimah yang dihasilkan menjadi rujukan penting sehingga ke hari ini dan sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (Abidin, 2017). Perincian karya agung Ibnu Khaldun Al- Muqaddimah: (i) Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar (Karya pertama Ibnu Khaldun) yang mempunyai tujuh jilid. (ii) Peringkat awal penulisan Muqaddimah sebagai penulisan mengenai sejarah orang Arab dan Barber tetapi turut mengandungi pendekatan 16


saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonomi. (iii) Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Muqaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat. (iv) Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi. Ketinggian ilmunya terbukti dalam pelbagai bidang antaranya berkaitan ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ideanya berkaitan dengan peranan kerajaan diguna pakai sehingga ke hari ini yang mana baginya tugas kerajaan hanya terhad kepada: (i) Mempertahankan rakyatnya daripada keganasan (ii) Melindungi harta persendirian (iii) Menghalang penipuan dalam perdagangan dan (iv) Mencetak dan menguruskan penghasilan wang (v) Melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini. 17


EDITOR : AZIQAH NURINA BINTI AZIMIN TOKOH TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA PROFESOR DATO’ (DR) UNGKU OMAR BIN AHMAD Profesor Dato' (Dr) Ungku Omar merupakan antara saintis dan tokoh perubatan Melayu terawal di tanah air yang turut berpengaruh dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Beliau juga dikenali sebagai 'Doktor Radio' kerana perjuangan beliau bukan sahaja melalui kertas- kertas kerja, malah turut menyampaikan ceramah- ceramah berkenaan kesihatan dan sains yang boleh didengari menerusi Radio Malaysia. Latar Belakang Ungku Omar merupakan kerabat diraja Johor yang dilahirkan tanggal 18 Januari 1931 di Johor Bahru. Ayahandanya bernama Ungku Ahmad Ungku Umar dan bondanya Ungku Kintan Maimuna Ungku Abdul Rahman. Beliau thengahwini sepupunya Tengku Khatijah Tengku Sulaiman pada tahun 1952 dan mempunyai enam orang anak. Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak serta sekolah agama sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Ungku Omar meneruskan pelajaran di Universiti Malaya Singapura (terus masuk tahun kedua) dan lulus dengan Ijazah Perubatan dan Bedah (M.B.B.S) pada tahun 1957. Beliau menjalani housemanship di Johor Bahru dan seterusnya berkhidmat di Pusat Penyelidikan dan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur sebagai pegawai perubatan dan penyelidikan dan kemudiannya memperolehi diploma dalam bahagian patologi (ilmu perubatan yang mengkaji sebab-sebab, tanda-tanda dan cara-cara mengubati penyakit) daripada Royal College of Physician London dan Royal College of Surgeons England (1962). 18


Kecemerlangannya diteruskan dan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dalam Clinical Chemistry (1965) dan turut menjadi ahli Institute of Biology, London. College of American Pathologist Amerika Syarikat pula mengangkat beliau sebagai Ahli Kehormat Kolej tersebut dua tahun selepas itu. Kerjaya Ungku Omar pernah berkhidmat sebagai Pendaftar di Jabatan Patologi di Royal Free Hospital, School of Medicine, London (1962) dan kemudian berkhidmat pula sebagai Pendaftar Kanan di jabatan yang sama dan diterima menjadi ahli College of Pathologist, London (Mohd Zamberi, 2011). Ungku Omar muncul sebagai anak Melayu terawal berkelulusan tinggi dalam bidang penyelidikan dan perubatan. Tahap intelektualnya terbukti tinggi dan selayaknya beliau dilantik menjadi anak Melayu pertama memegang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan sebaik sahaja pulang ke Malaysia (1965). Jasa dan Sumbangan Berkat kebijaksanaan beliau memimpin, Pusat Penyelidikan Perubatan menjadi buah mulut dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara serta menjadi tumpuan dunia. Majalah-majalah penyelidikan dan kesihatan di peringkat kebangsaan turut menyiarkan dan menerbitkan hasil penyelidikan beliau. Dapatan penyelidikan beliau mengenai taraf kesihatan penduduk luar bandar pernah menggemparkan negara. Kadar kematian yang jauh lebih tinggi berbanding penduduk di bandar dan kadar kemiskinan yang turut berkait dengan pelbagai jenis penyakit seperti malaria dan kepialu telah membuka mata banyak pihak. Beliau juga bertindak mengunjungi kampung-kampung untuk berkongsi mengenai penjagaan kesihatan dan memahami permasalahan mengenainya dalam kalangan penduduk. Ungku Omar Ahmad telah menghasilkan lebih dari 40 kertas kerja yang meliputi; (i) karya-karya sains dalam bidang pengkhususan beliau (ii) kertas-kertas ceramah mengenai keadaan kesihatan di luar bandar terutama sekali mengenai masalah pembasmian malaria (iii) tajuk-tajuk semasa seperti penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, konsep universiti Islam, peranan belia di negara membangun dan usaha usaha untuk membentuk istilah perubatan dalam Bahasa Malaysia Antara jawatan dan penglibatan Ungku Omar di dalam dan luar negara termasuklah; (i) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan kesihatan seperti pembasmian malaria, makmal perubatan dan kesihatan, Tabung Darah Kebangsaan (ii) Terlibat aktif dalam Persatuan Perubatan Alumni, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Parasitologi Malaysia (iii) menganggotai Jawatankuasa Kebangsaan Khas Kementerian Kesihatan, Jawatankuasa Kebangsaan Penyakit Kosta, Ahli Lembaga Jawatankuasa Istilah Kimia dan Perubatan Dewan Bahasa dan Pustaka dan ahli Standards Institute of Malaysia. (iv) Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) (v) Ahli Jawatankuasa Penyakit Kusta Kebangsaan 19


