The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSLINDA MUDA, 2023-04-12 21:17:24

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

Laporan Mesy pibg 2023 (2)

1


2 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKCT KALI KE-49 Tarikh : 16 April 2023 2.00 petang : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Pendaftaran waris : Tayangan multimedia : Bacaan doa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 bermula 2.30 petang : Agenda 1 - Ucapan Penasihat Agenda 2 - Ucapan YDP PIBG Agenda 3 - Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan yang lalu Agenda 4 - Membentang dan menerima laporan tahunan Jawatankuasa PIBG 2022 Agenda 5 - Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 Agenda 6 - Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2022 Agenda 7 - Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2023 Agenda 8 - Membahaskan usul (jika ada) Agenda 9 - Hal-hal lain Agenda 10 - Ucapan Penangguhan 4.30 petang : Majlis bersurai


3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK CHE TOM D/A SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM 08000 SUNGAI PETANI,KEDAH DARUL AMAN Tel: 04-4252182 Fax : 04-4255070 Email: [email protected] Kepada : Rujukan : SU/PIBG/SMKCT60/006/8 (7) Tarikh : 04 April 2023 Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru SMK Che Tom, Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 49 TAHUN 2023 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Che Tom kali ke-49 akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh :16.04.2023 ( Ahad ) Tempat : Kediaman masing-masing Medium : Hibrid (Google Meet dan bersemuka) Masa : 2.30 petang 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1. Ucapan Penasihat 3.2 Ucapan YDP PIBG 3.3 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan yang lalu 3.4 Membentang dan menerima laporan tahunan Jawatankuasa PIBG 2022 3.5 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022 3.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2022 3.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023 3.8 Membahaskan usul (jika ada) 3.9 Hal-hal lain 3.10 Ucapan Penangguhan 4. Oleh kerana medium mesyuarat ialah hibrid, pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 akan dilaksanakan secara dalam talian seperti ketetapan berikut: Perkara Link Tarikh tutup Penamaan calon AJK PIBG https://bit.ly/PenamaanCalonAJKPIBGSesi20232024 7 April 2023 (Jumaat) 5. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir secara maya ke mesyuarat tersebut ( link akan diberikan kemudian ). Pihak sekolah akan memaklumkan sebarang perubahan sekiranya ada. Keprihatinan dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, (FARRAH NURULAKMA BT MOHD AMIN) Setiausaha PIBG SMK Che Tom.


4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE – 48 TAHUN 2022 TARIKH : 24 APRIL 2022 HARI : AHAD MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : HIBRID & GOOGLE MEET KEHADIRAN: i) Waris: 191 orang ii) Guru: 59 orang AGENDA MESYUARAT: AGENDA 1 Ucapan penasihat 1 Pn Pengetua mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG, NYDP , AJK PIBG, barisan pentadbir, guru-guru dan para waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 yang diadakan secara maya. 2 Pn Pengetua juga memberi jaminan tentang keselamatan anak-anak pelajar yang hadir ke sekolah dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. 3 Beliau juga berharap agar ibu bapa tidak perlu bimbang akan keselamatan anak-anak yang hadir ke sekolah setiap hari, sekiranyanya para waris telah mematuhi SOP sebelum menghantar mereka ke sekolah. 4 Harapan pengetua juga agar ibu bapa memastikan hanya anak-anak yang sihat sahaja hadir ke sekolah. 5 Pn Pengetua juga menzahirkan rasa syukur beliau, walaupun negara dilanda pandemik covid-19, SMK Che Tom dapat mencipta pelbagai kecemerlangan dan kejayaan berkat usahasama antara guru, pihak PIBG dan para waris dalam memastikan anak-anak SMK Che Tom cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. 6 Kejayaan yang dicapai juga melambangkan bahawa guru-guru yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendidik murid-murid. Kejayaan ini juga melambangkan kerjasama yang jitu , yang terjalin utuh antara guru dan ibu bapa. 7 Beliau juga berterima kasih kepada pihak PIBG kerana telah memberikan sokongan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti serta memberikan sumbangan dalam pelbagai aspek sama ada dari segi kewangan dan tenaga. 8 Pn Pengetua juga menyeru agar para waris terus memberikan sumbangan dalam tabung PIBG kerana segala program yang dirancang akan dapat dilaksanakan melalui dana yang disalurkan oleh pihak PIBG dengan jayanya.


