The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Power Rangers Pink
EK00103 INTERIM
Sir Suhaimi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helmiahel1994, 2023-01-07 10:52:50

Buku Skrap Perayaan Di Malaysia

Power Rangers Pink
EK00103 INTERIM
Sir Suhaimi

MODUL PERPADUAN PERAYAAN

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"
NAMA PENSYARAH:
SUHAIMIE BIN SAHABUDDIN

Mohd Nurhelmi Bin Johalim Melissa Richard Aneezah binti Jalibin Athira Nabila binti Amirin

(YT22110011) (YT22110012) (YT22110004) (YT22110020)

NATAL KAAMATAN DEEPAVALI GAWAI

TAHUN BARU CINA HARI RAYA THAIPUSAM WESAK



Setiap tanggal 25 Disember, umat kristiani
akan merayakan hari natal.

Dalam bahasa inggeris Natal disebut dengan
'Christmas' yang berasal dari Cristes maesse,
yang bererti Mass of Christ (Misa Kristus).

Hari suci umat kristiani ini merupakan
peringatan atas kelahiran Yesus Kristus dari
Nazareth.

Perayaan Natal dulunya merupakan tradisi
Kekaisaran Romawi yang menandai
terjadinya pergantian musim baru.

Paparan kelahiran Yesus.
Lingkaran Adven
Pembacaan Kitab
Nyanyian Karol
Tradisi menghias pohon
Krismas
Tradisi saling bertukar hadiah

Ginger bread Ayam belanda panggang Kek buah

Ginger bread seringkali Ayam belanda panggang Kek buah yang padat dan kaya
diberikan untuk orang-orang adalah sajian utama dan dengan rempah penaik merupakan
terdekat sebagai hadiah di wajib dihidangkan pada
kek tradisi Inggeris untuk
hari natal. perayaan krismas dihidangkan pada hari natal

Pesta Kaamatan atau lebih dikenali sebagai Tadau
Kaamatan merupakan pesta menuai padi yang disambut
di Sabah dan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Semasa Pesta Kaamatan, orang akan berkumpul di
kampung untuk berterima kasih kepada Tuhan
(Kinorohingan ) dan roh-roh untuk tuaian yang baik dan
berdoa memohon berkat untuk tuaian yang lebih baik
pada tahun yang berikutnya.

Dahulu, kaum Kadazan-Dusun-Murut (KDMR) menyambut
pesta kaamatan dan sistem kepercayaan agama mereka
ialah Bobolian.

Menurut cerita lisan, Kinorohingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan
orang-orang Kadazan Dusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai
makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak
kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dikorbankan dan mayatnya dikubur
menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun telah
mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama
kepada masyarakat Kadazan Dusun sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu
ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan
benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat
yang diberi nama “Bambarayon”. Bermula dari kejadian inilah orang-orang
Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) seperti yang
kita rayakan hari ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang
akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap
semangat padi iaitu padi-padi yang telah selesai dituai dan telah selamat
dimasukkan ke dalam Ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi.

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Jawatan eksekutif Persatuan Kadazan
Daerah dan Negeri pertama kali Penampang, Allayarham Tun Fuad
dicetuskan oleh Arwah OKK Sodomon Stephens mencadangkan agar
(Ketua Anak Negeri Keningau) pada perayaan Pesta Kaamatan tidak terhad
tahun 1956. Cadangan itu akhirnya kepada Kadazan, Dusun dan Murut
dipersetujui dan sambutan diadakan sahaja tetapi perlu diperluaskan
pada 24, 25 dan 26 April. kepada seluruh penduduk asli Sabah,
kemudian Borneo Utaea

Bagi menyelaraskan perayaan Sambutan Pesta Kaamatan seluruh Negeri
dengan promosi pelancongan Sabah yang pertama telah diisytiharkan
kebudayaan, Persatuan Kebudayaan dan diadakan dari 30 Jun hingga 1 Julai 1960
Kadazan telah memutuskan pada di Sekolah St. Michael lama di Penampang.
tahun 1986 bahawa tarikh ditetapkan Cuti negeri selama dua hari untuk Pesta
pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Kaamatan telah diluluskan secara rasmi
oleh kerajaan.