(vi) Ahli Jawatankuasa Pakar, Kementerian Kesihatan Malaysia (vii) Pengerusi Institut Perubatan Whitley Council (vii) Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (ix) Ahli Jawatankuasa Sains Sosial Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Saintis berjiwa pendidik ini dikatakan antara individu penting dalam mengilhamkan penubuhan UKM yang merupakan institusi pengajian tinggi terawal yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Ungku Omar melihat adanya keperluan menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi berasaskan Bahasa Melayu bagi membolehkan anak Melayu mendapat pendidikan tinggi. Anugerah Antara anugerah yang diterima Ungku Omar; (i) Darjah Setia Mahkota oleh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Jun 1967 (ii) Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati oleh Sultan Johor pula Oktober 1967 (iii) Gelaran Profesor oleh pihak Universiti Indonesia pada 1968 Profesor Dato' (Dr.) Ungku Omar, doktor patriotik ini telah kembali kepada Penciptanya pada 15 Februari 1969 pada usia muda 38 tahun. Ramai cendekiawan Melayu telah berjaya dilahirkan dengan kelulusan dari universiti tempatan yang memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu adalah hasil daripada kesungguhan beliau mengilhamkan universiti sedemikian. 20


SITI NUR AQIDAH BINTI JAMALUDIN TOKOH PENDIDIKAN DALAM NEGARA YM PROF DIRAJA TUN DR UNGKA ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMID YM Prof Diraja Tun Dr Ungka Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid atau dikenali sebagai Pak Ungku merupakan tokoh dalam bidang akademik dan ekonomi yang sangat disegani dan merupakan satu-satunya pemegang gelaran Profesor Diraja (Royal Professor). Beliau juga banyak berjasa dalam perjuangan. memperkasakan pendidikan, ekonomi dan institusi berkaitan orang Melayu dan Islam termasuklah menangani isu kemiskinan di luar bandar. 21


Latar Belakang Ungku Aziz berketurunan kerabat diraja Johor yang dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, United Kingdom. Bapanya, Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pernah menuntut di Universiti Cambridge. Manakala ibunya seorang wanita Inggeris bernama Hamidah binti Abdullah meninggal dunia ketika beliau berumur dua tahun. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Mohammad Alsagoff / Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Mak Ungku meninggal dunia pada tahun 2012 di usia 83 tahun. Selepas itu beliau berkahwin pula dengan isteri keduanya Rohayah Ahmad Bahiran atau Rahaiah Baheran. Pendidikan Ungku Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng. Johor Bahru dan menyambung persekolahan di Sekolah Bukit Zahrah dan kemudiannya ke English College, Johor Bahru dan Sekolah Melayu Batu Pahat. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran Diploma Seni di Raffles College, Singapura dan pada tahun 1951 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) daripada Universiti Malaya, Singapura. Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi pula dianugerahkan kepadanya oleh Universiti Waseda, Tokyo, Jepun pada tahun 1964. KERJAYA Pada peringkat awal kerjayanya, beliau bertugas sebagai pegawai pentadhe dalam Perkhidmatan Awam Johor (JCS) (1951). Kemudian beliau berkhidma pula sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Malaya (Singapura) dari 1952 hingga 1961. Antara tahun 1956-1957, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kemudiannya dilantik menjadi Profess dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya Kuala Lumpur (1961-1965) Dari tahun 1968 hinggalah ke 1988, beliau ialah anak tempatan pertama diangkat dan bertugas menjadi Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan menjawa jawatan tersebut selama 20 tahun. 22