5 9 Pn Pengetua juga mengajak semua pihak menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah, atau salah faham agar dapat berbincang dan ditangani bersama. 10 Pn Pengetua juga membentangkan secara ringkas beberapa kejayaan sekolah untuk makluman para waris. Antara kejayaan kurikulum yang telah dicapai oleh pihak sekolah ialah peningkatan GP SPM pada tahun 2020 iaitu 4.08. Manakala CGPA peperiksaan STPM pula ialah 2.33. Seramai 10/22 orang murid Tingkatan 6 telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. 11 Dalam bidang HEM pula, pihak sekolah telah mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang, Johan Peringkat Negeri dan Tempat keempat peringkat Kebangsaan. Kejayaan kedua ialah Anugerah Pengurusan PPDa Cemerlang peringkat Kebangsaan 2021 dan Naib Johan pertandinganpenghasilan Video Pendek Kempen Pengambilan Air Kosong, peringkat Negeri Kedah dan sagu hati pertandingan penghasilan poster kempen Pengambilan Air Kosong peringkat negeri Kedah. 12 Dalam bidang Kokurikulum pula, penglibatan murid dalam PAJSK telah mencapai keputusan yang amat membanggakan iaitu GP 2.25 dan penyertaan murid ialah 97% pada tahun 2021. 13 Pn Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para waris kerana membantu dalam meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan murid-muird SMK Che Tom. Beliau juga memohon maaf atas salah dan silap dalam ucapan beliau pada hari ini. Makluman: Semua ahli mesyuarat AGENDA 2 Ucapan YDP PIBG 14 YDP PIBG Dato Dr Zulkifli bin Mohamad mengucapkan rasa syukur dan mengalukan kehadiran pihak pentadbiran sekolah, semua barisan AJK PIBG, para guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini. 15 Beliau juga memaklumkan kehadiran ahli PIBG setakat ini telah mencapai lebih 200 orang. Beliau juga berasa teruja dengan sambutan yang diberikan, tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang hadir. 16 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua warga SMK Che Tom, kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat ini walaupun secara maya. 17 Beliau juga mengulas kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi kokurikulum dan juga sahsiah murid. 18 Beliau juga mengucapkan syabas kepada para pendidik kerana telah berjaya mengharungi pandemik yang melanda dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid- murid.


6 19 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas perlantikan beliau sebagai pengerusi PIBG SMK Che tom dan juga barisan AJK PIBG beliau yang telah berusaha sebaik mungkin menjalankan amanah. 20 Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada PIBG telah digunakan sebaik-baiknya untuk membantu sekolah membiayai program-program dan keperluan yang difikirkan penting dan yang perlu disegerakan. 21 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan untuk kejayaan murid-murid di sekolah ini. 22 Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan sumbangan ibu bapa, sumbangan tersebut bukan semata - mata wang ringgit tetapi kerjasama ibu bapa untuk memastikan semua murid hadir ke sekolah. 23 Pengerusi juga memaklumkan bahawa beberapa sumbangan telah dilaksanakan oleh PIBG iaitu 3 Program Motivasi ‘Parents Talks’ iaitu Pendidikan Pencegahan dadah oleh En. Abdul Malek pada 26 Jun 2021 , Program Jom Layan Pdpr oleh Dato Dr Zulkifli pada 3 Julai 2021 dan Kepentingan Matlamat dalam Kehidupan oleh Encik Azirul pada 7 Ogos 2021. 24 Selain itu program Bakul Makanan Covid-19 telah dijalankan pada 27 Julai 2021, dan Program Peningkatan Prestasi Fasa Pembukaan Sekolah bermula pada Oktober hingga Februari 2022. 25 PIBG juga telah membiayai pembelian amplifier di Dewan Seri Puteri,selain menampung perbelanjaan Buletin Sekolah, membayar servis selia alat ganti water cooler, Tabung Akademik Ting.6, Program Pecutan Akhir SPM, menampung perbelanjaan HEM 2022/2023 dan akhir sekali sumbangan Vitamin C kepada calon SPM 2021 dan juga para guru. 26 Pengerusi juga memaklumkan pemasangan pagar ‘anti climb’ sedang dalam proses pemasangan. Mohon ibu bapa meneruskan sumbangan dan sokongan daripada parawaris amat dialu-alukan. 27 Beliau juga memohon agar ibu bapa memberikan kerjasama dan sokongan kepada PIBG kerana tanggungjawab ibu bapa tidak pernah berakhir. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat


7 AGENDA 3 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan yang lalu 28 Pn Farrah Nurulakma, selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 mulai muka surat 3 hingga 12. Para waris boleh merujuk link anyflip yang telah disediakan. 29 Pn Suraya Ishak telah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 diterima dan disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh En Rosmaini bin Baharuddin. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat AGENDA 4 Membentang dan menerima laporan tahunan Jawatankuasa PIBG 30 Pn Farrah Nurulakma, selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Jawatankuasa PIBG untuk tahun 2021 dan meminta semua ahli merujuk muka surat 13 hingga 15. Para waris juga boleh merujuk minit yang disediakan dalam ‘link anyflip’. 31 Pn Farrah Nurulakma membentangkan senarai AJK PIBG Sesi 2021/2022 dan senarai kehadiran AJK. Antara aktiviti dan sumbangan yang telah dijalankan adalah seperti berikut: i. Program Motivasi Parents Talk ii. Program Bakul Makanan Covid-19 iii. Program Peningkatan Prestasi Fasa Pembukaan Sekolah iv. Pembelian Amplifier DEwan Seri Puteri v. Menampung Perbelanjaan Buletin Sekolah Ting.5 vi. Servis Selia Alat Ganti Water Cooler vii. Tabung Akademik Kerja Kursus Tingkatan 6 viii. Program Peningkatan Prestasi Pecutan Akhir SPM 2021 ix. Perbelanjaan Hal Ehwal Murid x. Sumbangan Vitamin C kepada calon SPM dan semua guru. 32 Laporan telah dibentangkan dan tiada isu yang dibangkitkan. Laporan ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat


8 AGENDA 5 Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 32 Pn Rohimah binti Abd. Rohim, selaku Bendahari PIBG membentangkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 bermula daripada muka surat 16 hingga 18 seperti yang terdapat dalam Buku Laporan PIBG (anyflip) . 33 Pn. Rohimah menjelaskan akaun PIBG SMK Che Tom terdiri daripada akaun PIBG dan akaun laluan PIBG. Terimaan daripada derma PIBG dan bayaran surau direkodkan dalam akaun PIBG manakala terimaan bayaran tambahan persekolahan dan lain-lain terimaan direkodkan dalam akaun laluan PIBG. 34 Baki akaun PIBG pada 1 Januari 2021 ialah RM17140.54, dan baki akaun pada 31 Disember 2021 ialah RM15342.71. 35 Seterusnya, Pn Rohimah juga menjelaskan tentang Akaun Laluan yang berbaki RM80299.06 pada 31 Disember 2021. 36 Pn Norhafiza Binti Dollah mencadangkan Laporan Kewangan sesi 2021, diterima dan diluluskan. Laporan ini diterima ahli sebulat suara. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat AGENDA 6 Membahaskan usul (jika ada) 37 YDP PIBG Dato Dr Zulkifly memaklumkan tentang senarai Bayaran Tambahan Persekolahan Ting 1 hingga Ting 6 dan bayaran derma PIBG 2022 sebanyakRM30 dikekalkan. Hal ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 38 Usul yang kedua, Bayaran Majalah Sekolah sebanyak RM15 satu keluarga dikekalkan. Cadangan dipersetujui sebulat suara. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat AGENDA 7 Hal-hal lain 39 Tn Pengerusi memohon agar pembayaran yuran yang telah dibentang dan dipersetujui sebulat suara itu dijelaskan oleh para waris dengan kadar segera supaya segala perancangan dan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 40 Beliau juga memaklumkan bahawa masih terdapat baki 91 orang murid yang belum menjelaskan bayaran tambahan persekolahan sesi 2021. Mohon para waris mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan perkara ini. 41 Pengerusi juga memaklumkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah iaitu masalah anai-anai yang merosakkan bangunan perpustakaan dan bilik