Tarian sumazau: Tarian tradisi Pertandingan unduk ngadau: Sugandoi: Suatu nyanyian tradisional
rakyat Sabah yang amat terkenal di Tradisi rakyat Sabah yang masyarakat Kadazan-Dusun, pada
Sabah. Tarian ini ditarikan dengan masa dahulu digunakan oleh para
kedua-dua tangan diangkat ke diadakan bagi mengenang cerita bobolian untuk mendendangkan
paras bahu dan dikibar-kibarkan legenda pengorbanan Huminodun. mantera kesyukuran atas semangat
umpama kipasan sayap burung, Unduk Ngadau datang daripada padi yang diberikan. Kini Sugandoi
mengikut alunan rentak yang perkataan 'Runduk Tadau', yang telah menjadi sebuah pertandingan
dimainkan dengan perlahan-lahan membawa maksud 'gadis yang Nyanyian Lagu-Lagu Kadazan Dusun.
dan lemah lembut. dimahkotakan sinaran cahaya
matahari'.

Linopot ialah nasi yang dibungkus ketat Hinava dibuat daripada isi ikan Bosou ialah perkasam campuran
bersama-sama bahan lain seperti keladi segar seperti ikan yu atau Tenggiri. batang pisang dan pangi, sejenis
Walaubagaimanapun, isi ikan lain, bahan pengawet dan diperam di
atau guol, labu manis dan ubi kayu dalam bekas selama seminggu
dengan menggunakan daun terap atau udang dan sotong juga boleh atau sehingga betul-betul telah
digunakan. masak sebelum dapat dimakan.
doringin.

Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri (Arab: ‫ ;عيد الفطر‬ʿĪd al-Fiṭr; "perayaan
buka puasa") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan
tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan
perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak
kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim,
Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang
beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan
yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan
tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat
Islam, selain Hari Raya Kurban.

Cara Menyambut Perayaan

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu
melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah,
apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10
dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas
pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Tradisi Sambutan Hari Raya
Aidilfitri

Kebiasaannya, pada Hari Raya, umat islam akan menunaikan
solat untuk aidilfitri kemudia balik ke kampung halaman untuk
berkumpul bersama keluarga. Mereka akan menikmati makanan
tradisi seperti rendang, lemang, ketupat dan kuih raya. Pada
hari ini juga, anak-anak akan bermaaf-maafan sesama mereka.
Lebih menarik lagi, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut
oleh semua individu yang beragama islam tanpa mengira
pangkat. Mereka akan memakai baju tradisional seperti baju
kurung dan baju melayu yang baru. Sama seperti sambutan
perayaan agama lain, agama islam juga menyambut perayaan
mereka pada setiap tahun. Senarai di bawah merupakan
antara amalan tradisi Hari Raya Aidilfitri yang selalu dilakukan
oleh setiap individu.

Aktiviti Semasa Perayaan
1.Memberikan Duit Raya

Pemberian duit raya dianggap sebagai sambungan sedekah ketika

berakhirnya bulan Ramadhan. Ramai yang beranggapan dengan

memberikan duit raya dapat merapatkan ikatan dan mewujudkan

4. Kunjung Mengunjungi interaksi di antara kanak-kanak dan orang dewasa.
2. Membuat Kuih Raya
mereka akan mengunjungi rumah sanak-

saudara dan jiran-jiran yang jauh mahupun aktiviti membuat kuih raya ini dapat merapatkan

dekat. Ini dilakukan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini kerana kita akan
silaturrahim dan bertanya khabar. berinteraksi dan meluangkan masa yang lama
semasa proses pembuatan kuih raya.
5. Bermaaf-maafan
3. Memasak Makanan Tradisi perayaan
Bulan syawal juga dianggap sebagai bulan
kemaafan. Disebabkan itu, semasa 1 syawal, etika malam raya, ramai diantara kita yang akan
ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai menyediakan bahan-bahan untuk memasak kebiasaannya
untuk bersalam-salaman dan meminta maaf. akan berkumpul di dapur dan bergotong royong untuk
menyiapkan bahan-bahan juadah raya.

Makanan Tradisional

Ketupat Palas Lemang Rendang Serunding

Nasi Impit kuah kacang Dodol Kuih Raya

Penutup

Walaupun tradisi raya pada masa kini tidak seperti
dahulu, namun kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri
masih meriah seperti masa dahulu. Kita seharusnya
mengekalkan amalan tradisi Hari Raya Aidilfitri ini untuk
generasi yang akan datang supaya tidak ditenggelami
zaman. Kemeriahan sambutan Raya Aidilfitri pada
asasnya adalah untuk merapatkan silaturahim diantara
umat islam dan keluarga yang jauh. Sangat penting untuk
memahami dan menghargai amalan dan tradisi pada
zaman dahulu agar kemeriahan semasa Hari Raya
Aidilfitri dapat dirasai tidak kira tua atau muda.

Tahun Baru Cina

春节 春節Tahun Baru Cina (Cina ringkas: ; Cina tradisional: ; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan

terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari
Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.



Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum

Quotehari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan

segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol

murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Cara Menyambut
Perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan
menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat
serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang
pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak
oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka
secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat
rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis
pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Tradisi Tahun Baru Cina

Bunga Api Dekorasi Serba Merah Membagikan Angpao

Tarian Singa YUAN XIAO JIE: JIE CAI CENG: Menyambut
Festival Tanglung Dewa Kekayaan dan
Kemakmuran

Aktivit Semasa Perayaan

Rumah terbuka
rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum
dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan
rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Makan besar.

團圓飯 团圆饭"Makan besar" (Cina Tradisional:
, Cina Ringkas: tuányuán fàn) diadakan pada malam

sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung

halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota

魚 鱼keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam

dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak

年 年 有 餘 年 年 有 余dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú
(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap

tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Makanan Tradisional

Penutup

Walaupun tradisi tahun baru cina tidak seperti dahulu, namun
kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina masih meriah seperti masa
dahulu. Kita seharusnya mengekalkan amalan tradisi Tahun Baru Cina ini
untuk generasi yang akan datang supaya tidak ditenggelami zaman.
Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina pada asasnya adalah untuk
merapatkan silaturahim diantara kalangan cina dan keluarga yang jauh.
Sangat penting untuk memahami dan menghargai amalan dan tradisi
pada zaman dahulu agar kemeriahan semasa Tahun Baru Cina dapat
dirasai tidak kira tua atau muda.

Deepavali atau Diwali

Secara tradisinya, maksud Deepavali atau juga dike
nali sebagai Diwali adalah perayaan penganut Hindu yang

memperingati kepulangan Maharaja Rama, bersama-sama dengan Sita dan Lakshman, yang hidup dalam
buangan selama empat belas tahun dan mengalahkan raja zalim Ravana.

Hari Deepavali merupakan antara perayaan utama penganut Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti
umum di Malaysia. Sambutan ini juga dipanggil sebagai ‘pesta cahaya’ yang disambut oleh masyarakat India dan

Sikh di negara kita. Inilah maksud Deepavali buat mereka yang meraikannya.

digelar sebagai pesta cahaya?



Jika dilihat daripada sudut bahasa Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Oleh itu, tradisi memasang pelita

atau lampu minyak adalah simbolik bahawa cahaya yang terang akan mengatasi kegelapan dan mereka
percaya keadilan boleh mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan membawa kemenangan menentang
kezaliman. Deepavali atau Diwali juga dipercayai disambut untuk menandakan bahawa kemenangan selalu

akan berpihak kepada mereka yang berbuat baik dan akan dapat menghapuskan kejahatan.



Bilakah perayaan Deepavali ini disambut oleh masyarakat India?



Sambutan perayaan Deepavali biasanya disambut mengikut kalendar Tamil pada hari ke-14 bulan Aipasi
(antara bulan Oktober dan November).



Apakah sejarah sambutan Hari Deepavali?



Terdapat pelbagai mitos atau kisah epik yang dikaitkan dengan dengan Hari Deepavali atau Diwali ini. Satu
kisah epik yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah epik Ramayana. Kisah ini menceritakan

bagaimana Maharaja Rama iaitu pemerintah Ayodhya dan Maharani Sita.

Bagaimanakah Sambutan Deepavali atau Diwali ini diraikan oleh masyarakat India?



Malam sebelum Hari Deepavali mereka akan mengadakan upacara memasang pelita atau lampu minyak
‘vilakku’ kemudian mula menyediakan ‘kolam’ atau ‘rangoli’ iaitu aktiviti menyusun beras atau hampas
kelapa yang telah diwarnakan. Tidak dilupakan juga kaum wanita akan memakai inai atau ‘mehndi’ untuk

digayakan dengan baju baru pada hari perayaan nanti.



Inai/mehndi

Tradisi semasa sambutan Deepavali




Satu lagi upacara istimewa pada pagi Hari Deepavali adalah acara mandi minyak bijan yang dilakukan sebelum matahari
terbit. Tujuannya ialah sebagai penyucian badan dan jiwa yang sebaiknya disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh
orang tua seperti ibu atau nenek. Kemudian, mereka akan memakai pakaian serba baru untuk membuang sifat tidak baik dan
bersembahyang di kuil atau rumah masing-masing. Kalungan bunga akan diletakkan pada patung dewa mereka dan juga ahli
keluarga yang telah meninggal dunia sebagai memperingati pemergian mereka. Seterusnya menziarahi rumah sanak saudara

dan menjamu manisan dan hidangan tradisional.
Masyarakat Malaysia juga mengamalkan tradisi kunjung-mengunjungi semasa sambutan Deepavali ini yang dikenali sbagai

acara rumah terbuka.Tetamu akan dihidangkan dengan menu tradisional dan moden




Upacara sembahyang di kuil Baju tradisi Sari Mandi minyak bijan

Makanan Tradisional

atherasam Ladoo Maruku
tosai biryani
capati
kari

Penutup

Natijahnya, Sambutan Deepavali sebenarnya lebih kepada memperingati tuhan, penyucian badan
dan jiwa , membuang sifat yang tidak baik serta mengeratkan hubungan sesame keluarga dan
rakan-rakan dengan berkunjung ke rumah-rumah mereka.

