The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSLINDA MUDA, 2022-04-20 22:31:59

PELAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE 48

PELAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE 48

TAHUN 2022

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 48

Tarikh : 24 April 2022

2.10 petang : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
: Pendaftaran waris
: Tayangan Multimedia
: Bacaan doa

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bermula

2.30 petang : Agenda 1 – Ucapan Penasihat
: Agenda 2 – Ucapan YDP PIBG
: Agenda 3 – Membentang dan menerima minit mesyuarat tahunan
yang lalu
: Agenda 4 – Membentang dan menerima laporan tahunan
Jawatankuasa PIBG 2021/2022
: Agenda 5 – Membentang, menerima dan meluluskan laporan
kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021
: Agenda 6 – Membahaskan usul (jika ada)
: Agenda 7 – Hal–hal lain
: Agenda 8 - Ucapan penangguhan

4.00 petang : Majlis bersurai

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK CHE TOM
D/A SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Tel: 04-4252182 Fax : 04-4255070
Email: [email protected]
___________________________________________________________________________________

Rujukan : SU/PIBG/SMKCT60/006/8 ( )
Tarikh : 30 Mac 2022

Kepada :
Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom,
Sungai Petani,Kedah.

Tuan /Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Che Tom kali ke-48 akan diadakan
mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 24.04.2022 ( Ahad )
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium: Google Meet
Masa : 2.30 petang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1. Ucapan Penasihat
3.2 Ucapan YDP PIBG
3.3 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan yang lalu.
3.4 Membentang dan menerima laporan tahunan Jawatankuasa PIBG 2021/2022
3.5 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember

2021
3.6 Membahaskan usul (jika ada)
3.7 Hal-hal lain
3.8 Ucapan Penangguhan

4. Tuan/puan boleh menghantar usul kepada setiausaha PIBG sebelum atau pada 10 April 2022 melalui
anak tuan/puan dengan mengisi keratan yang disertakan. Usul-usul yang dihantar selepas tarikh yang
ditetapkan tidak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung.

5. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir secara maya ke mesyuarat tersebut ( link akan diberikan
kemudian ). Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………..
FARRAH NURULAKMA BT MOHD AMIN
Setiausaha PIBG SMK Che Tom

2

SMK CHE TOM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE-47 TAHUN 2021

TARIKH : 24 APRIL 2021

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : LOKASI MASING-MASING MELALUI PELANTAR GOOGLE MEET

KEHADIRAN : 180 orang

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1: Ucapan Penasihat PIBG

1. Tuan Pengetua (Puan Noor Anizah Bt Jamal) selaku penasihat PIBG mengucapkan
ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli PIBG dalam
mesyuarat agung kali ini.

2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana
atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjalankan majlis
mesyuarat agung pada kali ini.

3. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang dapat
turut serta dalam mesyuarat kali ini seterusnya dapat memberi manfaat kepada kita
semua.

4. Tuan Pengetua melaporkan beberapa aspek yang berkaitan dengan isu semasa
sekolah, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Seperti yang waris sedia
maklum, sesi persekolahan secara bersemuka pada tahun ini telah bermula
sepenuhnya pada 4 April 2021 dengan mengikut SOP yang ketat. Bermula di pagar
sekolah, semua murid mengambil suhu dan mengimbas QR code yang telah
disediakan. Peralatan suhu dan alat pengimbas QR code adalah daripada syarikat

3

Skynet ini dapat melicinkan pergerakan murid-murid pada awal pagi. Selain itu, SMK
Che Tom telah dipilih sebagai sekolah TS25, oleh itu, pengetua mengharapkan
sokongan penuh dari pihak PIBG bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti
sekolah.

5. Dari segi kurikulum, pelajar-pelajar SMK Che Tom baru sahaja selesai menduduki
ujian Pentaksiran Awal Tahun bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. SMK Che Tom
juga telah dikunjungi oleh tiga orang Nazir dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi
mencerap dan menilai subjek Sains Rumah Tangga pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5. Selain daripada itu, pihak sekolah dalam perancangan untuk mengumpul
dana bagi menyediakan ‘smart board’ bagi kegunaan para pelajar dan juga dana untuk
menaiktaraf surau sekolah bagi keselesaan bersama.