Jasa dan Sumbangan Di peringkat antarabangsa, Ungku Aziz pernah menjadi konsultan pertubuhan seperti Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Suruhanjaya Ekonomi Asia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ungku Aziz juga sangat berminat dengan kemiskinan dalam kalangan bumiputera dan ekonomi luar bandar dan dikenali dengan teori "Sarong Index" yang bertujuan mengukur kaya-miskin seseorang individu berdasarkan bilangan sarung yang dimiliki. Dapatan kajian ilmiah yang dijalankannya telah menjadi motivasi kepadanya untuk mendirikan beberapa institusi yang berupaya menaikkan taraf bumiputera luar bandar yang ketinggalan dari segi ekonomi. Beliaulah individu yang bertanggungjawab mencetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada 1969 untuk memberi kemudahan kepada bumiputera yang ingin menabung untuk menunaikan haji di Mekah dan menjadi pencetus berkembangnya ekonomi Islam dan penubuhan. institusi kewangan Islam yang kini berkembang pesat di seluruh dunia dengan Malaysia sebagai hub utama. Selain itu, beliau turut mengilhamkan penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diwartakan pada Mei 1971 dan turut menjadi Yang Dipertua lebih 40 tahun. Jutaan penjawat awam di Malaysia mendapat manfaat mengurus hal ehwal kewangan mereka oleh pertubuhan yang dianggap sebagai koperasi puncak memayungi semua koperasi di negara ini (Shamsul Amri, 2020). Dua institusi ini LUTH dan ANGKASA sangat dekat di hati orang Melayu. Pada 1977, beliau mengasaskan satu-satunya Pusat Asasi Sains (UM) di Malaysia pada ketika itu yang membuka peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar yang miskin untuk turut berpeluang menceburi bidang sains dan teknologi. Dalam bidang (PhD) daripada Waseda University, Jepun (1968) ini mempunyai pandangan tersendiri yang berbeza dengan pandangan ahli ekonomi barat atau Malaysia yang berlulusan barat. Antara peranan utama dan jawatan lain yang dipernah digalas oleh Ungku Aziz ialah:- (i) Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968) (ii) Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008) (iii) Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009) (iv) Terlibat dalam Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II (v) Mengasaskan Institut Bahasa Teikyo (vi) Mencetuskan idea Akademi Islam (vii) Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995-15.12.2020) (viii) Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002-15.12.2020) (ix) Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - 15.12.2020) 23


Anugerah Tidak terbilang jumlah anugerah antarabangsa dan dalam negara yang telah diterima oleh Ungku Aziz antaranya: (i) Gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Jun 1978. (ii) Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara (21 Julai 2002) (iii) Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 oleh City of Fukuoka. (iv) Tokoh Maal Hijrah (1997) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. (v) Penerima pertama 'Anugerah Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005 yang disampaikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (vi) Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) (25 Jun 2005). (vii) Anugerah Akademik Negara sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 (2 Ogos 2007) oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Ungku Aziz meninggal dunia pada 15 Disember 2020 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat sakit tua pada usia 98 tahun. Meskipun beliau telah tiada lagi, jasa dan pengorbanan Allahyarham yang tiada tolok bandingnya kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi negara akan sentiasa dikenang oleh setiap rakyat Malaysia. 24


TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA IMAN AL-GHAZALI (HUJJATUL ISLAM) Nama Imam Al-Ghazali sememangnya tidak asing lagi dalam lembaran sejarah Islam. Ketinggian ilmu yang dimilikinya menjadi ia sangat dikenali dan digelar Hujjatul Islam (pembela Islam) iaitu satu penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujahnya dalam membela agama Islam. Beliau turut dikenali dengan panggilan Algazel oleh masyarakat di barat. Beliau juga masyhur dengan bait-bait nasihat dan buku-buku karangannya yang menjadi rujukan hingga ke hari ini. Latar Belakang Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau dilahirkan pada tahun 450 bersamaan 1058M lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya, Ghazalah yang terletak di pinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi (Iran). Bapanya merupakan seorang tukang tenun kain daripada bulu kambing biri-biri atau dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal. Beliau juga digelar Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. 25


Pendidikan Al-Ghazali adalah seorang tokoh ulama yang tinggi ilmunya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu fikah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran Al- Asyaari atau Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama sufi. Bapanya meninggal dunia semasa Al-Ghazali dan saudaranya Ahmad masih kecil namun sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkannya kepada sahabatnya yang miskin seorang guru dan ahli tasawwuf untuk pembelajaran kedua anaknya itu. Sahabat bapanya itu telah mendidik mereka berdua menulis dan kemudiannya menasihatkan Al-Ghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi untuk menyambung pelajaran di sebuah madrasah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam al-Mulk. Al-Ghazali telah belajar ilmu fiqh daripada seorang alim yang bernama Al-Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani. Beliau juga telah mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab, serta telah berjaya menghafal isi al-Quran. Al-Ghazali kemudian ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili (469H) dan kemudiannya berkahwin di sana sebelum pulang ke Tusi. Beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj, seorang sufi terkenal. Seterusnya, Al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur (471H) dan belajar dengan Abu Almaa'li Diyaauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Pelbagai cabang ilmu telah dipelajari daripadanya iaitu ilmu agama seperti fikah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehinggalah beliau memperoleh ilmu tentang pelbagai mazhab, perbezaan pendapat masing-masing dan beliau dapat menolak tiap-tiap aliran yang dianggap salah dan intelektualnya yang tinggi berupaya mengimbangi keilmuan gurunya itu. Beliau mula mengarang buku-buku dalam pelbagai bidang dan antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al-Mankhul. Beliau kemudiannya sebagai pengetua di Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad. Pada usianya baru 33 tahun, beliau diberi kepercayaan penuh menjadi ulama yang disegani di ibu kota kerajaan. Kemasyhuran beliau sebagai ulama, guru serta pemidato yang petah berucap tersebar dengan pantas. Kuliahnya semakin menarik perhatian para pelajarnya termasuklah beratus-ratus orang kenamaan dan terhormat turut menghadirinya. Sekitar 1095M, Imam AlGhazali meninggalkan kariernya dan Baghdad dikatakan untuk menunaikan haji di Mekah. Tokoh hebat itu meninggalkan segala kekayaan dan kariernya yang berada di puncak serta mewakafkan sebahagian hartanya dan sebahagian lagi untuk bekalan berkelana di Damsyik dan Jerusalem serta melawat Mekah. Jasa dan Sumbangan. Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam beliau juga telah mengkaji pemikiran dan falsafah Yunani dan mengkritik hingga berjaya melemahkan pengaruh Yunani dalam alam pemikiran Islam. Beliau juga berjaya menghidupkan semula fahaman Islam dan meninggalkan taklid yang membuta tuli kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan sunah Rasulullah SAW. Beliau banyak menumpukan kepada usaha mengkaji hadis-hadis 26


Rasulullah SAW yang sahih dengan cara sistematik. Namun, usaha murninya itu tidak sempat dihabiskan kajiannya. Antara sumbangan/jawatan Al- Ghazali ialah: (i) Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al-Mulk (ii) Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad dan Cawangan Naisabur (iii) Pendokong fahaman al-Asya'irah atau dikenali dengan nama mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (iv) Menolak fahaman ahli falsafah yang bertuhankan akal yang meresap dalam Ilmu Kalam (v) Pelopor/Mursyid kepada golongan sufi (iv) Penulis: menghasilkan banyak kitab/karya dalam pelbagai bidang ilmu termasuk dalam bidang falsafah, mantiq, tasawuf, akhlak, kenegaraan. Karya dan Penulisan Imam al-Ghazali Sepanjang hayatnya, Al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang antaranya Ihya Ulum al-Din, Bidayah al-Hidayah, Mizan al- A'mal (Timbangan Amal), Minhaj al-Abidin, Al-Mustasfa Min Usul al-Fiqh, Al- Iqtisad Fi al-l'tiqa dan lain-lain. Al-Ghazali meninggal dunia di Tusi pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111M. 27