9 masakan sekolah dan runtuhan laluan murid di belakang pejabat, serta retakan ketara di tempat letak kereta pengetua yang memerlukan tindakan segera. 42 Perkara seterusnya yang memerlukan pemasangan segera ialah pemasangan sebahagian pagar ‘anti-climb’ untuk keselamatan murid dan mengelakkan kes kecurian dengan anggaran kos sebanyak RM10350.Beliau memohon agar para waris dapat memberi sumbangan kepada pihak PIBG untuk menyelesaikan perkara ini. 43 Pengerusi juga membentangkan beberapa cadangan daripada pihak waris iaitu cadangan daripada En. Mohamad Fairuz Bin Salim yang mencadangkan supaya pihaksekolah memaparkan kedudukan akademik murid mengikut tingkatan di papankenyataan sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan murid. 44 Pengerusi menjelaskan bahawa perkara ini sudah dilaksanakan di peringkat murid SPM tetapi belum dilaksanakan lagi bagi murid-murid tingatan lain. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan cuba untuk merealisasikan perkara ini pada masa yang akan datang. 45 Seterusnya, pengerusi memaklumkan cadangan daripada Pn Lalitha Muniandy supaya pihak sekolah mengadakan seminar menjawab peperiksaan SPM sebelum peperiksaan pertengahan tahun dengan mejemput pemeriksa kertas SPM sebagai penceramah. 46 Pn Pengetua telah memberikan respons kepada perkara ini iaitu pihak sekolah telah merancang program Teknik Menjawab setiap kali sebelum murid menduduki peperikaan SPM dan program ini telah dilaksanakan pada setiap tahun. Beliau juga memaklumkan bahawa 7 orang guru di SMK Che tom telah dilantik sebagai Pemeriksa Kertas Peperiksaan SPM. 47 Akhir sekali, cadangan daripada En. G Gunasegaran iaitu pihak sekolah meletakkan tanda arah di kawasan sekolah sebagai petunjuk kepada pelawat dan murid tingkatan 1. 48 Pengerusi telah memaklumkan bahawa papan tanda penunjuk arah ini telah diletakkan di sekitar kawasan sekolah dan akan ditambah dari semasa ke semasa. 49 Pengerusi memaklumkan cadangan yang seterusnya daripada Pn. Norahimi Abdul Rahim iaitu mengadakan kelas tambahan kepada murid asrama pada waktu malam. 50 Tn. Pengerusi memaklumkan perkara ini masih belum dilaksanakan kerana masih tertakluk kepada SOP pandemik covid -19 pada ketika ini yang menghadkan pergerakan murid dan guru. 51 Pengerusi juga memohon waris menghantar anak-anak ke asrama bagi memenuhi kapasitiasrama yang masih ada kekosongan. Makluman: Semua Ahli Mesyuarat


