P E R T A N D I N G A N Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah P E R I N G K A T N E G E R I S A B A H T A H U N 2 0 2 3 2 2 - 2 5 O G O S 2 0 2 3 J a b a t a n P e n d i d i k a n N e g e r i S a b a h P e j a b a t P e n d i d i k a n D a e r a h P i t a s & S M K P i n g g a n - P i n g g a n , P i t a s Pengelola Anjuran
UCAPAN PENGARAH YBRSH TUAN HAJI RAISIN BIN SAIDIN Salam Sejahtera, Salam “Sepakat Sabah Hebat” dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat bersama-sama hadirin dan hadirat pada hari yang indah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah, Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2023. Sebagai pembuka bicara, saya ingin menzahirkan setinggitinggi penghargaan kepada PPD Pitas kerana julung-julung kalinya menjadi pengelola Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat negeri ini. Dan sekalung tahniah kepada warga SMK Pinggan-Pinggan, Pitas kerana telah menggalas tanggungjawab mengendalikan pertandingan ini dengan cemerlang. Selain itu, ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan pertandingan ini berjalan lancar. A.D.K Hadirin yang dihormati sekalian, Mutakhir ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sentiasa mencari prakarsa terbaik untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah melibatkan diri dalam aktiviti dan program kokurikulum. Hal ini selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam konteks ini, saya berharap agar pertandingan bahas ini dapat mengasah bakat pelajar dalam kemahiran berbahasa bagi mengutarakan hujah-hujah bernas secara spontan dan beradab untuk melahirkan generasi yang berfikir secara kritis dan kreatif, persis peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Malahan perbahasan juga memupuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar sejak alam persekolahan. Sudah terang lagi bersuluh, pertandingan Bahas Bahasa Melayu merupakan satu wahana signifikan dalam pendidikan yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar untuk meluaskan hori zon pemikiran, melontarkan pendapat , mengasah kemahiran berkomunikasi, dan menguasai informasi isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kita.
Natijahnya, ia membentuk mereka menjadi pembicara yang mahir, pemikir yang kritis, dan pemimpin berkarisma pada masa hadapan untuk memacu kecemerlangan negara. Pertandingan ini bukan sahaja dapat melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam dengan mengutarakan hujah-hujah yang bernas secara spontan malahan penggabungjalinan elemen ini penting dalam membina kemenjadian murid dalam bidang kebahasaan. Para peserta pula diharap dapat memperoleh pengalaman yang sangat berharga serta membantu menyerlahkan intelektual dan keterampilan diri terutamanya dalam mengemukakan dan mempertahankan pendapat tentang sesuatu isu. Hal ini membolehkan para peserta bertindak secara aktif, kreatif, dan kritis. Perbahasan ini juga mempamerkan impak yang bermakna bagi pembinaan jati diri murid, khususnya membentuk daya saing yang tinggi untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Hadirin yang dihormati sekalian, Pertandingan mantap seperti ini tidak akan mungkin terlaksana tanpa sinergi dan komitmen yang luar biasa daripada para guru, jurulatih, dan warga sekolah yang terlibat. Saya ingin merakamkan setulus penghargaan kepada mereka yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dan motivasi kepada para peserta dengan membantu mengasah kemahiran berbahasa dan membina keyakinan diri yang jitu untuk berbahas di pentas ini. Tahniah dan syabas kepada semua pembahas yang berkaliber dan berkarisma semasa menyertai pertandingan ini. Anda adalah generasi muda yang berbakat dan berpotensi dengan penglibatan aktif dalam pertandingan seumpama ini. Anda telah berjaya membuktikan keberanian dan semangat untuk menyuarakan pandangan dan pendapat anda. Anda telah menetapkan misi dan visi yang hebat. Anda telah melakukan yang terbaik dengan menggunakan platform ini untuk meningkatkan jati diri dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Hadirin yang dihormati sekalian, Saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan bagi pasukan yang tidak berjaya pada kali ini, jangan mudah putus asa. Tingkatkan usaha mulai sekarang untuk persediaan pada tahun hadapan. Namun, begitulah adat pertandingan. Kendatipun demikian, bukan hanya kejayaan sahaja yang menjadi kayu ukur kecemerlangan malahan pengalaman yang diperoleh sepanjang proses pertandingan ini lebih berharga dan bermakna. Sikap toleransi secara berpasukan ibarat seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, sangat signifikan dalam melakar kejayaan bersama. UCAPAN PENGARAH YBRSH TUAN HAJI RAISIN BIN SAIDINA.D.K
