GARIS PANDUAN Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian Cukai Jualan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 1 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) 1. TUJUAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini bertujuan untuk membantu JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan mengemukakan permohonan untuk menyertai Anugerah Kualiti/Inovasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian Cukai Jualan (AKIKP) dengan menggariskan syarat kelayakan, tatacara permohonan, format penyediaan laporan permohonan dan kriteria–kriteria penilaian AKIKP. 2. LATAR BELAKANG Anugerah Kecemerlangan Inovasi Bahagian Perkhidmatan Teknik ini telah pertama kalinya diperkenalkan pada Tahun 2019 dengan nama Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Klasifikasi Barangan dan Penilaian Kastam (AKPKP) yang mana pada tahun 2020 telah diberi nama sebagai Anugerah Kecemerlangan Inovasi Klasifikasi dan Penilaian Kastam (AKIKPK). Pada tahun 2021, anugerah ini ditukar nama kepada Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian Cukai Jualan (AKIKP). Tujuan AKIKP diwujudkan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan yang telah melaksanakan pengurusan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan dengan cekap, teratur, berkesan dan cemerlang dengan adanya penerapan elemen–elemen kreativiti dan inovasi sebagaimana yang telah digariskan dalam Perintah Tetap Perkhidmatan Teknik (PTPT) dan lain–lain prosedur kerja seperti: (a) PTPT Bil.1 – Panduan Tafsiran Rukun–Rukun Pengklasifikasian Barangan (b) PTPT Bil.2 – Tatacara Pengklasifikasian dan Permohonan Pengklasifikasian (c) PTPT Bil.3 – Tatacara Penilaian Kastam Barangan Import (d) PTPT Bil.4 – Penentuan Penilaian Kastam Bagi Barang Import Secara Sewaan atau Pajakan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 2 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) (e) PTPT Bil.11 – Tatacara Penilaian Barang Pengilangan Tempatan Untuk Mengenakan Cukai Jualan (f) PTPT Bil. 12 – Jawatankuasa Pemantauan Harga dan Klasifikasi Kriteria penilaian AKIKP adalah berdasarkan kriteria–kriteria berikut: 1. Kriteria Penilaian Penyediaan Dokumen/Laporan Penyertaan 2. Kriteria Latar Belakang Inovasi Yang Dilaksanakan 3. Kriteria Analisis Penghasilan Projek Inovasi 4. Kriteria Impak/Kesan Pembangunan Inovasi Kepada Klasifikasi, Penilaian Kastam Dan Penilaian Cukai Jualan 3. OBJEKTIF ANUGERAH Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan: a. Memberi pengiktirafan secara formal kerana kecemerlangan inovasi klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan di JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan; b. Meningkatkan sistem pengurusan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan supaya lebih teratur, cekap dan berkesan secara berterusan; c. Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi melalui penggunaan data analitik dan perkembangan teknologi; d. Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab terutama dalam hal berkaitan dengan pengurusan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan; e. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui penerapan inovasi dalam pengurusan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan yang efektif dan efisien; dan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 3 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) f. Meningkatkan penglibatan pihak pengurusan dan komitmen yang menyeluruh daripada Bahagian Perkhidmatan Teknik Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan. 4. BENTUK ANUGERAH Pemenang–pemenang AKIKP akan menerima hadiah–hadiah seperti berikut: Kedudukan Hadiah Tempat Pertama - Piala - Wang Tunai - Sijil Penghargaan Tempat Kedua - Piala - Wang Tunai - Sijil Penghargaan Tempat Ketiga - Piala - Wang Tunai - Sijil Penghargaan 5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Syarat kelayakan bagi menyertai AKIKP adalah seperti berikut: a. Semua Bahagian Perkhidmatan Teknik di Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan adalah DIWAJIBKAN menyertai AKIKP Tahun 2023; b. AKIKP tahun 2023 meliputi pengurusan dan penghasilan kerja yang melibatkan ICT dan bukan ICT dengan kategori inovasi yang dilaksanakan iaitu penciptaan dan penambahbaikan kepada inovasi yang telah dibangunkan dalam mana–mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam klasifikasi barangan, penilaian Kastam dan penilaian Cukai Jualan;