10 AGENDA 8 Ucapan penangguhan 52 YDP berpuas hati dengan kehadiran para waris dalam mesyuarat PIBG kali ke- 48 ini, dan beliau juga berharap agar ibu bapa terus memberi sokongan yang padu kepadaPIBG bagi meneruskan kelangsungan iaitu mengekalkan kehebatan dan menambah baik infrastruktur sekolah. 53 Pn Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG , AJK PIBG , para guru, ibu bapa kerana membantu SMK Che Tom. Semoga kerjasama ini terus kekal selamanya. 54 Pn Pengetua mengucapkan terima kasih kepada para waris yang hadir melebihi 200 orang pada hari ini. Hal ini menunjukkan pihak sekolah tidak berseorangan dalammelaksanakan segala program yang dirancang. 55 Pn Pengetua mengalu – alukan kehadiran para waris untuk memberi sumbangan idea dalam membantu menghebatkan SMK Che Tom, sokongan padu daripada pihak PIBG ini amatlah diharapkan. 56 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang hadir pada hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang. Disediakan Oleh, Disahkan oleh, …………………………… ………………………………………… (NOR AKMAR BINTI HASAN) (DATO’DR. ZULKIFLY BIN MOHAMAD) Pencatat Minit YDP PIBG SMK Che Tom Bersama, Cikgu Nurul Hani Ideris Cikgu Wee Haw Ying Cikgu Rozaini Abdon Cikgu Noor Azimah Othman Cikgu Siti Rosmala Mohamed Cikgu M Velshah Michael


11 LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SMK CHE TOM 2022/2023 1. SENARAI JAWATANKUASA PENASIHAT : PN. NORAINI BINTI MOHAMAD ISA YANG DIPERTUA : DATO’ DR. ZULKIFLY BIN MOHAMAD NAIB YANG DIPERTUA : EN. ARSALAN MOHD BIN ABDUL RAHMAN SETIAUSAHA : PN. FARRAH NURULAKMA BINTI MOHD AMIN PEN. SETIAUSAHA : PN. YUSMALIAH BINTI MAT ZIN @ MOHD ZAIN BENDAHARI : PN. ROHIMAH BINTI ABD ROHIM PEN. BENDAHARI : PN. BAH AI SHEE JURU AUDIT DALAMAN : PN. NOR ISRA AYUNI BINTI ISMAIL JURU AUDIT WARIS : EN. AZIRUL BIN NAYAN AJK WARIS : EN. ABDUL MALEK BIN BAHARUDDIN : EN. GUNASEGARAN A/L GOPAL : EN. ROSMAINI BIN BAHARUDDIN : EN. AISHA BIN JAAFAR AJK GURU : PN. SURAYA BINTI ISHAK : CIK M. VELSHAH A/P MICHEAL : PN. SITI RAHIMAH BINTI MOHD HASSAN : EN. MOHD FAUZAN BIN ABD HAMID


12 2. KEHADIRAN AJK DALAM MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA 2022/2023 BIL NAMA 13/08/22 24/09/22 10/12/22 26/03/23 1. DATO’ DR ZULKIFLY BIN MOHAMAD √ √ √ √ 2. EN. ARSALAN MOHD BIN ABDUL RAHMAN √ √ √ THB 3. PN. FARRAH NURULAKMA BINTI MOHD AMIN √ √ √ √ 4. PN YUSMALIAH BINTI MAT ZIN @ MOHD ZAIN √ √ √ √ 5. PN ROHIMAH BINTI ROHIM √ √ √ √ 6. PN. BAH AI SHEE √ √ √ √ 7. PN NOR ISRA AYUNI BINTI ISMAIL √ √ √ √ 8. EN. AZIRUL BIN NAYAN √ √ √ THB 9. EN. ABDUL MALEK BIN BAHARUDDIN √ √ √ √ 10. EN. GUNASEGARAN A/L GOPAL √ √ √ √ 11. EN. ROSMAINI BIN BAHARUDDIN THB THB THB THB 12. EN. AISHA BIN JAAFAR THB THB THB THB 13. PN. SURAYA BINTI ISHAK √ √ √ √ 14. CIK M. VELSHAH A/P MICHEAL √ √ √ √ 15. PN. SITI RAHIMAH BINTI MOHD HASSAN √ √ √ √ 16. EN. MOHD FAUZAN BIN ABD HAMID √ √ √ √ TURUT HADIR 17. PN NORAINI BT MOHAMAD ISA (PENGETUA) √ √ √ √ 18. PN MARIATI BINTI MOHAMMED (PK HEM) √ √ √ √ *THB – Tidak Hadir Bersebab


