The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA DAN SAJAK TUGASAN 1 BMMB 3283

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wan muceeed, 2025-03-03 09:16:09

BUKU CERITA DAN SAJAK TUGASAN 1 BMMB 3283

BUKU CERITA DAN SAJAK TUGASAN 1 BMMB 3283

1 Sang Arnab yang Ingin Memanjat Pokok


2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN KOTA PUTRA 22200 BESUT, TERENGGANU _________________________________________________________________________ Cetakan Pertama 2025 @Wan Muhammad Mursyid Bin Wan Mohamad Ridzuan 2025 Penulisan di dalam buku Sang Arnab Ingin Memanjat Pokok ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula, menyimpan dalam sebaran cara yang boleh digunakan lagi, ataupun memindahkan dalam sebarang bentuk cara, misalnya menggunakan bentuk elektronik, mekanikal, pengambaran semula, rakaman, media dan lain-lain cara yang seangkatan tanpa isin terlebih dahulu daripada pihak penulis atau Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalty atau honorium. Perpustakaan Al-Baisuti, IPGMKSM Dicetak oleh: KEMBARA PUBLISHER SDN BHD [email protected] Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu.


3 Di dalam sebuah hutan yang indah menghijau, tinggal seekor arnab dan seekor anak beruang. Sang Arnab dan Sang Beruang berkawan baik. Mereka selalu bermain bersama-sama.


4 Suatu hari, dua sahabat baik itu masuk jauh ke dalam hutan dan ternampak beberapa ekor monyet yang sedang memanjat pokok. Monyet – monyet itu memetik buah dan bergayut dari dahan ke dahan dengan bebasnya.


5 Sang Arnab kagum melihat monyetmonyet itu. “Alangkah seronoknya kalau saya boleh memanjat seperti monyetmonyet itu,” fikir Sang Arnab. Sang Arnab memberitahu sahabatnya, Sang Beruang tentang keinginannya untuk memanjat pokok.


6 Sang Beruang tidak bersetuju dengan cadangan Sang Arnab. “Jangan memaksa diri kamu arnab, buatlah sesuatu mengikut kemampuan,” kata Sang Beruang.


7 “Kamu lansung tidak memberi galakan dan semangat kepada saya,” kata Sang Arnab dengan kecewa kepada Sang Beruang.” Saya akan tunjukkan kepada kamu yang saya juga boleh memanjat dengan baik.”


8 Sang Arnab memikirkan cara untuk memanjat pokok, ia teringat akan seorang ahli sihir yang tinggal di hujung kampung. “Mungkin ahli sihir boleh mengabulkan permintaan aku ini”, kata Sang Arnab.


9 Pada keesokan hari, Sang Arnab tiba di rumah ahli sihir. Sang Arnab menceritakan hajatnya kepada ahli sihir.


10 “Ooo kamu mahu memanjat pokok, kamu tiba tepat pada masanya kerana saya mempunyai satu biji benih ajaib,” kata ahli sihir.


11 Ahli sihir keluar mengambil biji benih di kawasan rumah. Cuba kamu lihat, biji benih ini akan tumbuh dengan serta merta selepas ditanam, “tunjuk ahli sihir.


12 Awak tidak perlu lagi belajar memanjat. Hanya duduk di atas dahan semasa ia tumbuh dan awak akan berada di atas pokok sama seperti monyet-monyet yang lain.” kata ahli sihir sambil menghulurkan biji benih.


13 Sang Arnab pulang dengan gembira dan menceritakan apa yang telah berlaku di rumah ahli sihir. Sang Beruang tidak bersetuju dengan idea Sang Arnab namun Sang Arnab tidak memperdulikannya.


14 Sang Arnab mula menanam biji benih. Secara tiba-tiba anak pokok mula tumbuh dari bawah tanah.


15 Sang Arnab memeluk pokok itu dan berkata kepada Sang Beruang, “Sekarang saya akan tunjukkan pada kamu yang saya juga boleh berdiri di atas pokok yang tinggi".


16 “Cukuplah itu. Lagi tinggi kamu naik, lagi teruk kalau jatuh nanti,” kata Sang Beruang. “Jangan bimbang, saya akan buktikan kepada kamu yang saya juga boleh memanjat seperti monyet-monyet itu,” kata Sang Arnab.


17 Tiba-tiba Sang Arnab memandang ke bawah. Ia mula berasa takut apabila melihat ketinggian itu. “Tolong! Tolong! Tolong! kata Sang Arnab sambil menangis.”


