Nama peserta:
Abdul Rahsid Bin Abdul Rahman
Tingkatan :
4
❑ Alamat email: [email protected]
Nama sekolah dan alamat sekolah:
SMK Tunku Mahmood Iskandar , Kampung Parit Saidi
83200 , Senggarang , Batu Pahat , Johor.
Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi ( بڬيندا المتوكل على الله سلطان إسكندر ابن
)المرحوم سلطان اسماعيل الخالدي
Riwayat (8 April 1932 - 22 Januari 2010)
Keputeraan: 8 April 1932 (Istana Semayam, Johor Bahru, Johor)
Kemangkatan: 22 Januari 2010 (umur 77) (Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia)
Raja Permaisuri Agong( Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989.
Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan
ayahandanya pada tahun 1981.
Pemerintahan Sultan Iskandar berlangsung selama hampir 29 tahun sehingga kemangkatannya pada 22 Januari 2010, di mana ia
digantikan oleh anakanda sulungnya, Sultan Ibrahim.
Anakandanya telah berkahwin dengan rumah kerajaan Malaysia yang berbeza:
➢ Anak sulung Baginda, Tunku Kamariah, Tengku Puan Laksamana, berkahwin dengan Tengku Laksamana dari Selangor,Tengku
Sulaiman Shah.
➢ Anak pengganti dan sulungnya, Sultan Ibrahim berkahwin dengan Keluarga Diraja Perak,Raja Zarith Sofiah
➢ Anak perempuannya, Tunku Azizah berkahwin dengan pewaris Pahang, Tengku Abdullah. Anak lelakinya, Tunku Abdul Majid
berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.
Tunku Mahmood Iskandar menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School
dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru
Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat
pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper
Chime School selama tiga tahun.Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmood Iskandar kembali ke Tanah
Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat. Baginda
menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal ehwal dalam Jabatan Hal Ehwal Daerah, Tanah dan
Perbendaharaan sehingga ditabal sebagai Tunku Mahkota Johor pada bulan Mei 1959
Tunku Mahmood Iskandar ditabal oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961,
kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmood dilantik sebagai Tunku
Mahkota Johor sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.
Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmood ditabal sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu
dimasyhurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan.
Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah
pemerintahan Sultan Ismail, ditabal sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga mangkat
pada tahun 1989.
Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar ditabal sebagai Canselor (Universiti Teknologi Malaysia)
SULTAN ISKANDAR MENYUMBANG KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN
SEPERTI :
Institut Sultan Iskandar bagi Habitat Luar Bandar, Universiti Teknologi Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Muar]
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar, Parit Saidi, Batu Pahat
SK Tengku Mahmood Iskandar 1 dan 2
SELAIN ITU , ALMARHUM BAGINDA SULTAN ISKANDAR MEMBUAT BANGUNAN
KOMPLEKS SEPERTI:
Kompleks Sultan Iskandar,
bangunan kastam, imigresen dan kuarantin yang dibuka pada Disember 2008.
BAGINDA JUGA MEMBUAT EMPANGAN SEPERTI:
Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang
Empangan Sultan Iskandar, sebuah takungan air di bahagian timur Johor Bahru.
Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan
sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang
Melayu (kebanyakan bukan umat Islam).
Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada
berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia
Berdasarkan zaman kegemilangannya dahulu, terdapat beberapa tempat, bangunan, dan jalan raya yang
dinamakan di atas namanya kerana kesungguhannya dalam mentadbir negeri.
Sebagai contoh:
sekolah menengah tungku mahmood iskandar,
Planetarium Sultan Iskandar planetarium pertama di Malaysia,
Empangan Sultan Iskandar dan
Lebuhraya Pantai Iskandar.
Salah satu sifat kepimpinan baginda yang boleh dicontohi ialah sifat ketegasan mengenai perihal kerajaan dan
hal yang serius. Selain itu, baginda juga pernah disifatkan sebagai seorang yang ramah mesra dan pemurah oleh
rakyat taklukannya yang pernah menghadap Sultan Mahmud Iskandar pada akhir hayatnya.
Sumbangan baginda ini banyak membantu rakyat dalam kehidupan seharian kita . Kita perlu berterima kasih kepada
baginda kerana membuat kemudahan dalam pelbagai sektor seperti sektor pendidikan , perniagaan , pengangkutan dan
lain-lain
Keoeribadian baginda akan menjadi sebuah contoh -contoh kepada pemimpim
yang menerajui johor pada masa akan datang
Akhir sekali , sebagai tanda terima kasih kepada baginda , kita perlulah membanggakan negeri Johor ke serata
Malaysia.
AL-FATIHAH
ALMARHUM SULTAN TUNKU MAHMOOD
ISKANDAR IBNI ALMARHUN SULTAN
ISMAIL
JOHOR TETAP JADI JOHOR
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Iskand
ar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail