The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-06-19 14:44:51

SEDEKAH EBOOK

SEDEKAH EBOOK

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
EBOOK: SEDEKAH

DISEDIAKAN OLEH: NO.MATRIK

NAMA 29DHF18F2005
29DHF18F2007
FARISSHA NABILA BINTI HALIMI 29DHF18F2009
NAJAHATUN SYAHIRAH BINTI MOKHTAR 29DHF18F2011

NURUL FARAH HANIM BINTI MOHAMAD
WIRA

MUHAMMAD SYAHIR AMZAR BIN ABDAN

NAMA PENSYARAH:
TARIKH: 18/6/2021

ISI KANDUNGAN

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Definisi
2. Hukum melaksanakan sedekah 3
3. Dalil sedekah 3
4. Kelebihan bersedekah 4
5
5. Kesan kepada individu dan masyarakat &
6
negara
7-9
6. Contoh-contoh manusia yang berhasil dalam

amalan bersedekah

7. Kesimpulan 10
8. Kajian bersedekah 11
9. Contoh soalan / kuiz 12
10. Rujukan 13

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup
luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh
didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang
kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan
untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada
pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-
saudara mahupun untuk kepentingan fi sabilillah

Sedekah merupakan kata yang selalu sangat
didengari di kalangan umat Islam. Sedekah
diambil dari kata bahasa Arab iaitu
“shadaqah”, berasal dari kata sidq (sidiq) yang
berarti “kebenaran”. Sedekah merupakan
amalan yang dicintai Allah SWT. Hal ini
dibuktikan dengan banyaknya ayat Al-Qur’an
yang menyebutkan tentang sedekah.

Hukum sedekah dalam Islam ialah sunah atau
dianjurkan. Jadi, apabila dikerjakan akan mendatangkan
pahala dan kebaikan. Apabila ditinggalkan juga tidak
mendatangkan dosa. Namun, sedekah dapat berubah
hukumnya menjadi wajib jika seorang muslim telah
mampu dan berkecukupan berjumpa dengan orang lain
yang kekurangan.

DALIL BERSEDEKAH

KELEBIHAN BERSEDEKAH 1)Menghapuskan dosa
oKelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh
menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas.
Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan
perkara itu lagi.
oPerkara ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W
bersabda:“Sedekah itu dapat menghapus dosa
sebagaimana air itu memadamkan api” (Hadis Riwayat
at-Tirmidzi).

2)Mendapat pahala
oSelain dari menghapuskan dosa anda, bersedekah
dengan ikhlas juga akan memberi anda ganjaran pahala.
Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

3)Rezeki akan bertambah
Rezeki kita akan bertambah dengan banyak jika kita
bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik
kerana kita berkongsi rezeki dengan orang yang lebih
memerlukan.

4)Mendekatkan diri kepada Allah swt
Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan
dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu
bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi
dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang
lain.
Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana
Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara
satu sama lain.

INDIVIDU MASYARAKAT & NEGARA

• Mendapat keberkatan daripada Allah • Membentuk masyarakat penyayang

• Dikasihi dan dihormati oleh • Membentuk memhimpun dana yang
masyarakat menampung keperluan ekonomi
negara

• Jasanya dikenang sepanjang masa • Menaikkan imej dengan menyalurkan
tabung derma kepada negara miskin.

CONTOH-
CONTOH
MANUSIA YANG
BERHASIL
DALAM
AMALAN
BERSEDEKAH

January 11, 1979 (age 42 years), Kampung Awah,
Chenor.

KEBAJIKAN

1. Beliau juga mengasaskan tabung bantuan
kemanusiaan kepada para petugas barisan hadapan
ekoran dari Pandemik COVID-19 dan dikenali sebagai
Tabung PKP Siti Nurhaliza. Sehingga 15 April 2020,
sebanyak RM 2,172.00 telah terkumpul

2. Pada Mac 2004, beliau menubuhkan Tabung
Prihatin Siti, menjadikan beliau artis Malaysia pertama
yang mempunyai tabung amal bersempena namanya
yang bermatlamat untuk mengumpul sekurang-
kurangnya RM 50, 000 untuk rawatan perubatan dan
pendidikan kanak-kanak.

3. Pada Januari 2005, beliau mendermakan sebanyak
RM 35, 000 kepada tiga pertubuhan berbeza untuk
mangsa tsunami 2004.

Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, juga dikenali sebagai Ebit Lew (lahir Lew
Yun Pau; 21 Disember 1984) merupakan seorang usahawan dan
pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina.