18 Tolonglah turunkan saya dari pokok ini.” “Kamu mesti bertenang arnab, jangan pandang ke bawah. Kamu boleh turun ke bawah perlahan-lahan,” kata Sang Beruang.


19 Sang Arnab turun ke bawah perlahanlahan. Kerana terlalu takut, Sang Arnab memandang ke bawah dan mula menggeletar. Tangan Sang Arnab terlepas dari pokok dan ia terjatuh.


20 “Bukankah saya sudah menasihati kamu supaya tidak memaksa diri kamu membuat sesuatu yang di luar kemampuan kamu,” kata Sang Beruang mengingatkan Sang Arnab. Sang Arnab menyesali akan perbuatannya kerana tidak mendengar nasihat Sang Beruang sambil menangis.


21 1) Kita perlulah membuat sesuati perkara 2) Kita hendaklah mendengar nasihat yang 3) Kita hendaklah berusaha untuk


22 1. 2. 3.


23 1) – menunjukkan kepentingan sahabat yang baik dalam 2) – nasihat, Sang Beruang tetap membantunya ketika dia dalam kesusahan. Ini menunjukkan bahawa persahabatan 3) – kesilapannya dan menyesal kerana tidak mendengar nasihat sahabatnya. Nilai ini menunjukkan bahawa kesedaran dan keinsafan penting agar seseorang tidak


24 Sang Arnab dan Sang Beruang bersahabat baik. Suatu hari, Sang dilihatnya. Walaupun Sang Beruang menasihatinya agar tidak Dia mendapatkan bantuan seorang ahli sihir yang memberinya benih ajaib. Setelah menanamnya, pokok itu tumbuh dengan cepat, dan Sang Arnab naik ke atasnya. Namun, dia menjadi Sang Arnab menyesali keputusannya dan menyedari kepentingan KEMBARA PUBLISHER SDN BHD [email protected] Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu.


25


26 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN KOTA PUTRA 22200 BESUT, TERENGGANU _________________________________________________________________________ Cetakan Pertama 2025 @Wan Muhammad Mursyid Bin Wan Mohamad Ridzuan 2025 Penulisan di dalam Sajak Sahabat ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula, menyimpan dalam sebaran cara yang boleh digunakan lagi, ataupun memindahkan dalam sebarang bentuk cara, misalnya menggunakan bentuk elektronik, mekanikal, pengambaran semula, rakaman, media dan lain-lain cara yang seangkatan tanpa isin terlebih dahulu daripada pihak penulis atau Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalty atau honorium. Perpustakaan Al-Baisuti, IPGMKSM Dicetak oleh: KEMBARA PUBLISHER SDN BHD [email protected] Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu.


27 Sahabatku, oh sahabatku, Hati bening bak embun pagi, Senyummu mentari, tak pernah luntur, Tawa dan tangis kita berjalin, Dalam irama kehidupan yang abadi. Di taman hijau kita berlari, Angin menyapa, daun menari, Bersama melakar kenangan disisi, Dalam susah, dalam gundah, Kau tetap di sisi, tak pernah goyah. Saat langit menitiskan resah, Engkau teduhan di kala gundah, Menghulur tangan, menenangkan hati, Dalam gelora, kita tetap sehati. Terima kasih, sahabat tercinta, Hadirmu pelangi di langit jiwa, Bersama kita rentas segala, Bersahabat hingga ke hujung nyawa.


28 1) Bening – Tenang 2) Menyapa – Menegur 3) Gundah – Risau 4) Goyah – Tidak kukuh 5) Gelora – Ombak, Pergolakan


29 1. Kita hendaklah setia dalam bersahabat bukan sahaja ketika gembira tetapi juga ketika menghadapi kesulitan dan cabaran. 2.Kita hendaklah menyayangi sahabat kita kerana mereka adalah orang yang akan membantu kita pada bila-bila masa. 3.Kehadiran sahabat yang setia membawa kebahagiaan dan keceriaan, menjadikan perjalanan hidup lebih indah dan berwarna-warni


30 Apakah pengertian sahabat sejati? Pentingkah sahabat dalam hidup ini? Mereka selalu ada dikala suka dan duka. siapakah mereka jikalau bukan dikau Sahabat KEMBARA PUBLISHER SDN BHD [email protected] Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Kota Putera (Kampung Raja), 22200 Besut, Terengganu.


Click to View FlipBook Version