6. Dalam bidang Hal Ehwal Murid, SMK Che Tom tidak merekodkan kes-kes disiplin yang
serius. Dari segi kehadiran pelajar ke sekolah, para waris perlu memaklumkan kepada
pihak sekolah sekiranya anak atau anak jagaan tidak dapat hadir ke sekolah dan perlu
menghubungi pihak sekolah sekiranya terdapat isu-isu kecemasan. Selain itu, pihak
sekolah juga telah menjalankan program “Asramaku Indah” yang bertujuan untuk
menarik minat pelajar untuk tinggal di asrama selain membaik pulih prasarana sedia
ada di asrama agar kelihatan lebih menarik dan ceria. Untuk makluman, bagi
merealisasikan “Asramaku Indah” pihak sekolah telah dibantu oleh waris, Encik Adrol
Hisham dan Encik Azizan.

7. Selain daripada itu, pihak sekolah telah menerima 131 buah naskhah Al-Quran
sumbangan daripada waris untuk pelajar-pelajar asrama. Malah, terdapat juga waris
yang menaja iftar untuk pelajar-pelajar asrama. Terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada waris-waris yang terlibat.

8. Seterusnya, dalam bidang kokurikulum pula, Nur Ana Safiah binti Abd Malik (3A) dan
Nur Ayuni Natasya binti Salmi (6 Atas) masing-masing telah mendapat Johan dan
tempat keempat bagi Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri Kedah. SMK Che
Tom juga telah menyertai Pertandingan Bilik Boss peringkat Kebangsaan dan berjaya

4

mendapat kedudukan 5 teratas. Bagi Pertandingan Video Corvic HIP, SMK Che Tom
juga berjaya menempatkan diri di kedudukan 5 teratas peringkat negeri.

9. Disebabkan kita berada dalam pandemik Covid-19, diminta para waris cakna
sekiranya didapati anak-anak mengalami selsema ataupun demam, tidak perlulah
anak-anak tersebut dihantar ke sekolah.

10. Tuan Pengetua sebagai wakil pihak sekolah sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kerana ibu bapa dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada
hari ini.
Makluman: Semua Ahli PIBG

AGENDA 2: Ucapan Yang Dipertua PIBG

11. Encik Mohd Basir bin Abdul Rahman selaku YDP PIBG menyatakan bahawa
kejayaan sekolah dan murid dalam kedudukan 5 teratas dalam pelbagai
pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan menjadikan nama SMK Che Tom
menjadi sebutan kerana kedudukannya dalam senarai yang terbaik.

12. Beliau juga menyatakan bahawa pihak PIBG sedia membantu untuk mencari dan
menambahkan dana yang diperlukan oleh pihak sekolah.

13. Beliau juga mengharapkan agar pemilihan dan pelantikan AJK untuk tahun
seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab yang tidak melibatkan kepentingan
peribadi.

14. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam kejayaan yang dikecapi oleh pihak sekolah.
Selain itu, beliau berharap agar barisan baru AJK yang dilantik akan selari dengan
pengurusan sekolah dan membantu pihak pengurusan sekolah.

Makluman: Semua Ahli PIBG

5

AGENDA 3: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang
lalu.

15. Setiausaha PIBG iaitu Puan Fadzilah Binti Chin membentangkan minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 46 mulai muka surat 3 hingga 8.

16. Encik Aisha bin Jaafar mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan
disahkan. Cadangan disokong dan diterima sebulat suara.

Makluman: Semua ahli PIBG

AGENDA 4: Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa PIBG 2020

17. Puan Fadzilah Binti Chin selaku setiausaha PIBG membentangkan Laporan
Jawatankuasa PIBG untuk tahun 2020 dan meminta semua ahli merujuk muka surat
9 hingga 12.

18. Puan Fadzilah Binti Chin membentangkan senarai AJK 2020 dan senarai kehadiran
AJK. Antara aktiviti dan sumbangan yang telah dijalankan adalah seperti yang
disenaraikan:
i. Baik pulih pendingin hawa makmal komputer
ii. Baik pulih dan servis water dispenser
iii. Kejohanan Sukan Olahraga Tahun 2020
iv. Kon Keselamatan
v. Cenderahati AJK PIBG

19. Laporan telah dibaca dan tiada isu yang dibangkitkan. Laporan ini diterima sebulat
suara.

Makluman: Semua ahli PIBG

6

AGENDA 5: Membentang dan Meluluskan Laporan Kewangan Berakhir Disember 2020

20. Puan Roseliza binti Rawi iaitu bendahari PIBG membentangkan Laporan
Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2020 pada muka surat 12, 13
dan 14 seperti yang terdapat dalam Buku Laporan PIBG.