13 3. AKTIVITI / SUMBANGAN / PERBELANJAAN PIBG 2022/2023 BIL AKTIVITI / SUMBANGAN / PERBELANJAAN CATATAN 1. Pembelian amplifier Dewan Seri Puteri 2. Baik pulih dan servis penapis air 3. Program Peningkatan Prestasi tingkatan 1 hingga 6 4. Program imarah surau sekolah 5. Bengkel Teknik Menjawab STPM dan tabung akademik tingkatan 6 6. Buletin sekolah bagi pelajar tingkatan 5 7. Pembaikan bumbung tempat parkir 8. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 9. Kejohanan Sukan Sekolah 10. Program 100 Tahun Pengakap 11. Pembelian kertas A4 12. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 13. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 14. Bengkel Menjawab Kertas 2 Kimia SPM 15. Sumbangan tunai RM2000 untuk Projek Pemasangan Pagar Anti Climb sepanjang laluan masuk padang sekolah Sumbangan Dato’ Dr. 16. Membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah air dan pokok di belakang sekolah Zulkifly bin Mohamad, 17. Sumbangan tunai RM400 untuk Fiesta Keusahawanan YDP PIBG. 18. Menghadiahkan 17 pasang kasut spike kepada atlet sekolah 19. Menyumbang makanan (KFC) kepada pemain bola jaring sekolah bawah 18 tahun 20. Sumbangan tunai RM150 kepada pemain bola jaring bawah 15 tahun 21. Membantu menguruskan permohonan sumbangan rak buku dengan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan bagi kegunaan Pusat Sumber Sekolah serta menyediakan pengangkutan penghantaran rak buku dari KPM ke sekolah.


14 4. KEHADIRAN WARIS DAN GURU MESYUARAT AGUNG KALI KE-48 23. Sumbangan tunai RM1000 untuk KEBAGUS 24. Sumbangan 30 hamper makanan kepada murid asnaf SMKCT 25. Membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah air Sumbangan Encik Abd Malek bin Baharudin, AJK PIBG 26. Menyumbang hadiah cabutan bertuah dalam Fiesta Keusahawanan 27. Menyumbang tenaga dan kepakaran dalam aktiviti berkaitan motivasi dan Pencegahan Dadah 26. Menyumbang tenaga, wang ringgit dan idea dalam aktiviti di sekolah Sumbangan Semua AJK PIBG Jumlah Waris 191 Jumlah Guru 59 Jumlah Keseluruhan 250


15 PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 AKAUN PIBG RM RM 1 BAKI AKAUN PIBG PADA 1 JANUARI 2022 15,242.71 2 Tambah Penerimaan 2.1 Derma Waris kepada PIBG 13,350.00 2.2 Derma Guru kepada PIBG 400.00 2.3 Kutipan Tempat Letak Kereta PIBG 200.00 2.4 Penerimaan Tunggakan Derma Waris kepada PIBG - 2021 14,500.00 2.5 Penerimaan Tunggakan Derma Guru kepada PIBG - 2021 260.00 2.6 Penerimaan Tunggakan Kutipan Tempat Letak Kereta PIBG - 2021 100.00 2.7 Faedah Bank (Jan-Dis) 125.81 JUMLAH PENERIMAAN AKAUN PIBG 28,935.81 3 Tolak Pembayaran 3.1 Pembelian Amplifier di Dewan Seri Puteri 1,000.00 3.2 Caj Perkhidmatan Cek 14.50 3.3 Baik Pulih dan Servis Penapis Air di Blok N dan Surau 1,320.00 3.4 Perbelanjaan Unit Hal Ehwal Murid bagi Sesi 2022/2023 2,000.00 3.5 Perbelanjaan Mesyuarat AJK 102.30 3.6 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG bagi Tahun 2021 1,110.00 3.7 Pembaikan Bumbung di Laluan Murid 1,500.00 3.8 Sumbangan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1,500.00 3.9 Cenderahati Sambutan Hari Guru 650.00 3.10 Pembelian Buku Resit PIBG 230.00 3.11 Sumbangan Kejohanan Sukan Sekolah 1,000.00 3.12 Penyelenggaraan Padang Sekolah 1,000.00 3.13 Saguhati kepada Warden Kehormat 250.00 3.14 Cenderahati Persaraan Guru 150.00 3.15 Sumbangan Program Laman Minda Sihat 500.00 JUMLAH PEMBAYARAN AKAUN PIBG (12,326.80) 4 BAKI AKAUN PIBG PADA 31 DISEMBER 2022 31,851.72