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 4 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) c. Hasil pengurusan dan penghasilan kerja merangkumi pematuhan ke atas peraturan yang sedang berkuatkuasa dan boleh melibatkan apa– apa perubahan kepada kaedah dan cara bekerja; dan d. Pejabat Bahagian Perkhidmatan Teknik di Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan hendaklah memberi kerjasama kepada panel penilai sepanjang tempoh penilaian dan bersedia untuk berkongsi idea dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Teknik di Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan yang lain sekiranya dipilih sebagai pemenang. 6. KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN Kriteria penilaian dan nisbah pembahagian markah bagi AKIKP adalah seperti di LAMPIRAN I iaitu mengikut wajaran berikut: Bil Perkara Wajaran 1. Kriteria Penilaian Penyediaan Laporan 10 % 2. Kriteria Latar Belakang Inovasi Yang Dilaksanakan 15 % 3. Kriteria Analisa Penghasilan Projek Inovasi 25% 4. Kriteria Impak / Kesan Pembangunan Inovasi Kepada Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian Cukai Jualan 50% Penilaian berdasarkan kecemerlangan inovasi klasifikasi, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan di Bahagian Perkhidmatan Teknik di Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan adalah dari tempoh 01 Januari 2022 hingga 30 Jun 2023 sahaja. Inovasi yang dipertandingkan mestilah TELAH SIAP DAN DIGUNAKAN SEKURANG–KURANGNYA UNTUK TEMPOH TIGA (3) BULAN. 7. PROSES PENILAIAN DAN PEMILIHAN PEMENANG
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 5 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) Proses penilaian dan pemilihan pemenang AKIKP JKDM Tahun 2023 adalah seperti berikut: a. Peringkat Pertama: Tapisan pihak urus setia Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat urus setia untuk memastikan permohonan memenuhi syarat–syarat penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan dalam Lampiran II. b. Peringkat kedua: Penilaian berasaskan laporan Semua laporan yang telah diterima akan dinilai oleh panel penilai yang dipilih dan dilantik khas. Penilaian akan dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan dalam Lampiran I. c. Peringkat ketiga: Penilaian di pejabat calon anugerah yang telah disenarai pendek berasaskan taklimat dan pembuktian di lokasi Pada peringkat ini, calon anugerah yang telah disenarai pendek oleh Panel Penilai di peringkat kedua akan dinilai melalui lawatan penilaian di pejabat calon. Para calon yang telah disenarai pendek perlu memberi taklimat serta mengemukakan dokumen–dokumen dan bukti yang diperlukan oleh panel penilai. Berasaskan sesi lawatan penilaian di pejabat calon yang telah disenarai pendek, panel penilai akan memilih JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan untuk diperakukan sebagai pemenang AKIKP JKDM Tahun 2023. 8. TATACARA PENYERTAAN JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan perlu menyempurnakan tindakan–tindakan berikut:
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 6 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) a. Melengkapkan Borang Penyertaan AKIKP JKDM seperti di LAMPIRAN II dan dikemukakan ke Bahagian Perancangan Korporat Ibu Pejabat selewat-lewatnya pada 12 Mei 2023. b. Menyediakan Laporan AKIKP JKDM Tahun 2023 dalam satu (1) salinan secara hardcopy dan satu (1) pendrive (e–BOOK atau PDF) mengikut format di LAMPIRAN III dan dikemukakan kepada: Urus setia Unit Inovasi / Kualiti, Bahagian Perancangan Korporat, Aras 7 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No.3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya c. Laporan AKIKP JKDM Tahun 2023 hendaklah dikemukakan selewat–lewatnya pada 18 Ogos 2023.