21. Encik Mohd Basir bin Abdul Rahman selaku YDP memaklumkan bahawa PIBG SMK
Che Tom mempunyai dua akaun iaitu akaun rasmi PIBG dan akaun laluan. Kutipan
bagi akaun rasmi PIBG digunakan untuk pelbagai seperti keceriaan, pembangunan,
baik pulih dan pembinaan. Manakala bagi akaun laluan, pihak persatuan memberi
sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengurus perbelanjaan pelbagai
aktiviti akademik untuk kebaikan dan masa depan pelajar. Selain itu Encik Mohd
Basir juga memaklumkan bahawa purata perbelanjaan setiap tahun adalah lebih
kurang sama sahaja jumlahnya.

22. Pn Norazizah binti Yusof mencadangkan agar Laporan Kewangan yang berakhir
pada 31 Disember 2020 diterima dan diluluskan. Cadangannya disokong dan
diterima sebulat suara.

Makluman: Semua Ahli PIBG

AGENDA 6: Membahaskan Usul

23. Encik Mohd Basir menyampaikan hasrat Encik Abd Malik untuk bekerjasama dengan
pihak sekolah bagi memberi kesedaran kepada para pelajar dari segi sahsiah diri
bagi mengatasi masalah sosial secara umumnya.

24. Puan Najahatul Fatihah mengusulkan supaya pihak sekolah mewujudkan tabung
tambahan khas untuk surau sekolah. Tabung ini boleh digunakan untuk
menambahbaik surau dari segi keceriaan dan juga membiayai program-program
yang membina sahsiah diri anak-anak pelajar SMK Che Tom. Usul ini disokong oleh
Encik Rosmaini Baharuddin dan diterima sebulat suara.

25. Tuan Pengetua mengemukakan beberapa usul untuk dipertimbang. Beliau memohon

supaya duit sumbangan PIBG bagi tahun 2021/2022 dibincangkan dan diluluskan

dalam mesyuarat untuk dipanjangkan ke JPN untuk kelulusan.

7

Senarai bayaran yang dicadangkan adalah seperti berikut :

Bil Bayaran Ting Ting Ting Ting 4 Ting 5 Ting Ting Catatan
1. Derma PIBG 1 2 3 30.00 30.00 6A 6R
30.00 30.00 Satu keluarga
30.00 30.00 30.00 sekali
10.00 bayaran
2. Surau 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 sahaja

(Murid Islam

Sahaja)

3. Tabung 20.00 20.00 20.00 40.00 40.00 40.00 20.00 Program
Akademik 20.00 20.00 10.00 Peningkatan
Prestasi
4. Cetakan Bahan 10.00 10.00 10.00 20.00 Akademik
Pdp & Modul Bayaran
Ujian Modul
Peperiksaan

5. Tabung 13.00 13.00 13.00 13.00 13.00 13.00 6.50 Aktiviti
Pembangunan Kokurikulum
Koakademik & Sahsiah
dan Sahsiah
Jumlah 83.00 83.00 83.00 113.00 113.00 113.00 76.50

Dato’ Dr Zulkifly menyokong cadangan tersebut dan diterima sebulat suara.

26. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bermula tahun 2020, bayaran Majalah
Sekolah adalah direkod sebagai salah satu akaun laluan PIBG. Beliau mengusulkan
supaya bayaran ini dinaikkan dari RM12.00 kepada RM 15.00 untuk satu keluarga.
Oleh kerana kuantiti pelajar SMK Che Tom kurang dari 600 pelajar, sukar bagi pihak
sekolah mendapatkan pembekal yang menawarkan harga RM12 untuk senaskhah.
Usul ini diterima sebulat suara.
Makluman: Semua Ahli PIBG

8

AGENDA 7: PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2022

27. Encik Rosli bin Mat Isa mengambil alih agenda ini sebagai pengerusi sementara.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang kepadanya
untuk mengendalikan sesi pemilihan jawatankuasa PIBG 2021/2022.

28. Beliau menyatakan bahawa pautan undian Yang Dipertua PIBG yang baharu telah
diberikan kepada semua ahli PIBG. Terdapat tiga orang calon yang terpilih iaitu;

i. Dato’ Dr. Zulkifly bin Mohamad
ii. Encik Arsalan Mohd bin Abdul Rahman
iii. Encik Aisha bin Jaafar

29. Pengerusi memaklumkan bahawa calon yang mendapat undian tertinggi akan
menjadi Yang Dipertua PIBG yang baharu, manakala yang mendapat undian kedua
tertinggi akan menjadi Naib Yang Dipertua PIBG. Selain itu, pengerusi memaklumkan
bahawa pihak sekolah telah menerima beberapa nama yang sukarela untuk menjadi
AJK waris, manakala bagi AJK guru bagi tahun 2021/2022 akan dimaklumkan oleh
Tuan Pengetua.