16 AKAUN LALUAN RM RM 1 TABUNG AKADEMIK 1.1 Baki pada 1 Januari 2022 47,221.64 1.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 29,969.00 77,190.64 1.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan (15,693.64) BAKI TABUNG AKADEMIK 61,497.00 2 CETAKAN BAHAN PDP DAN MODUL / UJIAN 2.1 Baki pada 1 Januari 2022 12,224.73 2.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 13,300.00 25,524.73 2.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan (4,800.00) BAKI CETAKAN BAHAN PDP DAN MODUL / UJIAN 20,724.73 3 PEMBANGUNAN KOAKADEMIK DAN SAHSIAH 3.1 Baki pada 1 Januari 2022 838.30 3.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 12,369.50 13,207.80 3.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan (2,616.00) BAKI PEMBANGUNAN KOAKADEMIK DAN SAHSIAH 10,591.80 4 KUTIPAN SURAU 4.1 Baki pada 1 Januari 2022 100.00 4.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 7,610.00 7,710.00 4.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan - BAKI KUTIPAN SURAU 7,710.00 5 SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN 5.1 Baki pada 1 Januari 2022 - 5.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 2,534.00 2,534.00 5.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan - BAKI SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN 2,534.00


17 6 PEROLEHAN DALAMAN 6.1 Baki pada 1 Januari 2022 3,373.68 6.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 1,100.00 4,473.68 6.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan - BAKI PEROLEHAN DALAMAN 4,473.68 7 PANCARAGAM 7.1 Baki pada 1 Januari 2022 3,452.00 7.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 10,000.00 13,452.00 7.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan (1,980.00) BAKI PANCARAGAM 11,472.00 8 BIASISWA 8.1 Baki pada 1 Januari 2022 3,542.50 8.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan - 3,542.50 8.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan - BAKI BIASISWA 3,542.50 9 KOKURIKULUM 9.1 Baki pada 1 Januari 2022 1,549.90 9.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan - 1,549.90 9.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan - BAKI KOKURIKULUM 1,549.90 10 SUMBANGAN LUAR 10.1 Baki pada 1 Januari 2022 2,675.10 10.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan 8,597.00 11,272.10 10.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan (9,667.00) BAKI SUMBANGAN LUAR 1,605.10


18 11 PULANGAN ZAKAT NEGERI KEDAH 10.1 Baki pada 1 Januari 2022 5,421.21 10.2 (+) Jumlah Penerimaan Tahunan - 5,421.21 10.3 (-) Jumlah Pembayaran Tahunan (5,421.21) BAKI PULANGAN ZAKAT NEGERI KEDAH - BAKI AKAUN LALUAN PIBG 125,700.71 Penyata Penerimaan dan Pembayaran PIBG RM LALUAN PIBG RM Baki pada 1 Januari 2022 15,242.71 80,399.06 Tambah: Penerimaan 28,935.81 85,479.50 Jumlah 44,178.52 165,878.56 Tolak: Pembayaran (12,326.80) (40,177.85) Baki pada 28 Februari 2022 31,851.72 125,700.71 157,552.43 Diwakili oleh: Baki Tunai di tangan RM184.46 Baki Tunai di Bank RM157,367.97 RM157,552.43 Disediakan oleh …….…………………....................... (PN ROHIMAH BINTI ABD ROHIM) Bendahari PIBG Disemak oleh …………………………………............ (PN NOR ISRA AYUNI BINTI ISMAIL) Pemeriksa kira-kira (Guru) Disemak oleh …………………………..... (EN AZIRUL BIN NAYAN) Pemeriksa kira-kira (Waris)


Click to View FlipBook Version