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 7 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) Lampiran I KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN (AKIKP) JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 Bil Kriteria Sub Kriteria Markah Catatan 1 PENYEDIAAN DOKUMEN / LAPORAN PENYERTAAN 1.1. Idea dan kreativiti penyediaan laporan 10 2 LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN INOVASI 2.1 Penerangan inovasi 2.1.1 Perancangan awal dan Latar Belakang Inovasi i. Penerangan dan profil inovasi yang dibangunkan ii. Bidang utama tumpuan inovasi– Inovasi penciptaan / Inovasi penambahbaikan iii. Perancangan analisis awal inovasi iv. Komitmen Pengurusan v. Penglibatan Secara Menyeluruh 4 2.1.2 Strategi Pelaksanaan i. Proses pembangunan inovasi ii. Pelan pelaksanaan / carta perbatuan iii. Uji cuba cadangan inovasi dan hasil analisa uji cuba iv. Pelaksanaan inovasi 5 2.1.3 Kesesuaian Inovasi Dalam Bidang Tugas 3
GARIS PANDUAN PERMOHONAN 8 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) Bil Kriteria Sub Kriteria Markah Catatan 2.1.4 Jangkaan outcome dan impak inovasi 3 3 ANALISA PENGHASILAN PROJEK INOVASI 3.1 Analisa Data 3.1.1 Analisa Data dan Fakta Keberkesanan Inovasi Ke atas: i. Tempoh memproses ii. Prosedur kerja iii. Penggunaan sumber iv. Penjimatan kos 15 3.1.2 Pembuktian Secara Kuantitatif dan Kualitatif 10 4 IMPAK / KESAN PEMBANGUNAN INOVASI KEPADA KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN 4.1. Impak / Faedah Pembangunan Inovasi 4.1.1 Kreatif dan inovatif 20 4.1.2 Impak positif yang tinggi dan menyeluruh 10 4.1.3 Pulangan nilai terbaik 10 4.1.4 Replikasi 10
9 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) Lampiran II BORANG PENYERTAAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN (AKIKP) JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2023 1. ZON / NEGERI 2. STESEN 3. NAMA PEGAWAI 4. JAWATAN / GRED 5. PEGAWAI BOLEH DIHUBUNGI 6. ULASAN KESELURUHAN KETUA BAHAGIAN / CAWANGAN 7. PENGESAHAN PENGARAH KASTAM NEGERI / PENGARAH OPERASI 8. UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA BAH.KORPORAT IBU PEJABAT Tandatangan : ….……………..……… Nama Pegawai : ………….………..……. Jawatan : ……………..……..…… Tarikh : …………………….…… Tarikh Terima :………………..……… Tandatangan Penerima : ……….………………. Nama Pegawai : ………………………. Jawatan : …………….…………. Nota: Perlu dikemukakan selewat–lewatnya pada 12 MEI 2023
10 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) Lampiran III Format Laporan Penilaian Anugerah ini merupakan satu garis panduan umum dalam penyediaan/penulisan Laporan AKIKP Tahun 2023. JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan perlu memberi maklumat mengenai setiap kriteria penilaian yang diperlukan sebanyak mana yang mungkin dalam penyediaan laporan seperti di Lampiran. Format penulisan laporan hendaklah menggunakan perisian Microsoft Word dengan tulisan Arial 12 double spacing. Dokumen sokongan berserta gambar–gambar HENDAKLAH dikemukakan bagi membantu Panel Penilai dalam proses membuat penilaian. Format ini disediakan sebagai rangka laporan dan sebarang maklumat tambahan lain yang difikirkan perlu bolehlah ditambah mengikut keperluan JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan itu sendiri. FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI KLASIFIKASI, PENILAIAN KASTAM DAN PENILAIAN CUKAI JUALAN (AKIKP 2023) BAB SATU : RINGKASAN EKSEKUTIF 1.1. Ringkasan Eksekutif (1 muka surat) BAB DUA : LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1. Pendahuluan 2.2. Carta Organisasi dan Fungsi JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan 2.3. Carta Organisasi dan Fungsi Bahagian Perkhidmatan Teknik JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan: 2.3.1 Nama Pegawai Klasifikasi & Penilaian Unit Zon Tengah /Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan 2.3.2 Bilangan pegawai di Cawangan/Unit Klasifikasi/ Penilaian 2.4. Bilangan kakitangan di JKDM Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/ Negeri/W.P Labuan mengikut Bahagian dan Cawangan.