UCAPAN PENGARAH YBRSH TUAN HAJI RAISIN BIN SAIDIN Intihanya, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana pertandingan bahas atas segala usaha, kerjasama dan ilti zam yang diberikan sepanjang pelaksanaan pertandingan ini. Semoga segala sumbangan tenaga dan masa dalam melaksanakan pertandingan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Akhir kata, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023. Pohon selasih di pinggir kali, Hinggap unggas di sarang tempua, Terima kasih sekalung budi, Tahniah dan syabas buat semua. A.D.K Sekian, terima kasih
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN Sabah “Sepakat Sabah Hebat dan Salam PPD Pitas bertekad terus hebat. Alhamdulillah, marilah kita Bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah i z in dan kurnia-Nya, pada hari ini kita dapat jua bersama-sama menghadiri Majlis Penutup Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023. Tahniah dan terima kasih kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-pinggan atas komitmen dan usaha dalam menerajui pertandingan ini sebagai tuan rumah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Harapan saya, semoga pertandingan bahas ini dapat mencungkil bakat pelapis-pelapis debat yang berkualiti dan dapat mencungkil bakat-bakat baru. Program seumpama ini juga dapat memupuk semangat murid-murid untuk melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengurusan sesuatu program. Pertandingan seperti ini dapat memupuk sifat kerjasama antara pelajar atau guru-guru, sekaligus menguatkan hubungan antara mereka. Hadirin dan hadirat sekalian. KPM sentiasa mencari formula terbaik dalam menggalakkan lebih ramai murid sekolah melibatkan diri dalam apa-apa juga program kokurikulum. Hal ini sejajar dengan matlamat KPM agar murid sentiasa aktif dengan menyertai pelbagai program sepanjang tahun. UCAPAN PPD PITAS PUAN MALATI BINTI LAJIM Saya mengharapkan agar pertandingan bahas ini dapat mencapai objektif supaya bakat murid-murid dapat diasah dan digilap sebagai sebahagian proses pengalaman pembelajaran yang ditawarkan dalam sistem pendidikan negara. Kebolehan menampilkan diri di hadapan khalayak bagi menyampaikan hujah-hujah bernas secara beradab dan tertib ialah suatu usaha memupuk daya kepimpinan generasi muda dalam kalangan murid sekolah.
Hadirin dan hadirat sekalian, Sebagai penghujung bicara, saya ingin menyakatan bahawa PPD Pitas sentiasa menyokong segala usaha untuk membangun dan memartabat bidang penididikan di negeri ini khususnya. Hal ini kerana tugas ini bukan semata-mata tugas Jabatan Pendidikan Negeri, tetapi juga tugas dan tanggungjawab semua warga pendidikan khususnya di negeri ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi pasukan yang mengambil bahagian, saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya. Bagi yang tidak berjaya, anggap ini sebagai satu pengalaman yang berharga sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dalam semua perkara yang ingin dilakukan. Sekian, terima kasih UCAPAN PPD PITAS PUAN MALATI BINTI LAJIM
Salam Sejahtera, Salam ”SMEKEPP Hebat” dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan i z in-Nya, dapat kita bersama-sama menjayakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah kita ini iaitu SMK Pinggan-Pinggan, Pitas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi penghormatan kepada sekolah kami SMK Pinggan-Pinggan, untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Raisin Bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita semua. Kami mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Encik Raisin ke pertandingan bahas kami pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru SMK Pinggan-Pinggan dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada guru-guru daripada sekolah lain di daerah Pitas yang telah bertungkus lumus bekerja tanpa mengira penat dan lelah bagi memastikan pertandingan bahas ini berjalan dengan jayanya. Saya amat pasti, tanpa usaha, komitmen, pengorbanan masa dan tenaga daripada mereka ini, pertandingan ini tidak mampu dilaksanakan. UCAPAN PENGETUA TUAN A. RAZAK OTHMAN Hadirin dan hadirat Sekalian, Sejajar dengan matlamat KPM untuk menggalakkan murid untuk menyertai pelbagai program sepanjang tahun dengan aktif, saya berharap agar pertandingan bahas ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan supaya murid dapat diperkenalkan kepada satu format perbahasan yang menarik dan mencabar disamping pemikiran murid dapat diasah dengan lebih tajam untuk mempunyai kemahiran berhujah secara sopan dan spontan dan seterusnya mampu membantu melahirkan pemimpin yang berani.