30. Tuan Pengetua mengumumkan senarai AJK guru baharu bagi sesi 2021/2022 iaitu;

i. Setiausaha : Puan Farrah Nurulakma binti Mohd Amin

ii. Penolong Setiausaha : Puan Yusmaliah binti Mat Zain @ Mohd Zain

iii. Bendahari : Puan Rohimah binti Abd Rohim

iv. Penolong Bendahari : Puan Bah Ai Shee

v. AJK Guru : Puan Suraya binti Ishak

Puan Siti Rahimah binti Mohd Hassan

Encik Mohd Fauzan bin Abd Hamid

Cik M. Velshah a/p Micheal

Tuan pengetua memaklumkan bahawa, AJK PIBG 2021 iaitu Tuan YDP, Setiausaha
dan Bendahari diberikan mandat untuk menukar tandatangan bagi pengurusan keluar
masuk kewangan akaun PIBG SMK Che Tom di Bank Islam bernombor
02020010058355.

9

31. Pengerusi mengumumkan AJK waris PIBG 2021/2022 setelah selesai undian
daripada ahli PIBG iaitu;

i. Yang Dipertua PIBG : Dato’ Dr. Zulkifly bin Mohamad
ii. Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Arsalan Mohd bin Abdul Rahman
iii. AJK waris : Encik Aisha bin Jaafar

Makluman: Semua Ahli PIBG

AGENDA 8: PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN (WARIS/GURU) 2021/2022.

32. Tuan Pengetua mengumumkan Juruaudit Dalaman 2021/2022 ialah Puan Nor Isra
Ayuni binti Ismail.

33. Pengerusi sementara, Encik Rosli memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap
sepanjang beliau mengendalikan sesi pemilihan ini. Beliau menyerahkan semula
majlis kepada pengacara majlis.

Makluman: Semua Ahli PIBG

AGENDA 9: HAL-HAL LAIN

34. Yang Dipertua PIBG yang baharu, Dato’ Dr Zulkifly bin Mohamad mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua ahli PIBG kerana telah memilih dan memberikan
amanah jawatan Yang Dipertua PIBG yang baharu kepada beliau. Beliau juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan AJK PIBG 2019/2020 yang lalu.
Beliau mengharapkan pihak pengurusan sekolah, semua guru dan waris
bekerjasama dalam menggerakkan PIBG SMK Che Tom. Antara perkara yang akan
ditambah baik ialah memperbaiki insfrastruktur sekolah seperti surau demi

keselesaan murid-murid SMK Che Tom. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada waris-waris yang sentiasa meluangkan masa dan tenaga dalam membantu

10

pihak sekolah menjalankan sebarang program atau aktiviti. Yang Dipertua PIBG
menegaskan bahawa melalui sokongan semua pihak, PIBG SMK Che Tom akan
lebih cemerlang.
35. Seterusnya, Encik Abd Malik menyatakan beliau bersedia berkongsi idea dan
membantu pihak sekolah dalam mengelakkan masalah sosial dalam kalangan
pelajar-pelajar.

Makluman: Semua Ahli PIBG
AGENDA 10: Ucapan Penangguhan

36. Puan pengetua mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato Dr Zulkifly bin
Mohamad di atas pemilihan dan pelantikan beliau sebagai YDP yang baru. Ucapan
yang sama ditujukan kepada ahli-ahli jawatan kuasa yang baru dilantik.

37. Puan pengetua mewakili pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK yang lalu yang dipimpin
oleh Encik Mohd Basir di atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan

38. Beliau juga berharap kepada barisan ajk lama, walaupun tidak lagi terlibat secara
langsung sebagai ahli jawatan kuasa PIBG sekolah, namun hubungan baik dapat
diteruskan selain dapat membantu dan menyokong pihak sekolah dalam pelbagai
aktiviti yang dijalankan.