11 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) 2.5. Bilangan permohonan klasifikasi barangan, penilaian kastam dan penilaian cukai jualan yang telah diterima bagi tempoh 01 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2023. 2.6. Bilangan keputusan klasifikasi, penilaian Kastam dan penilaian Cukai Jualan yang telah dikeluarkan bagi tempoh 01 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2023. BAB TIGA : LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN INOVASI 3.1 3.1. Perancangan Awal dan Latar Belakang Inovasi 3.1.1 Penerangan dan profil inovasi yang dibangunkan Ciri–ciri inovasi yang dibangunkan, objektif, aspek keperluan inovasi, sistem atau pengkalan data yang dibangunkan, komponen / modul sistem, senarai prosedur (lampirkan carta aliran sekiranya ada) 3.1.2 Bidang utama tumpuan inovasi Pemilihan inovasi 2023 sama ada inovasi penciptaan atau inovasi penambahbaikan. Inovasi penciptaan bermaksud penciptaan atau kaedah baharu yang belum pernah dipertandingkan. Inovasi penambahbaikan adalah penambahbaikan kepada inovasi yang pernah dipertandingkan agar menjadi lebih berkualiti, inovatif dan kos efektif. 3.1.3 Perancangan analisis awal inovasi Perancangan analisis awal inovasi merangkumi aktiviti mengenai masalah, menganalisis sebab–sebab yang mengakibatkan masalah dan cadangan penyelesaian atau inovasi untuk mengatasi sebab utama. 3.1.4 Komitmen pengurusan 3.1.5 Penglibatan secara menyeluruh
12 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) 3.2. Strategi pelaksanaan inovasi yang merangkumi: 3.2.1 Proses Pembangunan Inovasi Proses pembangunan inovasi adalah termasuk perkara–perkara utama yang telah diambil kira di dalam persediaan awal perancangan sistem termasuk keperluan sumber, hasil berimpak tinggi, keperluan kepada pelanggan serta penetapan dan pengukuran prestasi. 3.2.2 Pelan pelaksanaan / carta perbatuan 3.2.3 Uji cuba cadangan inovasi Keputusan uji cuba perlu dibentangkan kepada pengurusan tertinggi Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/ Negeri/W.P Labuan. 3.2.4 Pelaksanaan inovasi 3.3. Kesesuaian inovasi dalam bidang tugas 3.4. Jangkaan outcome dan impak inovasi Jangkaan outcome bermaksud sejauh mana inovasi yang dihasilkan akan memberi kesan terhadap fungsi organisasi, keperluan dan kehendak pelanggan serta keperluan keadaan semasa dalam tempoh jangka pendek pelaksanaan inovasi. Jangkaan impak bermaksud sejauh mana inovasi yang telah dilaksanakan akan memberi kesan terhadap fungsi organisasi, keperluan dan kehendak pelanggan serta keperluan keadaan semasa dalam tempoh jangka panjang. BAB EMPAT : ANALISA PENGHASILAN PROJEK INOVASI 4.1 4.1. Analisa data dan fakta keberkesanan inovasi Analisa data perlu diterangkan dalam bentuk seperti graf, jadual, pie chart dan lain–lain yang bersesuaian.
13 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP) 4.2. Pembuktian secara kuantitatif dan kualitatif Pembuktian perlu ditunjukkan dalam bentuk kajian kepuasan pengguna pada perkhidmatan tersebut. BAB LIMA : PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENCAPAIAN 5.1. 5.1 Impak / faedah pembangunan inovasi 5.1.1 Kreatif dan inovatif Idea baharu atau penambahbaikan yang kreatif diterjemahkan melalui penghasilan projek berinovatif yang memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan. 5.1.2 Impak positif yang tinggi dan menyeluruh • Organisasi – Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan • Pelanggan – Menepati standard perkhidmatan dan memenuhi harapan pelanggan • Projek boleh dilaksana dalam tempoh singkat 5.1.3 Pulangan nilai terbaik • Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan sumber • Penjanaan atau peningkatan hasil • Kepuasan Pelanggan 5.1.4 Replikasi • Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubahsuai mengikut keperluan Unit Zon Tengah/Zon (Sabah)/Negeri/W.P Labuan BAB ENAM : RUMUSAN / ULASAN LAPORAN 6.16.1. Rumusan / Ulasan Laporan BAB TUJUH : PENUTUP 7.1. Penutup
14 | P a g e Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Klasifikasi, Penilaian Kastam dan Penilaian CUkai Jualan (AKIKP)