Hari Gawai

Hari Gawai atau sering disebut Gawai Dayak merupakan perayaan tradisi yang disambut dengan penuh
meriah oleh etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Hari Gawai yang disebut “Ari Gawai” dalam

bahasa Iban dan “Andu Gawai” dalam bahasa Bidayuh disambut pada tarikh 1 Jun setiap tahun.
Tarikh sambutannya tidak berubah dan mula disambut secara besar-besaran sejak 25 September 1964
apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Hari Gawai pada

peringkat negeri yang pertama ialah pada 1 Jun 1965.

Hari untuk Berpesta

Menurut sejarahnya, Hari Gawai diraikan sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi bukit, selain untuk
melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada “petara” atas rezeki padi yang diperoleh pada musim tersebut.
Maka itu, Hari Gawai merupakan hari untuk suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu untuk berpesta dan bergembira

bagi meraikan rezeki menuai padi kerana perkataan “gawai” itu bermaksud pesta. Pendek kata, Hari Gawai
merupakan hari menyambut tahun baharu yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan
bermulanya musim menanam padi yang baharu. Selain itu, Hari Gawai bertujuan untuk meraikan “semangat padi”
yang telah memberikan rezeki dan mengharapkan rezeki bertambah dan tiada apa-apa yang buruk berlaku dalam

kehidupan etnik peribumi Sarawak itu pada musim menanam padi yang akan datang.

Rumah panjang

“Kumang” dan “Keling” Gawai

Dalam tempoh sebulan menjelang Hari Gawai, pertandingan “Kumang Gawai” dan “Keling Gawai” akan diadakan
bertujuan untuk memilih gadis dan jejaka yang bukan sahaja cantik dan tampan tetapi mempunyai pengetahuan
tentang adat dan tradisi suku kaum masing-masing. Pemilihan “Kumang Gawai” yang disertai oleh gadis remaja
dan “Keling Gawai” oleh lelaki remaja juga dinilai berdasarkan pakaian tradisi yang dipakainya berserta dengan
aksesori yang bersesuaian dengan pakaian dan suku kaum yang diwakili oleh peserta pertandingan tersebut.

Pemenang acara kumang dan keling gawai

“Ngabang” atau “Bijarah”

Seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali, Hari Gawai juga diraikan dengan
mengadakan aktiviti berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Dalam bahasa Iban,

amalan kunjung-mengunjung disebut “ngabang” manakala suku kaum Bidayuh menyebutkan “bijarah”.
Maka itu, selain berpesta dan melakukan amalan tradisi, pada Hari Gawai juga semua adik-beradik dan
sanak saudara yang tinggal berjauhan akan berkumpul di rumah panjang, atau pada masa ini di rumah
ibu bapa yang tinggal di kampung. Semuanya akan berkumpul dan bersama-sama memeriahkan hari

kebesaran tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang. Yang menariknya, semua orang boleh
“ngabang” atau “bijarah” walaupun tidak mengenali penghuni rumah berkenaan.



Baju tradisi hari gawai

Hidangan Tradisi



Makanan tradisi, iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh menjadi menu wajib yang dihidangkan semasa
Hari Gawai. Bagi masyarakat Iban, hidangan tradisi itu disebut “ayam pansuh” atau “manok pansuh” manakala
suku kaum Bidayuh pula memanggilnya “assam” atau “issam”. Terdapat perbezaan antara “ayam pansuh”
dengan “assam”. “Ayam pansuh” ialah daging ayam yang dicampurkan daun pucuk ubi manakala “assam” ialah
daging ayam yang digaul dengan nasi yang sudah dimasak. Persamaannya pula ialah hidangan tradisional itu
dimasak dengan cara memasukkan daging ayam dan ramuan tertentu ke dalam buluh dan kemudian dibakar

menggunakan kayu api.