11

FARRAH NURULAKMA BT MOHD AMIN DATO’ DR ZULKIFLY B. MOHAMAD
Pencatat Minit YDP PIBG SMK Che Tom

Bersama;
Pn. Rosmaria binti Mat Nawi
Pn. Zalifah binti Hashim
Pn. Wee Haw Ying
Pn. Norzaibah binti Abd Halim

12

LAPORAN JAWATANKUASA
PIBG SMK CHE TOM 2021/2022

1. SENARAI JAWATANKUASA

PENASIHAT : PN. NORAINI BINTI MOHAMAD ISA
YANG DIPERTUA : DATO’ DR ZULKIFLY BIN MOHAMAD

NAIB YANG DIPERTUA : EN. ARSALAN MOHD BIN ABDUL RAHMAN

SETIAUSAHA : PN. FARRAH NURULAKMA BINTI MOHD AMIN

PEN. SETIAUSAHA : PN. YUSMALIAH BINTI MAT ZIN @ MOHD ZAIN

BENDAHARI : PN. ROHIMAH BINTI ABD ROHIM

PEN. BENDAHARI : PN. BAH AI SHEE

JURU AUDIT DALAMAN : PN. NOR ISRA AYUNI BINTI ISMAIL

JURU AUDIT WARIS : EN. AZIRUL BIN NAYAN

AJK WARIS : EN. ABDUL MALEK BIN BAHARUDDIN

: EN. GUNASEGARAN A/L GOPAL

: EN. ROSMAINI BIN BAHARUDDIN

: EN. AISHA BIN AHMAD

AJK GURU : PN. SURAYA BINTI ISHAK

: CIK M. VELSHAH A/P MICHEAL

: PN. SITI RAHIMAH BINTI MOHD HASSAN

: EN. MOHD FAUZAN BIN ABD HAMID

13

2. KEHADIRAN AJK DALAM MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA 2021/2022

BIL NAMA 12/06/21 17/07/21 28/11/22 10/04/22
1. DATO’ DR ZULKIFLY BIN MOHAMAD √√√√
2. EN. ARSALAN MOHD BIN ABDUL
THB √ √ √
RAHMAN
3. PN. FARRAH NURULAKMA BINTI √√√√

MOHD AMIN √√√√
4. PN YUSMALIAH BINTI MAT ZIN @
√√√√
MOHD ZAIN
5. PN ROHIMAH BINTI ROHIM

6. PN. BAH AI SHEE √√√√

7. PN NOR ISRA AYUNI BINTI ISMAIL √ √ √ √

8. EN. AZIRUL BIN NAYAN √√√√

9. EN. ABDUL MALEK BIN √√√√

BAHARUDDIN

10. EN. GUNASEGARAN A/L GOPAL THB √ √ √

11. EN. ROSMAINI BIN BAHARUDDIN √ √ THB THB

12. EN. AISHA BIN AHMAD √ √ THB THB

13. PN. SURAYA BINTI ISHAK THB √ √ √

14. CIK M. VELSHAH A/P MICHEAL THB √ √ √

15. PN. SITI RAHIMAH BINTI MOHD √√√√

HASSAN

16. EN. MOHD FAUZAN BIN ABD HAMID √ √ √ √

TURUT HADIR

1. PN NOOR ANIZAH BINTI JAMAL √√- -

(PENGETUA)

2. PN NORAINI BT MOHAMAD ISA - -√√

(PENGETUA)

3. PN MARIATI BINTI MOHAMMED √√√√

(PK HEM)

*THB – Tidak Hadir Bersebab

14

3. AKTIVITI / SUMBANGAN PIBG 2021/2022
1. Program Motivasi “Parent’s Talk”
1.1 Pendidikan Pencegahan Dadah Oleh En. Abd Malek (26 Jun 2021)
1.2 Jom Layan PdPR oleh Dato’ Dr. Zulkifly (3 Julai 2021)
1.3 Kepentingan Matlamat Dalam Kehidupan oleh En. Azirul (7 Ogos 2021)
2. Program Bakul Makanan Covid-19 (27 Julai 2021)
3. Program Peningkatan Prestasi Fasa Pembukaan Sekolah
(Oktober 2021-Februari 2022)
4. Pembelian Amplifier di Dewan Seri Puteri
5. Menampung Perbelanjaan Buletin Sekolah Tingkatan 5 2021
6. Servis Selia Alat Ganti “Water Cooler”
7. Tabung Akademik Kerja Kursus Tingkatan 6
8. Program Peningkatan Prestasi Pecutan Akhir SPM 2021
9. Perbelanjaan Hal Ehwal Murid sesi 2022/2023
10. Sumbangan Vitamin C kepada Calon SPM 2021 dan guru SMKCT
(Sumbangan Peribadi YDP)

4. KEHADIRAN WARIS 116
MESYUARAT AGUNG KALI KE-47 64
JUMLAH WARIS 180
JUMLAH GURU
JUMLAH KESELURUHAN

15

16

17

18


Click to View FlipBook Version