PENAMBAIKAN
PERATURAN
ASRAMA
SESI 2022
1. OUTING DAN PULANG
BERMALAM
a) Penghuni asrama dibenarkan outing setiap hari Ahad dari
jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.Penghuni asrama
dikehendaki masuk semula ke asrama sebelum jam 6.00
petang. Sekiranya penghuni asrama dan waris ingkar
mematuhi masa yang ditetapkan,pihak pengurusan asrama
berhak menarik balik keistimewaan outing kepada mana-
mana penghuni asrama yang terlibat pada bila-bila masa.
b) Penghuni asrama tidak dibenarkan pulang bermalam
pada minggu outing atau minggu yang mana bukan minggu
untuk pulang bermalam. Sekiranya pada minggu tersebut
memerlukan waris untuk mengambil penghuni asrama
untuk pulang bermalam mestilah dengan permohonan yang
telah diluluskan oleh pentadbir dan pihak pengurusan
asrama. Permohonan hendaklah dibuat melalui surat rasmi
sekurang-kurangnya 3 hari sebelum dan disertakan dengan
alasan dan bukti yang kukuh.
-
1. OUTING DAN PULANG
BERMALAM
c) Penghuni asrama akan dibenarkan untuk pulang
bermalam 2 minggu sekali mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Penghuni asrama boleh pulang seawal jam 3.00
petang pada hari Jumaat bergantung kepada pemeriksaan
kebersihan dorm mengikut warden yang bertugas dan
pulang semula ke asrama sebelum jam 6.00 petang pada
hari Ahad. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
penghuni asrama yang terlibat akan ditahan outing dan
dilarang dari lawatan waris pada minggu berikutnya.
Sekiranya berulang kesalahan yang sama penghuni asrama
yang terlibat boleh dikenakan tindakan gantung asrama /
buang asrama.
Sekiranya pihak waris mempunyai kesukaran atau
kecemasan untuk menghantar anak ke asrama,waris di
minta untuk memaklumkan kepada mana-mana warden
disertakan dengan alasan yang munasabah dan bukti yang
kukuh.
1. OUTING DAN PULANG
BERMALAM
d) Keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran
merupakan satu kesalahan yang berat. Mana-mana
penghuni yang berbuat demikian akan dikenakan
tindakan disiplin yang sewajarnya.
e) Pelajar perlu memastikan buku kuning untuk
kebenaran outing di tanda tangan sehari sebelum hari
kejadian.
.
-
2. MAKANAN DAN MINUMAN DARI
LUAR.
a) Sebarang jenis makanan basah dari luar premis
asrama adalah dilarang sama sekali. Ini bagi
menghindari dari berlakunya kes keracunan makanan di
asrama.
b) Penghuni asrama tidak dibenarkan sama sekali
membawa sebarang jenis makanan segera seperti
maggi atau mana-mana jenis mee segera atau
sebagainya.
c) Sebarang jenis makanan tidak berkhasiat seperti
keropok (jajan), biskut, makanan ringan, gula-gula
minuman bikarbonat dilarang keras di asrama.
.
-
3. BARANGAN LARANGAN.
a) Penghuni asrama dilarang sama sekali untuk
membawa sebarang bentuk peranti elektronik,telefon
bimbit,gajet,komputer riba,alatan elektrik dan
sebagainya.
b) Semua jenis peralatan sukan dan riadah kepunyaan
peribadi seperti bola sepak, bola takraw dan badminton
tidak digalakkan di bawa bagi mengelakkan daripada
aktiviti bermain di dalam dorm.Pihak pengurusan
asrama telah menyediakan semua kemudahan
tersebut.
3. BARANGAN LARANGAN.
c) Penghuni asrama juga tertakluk kepada larangan
membawa mana-mana barangan seperti yang telah
termaktub di dalam peraturan asrama di dalam buku
rekod penghuni asrama ( buku kuning ). Sebarang
tindakan pelanggaran peraturan membawa barang
larangan akan menyebabkan penghuni asrama yang
terlibat dikenakan tindakan disiplin berdasarkan
hukuman yang telah ditetapkan.
d) Peralatan sukan untuk aktiviti riadah tidak
dibenarkan berada atau disimpan di dalam dorm.
4. ETIKA BERPAKAIAN.
a) Penghuni asrama hendaklah sentiasa berpakaian
kemas semasa ke sekolah.
b) Pelajar lelaki mestilah bertali leher dan bersongkok
semasa ke sekolah bagi mencerminkan imej pelajar
asrama sekolah kluster.
c) Berpakaian mencolok mata semasa di asrama dan di
kawasan sekolah dilarang sama sekali.
d) Pelajar lelaki dilarang berpakaian tidak senonoh
( memakai boxer ) dan berkeliaran di koridor asrama.
4. ETIKA BERPAKAIAN.
e) Penghuni asrama mesti berpakaian sopan semasa di
dewan makan,aktiviti riadah dan semasa PREP.
f) Pemakaian baju batik diwajibkan ke atas pelajar yang
ingin keluar untuk outing atau pulang bermalam.
Keengganan mematuhi etika pemakaian baju batik akan
menyebabkan pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan
tahan outing atau lawatan waris. Etika pemakaian baju
batik
-( lelaki – baju batik,sseluar slack hitam,kasut hitam )
- ( Perempuan baju kurung-tudung hitan-kasut hitam )
- Untuk pelajar perempuan pakaian batik secara berfesyen
seperti kebaya, peplum atau sebagainya tidak dibenarkan.
g) Pakaian untuk solat jumaat – pelajar lelaki diwajibkan
memakai pakaian lengkap baju melayu putih siap
bersampin sekolah.