KEBAJIKANNYA:

1. Ebit Lew terkenal kerana kadangkala menjalani aktiviti-aktiviti
sumbangan dan kebajikan berskala besar. Ketika gelombang baharu
pandemik COVID-19 di Malaysia pada akhir Oktober 2020, Ebit Lew
telah menyumbang peralatan perubatan penting bagi kegunaan para
pegawai perubatan di Sabah yang terjejas teruk oleh gelombang
tersebut pada masa itu yang dihantar dengan sebuah kapal terbang
Raya Airlines yang ditempah.

2. Ebit Lew menghantar sumbangan kira-kira 200-kilogram daging lembu
dan 500-kilogram buah-buahan serta sayuran terhadap pihak Zoo
Negara yang terjejas dengan masalah kewangan yang menjadi ketara
akibat pandemik COVID-19.

Dillahirkan 12 Disember 1951 merupakan seorang ahli perniagaan dan
jutawan terkaya Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary.

KEBAJIKAN

1. Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996
yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai
RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal
dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui
Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk
membiayai pelbagai program kebajikan.

2. Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998.
Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak
masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.

3. Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004.
Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat
perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga
tua dan pusat pengajian tinggi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, contoh terbaik dalam
bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW.
Baginda seringkali memberikan makanannya
kepada golongan miskin sehinggakan Baginda
sendiri kerap berlapar. Rasulullah sangat
takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit
saja harta atau makanan yang belum
dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri
dari bahan kasar dan berharga paling murah.

Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari
sewaktu beliau berjalan bersama-sama
Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang
di Madinah yang terlihat Bukit Uhud,
Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis.
Barang siapa mengambilnya dengan
kedermawanan hati, maka akan diberkahi;
barang siapa mengambilnya dengan
keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika
tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang
makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di
atas (memberi) lebih baik daripada tangan di
bawah (diberi).” (Hadis Riwayat Muslim)

KAJIAN BERSEDEKAH

Masyarakat yang miskin dan memerlukan
bantuan kadang kala tercicir daripada mendapat
bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ataupun
institusi berkaitan kerajaan seperti Pusat Zakat
atau Majlis Agama Islam Negeri. Tugas
membantu masyarakat miskin bukan hanya tugas
kerajaan ataupun Pusat Zakat atau Majlis Agama
Islam Negeri, tetapi juga tugas masyarakat yang
berada disekeliling mereka.

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi masyarakat
terhadap peranan masjid dalam menguruskan dana
sedekah yang disumbangkan oleh masyarakat
setempat. Sebanyak 288 soal selidik berstruktur
diagihkan kepada masyarakat Islam di Pulau
Pinang. Tahap kepercayaan lebih tinggi daripada
masyarakat yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid.
71.5 peratus responden bersedia bersedekah kepada
masjid secara bulanan.

Bagi melancarkan lagi aktiviti memberi sumbangan
kepada orang miskin yang memerlukan bantuan,
pihak masjid disarankan agar membentuk
jawatankuasa khas untuk mengenalpasti pihak
yang memerlukan bantuan.

1. Apakah maksud wang khairat (sedekah/derma)?
❑ Dari segi bahasa khairat bermaksud kebajikan-

kebajikan.
❑ Dari segi istilah pula bermaksud sedekah yang

dilakukan dalam bentuk wang bagi tujuan kebajikan
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Apakah syarat pemberi sedekah?
❑ i) Memiliki keahlian secara penuh untuk melakukan

tabarru’ iaitu berakal, baligh, cerdik dan Ttdak
mempunyai halangan untuk bersedekah.
❑ ii) Memiliki barang yang ingin disedekahkan atau
menjadi wakil bagi pihak lain yang ingin bersedekah
dengan hartanya.

3. Apakah syarat harta yang ingin disedekahkan?
❑ Harta yang dimiliki daripada sumber yang halal serta

bukan syubhah.
❑ Harta yang baik dan bukan sesuatu yang buruk atau

tidak disukai

RUJUKAN

1. (FAQ Berkaitan Khairat)
http://khairat.jawhar.gov.my/faq.php

2. (Sedekah) https://www.mais.gov.my/sedekah/

3. (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan- Sedekah)
http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/co
ntent/article/21-
joomla/components/213sedekah?Itemid=951

4. ( Kelebihan bersedekah)
https://korbanaqiqah.com.my/10-kelebihan-bersedekah-
yang-anda-perlu-tahu/

5. (Persepsi masyarakat terhadap peranan masjid
menguruskan dana sedekah)
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/10
653

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version