Majlis Perasmian Penutupan Sambutan BULAN KEBANGSAAN 2023 TARIKH : 21 SEPTEMBER 2023 MASA : 7.30 - 10.30 PAGI TEMPAT : GELANGGANG BOLA KERANJANG
UCAPAN PENGETUA Terima kasih saudara/i pengerusi majlis. Yang Berusaha Pn Aklima binti Abdul Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Roziha binti Razali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Wong Chong Way, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan guru kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Main3 Inspire. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah pada tahun ini. “MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN” merupakan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Tema ini mendasari tekad pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu, aman dan sejahtera. Harapan Malaysia Madani juga menekankan perpaduan sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan. Saya berharap agar tema kali ini akan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam hati kita semua sebagai warganegara Malaysia. Hadirin sekalian, Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di manamana, ramai anak- anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka sayang. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh yang demikian bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita pada tahun ini ““MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN”. Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu.
UCAPAN PENGETUA Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya utk wewarnai program tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu dengan lebih bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik amatlah penting. Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktivitiaktiviti yang telah kita jalankan sepanjang bulan ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan ini. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Hadirin yang dikasihi, Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan Program Majlis Penutupan Bulan kemerdekaan Malaysia Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam program ini serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai. Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini menutup majlis sambutan Bulan Kemerdekaan ke-66 peringkat SMK Bandar Utama Damansara (3) dengan serangkap pantun Pakcik Wak menjahit kopiah, kopiah dijahit beldu yang utuh, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
ATURCARA MAJLIS 7.30 : Semua murid berkumpul di Gelanggang Bola Keranjang Semua Guru dan AKP berada di Tapak Perhimpunan (Sesi Bergambar) Perarakan masuk pentadbir dan guru. 7.50 : Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyan Lagu Negeri selangor 7.55 : Bacaan Doa 8.00 : Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengetua 8.10 : Gimik Penutup 8.20 : Penyampaian Hadiah Panitia Sejarah 8.30 : Penyampaian Hadiah Panitia Geografi 8.40 : Penyampaian Hadiah Panitia Pendidikan Islam 8.50 : Persembahan Murid 1 : NYANYIAN 4 LAGU 9.00 : Penyampaian Hadiah Panitia Pendidikan Seni Visual 9.10 : Penyampaian Hadiah Panitia PJPK 9.20 : Penyampaian Hadiah Panitia Moral dan Unit 3K 9.30 : Persembahan Murid 2 – TARIAN ( 3 TARIAN) 9.40 : Penyampaian Hadiah Pakaian Guru mengikut tema. 9.50 : Laungan Merdeka 10.00 : Nyanyian Lagu Patriotik oleh semua murid dan guru 10.20 : Bersurai
JAWATANKUASA 7.1 Jawatankuasa Induk Pengerusi : Azliza binti Mat Lazim Naib Pengerusi : Aklima binti Abdul Rahman Naib Pengerusi 2 : Roziha binti Razali Naib Pengerusi 3 : Wong Chong Way Penyelaras 1 : Zainab binti Abdullah Penyelaras 2 : Syaidatul Elliana binti Ali Penyelaras 3 : Sumathi A/P Vellayan@Paramasivam Penyelaras 4 : Gajathiswari A/P Vejian Pengurus Program: Norhamiza Maulad Azmi Program dan pertandingan KP Sejarah : Syahaida Binti Mat Noor KP Geografi : Najah Ilhami Binti Sabri KP Pendidikan Moral : Nazariah Binti Ahmad Nazri KP Pendidikan Islam : Zanariah Binti A.Wahab KP Pendidikan Seni dan Visual : Norhamiza Maulad Azmi KP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Khalid Asymawi bin Che Doli 7.2 Jawatankuasa Pelaksana Penyelaras 1: Zainab binti Abdullah Siaraya : Ahmad Fikrul Hakim bin Shahruddin (K) Disiplin : Ong Chooi Peng (K) Julita binti Ali Pengawas Sekolah Bacaan Doa: Mohd Hafiz bin Ahmad Teks Ucapan: Siti Aishah Binti Zakaria (K) Wani Nur Hidayah binti Afendy Juruacara Majlis: Nadhirah Binti Mat Rohim (K) Nazeeha Binti Ziarat Khan Laungan Merdeka: Khalid Asymawi bin Che Doli (K) Beh Wen Kai Kuiz Kemerdekaan Spontan: Syahaida binti Mat Noor (K) Ahli Panitia Sejarah
JAWATANKUASA Penyelaras 2: Syaidatul Elliana binti Ali Gimik Perasmian: Nurul Amira binti R.Azmi (K) Frentele Titus Qurratun Aini Munirah binti Azizan Siti Nur Hafizah biniti Mohd Saleh Asmani binti Morad Nurul Hafzan binti Nasrudin Gimik Penutup: Noorhydayah binti Ahmad Nor (K) Muhammad Shafitz Bin Abdul Malek Siti Nur Hazwani binti Mahamed Harif Jana binti Mohd Shaari Chan Mei Chow Khor Jin Ming Abigail Bungan Soliman Kibaran bendera & edaran lagu patriotik: Nazariah Binti Ahmad Nazri (K) Lim Chee Hong Nadhirah Syafiqah binti Idris Nik Nor Syukriah binti Wan Daud Hazlinda binti Zaidi Penyelaras: Sumathi A/P Vellayan@Paramasivam Buku Program: Nurul Hidayah Binti Hambali (K) Sneha A/P Raju Grace Marie Chai Yar Yen Fotografi: Nurulizzati binti Abdul Ghafar (K) Nuraireen binti Jara Kelab Fotografi Dokumentasi: Najihah binti Abdullah Lutfi (K) Syarifah Tisha Amaleena binti S M Shaari Banner: Muhammad Shafitz Bin Abdul Malek (K)
JAWATANKUASA Penyelaras 4: Gajathiswari A/P Vejian Hadiah dan Sijil: Nurul Najwa Binti Yusoff (K) Noraziah Anina binti Mohd Rashid Anas Shafariza Binti Abdul Shukor Hoo Lee Peng Nassilasurina Binti Mohamad Nasri KP Bidang Kemanusiaan Persembahan: Keerthana Devi A/P Thamotharan (K) Norazah Binti Abdul Azis Ana Syahida binti Che Razak Hiasan pentas & tempat: Nur Amaria binti Mohd Nawi (K) Nurwahida Amalin binti Ridzuan Nadiah Binti Che Mohamed Aiton Binti Wahab Shirlena Ting Chin Yeuk Intan Noraisyah binti Md Rodi Kamilia binti Sindong Nor Aida binti Hamidon Mohamad Azan bin Yusof Loi Ming Ting Lim Wei Jie
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA semua yang terlibaT dalam menjayakan MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3