TOKOH PENDIDIKAN LUAR NEGARA CONFUCIUS (Kon Qiu @Kong Fuzi @Mater Kong Kong @ Kongzi) Pada abad ke-6, Konfusius (Confucius) dan Lou Tzu telah muncul sebagai ahli falsafah dalam sejarah China yang berusaha keras untuk menjana kebijaksanaannya dalam membentuk satu sistem yang lebih teratur dan sistematik dari segi politik, sosial dan ekonomi. Confusius merupakan pengasas falsafah Konfusianisme atau Confusianism yang mempengaruhi sistem pendidikan di China. Bagi beliau, pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan amalan seperti menghormati orang tua menyayangi orang yang lebih muda, bertimbang rasa, bersopan santun, ikhlas, serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Latar Belakang Nama sebenar Confusius ialah Kon Qiu atau lebih dikenali sebagai Kong Fuzi @Mater Kong Kong @ Kongzi. Beliau lahir di Daerah Lu (Daerah Shantung) pada 551 SM. Beliau dikatakan berasal daripada golongan bangsawan yang mana bapanya Shu-Liang He yang meninggal sebelum Confucius dilahirkan pernah bertugas sebagai pegawai tentera. Ibunya bernama Yen Cheng Tsai membesarkannya dalam kemiskinan. Beliau berkahwin dengan Qiguan dan mereka memiliki seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Confucius mendapat gelaran Xian Shi (Guru Pertama) dan Wan Shi Shi Bino (Model Guru Sepuluh Ribu Tahun). 28


Kerjaya Sebelum menumpukan sepenuh masa sebagai mahaguru serta pentadbir yang menyokong falsafah duniawi, Confucius dikatakan pernah bertugas sebagai polis di mahkamah Daerah Lu (Azmi Aziz & Wan Ramli, 2002). Beliau juga dikatakan pernah menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri Lu. Namun begitu permulaan kepada kerjaya beliau ialah sebagai guru. Beliau merantau dan menyebarkan ajarannya selama 10 tahun dan mencuba mencari pemerintah yang akan mengikuti ajarannya. Fahaman beliau dikembangkan oleh pengikutnya Mengzi dan Xun Zi. Jasa dan Sumbangan Confusius mengusulkan amalan /i (peraturan hubungan manusia) dan ren (sifat murni manusia) dalam pendidikan. Bagi beliau kedua-dua konsep ini saling berhubung kait dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana aman dan sejahtera. Ju Chia yang juga dikenali sebagai Confucianism merupakan satu bentuk aliran pemikiran atau falsafah beliau yang menitikberatkan aspek nilai-nilai murni atau kemanusiaan serta peraturan sosial. Beliau turut berpendapat bahawa seseorang insan mestilah memiliki garis panduan tentang tingkah laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak untuk menjadi seorang manusia yang super atau gentlemen (Chun Tze) iaitu "Peribadi Agung (antara sifat yang perlu dimiliki oleh pemerintah). Pendidikan bagi Confucius merupakan proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang dapat dicapai melalui amalan tingkah laku sopan, bertimbang rasa, ikhlas, bersederhana dan menghormati orang tua. Bagi Confucius, setiap individu mempunyai potensi yang berbeza-beza. Menurut falsafah Confusianism juga, pendidikan adalah alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma yang sedia ada dalam masyarakat. Pendidikan diharapkan berupaya mengekalkan struktur kekeluargaan, kepatuhan kepada undang-undang dan memenuhi kehendak sosial serta ekonomi negara (Shamsiah et.al, 2017). Antara idea dan falsafah pendidikan Confusianism terkandung dalam karya Confucius dan pengikutnya seperti: (i) Confusian Analects (ii) Book of Mencius (iii) The Great Leraning (iv) The Doctrine of Mean Beliau dikatakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang dan ada antara mereka yang menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Pemikiran Confusius telah memberikan pengaruh yang besar dan mendalam bukan sahaja terhadap sejarah pendidikan di China malah turut memberi impak besar terhadap sistem kebudayaan dan nilai masyarakat. Confucius dilaporkan meninggal dunia pada tahun 479 SM. 29


30


Click to View FlipBook Version