Sesungguhnya penganjuran pertandingan ini dapat mencungkil bakat pelapis-pelapis debat yang berkualiti dan dapat mencungkil bakat-bakat baru. Program seumpama ini juga dapat menyediakan satu medan untuk para pelajar membina ilti zam dalam memantapkan penguasaan bahasa serta mengasah bakat dan kreativiti perbahasan, pengetahuan dan kemahiran bahasa kebangsaan yang termaktub dalam dasar pendidikan negara. Hadirin dan Hadirat Sekalian, Semoga pertandingan ini dapat menjadi wadah yang efektif bagi membina keyakinan diri pelajar di samping mampu menyuntik, menyemai dan mengukuhkan semangat perpaduan, memupuk semangat setia kawan antara peserta. Seterusnya, akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan mencungkil dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Hubungan sillaturahim antara guru dan warga sekolah dapat dieratkan. Justeru, penyertaan setiap pasukan yang mewakili daerah masing-masing memberi impak yang positif kepada diri peserta. Bukan kemenangan yang menjadi kayu ukur kejayaan, sebaliknya azam dan tekad yang jitu yang mampan dalam mendepani hujah-hujah pihak lawan. Natijahnya, sinergi yang padu antara ahli pasukan mampu membakar api juang perbahasan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan ini, sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Saya berharap agar kegemilangan pertandingan ini akan tetap bergemerlapan. Semoga matlamat dan objektif pertandingan ini berjaya mencapai sasarannya. Kepada pasukan yang bertanding, saya mengucapkan selamat bertanding dengan penuh semangat kebahasaan. Sebelum saya mengundur diri, marilah kita bersama-sama berdoa agar Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Bertandinglah secara sihat. Saya sudahi ucapan ini dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih UCAPAN PENGETUA TUAN A. RAZAK OTHMAN
TARIKH (HARI) TENTATIF PROGRAM 21 OGOS 2023 (Isnin) Perjalanan setiap pasukan, pegawai teknikal, dan hakim pertandingan ke PPD Pitas 10.00 AM - 04.30 PM: Pendaftaran Masuk Penginapan (SK Pinggan-Pinggan II) 22 OGOS 2023 (Selasa) Pertandingan (Hari Pertama) 07.00 AM : Lapor diri (Dewan terbuka SMK Pinggan-Pinggan) 07.45 AM - 10.00 AM: Pusingan Awal Pertama 10.45 AM - 01.00 PM : Pusingan Awal Kedua 02.30 PM - 04.30 PM: Pusingan Awal Ketiga 23 OGOS 2023 (Rabu) Penyampaian Sijil & Sesi fotografi Sijil Penghargaan semua hakim Sijil Penyertaan semua PPD Sijil penyampaian 10 pembahas terbaik Pertandingan (Hari Kedua) 07.30 AM - 09.00 AM : 09.00 AM - 11.30 AM : Suku Akhir 02.00 PM - 04.30 PM: Separuh Akhir 24 OGOS 2023 (Khamis) Pertandingan (Hari Ketiga) 07.45 AM - 09.45 AM: Pertandingan Pusingan Akhir 10.00 AM - 12.30 PM : Majlis Perasmian Penutupan 25 OGOS 2023 (Jumaat) Pendaftaran Keluar Penginapan & Perjalanan Balik setiap pasukan, pegawai teknikal, dan hakim pertandingan ke daerah masing-masing JADUAL INDUK
MASA TENTATIF PROGRAM (PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR & MAJLIS PENUTUPAN) 7.45 AM Perarakan masuk YDP, penjaga masa, hakim pertandingan, serta barisan kerajaan dan pembangkang ke Dewan Persidangan 8.00 AM Pertandingan Peringkat Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah 2023 10.15 AM Ketibaan semua Pegawai Pendidikan Daerah Ketibaan Pengarah Jabatan Pendiidkan Negeri Sabah 10.30 AM Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Sabah Tanah Airku Sambut Tamu - SMK Pinggan-Pinggan Bacaan Doa Ucapan alu-aluan Tuan A. Razak Othman Ucapan perasmian YBg. Tuan Haji Raisin bin Saidin A.D.K Persembahan tarian etnik kreatif - SK Kibubuk Penyampaian Sijil & cenderahati Cenderahati kepada perasmi Sijil Jawatankuasa Pengelola Sijil Pegawai Teknikal Sijil Hakim Peringkat Akhir Pengumuman keputusan pertandingan Johan, Naib Johan, & Ketiga bersama Anugerah Pembahas Terbaik Keseluruhan (Pusingan Akhir) Pengetua SMK Pinggan-Pinggan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 12.30 PM Majlis dijangka selesai TENTATIF PROGRAM
SENARAI USUL PUSINGAN AWAL (PERTAMA) 1. EKOSISTEM PENDIDIKAN SEDIA ADA MEMBANGUNKAN POTENSI MURID PUSINGAN AWAL (KEDUA) 2. KHAZANAH KESENIAN BANGSA: TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS PUSINGAN AWAL (KETIGA) 3. MOBILITI HIJAU MENJAMIN KEMAMPANAN MASA HADAPAN PUSINGAN SUKU AKHIR 4. EKONOMI GIG MERAPATKAN KESENJANGAN EKONOMI RAKYAT PUSINGAN SEPARUH AKHIR 5. MALAYSIA MADANI KATALIS KEMAKMURAN NEGARA PUSINGAN AKHIR 6. PEMBENTUKAN KARAMAH INSANIAH MEREALISASIKAN GENERASI ABC Tar ikh Per tandingan: 22-25 Ogos 2023 (Selasa - Jumaat ) Pengelola: PPD Pi tas & SMK Pinggan-Pinggan
AHLI JAWATANKUASA INDUK Penaung YBrs. Datuk Hj Pkharuddin bin Hj Ghazali Penasihat Encik Zainuren bin Hj Mohd Nor Pengerusi YBrsh. Tuan Haji Raisin bin Saidin Naib Pengerusi 1 Encik Muddin bin Beting Naib Pengerusi 2 Encik Mohd Zaini bin Yanin Naib Pengerusi 3 Encik Mohd Zaini bin Yanin Naib Pengerusi 4 Tuan Haji Abidin bin Marjan Set iausaha Encik Ruslan bin Madisal Penolong Set iausaha Encik Marious @ Marius bin Bongkuloh Bendahar i Puan Ajijah @ Az i zah binti Haji Baba Penyelaras Induk Encik Maludin bin Hj. Idris Ahli Jawatankuasa Semua ketua penolong pengarah kanan Semua ketua penolong pengarah Ketua kaunselor pendidikan negeri Pegawai teknologi maklumat Semua pegawai pendidikan daerah
AHLI JAWATANKUASA KERJA Penasihat YBrsh. Tuan Haji Raisin bin Saidin Pengerusi Encik Muddin bin Beting Naib Pengerusi Encik Ruslan bin Madisal Set iausaha Encik Marious @ Marius bin Bongkuloh Penolong Set iausaha Puan Ramlah bin Ramli Penyelaras Program Encik Maludin bin Hj. Idris Ketua Teknikal Encik Burhanuddin bin Sirajuddin AJK Pengelola Pegawai Pendidikan Daerah Pitas
AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA Penaung YBrsh. Tuan Haji Raisin bin Saidin A.D.K Pengerusi Puan Malati binti Lajim Timbalan Pengerusi Encik Naz im Chin Naib Pengerusi 1 Encik A Razak bin Othman Naib Pengerusi 2 Puan Adi zah binti Zaman Naib Pengerusi 3 Puan Fauz iah binti Alias Puan Suhainah Masawat Penyelaras Encik Weils Salleh bin Esmarah Penolong Penyelaras Encik Hairuddin bin Amir Ketua Teknikal Encik Burhanuddin bin Sirajuddin Penolong Ketua Teknikal Encik Muhd. Hisyam bin Assim Set iausaha Puan Hamidah binti Raya Penolong Set iausaha 1 Encik Christopher L ius Penolong Set iausaha 2 / FLOOR MANAGER (PENGURUSAN) Encik Abd Ramsa bin Abd Rajah Bendahar i Encik Suno. M Floor Manager (Teknikal ) Encik Avralinetine bin Epin Pendaf taran & Jemputan Puan Koren Chia (K) Puan Sharon Chia Puan Ai zerin Menimboh Puan Suraini Banuase 8 Orang Pelajar Tingkatan 6 Persiapan Tempat / Kerusi / Meja / Label Encik Rondy bin Azhar (K) Encik Abd Muhaimin Puan Evlyn Mansang Cik Rupinah Rumejul Encik Fernandes Aahau Cik Mas Carline Sudin 8 Orang Pelajar Tingkatan 6 Hiasan Pentas & Banner Encik Az i z ie bin Suaip (K) Cik Dayang Sri Rafidah Cik Siti Rohayu Encik Jabrey Aathony Cik Dini Nasuha binti Ma'aruf Encik Handrius Charles 8 Orang Pelajar Tingkatan 6
AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA Keselamatan / Disiplin Encik Rosiey Steven Kalunang (K) Encik Norman bin Lantayan Encik Dunstan Mathew Encik Jinues Kebersihan Encik Alfaz ian Ridis (K) Encik Mohd Zulkaini Encik Mohd Zul Hafi z Sauti Puan Raidith Robert Puan Shelwee Jewah 8 Orang Pelajar Tingkatan 6 Peralatan / Borang Pemarkahan Encik Christopher Luis (K) Encik Mohd Hafi zuddin Az i z Encik George Gembor Encik Alikson Tingkulop 4 Orang Pelajar Tingkatan 6 Penginapan Puan Hamidah binti Raya (K) Puan Nurshazana binti M. Ibrahim Cik Nur Shakinah Jamuan Makan & Minum Puan Siti Mahani binti Ahmad Dani (K) Puan Asnah binti Ali Puan Norsha Shimah binti Asmadan Puan Fatim Nadilla Suriany binti Ismail 4 Pelajar Tingkatan 6 PA System / Siaraya / Slaid Encik Amley bin Ismail (K) Encik Osmerah bin Maidin En Uzailun Nafais bin Zainal Abidin 4 Orang Pelajar Tingkatan 6 Sijil, Hadiah & Cenderahat i Puan Susilawati binti Lajeli (K) Puan Nurul A'qilah binti Elias Puan Taharah binti Habibi Puan Eva Marie Bernard 4 Orang Pelajar Tingkatan 6 Sumbangan & Tajaan Encik Balawin Dananau Encik Iwan Majin Buku Program Puan Norlin Masapit (K) Puan Nurrawaida Abd Manap Encik Ronolluis Yeo Puan Nur Marya Iasha binti Masri Pengacara Majlis Cik Nurfarhanah Najwa (K) Encik Abd Ramsa bin Abd Rajah Teks Ucapan / Skr ip Doa / Teks YDP Dewan Puan Hartini binti Busin (K) Cik Norhidayati binti Misman Cik Hazwani Ayuni binti Abdul Rauf
AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGELOLA Bacaan Doa Ustaz Mohd Syahmil bin Amir Dokumentasi Puan Nurulain Balqis Ismail (K) Cik Nor Fatin binti Rahmat Cik Siti Humaira Publisi t i Encik Murad bin Musaini Encik Balawin Dananau Cik Ivy Clare Danius Jurugambar & Rakaman Video Encik Handry Maxwell Gindah (K) Encik Mohd Hasri Che Dollah Cik Ivy Clare Danius 6 Orang Pelajar Tingkatan 6 Sambut Tamu / Persembahan Encik Valentine Yasun (K) Encik Sah Ri zal bin Jahani (Anak Seni Kibubuk) Yang Diper tua Dewan Encik Affly Gable Ahmat Encik Jabrey Anthony Encik Mardunnil Manahan Encik Mohd Firdaus bin Jafranee Sharifah Nur Ain binti Sharif Sahar Encik Masrin Kalandang (SMK Pitas) Encik Frydissca Meijin (SMK Pitas) Encik Jeffrie Santan (SMKPII ) Encik Janius Pangawat Encik Handrius Charles Penjaga Masa Cik Floreca Juprin (K) 8 Orang Pelajar Tingkatan 6 Hakim 30 Orang Hakim (Ditentukan Oleh PT Bahas Negeri )
PEGAWAI TEKNIKAL DAN HAKIM Encik Burhanuddin bin Si rajuddin YBrs Dr Jamilah bint i Ahmad Encik Muhd. Hisyam Assim Encik Avralinet ine bin Epin Encik Muhammad Mukhtadin bin Sur ipto Encik Abd Ramsa Abd Rajah Encik Abd Wahab bin Abd Hamid Encik Chong Soon Seng Encik Kamaruddin bin Hj Ismail Encik Khalil bin Sabu Encik Maldin bin Karangau Encik Mabry Miller Mike Ikol Encik Mohd Ali Wong Encik Mohd Redzwan Abdul Majid Encik Mohd Nurhafizu Adha bin Shamddin Encik Nik Muhammad Amar bin Nik Mohd Fadzil Encik Valent ine Yasun Puan Aarvian'na @ Ar iqah Majunt il Abdullah Puan Azieyana bint i Aaziz Puan Faidah bint i Yusof Puan Haimasleha bint i Hai run Puan Har t ini bint i Aasimin Puan Har t ini bint i Makli Puan Hasni ta bint i Tamjehi Puan Noor Shazreena bint i Har i Puan Nur Izzah bint i Abdul Hamid Puan Nurul Fadhillah Mohamad Ihsan Puan Nurul Maiyah bint i Yahya Puan Rusta bint i Dullah Puan Sapura bint i Anjaw Puan Si t i Aishah bint i Wan Mat Puan Si t i Yusminah Sr i bint i Yunus Puan Suhaida bint i Abu Puan Sur iani bint i Muhammad Yunus Puan Susant i Buhar i Puan Zurainah bint i Sarmin
PESERTA BAHAS SMK Pe k a n T elipo k , T u a r a n SMK Ba l u n g , T awa u SMK Kema b on g , T enom SMk Pit a s Nama Gu r u Pemb imb in g Ajryah Hj L ias Conie Francis Nama Mu rid Nur Mashita Rabiyah binti Syamsir Nurul Nadia binti Lagayan Natasah binti Kamaluddin Mhd Danial Ikhwan bin Mohd Nasir Sitti Raisya binti Mohd Nasir Nama Gu r u Pemb imb in g Hasnita binti Tamjehi Nama Mu rid Mohammad Hafisyal bin Musa Nur Haz iqah binti Hasmadi Nur Irdina I z zati Erwan Hasna Billah Beddu Nur Nabila Jasyazwana bt Jumadi Nama Gu r u Pemb imb in g Cristhina bt Yuel Nama Mu rid Axcelly Elvyna Alex ius Michu Josi Aisyah Aamira Qurratuain bt Aalias Herowan bin Udi Joevian Rick Panus Nama Gu r u Pemb imb in g Catrisa binti Salamat Asnefah binti Asdar Nama Mu rid Nurazwaafika bt Juarin Siti Nur Rasya Aleeya bt Lukman Ariston Dorom @ Josiap Merlin Samin Slevina Saak
PESERTA BAHAS SMKA T u n Sa k a r a n, Semporn a SMJK T ion g Hu a , Sa nda k a n SMKA Mo h amad Ali , Ra n a u SM St Mic h a el, Pen ampa n g Nama Gu r u Pemb imb in g Sakirin bin Ab Ghani Aaz i zul bin Abdullah Nama Mu rid Nor Anis Nadia Nurfaz ilah binti Jamil Fatin Nabila binti Jufri Mohammad Ielman bin Ibnul Mohamad Hafi z Firdaus bin Mohd Kadir Nama Gu r u Pemb imb in g Muliani binti Pawangi Suhaida binti Abu Nama Mu rid Nurfarah L iyana binti Suli Nur Haz lyezah Muhammad Ali Siti Surhija binti Chin Kui Hing Hannyss Maisarah Idayu binti Hussne Siti Mur Syaqila binti Norazman Ramadass Nama Gu r u Pemb imb in g Nur Athirah Fatin Jaudin Halimah Tulhana binti Jahumin Nama Mu rid Mohd Zakwan Hanif bin Abdul Gapar Nur Asma Ulhusna binti Abd Rahman Nur Aaliyah binti Osman Irdina fifa binti Jaimis Muhammad Danial Adam bin Gepelin Nama Gu r u Pemb imb in g Maritul Hanis Merani Abdullah Nama Mu rid Elsa Edana Flex Valencia Rayner Mojingol Crystal Celine Boniface Aalya Batrisya Andi Baso Danish Fai z bin Ahmad Ni zam