Assam Tuak

Perayaan Tradisi yang Kekal Terpelihara

Seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat peribumi di Sarawak, Hari Gawai disambut dengan cara
dan gaya moden, namun masih mengekalkan sebahagian upacara tradisional seperti penyediaan makanan
tradisional, pemakaian pakaian tradisional, berpesta di rumah panjang dan menjaga pantang larang semasa
membuat persediaan menyambut Hari Gawai. Kini, sambutan Hari Gawai bukan sahaja dimeriahkan oleh

masyarakat peribumi malah diraikan oleh kaum lain dengan mengunjungi rumah rakan yang meraikan perayaan
tradisi itu.



Pengenalan

Disambut oleh yang beragama Hindu
Tanda hormat kepada Dewa Hindu dan Dewa Murugan
Dirayakan pada bulan Thai iaitu bulan ke-10 dalam kalendar

tamil
Merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa

Aktivti menyeksa diri untuk

menebus dosa dan memohon

ampun
Contohnya, berjalan di atas

kasut berpaku atau mencucuk

belakang dengan puluhan

mata pancing bersaiz 10cm

yang disangkut dengan buah

limau nipis

Aktiviti mencukur rambut

sehingga botak dan

mewarnakan kepala botak

dengan kunyit sebagai

tanda membayar nazar atau

melupakan sesuatu

peristiwa yang sedih

Aktiviti kavadi dijunjung di

atas bahu atau kepala
Diperbuat dari rod besi atau

kayu dan diletakkan patung

Dewa Murugan di atas dalam

pelbagai saiz dan bentuk
Tujuan adalah untuk memohon

ampun agar dosa mereka

diampunkan

Putu Muruku Nasi Daun Pisang



Pengenalan
Hari perayaan di dalam agama buddha
untuk memperingati Siddharta Gautama Buddha
Disambut pada bulan Vaisakha atau bulan ke-5 dalam kalendar

hindu
Siddharta Gautama Buddha dipercayai lahir pada purnama

bulan Vesakha, mendapat pencerahan agung semasa pertapaan

dan dikatakan meninggal pada bulan ini
Dalam erti kata lain, perayaan ini adalah untuk menyambut

kelahiran Siddharta Gautama Buddha

Pada waktu pagi, para
Seterusnya, berarak beramai-ramai
Menyediakan hiasan dan

penganut Buddha akan
membawa seni hias berupa patung
simbol bunga teratai

menziarahi biara dan kuil
Buddha dan simbol berkaitan
berwarna merah jambu.

untuk memberi
Buddha di jalan raya pada malam
Teratai merah jambu ini

penghormatan kepada
Wesak. Antara simbol ikon Buddha
dikira tahap tertinggi dan

Buddha. seperti Pagoda, patung Buddha, dan
simbolik kesucian seseorang

pokok Bodhi. Para penganut Buddha
seperti Buddha dan dewa-

juga akan melafazkan Triratna iaitu
dewi. Oleh itu bunga teratai

tiga ucapan perlindungan kepada
simbolik kepada Buddha
Buddha, Dhamma dan Sangha untuk

memperbaharui azam mereka

kepada ajaran Buddha.

Banyak kuil di seluruh negeri
Sami Buddha berpakaian
Para penganut Buddha akan turut

mengadakan aktiviti amal dan
warna cerah akan
serta dalam sesi berdoa dan akan


dan khidmat sukarelawan
membacakan sutra atau
menawarkan lilin dan bunga

misalnya memberi makan kepada
ayat dari kitab suci Buddha
untuk mengingatkan mereka

warga gelandangan, mengutip

derma bagi memberi sumbangan
dan melepaskan burung bahawa dunia ini bersifat

merpati sebagai tanda
sementara dan boleh

kepada yang memerlukan dan

banyak lagi aktiviti lain. kebaikan hati budi. menyebabkan kerosakan. Bunga

yang menjadi layu dan api yang

membakar lilin menjadi contoh

tentang kehidupan buat penganut


Buddha.

Melawat kuil Berarak di Hiasan bunga
malam hari teratai

Pada hari Wesak, penganut Buddha

hanya makan makanan berasaskan


sayur-sayuran. Tiada makanan

tradisi yang ditetapkan namun

penganut Buddha percaya mereka


tidak harus makan makanan

berasaskan daging pada hari


sambutan.

Semua perayaan ini disambut di Malaysia. Perayaan-
perayaan ini turut dinikmati oleh variasi kaum dan agama.

Meskipun berbeza pandangan dan kepercayaan, perayaan

ini dapat disambut dengan lancar dan meriah setiap tahun

kerana sikap saling hormat menghormati antara rakyat di

Malaysia.

"Unity is strenght, when there is teamwork and

collaboration, wonderful things can be

achieved."

Mattie Stepanek


Click to View FlipBook Version