PESERTA BAHAS SMK Pin g g a n-Pin g g a n, Pit a s SMK Des a Kenc a n a , La h ad Da t u SMK Gadon g , Be a u fort SMK Kenin g a u Nama Gu r u Pemb imb in g Nur Marya Iasha binti Masri Mohd Firdaus bin Jafranee Nama Mu rid Agnetha Judy Enrycia Edrina Ugama Fridaywin Masiwa Nur I z zatul Syafiqah binti Mohd Suno Ricario Alcantara George Nama Gu r u Pemb imb in g Norhafi zah bin Abd Rahim Rajelin bin Mohammad Lam Nama Mu rid Muhamad Zurhamkah bin Sapri Sharifah Nur Afiqah binti Ishak Nur Ain Az iqah binti Dzulkefli Syamyza Nurfasha binti Samsul Nurul Ain Najiha binti Ramsah Nama Gu r u Pemb imb in g Zurainah binti Sarmin Fadz ilah binti Shamsuddin Nama Mu rid Nadiy bin Masnoh Mohammad Hadayatullah binKamilin Fareez Nazmi bin ARIP Nuradirah binti Matni zam Suhai za binti Jais Nama Gu r u Pemb imb in g Az ieyana binti Az i z Ahmad bin Alam Nama Mu rid Mohd Faz li bin Win Mohd Syafiq bin Marsuki Nurain binti Hamka Nurul Atiqahain Abdullah Nurfajria binti Wirman
PESERTA BAHAS SMK Kot a Ma r udu SMK Ma t u n g g on g , Kuda t SMK Ku n a k SMK T amb u n a n Nama Gu r u Pemb imb in g Judiah binti Mojiu Rosasfi za Simbuluk Nama Mu rid Reynee Clementina Steeve-Osten Nur Hidayati binti Suffry Ivy Valentina Henis Lorrenda Ashley Mark Leste Elisa Fong Chung Mei Nama Gu r u Pemb imb in g Yasmine Rosalind bt Md Hairi Nohojing Ulah Nama Mu rid Mitchael binti Domeki Nia Ellyanor Puteri binti Jimis @ Faz lie Sharifah Sarah Humaira bt Sh Abdullah Fatimah binti Mammad Anneessa Ornella Eddyson Nama Gu r u Pemb imb in g Siti Nurbaya binti Abdul Rasid Nadiah binti Amran Nama Mu rid Hani Farhana binti Haltoro Siti Aisyah binti Yusri Yadi Siti Zulaikha binti Ajab Khan Siti Aisyah binti Arnaib Asiah binti Arnaib Nama Gu r u Pemb imb in g Rosneh @ Rose Jimmy Mickrool bin Supitor Nama Mu rid Jennyce Allysa Jahimin Arvin Gerald Allen Marius Jhonly Johnny Dakun Nicoestica Jerichius
PESERTA BAHAS SM Sa ins Kot a Kin a b a l u SMK Bel u r a n I I SMK Pe k a n I I , Kot a Bel ud SMK Pit a s Nama Gu r u Pemb imb in g Sufiati binti Yappi Nama Mu rid Sam Haz iq bin Samsul Erfan Ellya Haz iq bin Dzul Karnaen Nur Hawa binti Johari Nurfarehsa Nabiela binti Mohammad Nur Fir zanah I z zati binti Aahmad Syahbirin Nama Gu r u Pemb imb in g L i z ra Danielle Khalil bin Sabu Nama Mu rid Siti Fasya Narmeya binti Abdul Az is Whiteney Ameldy Edmund Siti Noramalina binti Abdul Rahim Fresley Masirin Mohd Norradlan Nazmi bin Noraddin Nama Gu r u Pemb imb in g Angeline binti Sibin Muhammad Syahiran bin Mohamad Jafri Nama Mu rid Nur Iffah Naqibah binti Rosland Afi Umairah binti Asran Amanda Gwen Nico Prickly Chrystiano Ronnaldee Sanny Marsha Arisa Debbie Patrick Nama Gu r u Pemb imb in g Nor Hasrinah binti Mohd Sari Atieka binti Ramlah Nama Mu rid I z zati Ainul Syafiah binti Saari zal Hazel Jievera Vershelly Jikni Gracy Florena Musjuan Nur Irriyani Wwadhiah binti Jailin Nurhadirah Dayana binti Zaidin
AUTOGRAF